Monday, November 4, 2013

Mama# berurut semasa berpantang

Cy tetap berurut walaupun czer..itupon dah hari ke 16..nak bg badan segar sikit..5 hari sejak 28 okt hingga 1 nov 2013.

Kali ni berurut dgn bidan kak ina dr bertam perdana.dapat suggestion dr fb komuniti bertam perdana.kata mereka kak ina biasa urut yg bersalin czer..

Kenapa tunggu sampai berbelas hari? Risau luka..masih seram lg hihi saya trauma lg.emosi x stabil haha. kata kak ina seawal 5hari dh bole urut..tp masa tu saya sakit lg kak oi..kalo normal, awal2 dah panggil urut..

Sebelum ini dgn mak lang lahar tiang tp dgr2 mak lang dah x sihat.kak ina buat urut dan tungku. Sebelum dia gerak ke rumah, kak ina akan call suruh bakar tungku.so bila dah sampai tungku pon panas.

Stail kak ina, dia urut sambil letak tungku kat kaki dan perut..dan dia akan fokus kat perut bg buang angin dan utk keluarkan darah beku di rahim tu..rasanya lebih kurang 3 -4cm dr luka..tak ditekan atau korek di perut..risau jugak luka kat dlm bermasalah pulak.sakit ke urut? Kiranya tangan kak ina ni berasa..sapa xtahan ha ha ha ha la jawabnya...

lepas siap urut, diletak bedak boros ke satu badan n muka.haaaa br nampak mcm org berpantang hahaha kemudian dibalut di perut dgn plastik wrap tu..nak carik bengkung lama2 segan pulak.malas nak membeli bagai..

5 hari kak ina ngurut, charge rm400..maknanya 1 hari rm80..tambah dengan rm80 utk cukur..huuuuui banyak gak tuuuu
.xpelah..ikhlaskan dirimu.untuk kebaikan diri jugak..

Ok..sesiapa  di sekitar pulau pinang dan kedah yg berminat nak dapat khidmat kak ina, hubungilah dia..0124589417-bidan kak ina. Dia juga ada kedai spa dan gunting rambut utk muslimah yg dikendalikan oleh anaknya di bertam putra..tuuu gambo dia tu..gambo ngurut xde la..xkuasa nak amik hahaha

Fathi ariff #bertahnik

Alhamdulillah..cerita fathi ariff lagi..

Pada 28 zulhijah 1434 bersamaan 2nov2013, kami menerima kehadiran tetamu dr melaka, wakmin a.k.a ustaz rahimin bani.kenalan sewaktu cy kerja di melaka, dianggap mcm pakcik  sendiri sampai cy panggil wak jek..biasala jawa hehe

Kebetulan wak min ada persidangan di bayview feringgi..ingatkan dah xdapat jumpa sbb encik suami xsempat nak ambil wak min berikutan bimbang sangkut jem dan xdpt ke airport on time..maklumla perayaan deepavali..terpaksa cancel utk jemput wak ke rumah..

Esok paginya wak call tp cy tgh siapkan fathi ariff..setengah jam kemudian wak msg..katanya ada di masjid seberang jaya dah.tumpang kawannya. Wak nak naik teksi ke rumah.haaa..xbest gitu suruh wak naik teksi.jadinya mintak tolong suriaty dan paksu ambik wak.

Mak p kenduri jadi bila bgtau kat mak, mak terus ke kedai kak sari,beli lauk kikiki..alhamdulillah, jam 11lebih sampai jugak wak ke pinang tunggal..seb baik ada paksu..abah..buat teman sembang..encik suami p keje..sempat wak min makan di rumah dan solat di surau depan tu..

pastu tahnik kan fathi ariff..million thanks to maksu n tuty munirah sebab berdesup ke dato kailan beli air zam zam n kurma di kedai abang zul n also jeruuuuuuk hehe sempatlah fathi ariff ditahnik..alhamdulillah..budak ni kemain lg tido sampai susah nk bgnkan..tp alhamdulillah dpt dibangunkan, geletek sama dia hehehe.. semoga fathi jadi anak yg soleh, berilmu agama yg tinggi utk bekalan di dunia dan akhirat..lembut hati tp tegas dan berpendirian tinggi..amin..

