Thursday, October 31, 2013

Sakitnya luka sembelit waktu berpantang?

Ya allah..sakitnya luka sembelit waktu berpantang..
mula2 hal sembelit tu..bagi yg bersalin normal tu, mungkin masih seram2 nak buang air besar..cy dulu dan sekarang( bersalin caeser)..cy serasi dengan susu..melembutkan najis hahaha dulu punyala xbrani sampaikan cy panaskan air kotak Dutch lady..maksudnya rendam dalam air panas..kan xbole minum air sejuk..hahahha..tp skarang ni cy minum susu tepung everyday anak2 cy dan sesekali minum air coklat.
Milo bagi cy menyebabkan sembelit..oh ya..cy juga serasi dengan nestum  3 in 1 oat..kalo makan tu, esok paginya mmg perut bergelora..kalo makan pagi2 pon mudah nak buang air besar..xpon mkn ubat utk bg mudah buang air la..doktor ada bg siap2 pil laxodyl..mkn 2 bijik waktu mlm..ubat ni pon berkesan..yg penting bila ada gesaan nak buang air besar tu terus je la ke toilet..pandai2 kawal perenium agar x terbuka jahitan..

Tp bila dah buang air besa tu..sakit tetap sakit..nak duduk sakit..baring sakit..nk tido pon xbole huhuhu ntahla..xde yg spesifik apa cara bole ilang sakit. .cuba cuci dgn air panas..Insyaallah bole melegakan..

Friday, October 25, 2013

Dah 3 dah..

Yang paling seronok dgn kelahiran fathi ni dah tentula abang long ammar n kak ngah syirahnur..

Abang ammar sentiasa akan sebut fathi comel macam abang ammar..tapi memang fathi sebijik ammar masa lahir ..
kak ngah syirahnur paling sibuk nak tolong mama jaga fathi..semua nak dibuat hehe tolong pakai pampersla.tolong bedongla..dah tau cara2 nk bedongla pulaakk.. inila kalo jarak umur jauh..anak dah besar dan dah faham tentang adik. .

Semoga ammar, insyirah dan fathi menjadi anak yg soleh dan solehah..saling menjaga dan mengambil berat antara 1 sama lain..air dicincang takkan putus wahai anak..

Wednesday, October 23, 2013

Ahlan wasahlan anakku..

Alhamdulillah..setelah 38 minggu mengandungkan anakku..cy telah selamat bersalin seorang anak lelaki di wisma pakar perbidanan dr zainol sungai petani..

Tarikhnya..13 10 2013..secara caeser..first experienced..huhu nanti cerita lain k..

Nama diberi oleh encik suami..fathi ariff fahim..pembuka, kemenanganku yg bijak dan memahami..sempena kemenangan sebagai ajk pemuda bahagian sehari sebelum fathi dilahirkan..berkali2 tanya, nama dah ada ke belum sbb kali ni abang nak sangat bg nama so cy serahla pada dia..tp setiap kali tanya, katanya xdapatlg..last2 fathi..xpe, mama suka..

Fathi ariff fahim..mama doakan agar fathi menjadi seorang anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat..amin

Apakah pilihan yg saya ada..normal or czer..

hehe terjumpa pulak luahan hati cy dalam draf..jom share.

Assalamualaikum dan salam manis.
Macam biasa. .lama dah tak bersiaran hehe saat ini sedang menanti giliran jumpa nurse pastu jumpa doktor
.gara2 minggu lepas  check up dgn doktor dan br dapat result minum air gula dr bln 4 xdapat. 

Rupanya gula dalam darah tinggi.8.1 huahuahua..so esoknya kena p check darah jam 8am 11.30am 4pm dan 10pm..berulangla dr ofis ke klinik..dan alhamdulillah keputusannya 5.5 5.6 5.9 dan 6.8..semuanya sipi2 nak mencecah limit huhuhu. .xtaula doktor nak cakap apa.harap2 xkena check hari2.

Masa p check di klinik dr zainol, katanya kalau u nak bersalin dekat sini u kena caesar sbb history u dulu dah teruk.anak u lahir dgn venthouse..sampai no heartbeat..xmenangis. nasib baik semua sihat, xcacat..u bole p bersalin kat hospital lain tp kalau dgn doktor u kena caesar.u ni old style la..org sekarang ni xnak serah badan jek nak czer..
Allahuakhbar..sebak jek rasa..ya doktor, saya mmg old style..saya pro kepada normal..saya nak jaga perut saya..tapi apalah pilihan yg saya ada.. mau aje ke hospital lain tapi suami kata xpela czer jer demi keselamatan anak

Jadi harus saya belajar utk redha bahawa saya akan czer kali ni..kena carik info byk2 huhuhu ada kata senang czer..xsakit..cuma sakit masa lepas operate jek..kena jaga luka jgn sampai basah..ahhh semua ni menjadikan saya stress..

Ya allah..aku ikhlas aku redha..