Friday, January 30, 2009

Aku Boleh!

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..mari kita berkongsi sedikit kata-kata semangat atau motivasi yang aku pegang sejak dulu lagi..ayat ini aku petik daripada kad yang dibeli di kedai buku UM kat FSSS..sampai sekarang ada lagi kad tu hehhehe semoga ini dapat membantu kawan-kawan..

--------------------------------------------------

Sekiranya aku memikirkan aku tewas, tewaslah aku
Sekiranya aku memikirkan aku tidak berani,
Jadilah aku tidak berani!

Sekiranya aku mahu menang,
tetapi memikirkan aku tidak boleh, Sudah pasti aku tidak boleh.

Sekiranya aku berasa akan gagal, gagallah aku ;
Kerana dalam kehidupan ini aku dapati :
Kejayaan bermula dengan suatu kemahuan
Ia semuanya dalam minda kita.

Sekiranya aku memikirkan aku kurang daripada orang lain, begitulah aku.
Aku harus berkeyakinan tinggi untuk bangun,
Aku harus mempunyai kepastian diri sebelum
Aku dapat memenangi sesuatu hadiah.

Perjuangan kehidupan tidak selalu datang hanya
Kepada individu yang lebih kuat dan lebih tangkas,
Pada bila-bila masapun individu yang menang
Adalah individu yang berkeyakinan boleh.

Sentiasalah ada pembaharuan! Kau Boleh!Chaiyok!

Thursday, January 29, 2009

cara kurangkan bayaran loan rumah

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..
dok belek-belek file dalam pc pastu terjumpa satu panduan untuk kurangkan bayaran loan rumah..masa ni aku ngah dok sibuk cari maklumat tentang pembelian rumah di internet..so kalau dirasakan maklumat ini dapat membantu anda,cubalah ya..sesiapa yang terlibat dalam line banking or accounting should know this hehehehe


Contoh kurangkan Loan Rumah

Anda membeli sebuah rumah berharga RM150,000.00, dengan tempoh pinjaman Loan Bank 360 bulan (30 tahun) , dan katakan interest rate 6%.

• Principal bulanan dan bayaran interest = RM 899.33
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = RM 173,757.00

Menggunakan Bi-Weekly Option (Bayar 2 minggu sekali / 2 kali sebulan)

Iaitu, dengan membahagi-duakan bayaran loan bulanan RM899.33 / 2 = RM449.67.
Awal bulan bayar RM449.67 (sebelum 15hb), kemudian baki RM449.67 dibayar pada hujung bulan.

• Bayaran Bi-Weekly = RM449.67
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = $135,294
• Tempoh loan dikurangkan kepada 24 tahun, instead of 30 tahun.

Jumlah pertama dibawah menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bulanan (bayar macam biasa, bayar loan hanya pada hujung bulan).

Jumlah kedua menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bayaran bi-weekly (2 kali sebulan).

Perbandingan:-
Monthly payment Bi-weekly
Tahun 1 RM148,157 vs. RM147,198 (Perbezaan M959)
Tahun 2 RM146,202 vs. RM144,224 (Perbezaan RM1978)
Tahun 3 RM144,126 vs. RM141,066 (Perbezaan RM3060)
Tahun 4 RM141,922 vs. RM137,715 (Perbezaan RM4207)
Tahun 5 RM139,581 vs. RM134,157 (Perbezaan RM5424)
Tahun 6 RM137,097 vs. RM130,380 (Perbezaan RM6717)
Tahun 7 RM134,459 vs. RM126,371 (Penjimatan RM8088 to date)

Penjimatan berlaku setiap tahun kerana anda telah membayar lebih (13th month) dengan kaedah ini. Maka bila perkiraan interest dilakukan oleh bank, interest akan berkurangan kerana anda dah bayar lebih.

