Friday, January 27, 2012

rumah manis rumah home sweet home


aduhai..bila rumah bersih dan teratur..(psst ni bukan rumah Cy tau. pinjam kat google)

terasa seperti berada dalam taman indah ini tau..

kalau rumah bersepah bagai tak hengat!(pssst pinjam gambo kat google yek.jangan mara daaaa )

terasa nak menjerit, tarik rambut aje...waaa tensen beb!
















macamtu lah perasaan Cy bila situasi2 tersebut berlaku..rumah mesti bersih dan kemas!tapi masa dan kesempatan tu kadang2 kurang , menjadikan Cy tak sempat nak kemas..sampai rumah dah malam, tak sempat nak sapu2..ngantuk, baaaaaaaam tido...bangun pagi pulak liat sangat ..huhu..

so Cy perlu usaha untuk memastikan rumah sentiasa bersih. bagi Cy pengurusan masa amat penting. so lepas ambil ammar di sekolah, terus ke rumah mak dan terus balik..no more lepak2 lagi..selalunya Cy lepak..kol 8 malam baru balik..tengok tv dulu haha..kalau Cy balik at least jam 7, 710-715 dah boleh sampai rumah dan siram pokok..balik tu dah boleh masak2..kalau tak makan kat rumah tu, tak duduk kat meja  makan tu, anak2 selalu tanya kenapa tak makan kat rumah ehhehe..sibuklah mereka nak makan sama2 kat meja makan tu.
kalo balik lewat, jam 8 baru nak masak, jam 9 baru makan, jam 10 tido, memang harus gemok la Cy ni macam sekarang huhuh. huh! gaya hidup yg tak sihat!

so kalau balik awal, Cy bolehlah masak sambil2 basuh baju ke lipat baju ke..waaaa tak bole tengok baju bersepah dan menimbon dalam bakul..rimasss..sapu sampah ke, mop lantai ke..huhuhu

bole ke?selalunya bila sampai rumah, nak baring2, rileks aje ngan anak2 heehhe Cy perlu berkorban la..sapa lagi nak buat..Cy jugak kan..so pandai2 buat priority okeh..mana yg boleh dibuat seminggu sekali, buatlah...mana yg bole dibuat 2 or 3 kali seminggu macam basuh baju ke..jangan sampai menimbun baru nak basuh, nanti nak melipatnye satu hal lagi.karang menimbon aje dalam bakul tu ..haaaisshhh..harus dielakkan..
buatlah..buatlah apa yg terdaya..cubalah buang mim alif lam sin tu..yg pasti, pastikan bilik tidur anda kemas sebelum pergi kerja. dapur mesti dibersihkan selepas masak. sinki perlu kosong selepas makan. xmo tinggal2 pinggan kotor okeh..hehe pesanan utk diri sendiri.

Cy tak selesa kalo orang datang rumah, tengok rumah Cy bersepah..last time masa mak, abah, adik2 datang singgah sekejap nak amik kami di rumah untuk ke lumut, mak siap masuk sampai ke dapur..tuuuuuuuu diaaaaaaaaaaaaa...seb baik dapur clear cuma..jeng jeng jeng..kain ku yg tak berlipat menimbun kat dalam bakul! time masuk bilikku sebab ammar tido, seb baik bilik kemas bole tahan la...huaaaaaaaaaaaa..abah pulak meronda tengok sekeliling rumah, seb baik baru siap tanam pokok, rumput panjang sikit la hahahaha
no no no..i wannabe perfect.tapi kalo dah tak sempat, tak larat, nak buat macamana kan..

masa bersama suami dan anak2 juga perlu kualitinya. so sebelum anak tidur, main2la dulu ngan anak2.baru kemas rumah
cubalah..insyallah boleh..nanti orang kata,,...haaaa amik ko, ni baru anak 2..kalo dah 6 macamana? heheehhe demi suami dan anak-anak, pasti boleh..chaiyok!

No comments: