Tuesday, January 31, 2012

entri ke 31 pada tarikh 31 januari!hebat!



wah wah wah..Cy semakin seronok updating blog..ini adalah entri ke 31 ..hari ini adalah 31 januari..maknanya  hari2 Cy update blog haha not really la..Cy buat schedule post hheehe..bagus2..harap berterusan!

kali ni nak kongsi pasal pokok pagar yg Cy jaga sekarang ni..kami rasa tak berkemampuan nak pasang tembok or pagar batu seluruh tepi rumah..beribu2 tuuuu..malah berbelas..so Cy decided tanam pokok pagar macam jiran depan rumah yg tanam pokok kelat paya warna merah..tinggi tu pagar dia hehe kene sabar la sikit utk bagi jadik pagar n menutupi ruang rumah kami..rumah tepi ni terbuka sangat, jadi kurang selesa..jalan utama, orang dok lalu lalang..no privasi..so sementara ni, tanam pokok teh ni. upah nursery kak sharifah di kepala batas. nak bubuh rumput tak mampu jugak, beribu huhu takpela next time..maybe i can try to do it myself to cut the cost.

sepatutnya Cy nak tanam ficus golden..berkenan sangat2..p kat nursery tu, macam yakin jek tu ficus golden..ah depa pon tak tau ficus golden..aduuh aduh..last2 depa tanam pokok teh kuning ni..takpela,asalkan cun jugak daunnya..alhamdulillah, sejak bulan 11 kot..lupa la hhee semakin menjadi..bagi baja organik aka baja taik burung..so pokok nila hari2 disiram..sampai husband pon semakin rajin tolong hehe..ammar pon selalu ingatkan utk siram pokok ni..rasanya 6 bulan lagik kot nak tinggi..aish sabo ajela yek..jom layan gambar..Cy bubuh baja dan siram..rumput meninggi,so minggu cuti aritu pulun merumpai ataupun cabut rumput n lalang..ni la aktiviti keluarkan peluh hehehe









Monday, January 30, 2012

ciri-ciri isteri solehah..ahaks..amin..


comelkan makanan bekalan tu hehe..entry Cy kali ni nak share seronoknya Cy bila dapat memasak pada subuh hari dan membekalkan suami Cy dengan nasik dan lauk simple..kesian tengok suami yang selalu mis soru hahha betul ke perkataan ni? suami seringkali lambat makan..jam 3 barulah makan, kadang2 jam 4 baru makan..jarang-jarang Cy bekalkan makanan or nasi..adakalanya naget, sosej ..makanan yang segera dan simple..

masa sebelum masuk rumah sendiri, dalam hati ni selalu kata, nak masak bekal kat suami la pagi2..tapi hampes..sekarang ni Cy fikir kalau Cy masak pagi2, nanti malam tinggal masak sayur jek..jimat masa, bole rehat awal. alang2 dah masak tu, eloklah buat bekal kat suami..betul tak..suami kata, elok gak, boleh jimat. bukan apa, kadang2 orang lelaki ni tak rajin nak bawak bekal..adakalanya malu ehhehe..kalau ikut orang jepun , mereka rajin bawa bekal. kalau tak salah Cy, dipanggil bentou..kalo tengok pekerja warga asing macam bangladesh ke ape2 la, rajin sungguh bawak bekalan ke tempat kerja..

start minggu lepas Cy dah bekalkan suami..lauk simple aje hehe sardin, ikan bilis goreng n telor goreng. arini Cy buatkan ayam masak kicap..

seronok jugak macam ni..selain dapat jimatkan duit makan tengahari tu, dapatlah mengeratkan hubungan suami isteri, suami makan masakan hasil air tangan suami eh isteri daaaaa..tapi kalu suami masak ape salahnye kan..untuk bekalan isteri ehhehe hehe harapnya berpanjanganlah, istiqamah dalam menyediakan bekal untuk suami. kuat untuk bangun awal pagi..cabaran besar tuuuuuuuuu..bantal dan tilam dok gam hahaah..chaiyok!

Sunday, January 29, 2012

oven ovin ovan : kite bakor ajeler!