Kawan wak, ust shafie, pegawai agama daerah sps sempat singgah jumpa wak di rumah tp sat saja la sbb wak dah lambat..3.30ptg paksu maksu suriaty n ammar hantar wak min ke airport.huuuui ramai btol pengiring wak eh..apapon million thanks to mr and mrs pengiring also miss pengiring..flight jam 5.30.kena awal takut bridge jem...

Thanks wak min! Jangan serik ya..datang lagik tau! Hehe

Friday, November 1, 2013

Fathi ariff#bercukur

Alhamdulillah..pada 22 zulhijah  1434 bersamaan 27 okt 2013, hari ke 15..fathi ariff dicukur rambutnya hingga botak..membuang rambut yg tumbuh masa berada dlm perut mama bagi memberi peluang rambut baru tumbuh.insyaallah rambut akan lebih halus..

Kali ni bidan kak ina yg cukurkan..fathi ariff baru bgn tido dan lapar agaknya jadi awal2 ok tp dah lama2  fathi ariff xtahan.menangis sampai mama kena susukan sambil kak ina cukur.

Hasilnya..eish eish eish xberapa nak kemasla..xpela anakku..baru nampak daki2 di kepala..kalo x cukur, daki jadi kuping2 dan bawak penyakit pulak..

Abang n kakak suka sangat tgk..makin lama makin dekat..kak syirah sampai mencangkong hahaha..

Alhamdulillah..selesai..lepasni plan utk tahnik dan akikah pulak..selesai awal2 masa lahir ni senang..manatau mama pergi dulu, tanggungjawab mama dah langsai utk bab ni..ammar dan insyirah pon dah selesai akikah..alhamdulillah.

Doa mama agar fathi ariff dikurniakan kesihatan yg baik.amin

Thursday, October 31, 2013

Sakitnya luka sembelit waktu berpantang?

Ya allah..sakitnya luka sembelit waktu berpantang..
mula2 hal sembelit tu..bagi yg bersalin normal tu, mungkin masih seram2 nak buang air besar..cy dulu dan sekarang( bersalin caeser)..cy serasi dengan susu..melembutkan najis hahaha dulu punyala xbrani sampaikan cy panaskan air kotak Dutch lady..maksudnya rendam dalam air panas..kan xbole minum air sejuk..hahahha..tp skarang ni cy minum susu tepung everyday anak2 cy dan sesekali minum air coklat.
Milo bagi cy menyebabkan sembelit..oh ya..cy juga serasi dengan nestum  3 in 1 oat..kalo makan tu, esok paginya mmg perut bergelora..kalo makan pagi2 pon mudah nak buang air besar..xpon mkn ubat utk bg mudah buang air la..doktor ada bg siap2 pil laxodyl..mkn 2 bijik waktu mlm..ubat ni pon berkesan..yg penting bila ada gesaan nak buang air besar tu terus je la ke toilet..pandai2 kawal perenium agar x terbuka jahitan..

Tp bila dah buang air besa tu..sakit tetap sakit..nak duduk sakit..baring sakit..nk tido pon xbole huhuhu ntahla..xde yg spesifik apa cara bole ilang sakit. .cuba cuci dgn air panas..Insyaallah bole melegakan..

Friday, October 25, 2013

Dah 3 dah..

Yang paling seronok dgn kelahiran fathi ni dah tentula abang long ammar n kak ngah syirahnur..

Abang ammar sentiasa akan sebut fathi comel macam abang ammar..tapi memang fathi sebijik ammar masa lahir ..
kak ngah syirahnur paling sibuk nak tolong mama jaga fathi..semua nak dibuat hehe tolong pakai pampersla.tolong bedongla..dah tau cara2 nk bedongla pulaakk.. inila kalo jarak umur jauh..anak dah besar dan dah faham tentang adik. .