ATAU

Cara Lain Untuk Kurangkan Loan Rumah Anda - Bayar lebih sedikit jumlah ansuran bulanan

Jika:
a.) Anda tak larat ke bank 2 kali sebulan, dan tak cukup masa...
b.) Direct-debit bank anda tak benarkan bayaran dibahagi 2 macam tu...
c.) Bank anda tak benarkan bayaran beransuran macam tu.

MAKA anda boleh:
Dengan menggunakan contoh yang sama (interest 6%, loan RM150,000):

CONTOH:
Bayaran ansuran bulanan loan rumah anda = RM899.33

Bahagikan nilai tersebut dengan 12 = RM899.33 / 12 = RM75

MAKA, setiap bulan anda bayar RM899.33 + RM75 = RM974.33 atau RM975.

Dan tempoh loan 30 tahun akan berkurang kepada 24 tahun.
Bila anda berbuat sedemikian, tempoh loan dan interest anda akan berkurangan dengan tersendiri. Ini kerana anda dah bayar loan lebih sebulan (13th month) setiap tahun.

Kalau tak percaya, pergi kira sendiri dgn calculator kat website ni:
http://www.reduce-my-mortgage.com/calculate.htm

Mengikut contoh diatas, kalau ada wang lebih, setiap bulan bayar terus RM1000, dan anda akan jimat lagi banyak, dan tempoh loan dapat dikurangkan lagi.


selamat mencuba!

Saturday, January 24, 2009

ammar pakai songkok aji..



assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku...

ni adalah gambar ammar memakai songkok aji atau kopiah..kopiah ni pemberian pak lang yang baru balik dari menunaikan haji baru-baru ini..

sebenarnyer ammar dari lahirnya tidak gemar memakai topi atau meletakkan apa2 kain di kepalanya..puas nak suruh pakai topi tapi dia tarik juga..agaknya rimas la tu hehehe so mamanyer tak belikan la topi sampai sekarang ni..

tapi satu keajaiban telah berlaku di mana pada satu hari isnin , ayahnya nak bawa ammar ke pasar malam.ayah kate kalo nak ikut ayah, pakai kopiah ni sbb nanti berembun,takut ammar demam..macam faham dengan percakapan ayahnya itu, maka si ammar ni terus meletakkan kopiah tu di kepalanya..hehhehe dan pemakaian kopiah tersebut kekal sehingga dia sampai di rumah dan sempatla mama ambil gambar buat kenangan kikikiki..

lepas daripada peristiwa tersebut, ammar dah rajin nak pakai kopiah..terutamanya bila azan bergema di tv dan surau berdekatan rumah kami, ammar akan buat shhhhhhh..letak jari di mulut suruh orang semua diam dan dengar azan..dan ambil kopiah dia..konon2 nak bawak g semayang la..hehhe bile dah abis azan, angkat tangan baca doa..siap kumat kamit mulut dia hehhehe..kalo bernasib baik, bila disuruh semayang, ammar akan angkat tangan seolah2 angkat takbir..pastu rukuk dan sujud...siap cium lantai tu beb hehehhe

alhamdulillah..kanak-kanak umur macam ni kalau diajar mmg mudah ingat dan ikut..ini lah masanya nak mengajar anak..semoga amalan ini berterusan oleh ammar..semoga ammar menjadi anak mama dan ayah yang soleh dan berguna kepada kami..apa yang kami harapkan agar dapatlah ammar menjaga kami semasa kami dah tua kelak..insyaallah..doakan ammar ye sahabat-sahabat..

Friday, January 23, 2009

Ashopaholicsden is giving away AliceWonders.com bag for free!






assalamualaikum dan salam sejahtera... wah wah wah...cantik tak beg ni..


fuhhhh..bestnyer kalo dapat for free hehhee..jika anda berminat untuk membeli beg yang cun-cun designnye, bole la ke Alicewonders.com..


di Alicewonder.com ini menyediakan beg-beg yang menarik designnyer dan sesuai untuk semua peringkat umur..bole la digayakan di mana-mana majlis atau bole juga dibawa ke tempat kerja dan yang penting bole dibawa ke mana-mana sahaja..!hehehehe


me needs designer inspired bag from Alicewonders.com sebab beg tersebut menjadikan penampilanku akan lebih elegan dan menarik. jika beg ini kubawa ke pejabat, sudah tentu mata-mata di situ akan tertumpu kepadaku..huhuhu..lebih2 lagi kalo beg merah tu..mesti depa puji punya...waaaaaaa cunnyer beg yanti..beli kat mana?? haaaaaa baru leh promote alicewonders.com...