sebelum ini Cy teringin nak beli mixer kan?so kali ini ada lagi satu hajat Cy iaitu nak beli ...tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
aduhai.bila dah ada mixer, kena la ada oven elektrik ni supaya kek boleh dibakar hehe                       sasaran Cy adalah pada bulan Mac or April..so..kumpul duit!!!ke ader sapa2 nak sponsor or hadiahkan?ehhehe
semangat membara nak memiliki gadget ini..biasalah, sebagai wanita dan ibu mesti ada kemahiran tertentu..nak buat kek yg cantik2 tu.nak suap mulut2 comel di rumah tu ehhehe...barulah suami dan anak2 bertambah sayang..haaa tu la tips keluarga bahagia..air tangan isteri dan ibu tu la menjadi pemangkin kepada kebahagiaan keluarga tau..haaaa pegang kata2 tu..
Cy masih dalam kajian , nak beli brand apa..ada yang cadang brand Zanussi or elba..
tapi Cy nak kaji butterfly..
ada yang cadangkan beli 42 liter supaya banyak biskut boleh dibakar..jimat masa..tapi ada yg kata beli kecik2 ajela..insyaallah, saya nak aim yg 42 liter ..untuk jangka panjang ..alang2 membeli..tapi bergantung kepada kedudukan kewangan yek..kalo brand elba, tengok kat senheng around 399 tuuuuuuuu..uishh..banyak yg perlu dipertimbangkan ni..nak kene kumpul duit ni..

tapi bila dah beli, jangan jadik projek gajah putih pulak yek :p

Saturday, January 28, 2012

mixer putar alam impianku

Cy nak aim nak beli  mixer pada bulan Februari nanti..tak sabo nak buat kek laaaaaaaaa..dah bertahun tak buat kek tau..sejak mak meninggal..dulu suka buat kek ngan kakak n mak..kek sponge paling pandai! tapi sekarang hampes Cy dah tak ingat hahahha
Cy suka buat kek or biskut so pada Cy, i need this!..tak tau lagi samada nak beli hand mixer or yg siap dengan bowl skali..yang di atas tu harganya rm149..sempat ke nak kumpul duit ni?kewangan cukup ke?kalo tak sempat, Mac kot..mungkin Cy boleh mintak sponsor sikit daripada husband..
abang, sponsor bole tak?nanti hari2 mama buat kek  n biskut :p

Friday, January 27, 2012

rumah manis rumah home sweet home


aduhai..bila rumah bersih dan teratur..(psst ni bukan rumah Cy tau. pinjam kat google)

terasa seperti berada dalam taman indah ini tau..

kalau rumah bersepah bagai tak hengat!(pssst pinjam gambo kat google yek.jangan mara daaaa )

terasa nak menjerit, tarik rambut aje...waaa tensen beb!
















macamtu lah perasaan Cy bila situasi2 tersebut berlaku..rumah mesti bersih dan kemas!tapi masa dan kesempatan tu kadang2 kurang , menjadikan Cy tak sempat nak kemas..sampai rumah dah malam, tak sempat nak sapu2..ngantuk, baaaaaaaam tido...bangun pagi pulak liat sangat ..huhu..

so Cy perlu usaha untuk memastikan rumah sentiasa bersih. bagi Cy pengurusan masa amat penting. so lepas ambil ammar di sekolah, terus ke rumah mak dan terus balik..no more lepak2 lagi..selalunya Cy lepak..kol 8 malam baru balik..tengok tv dulu haha..kalau Cy balik at least jam 7, 710-715 dah boleh sampai rumah dan siram pokok..balik tu dah boleh masak2..kalau tak makan kat rumah tu, tak duduk kat meja  makan tu, anak2 selalu tanya kenapa tak makan kat rumah ehhehe..sibuklah mereka nak makan sama2 kat meja makan tu.
kalo balik lewat, jam 8 baru nak masak, jam 9 baru makan, jam 10 tido, memang harus gemok la Cy ni macam sekarang huhuh. huh! gaya hidup yg tak sihat!

so kalau balik awal, Cy bolehlah masak sambil2 basuh baju ke lipat baju ke..waaaa tak bole tengok baju bersepah dan menimbon dalam bakul..rimasss..sapu sampah ke, mop lantai ke..huhuhu

bole ke?selalunya bila sampai rumah, nak baring2, rileks aje ngan anak2 heehhe Cy perlu berkorban la..sapa lagi nak buat..Cy jugak kan..so pandai2 buat priority okeh..mana yg boleh dibuat seminggu sekali, buatlah...mana yg bole dibuat 2 or 3 kali seminggu macam basuh baju ke..jangan sampai menimbun baru nak basuh, nanti nak melipatnye satu hal lagi.karang menimbon aje dalam bakul tu ..haaaisshhh..harus dielakkan..
buatlah..buatlah apa yg terdaya..cubalah buang mim alif lam sin tu..yg pasti, pastikan bilik tidur anda kemas sebelum pergi kerja. dapur mesti dibersihkan selepas masak. sinki perlu kosong selepas makan. xmo tinggal2 pinggan kotor okeh..hehe pesanan utk diri sendiri.