Semoga ammar, insyirah dan fathi menjadi anak yg soleh dan solehah..saling menjaga dan mengambil berat antara 1 sama lain..air dicincang takkan putus wahai anak..

Wednesday, October 23, 2013

Ahlan wasahlan anakku..

Alhamdulillah..setelah 38 minggu mengandungkan anakku..cy telah selamat bersalin seorang anak lelaki di wisma pakar perbidanan dr zainol sungai petani..

Tarikhnya..13 10 2013..secara caeser..first experienced..huhu nanti cerita lain k..

Nama diberi oleh encik suami..fathi ariff fahim..pembuka, kemenanganku yg bijak dan memahami..sempena kemenangan sebagai ajk pemuda bahagian sehari sebelum fathi dilahirkan..berkali2 tanya, nama dah ada ke belum sbb kali ni abang nak sangat bg nama so cy serahla pada dia..tp setiap kali tanya, katanya xdapatlg..last2 fathi..xpe, mama suka..

Fathi ariff fahim..mama doakan agar fathi menjadi seorang anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat..amin

Apakah pilihan yg saya ada..normal or czer..

hehe terjumpa pulak luahan hati cy dalam draf..jom share.

Assalamualaikum dan salam manis.
Macam biasa. .lama dah tak bersiaran hehe saat ini sedang menanti giliran jumpa nurse pastu jumpa doktor
.gara2 minggu lepas  check up dgn doktor dan br dapat result minum air gula dr bln 4 xdapat. 

Rupanya gula dalam darah tinggi.8.1 huahuahua..so esoknya kena p check darah jam 8am 11.30am 4pm dan 10pm..berulangla dr ofis ke klinik..dan alhamdulillah keputusannya 5.5 5.6 5.9 dan 6.8..semuanya sipi2 nak mencecah limit huhuhu. .xtaula doktor nak cakap apa.harap2 xkena check hari2.

Masa p check di klinik dr zainol, katanya kalau u nak bersalin dekat sini u kena caesar sbb history u dulu dah teruk.anak u lahir dgn venthouse..sampai no heartbeat..xmenangis. nasib baik semua sihat, xcacat..u bole p bersalin kat hospital lain tp kalau dgn doktor u kena caesar.u ni old style la..org sekarang ni xnak serah badan jek nak czer..
Allahuakhbar..sebak jek rasa..ya doktor, saya mmg old style..saya pro kepada normal..saya nak jaga perut saya..tapi apalah pilihan yg saya ada.. mau aje ke hospital lain tapi suami kata xpela czer jer demi keselamatan anak

Jadi harus saya belajar utk redha bahawa saya akan czer kali ni..kena carik info byk2 huhuhu ada kata senang czer..xsakit..cuma sakit masa lepas operate jek..kena jaga luka jgn sampai basah..ahhh semua ni menjadikan saya stress..

Ya allah..aku ikhlas aku redha..

Monday, July 8, 2013

Tukar uniform

Assalamualaikum dan salam manis..
Adik baby sekarang dah 5 bulan.nak masuk bulan ke 6 .alhamdulillah, setakat ni tiada   masalah..cuma selera makan macam nak berkurang saja..

Perut dah semakin membesar, macam dah 7 bulan pulak..huhuhu anak ketiga, perut dah tebal kikiki..cepatla nampak besar jadi uniform dah patut ditukar..sabtu lepas belek2 almari di rumah mak, carik uniform dulu2..ohh rupanya ada lagi..semalam try pakai..alamaaaak kenapa dulu cy beli skirt saiz s?! Baju saiz m ?! Adoi mak aiii..ketat dah..mana xnye, last berat mengandung adalah 63..sekarang ni utk 5 bln dah 61.5..agak2 sekarang dah 62kg ni..mmg kembangla gamaknye huhuhh..

