Monday, February 13, 2012

pokok oh pokokku..hijAunya lamanku..




ok kali ni Cy kongsikan apa yg ada di lamanku hehe semangat untuk menghijaukan lamanku amatlah membuak2..release tengok pokok hidup subur..menghijau aje laman..menyegarkan..seronok bila tengok suami Cy pon rajin siram pokok..even anak2 pon selalu ingatkan siram pokok..sedikit demi sedikit, pasti penuh laman Cy ni..insyaallah.banyak lagi pokok yg tak ditanam hehhe dah ada dalam wish list heheh
kebanyakan pokok Cy beli di nursery kenari di cherok tok kun, bukit mertajam..Cy suka beli pasu2 reject..pasu yg beso2 tu dijual rm 15 jek..pasu reject murah2..yg rejectnya sebab calar,sumpik sikit..

ni pokok puding buluh ke ape ntah lupa..dia akan memblat aje bentuknya..cantik..pokok ni ada 2..pasu rm6(ingat2 lupa) pokok rm6 gak kot eh ke 12?

 ni tak tau pokok apa tapi Cy berkenan tengok warnanya..kat nursery kenari tu, depa cantas jadik bonsai..cantik...

 pasu ni rm15..pasu reject hehe Cy beli 2.tapi tak tanam pokok lagi..nak carik pokok ape yg sesuai..
 air berlinang..nak kena beli piring pasu ni..
 ni pokok puding Cy amik kat umah mak..pasu tu Cy rembat dari umah mak..depa letak kat belakang umah, tak guna pon so Cy amik la kikiki alhamdulillah..menjadik pokok ni..nak tanam 1 kat ruang pokok herba or my edible garden..
 ok ni pokok ati2..ada 2 jenis yg Cy beli kat giant sp..satu pasu rm4.99 ada banyak anak so Cy pecah2, masuk dalam botol twister yang berlambak tu..alhamdulillah menjadi..pokok ati2 ni nak tempat redup,senang idup..
 ni yg terbaru  beli..
 ni jenis lavender..punya berkenan tengok 1 rumah kat rosea tanam kat jalan masuk umah dia..very cun..so carik kat nursery kenari tu, ada pulak..setakat ni pokok ni ngah survive..bungan sudah mula nak keluar..meriahhhhhhhhh...


 ni edible gardenku hehehe sebelah porch..setakat ni pokok kunyit ni paling menjadik hehe
 anak kari tak beso2..amik kat umah mak ehehe cepatla beso nak oi..
 serai tu macam tak nak kembang..nape ntah ..haissssh takkan tanganku panas kot hehe..nampak akar pandan tu, alhamdulillah,dah mula hidup dan nak bertunas..yihaaaaaaaa
 o ni pokok kelapa..palma eh..ada 2 pokok..ni beli kat nursery di kepala batas,kak sharifah yang tanam pokok pagarku.ni la pokok pertama yg dibeli sebelum duduk kat sini..ni la penyeri rumah..mula2 letak di tiang porch..lama2 berkembang, tukar tempat lain..
 aisssssssh ni paling cantik..pokok keladi cantik dipadankan dengan pasu beso..weh pasu reject rm15 jek tu kat nursery kenari..keladi cantik ni tak ingat brapa rm..puluh ke belas2 rm gitu..diapit oleh pokok kelapa..mula2 letak kat belah pokok puding tapi dek kerana melecur kena panas, Cy tuka tempat, bagi bodyguard si palma kelapa tu..baru tak melecur..

ok thats all for now..nanti kalo ada tambahan, Cy bgtau k..i really love to see my house green :)..tunggu gaji nanti, banyak la Cy borong..since Cy dapat bela dengan baik pokok2 ni, ini bermakna Cy boleh tambah koleksi lagi la kan hehe insyaallah..nak p kerja mesti siram pokok..balik rumah mesti siram pokok..huaaa menghilangkan stres dan lelah kerja..


1 comment:

Unknown said...

Kedai tu ada jual pokok air mata pengantin putih tak?