Cy tak selesa kalo orang datang rumah, tengok rumah Cy bersepah..last time masa mak, abah, adik2 datang singgah sekejap nak amik kami di rumah untuk ke lumut, mak siap masuk sampai ke dapur..tuuuuuuuu diaaaaaaaaaaaaa...seb baik dapur clear cuma..jeng jeng jeng..kain ku yg tak berlipat menimbun kat dalam bakul! time masuk bilikku sebab ammar tido, seb baik bilik kemas bole tahan la...huaaaaaaaaaaaa..abah pulak meronda tengok sekeliling rumah, seb baik baru siap tanam pokok, rumput panjang sikit la hahahaha
no no no..i wannabe perfect.tapi kalo dah tak sempat, tak larat, nak buat macamana kan..

masa bersama suami dan anak2 juga perlu kualitinya. so sebelum anak tidur, main2la dulu ngan anak2.baru kemas rumah
cubalah..insyallah boleh..nanti orang kata,,...haaaa amik ko, ni baru anak 2..kalo dah 6 macamana? heheehhe demi suami dan anak-anak, pasti boleh..chaiyok!

Thursday, January 26, 2012

part 2 : hantaran kahwin mat anip


kek last minit
 baju pasang
quran dan sejadah

 buah hhehe..limau sebijik dan epal hijau saja
 beg tangan
 coklat
 kesemuanya
 bunga telo with sumi
 hantaran pihak perempuan




hasilnya inilah yek..pada Cy, masih boleh ditingkatkan mutunya..bunga tu kalo lagi banyak lagi cantik.anyway,percubaan yg baik :)

Wednesday, January 25, 2012

tanah ke air ke api ke angin haaaaaa?


semasa Cy menjengah ensaiklopedia petua lama , Cy terjumpa dengan petua melayu lama untuk wanita  tentang penentuan UNSUR seseorang ditentukan oleh anak yang ke berapa dalam keluarga:- betul2 kena dengan Cy, anak ketiga..Cy API!!patut baran semacam aje hehehhe jom kongsi..kredit Cy kepada epetua.com di atas perkongsian ini..semoga kalian dapat manfaatnya juga :)

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.


WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumahtangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.


WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.


Tuesday, January 24, 2012

nak cari petua?



Cy jumpa  ensaiklopedia petua melayu lama oleh farit ismet emir..tengok nama macam kenal, rupa2nya betul la pembaca berita tv dulu2 tu..

Cy dapati sangat berguna untuk kegunaan dan amalan kita semua..Cy kongsikan bersama anda..

 

dugaan mama di saat2 menikmati cuti ini..alhamdulillah..





 cuti-cuti ni, anak-anak Cy kurang sihat pulak..mula2 insyirah..hari sabtu insyirah bangun tidur dengan mata yang bengkak..Cy ingat dia kena gigit binatang..bila dah tengahari, kami ke giant untuk membeli barang2 rumah yang dah kehabisan, kira belanja bulananla ni..time nak bayar tu baru nampak kat sekeliling mata dah ada macam bintik-bintik..kat badan pon ada..orang kata macam sopak garam..biasanya sebab panas dalam..macam ni haa..

kat perut, telinga, muka, kelengkang semua ada..tergaru-garula anak Cy tu..kesian..Cy mandikan n letak bedak sejuk..bila malam, dah mengembang sikit dan merebak ke belakang badan..untuk elak dia tak bole tido dan kegatalan, kami bawak ke klinik..

before that Cy ke kedai spek utk amik spek yg dibaiki..adik kedai spek matahari tu tanya akak dah letak bedak sejuk?Cy kata dah..akak letak garam tak?Cy jawab eh tak tau pulak kene letak garam..bagus adik ni ..

p klinik, doktor kata ni adalah alergik dan mintak saya pastikan apa makanan yg menyebabkan insyirah alergik..katenya sopak garam tu alergik laaa..oOOoOo ok..doktor bagi ubat anti radang, ubat kurang gatal n calamine cream..semangatlah minah tu bawak ubat dia..malam tu saya lumurkan satu badan dengan calamine cream..makan ubat n dia tidur lena sampai ke pagi..kol 5 bangun ,dah mula rasa gatal..bangun pagi tengok mata masih bengkak, alergik kat badan dah hilang tapi melarat ke belakang badan..petang tu saya mandikan ngan air garam, sapu bedak sejuk campur garam..terus hilang alergik..tak tau la kesan mandi air garam or mmg dah masa nak baik..alhamdulillah..


kemudian, abangnya pulak, ammar ariff dah mula panas badan..hari ni dia tak  larat.bawak ke pantai bersih pon tak happy jek..klinik tutup, ubat spare dah abis so p beli kat farmasi..seb baik bukak!alhamdulillah..beli paracetamol 250 syrup n cool fever..sampai rumah bg makan ubat dan tidur..sesekali ammar bangun n muntah..so Cy berjaga la ni..semoga anak-anak mama cepat sihat yek..mama doakan..amin..

pssst..gambar tu amik kat google.kredit to owner of the pics!