'anda semua bole la membeli secara online di Alicewonders.com ye..designnyer mmg menarik tau!' hehehe selamat membeli belah!



Friday, January 16, 2009

Cerita Ibu di Zaman Rome

assalamualaikum dan salam sejahtera..

semasa sedang surf web susuibu.com, terjumpa la pulak cerita yang menarik ini ..mari kita baca sama2...

Cerita Ibu di Zaman Rome


Semalam saya sempat menonton sebuah kisah ala-ala zaman Rome, sambil menyusu anak yang kecil. Saya tengok tu pun sudah di penghujung cerita. Jadi tak tahu apa awalan ceritanya. Tapi babak-babak akhir kisah tersebut menceritakan bagaimana seorang ketua di negara Rome telah menangkap seorang perempuan bertaraf hamba untuk dijadikan gundik di istananya.Perempuan ini mempunyai seorang bayi yang masih kecil dan masih menyusu. Manakala suaminya yang juga hamba adalah 'gladiator'.

Dari perbualan antara hamba perempuan ini dengan ketua negara tersebut, didapati rupa-rupanya ketua negara itu amat cemburu dengan kehebatan 'gladiator' itu sehingga dia ingin memiliki apa yang 'gladiator itu miliki termasuklah isteri beliau. Apa yang menarik lagi di dalam perbualan ini, terdapat isu berkaitan penyusuan dibangkitkan.

Ketua negara itu bertanya kepada perempuan tersebut, bagaimanakah keadaan bayi perempuan tersebut. Beliau telah menyediakan ibu susuan kepada anak tersebut semata-mata kerana tidak mahu perempuan tersebut terus rapat bersama anak itu. Perempuan itu menjawab:"Saya amat sayangkan anak saya dan saya mahu terus menyusukan anak saya". Ketua negara itu marah dan membalas, "Janganlah kau masih berfikiran kolot. Perempuan yang maju tidak perlu melakukan itu semua sendiri. Keluarlah kau dari dunia kemiskinan kau".

Perempuan itu menjawab "Janganlah dipisahkan anak itu dari saya semata-mata kerana kebencian tuan terhadap suami saya."Pelbagai isu yang bermain di fikiran saya dari perbualan ringkas antara ketua negara tersebut dengan hamba perempuan itu.

Begitu murni kasih ibu terhadap anaknya sehingga berani berkata-kata tajam di hadapan seorang ketua negara yang berang semata-mata untuk mempertahankan hak anaknya, iaitu menghirup susu dari ibunya yang sejati. Inilah naluri keibuan yang asli, iaitu memberikan kasih sayang terhadap anaknya sejak dari lahir hinggalah dewasa. Kasihnya ibu tertumpah dari titisan susu yang diberikan kepada anak saban hari. Sayangnya ayah tertumpah dari titisan peluh dan jerit perih bekerja mencari rezeki untuk sekeluarga.

Seperkara lagi, saya terfikir adakah isu kekolotan dan gambaran kemiskinan antara sebab kenapa ibu-ibu tidak mahu menyusu. Mungkin kerana cerita ini berkisar di zaman kerajaan Rome, maka ketua negara tersebut hanya terfikir untuk menyediakan ibu susuan kepada anak tersebut. Barangkali, jika babak tersebut berlaku di zaman sekarang tentulah dialognya berubah kepada "aku telah menyediakan bertin-tin susu lembu untuk anak kamu, tidakkah itu memadai".