Pulak tu x teringin nak pakai jubah or baju ngandung..gatal nak pakai blouse ngandung seluar n skirt..haissshh..pembawakan namanya hehehe

Xpela, lain anak lain pembawakannya..yg penting baby sihat..tiap jam pasti say hello, ketuk2 perut mama..bila pegang terus senyap..bila abang ammar pegang pon sama gak..anak2 dah besar, boleh faham dan rasa excited..perempuan ke lelaki? Xscan lagi. .ada kata pompuan ada kata lelaki bila tgk perut saya ni.naluri saya kata lelaki..rezeki allah nak bagi, lelaki ke perempuan saya terima dengan rasa syukur dan doa agar anak sihat.amin

Thursday, July 4, 2013

Romantika sungai petani

Assalamualaikum dan salam manisssss..

Saja nak kongsi barang saya cy srmpat snap masa ke kedai romantika sungai petani..kedai yg menjual barang2 bertemakan english style..

Ada lukisan kanvas..cantik2..mcm2 saiz dr kecik ke besar..cy beli hadiah utk yati. .nanti nak beli 1 utk letak kat hall, ruang tengah dan dapur..macam2la ada..

Antara lain yg cy saja snap utk geng fb suri suka tanam pokok dan bunga..solar garden light..siang akan serap tenaga dr matahari, malam akan bercahaya..

Next time cy akan datang sini..saja nak tengok2 apa barang yg bole menghiasi rumahku hehe macam2!

Selamat pengantin baru sahabat lama

Assalamualaikum dan salam manissss..
29 jun 2013 adalah hari gembira buat sahabat lama cy, yati atau jang.nape jang? Sebab kaki dia panjang hingga tingginya menjulang hehe

Kami berkawan rapat masa form6..lepas kami masuk u, terpisah keduanya..dia di usm , cy di um..
Kebetulan cy dok di penang, jang di penang, walau tak pernah ketemu tapi masa hari perkahwinan dia, harusla cy raikan..

Bawak hadiah lukisan kanvas english stail ..cy tak balut, tambah ribenebiha kenduri anis aritu..harus cy rembat lagi 1 di kedai tu utk rumah cy nanti hehe

Yati aka jang dan suaminya fawzy, selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga akhir hayat, diberkati allah..amin

Projek upgrade rumah

Assalamualaikum dan salam manis..cy berhajat nak tambah awning di teres tepi rumah dengan atap genting dan ada kayu tepi mcm dlm gambo tu..untuk bagi redup sikit. ternampak masa lalu kat permatang pauh..xtaula abang di bole buat ke tak..katanya boleh..

Kat belakang nk tambah awning biasa jek..utk lindung baju2 jemuran dr basah dek hujan.. rasanya cukup yg tu jek kot baget yg ada..harap2 dapat siap b4 raya..insyaallah.

Abg di kata minggu ni dia buat kat pmtg sintok dlm seminggu.lepastu br boleh, walau time bln puasa dia keje gak..baguz baguz..

Will update later. .bai!

Monday, June 24, 2013

Hari sukan tadika khalifah intelek 2013

Assaamualaikum dan salam   manis sahabat2ku..kali ni berkongsi cerita hari sukan tadika khalifah intelek anak2 cy, ammar dan insyirah..
Kali kedua dan akhir bagi ammar ariff dan pertama bagi insyirah nur..ammar dan insyirah masing2 masuk 1acara saja..
Group ammar dapat no 3 manakala insyirah dapat no 1..alhamdulillah..kali ni ammar lebih berani dan seronok berbanding tahun lepas..insyirah lagilah cool hehehe
Cy bersama anak2 jek, encik suami keje pulak..
Lepas dapat hadiah, terus balik dan belanja anak2 makan kfc..

Tahun depan insyaallah insyirah sorangla sukan di tadika..ammar darjah satu..moga mereka sihat dan aktif..amin