Monday, January 23, 2012

ikan bawal masak percik..



yang ni resipi kakak saya  Ikan Bawal Masak Percik. sila try yek..Cy nak try nanti bila kat umah..saja post kat sini utk simpanan dan rujukan Cy hehe

Bahan-Bahan:

1 kg ikan bawal hitam
10 gm serai
40 gm belacan
10 gm lengkuas
140 gm bawang merah
60 gm bawang putih
60 gm halia
10 gm buah keras
5 gm serbuk kunyit
60 gm pes cili
60 gm cili padi
1 liter santan pekat
Daun kunyit atau daun limau purut
Garam
Gula

Cara: Gorengkan ikan bawal.

Tumis semua bahan. Masukkan santan dan biarkan hingga pekat dan mendidih.

Masukkan garam dan gula.

Tuangkan di atas ikan yang telah digoreng. Hidangkan bersama nasi putih.


semangat pencetus tenaga baru!!





ehem..jumaat lepas Cy organised satu program simple awal tahun sebagai mengisi peluang untuk memberi semangat dan membuka lembaran baru bagi ofis Cy..
terima kasih kepada bos unit Cy yg sudi datang walaupun sedang cuti belajar..cuba tengok gambar kat atas tu..yg itu adalah resolusi 2012 bagi kawan2 Cy..memula nak sedia board aje pastu bos Cy kate u cari ranting then gantung kat ranting tu...lepas ni boleh buat hiasan di pejabat..adoi mana nak carik ranting bos..
hari khamis Cy ke rumah mak, Cy nampak ranting pokok rambutan yg dah kering, depa baru pangkas..so jadikla pokok resolusi kami..hahhaaaha pasu tu amik yg kat opis, pokok mati hhehe amacam kreatif tak?

u all boleh buat jugak..senang aje..mintak staf review semula kerjaya di tahun 2011..kemudian buat satu resolusi baru terhadap kerjaya mereka untuk tahun 2012..Cy sediakan gunting, tali halus or benang kait tu, magic color or crayon, kertas warna warni di mana Cy beli yg besar dan dipotong kepada 8 bahagian...ala macam manila kad tu tapi pilih kaler yg menarik..mintak mereka buat dalam apa2 bentuk seperti buah, bunga, daun tapi yg jadiknya macam2 heheh so jangan bantutkan idea dan kreativiti mereka..
oh ya, anda juga bole gunakan untuk student anda yek..hehe
selamat mencuba!



Sunday, January 22, 2012

naaaaaaaaaaaaaaaaaah amik ko!


















 hari ini hari kedua cuti..wah wah wah Cy puas hati sangat sebab dapat kemas rumah dari luar sampai ke dalam umah..dari depan hingga ke belakang huwaaaaaaaaaaaaaaa..best!

dari pagi td cabut rumput yg Cy buat sejak semalam lagi..kali ni yg kedua la..letak baja organik aka taik burung kat pokok teh pagar kesayanganku itu..menjadik sungguh baja ni..cepat membesar pokok tehku itu..sejak semalam jugak tanam pokok puding halus bulat ngan pokok kaler hijau n putih..
lepas tu sambung lipat kain yg menimbon tu..pastu mandikan anak pastu ubah perabot, simpan carpet yg penuh ngan harta karuuuuuun hahaha aishh..macam2 sampai tuuuuu...pastu sapu sampah, tukar cadar, cuci cadar (mesin la yg cucikan hahahah),..susun barang2 yg macam tongkang pecah tu, mainan anak2 tu..wahahaha

last skali mop lantai ngan kiwi kleen, saja bertukar dari daia..dari depan sampai ke dapor,...mau patah pinggang tapi nak kemas punya pasal..terus ku habiskan..


kali ni senang sebab anak2 semua dihantar ke umah mak hahahahhah husband p tolong angkut barang pindah sape ntah so Cy suruh depa ikut ke umah mak tok..senang la buat keje..

oh ya..happy chinese new year!happy holiday!
alhamdulillah..so lepas ni nak iron baju kerja sebanyak yg mungkin heheh mungkinkah selesai?kita tengok yek..

Wednesday, January 18, 2012

part 1: hantaran kahwin mat anip : ikut pandai2 CY

kasut


sirih junjung with buah hahahahha pandai2 CY aje




alat make up



mas kahwin..duit tu adalah turutan ikut number n CY susun masa dalam keta, on the way balik jb hehe

hantaran ni CY buat masa perkahwinan adik lelaki CY..semua adalah buatan CY sendiri mengikut contoh2 yang CY cari dan surfing di internet..tema hijau gold. CY beli barang2 di AtuZ Seberang Jaya yang CY anggar tak sampai RM200. bila dah sampai di rumah kakak CY di JB, kami pulun untuk buat susunan hantaran..mudah, tak perlu gubahan sangat..stail moden, letak aje hehe insyaallah, CY nak buat secara kecil-kecilan bisnes buat hantaran  ni .doakan yek..