Mungkin ada di antara ibu-ibu sekarang yang berfikiran jika diberikan susu badan, maka akan dilihat seolah tidak mampu membeli susu formula yang mahal-mahal dan 'bermutu tinggi'. Jika itu benar, alangkah ruginya sang ibu dan alangkah malangnya nasib si anak. Si ibu rugi kerana terlepas peluang mengikat kasih sayang bersama anak dengan sesuatu yang tidak ternilai namun tidak perlu dibeli.

Malangnya anak kerana tidak berkesempatan menikmati hidangan teristimewa dan paling tinggi zatnya dari ibunya sendiri.Selepas selesai menonton cerita tersebut, saya terkenangkan kata-kata seorang tetamu di malam Rumah Terbuka SusuIbu.com: "Kita sebagai ibu seharusnya mempunyai rasa BANGGA kerana dapat menyusukan anak sendiri, maka dengan sendirinya segala fikiran negatif akan terhindar dari kotak fikiran".

semoga sama2 kita fahami apa yang tersurat dan tersirat..insyaAllah

Thursday, January 15, 2009

7 lawak untuk redakan stres anda!

assalamualaikum dan salam sejahtera..
baru dapat emel daripada sahabat dari Singapura..mari kita kongsi 7 lawak yg bole releasekan tension kita semua...hihihihi

1.Cium Isteri


Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullahmereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2.Bunuh Setan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yangbetul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. 'takpe...tunggulah malam'. Esoknya si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .Si suami diam sambil mengangguk lemah.Esoknya si isteri berkata 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '. Si suami tiba - tiba marah dan berkata .......... 'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

3.Pak pandir menunjukan kepandaiannya

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, 'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,'Lembik...macam taik.'Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam taik.'Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... 'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

4.Mamak dapat anak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,
tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira
dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni? Mamak: Saya bini juga surat India mari.Ali: Apa dia cakap? Tentu good news.... Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak! Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik. Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

5..kisah 2 ekor burung.

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung. Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...?? Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000. Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam. Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.

6.Belajar bahasa English

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall
Gadis:' I'm sorry ' Pelancong:' I'm sorry, too 'Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..Gadis:' I'm sorry. three ' Pelancong: ' What are you sorry for? ' Gadis:'I'm sorry, five '

7.Kek Hari jadi...

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas,kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain.
Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


gelak beso...gelak beso..

Monday, January 12, 2009

haPPy 29 birTHday my dear hubby..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini adalah hari lahir suami ku yg tercinta, chaoun dear..

selamat hari lahir ke 29...semoga sayangku ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..menjadi nakhoda yang hebat dalam bahtera keluarga kami..mama yakin suami mama matang seiring dengan usianya..semoga menjadi kakitangan yg produktif juga..

kami sayang ayah!

Tuesday, January 6, 2009

10 RULES FOR A HAPPY MARRIAGE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

aku nak berkongsi 10 rules for for a happy marriage yang aku dapati semasa melilau kan mata kat bilik perkahwinan Jabatan Pendaftaran Negara Bukit Mertajam tadi(untuk orang non Muslim register kahwin)..begitu menarik la rules ni..harap dapat dijadikan panduan untuk meniti alam rumahtangga ya..good luck!

10 RULES FOR A HAPPY MARRIAGE

1. Never Both Be Angry At The Same Time
2. Never Yell At Each Other Unless The House Is On Fire
3. If One Of U Has To Win An Argument, Let It Be Your Mate
4. If U Have To Criticise, Do It Lovingly
5. Never Bring Up Mistakes Of The Past
6. Neglect The Whole World, Rather Than Each Other
7. Never Go To Sleep With An Argument Unsettled
8. At Least Once Every Day Try To Say One Kind Or Complimentary Thing To Ur
Life’s Partner

9. When U Have Done Something Wrong, Be Ready To Admit It And Ask For
Forgiveness
10. It Takes Two To Make Quarrel, And The One In The Wrong Is The One Who

Does The Most Talking

Sunday, January 4, 2009

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT KITA

assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bacaan yang selalu kita baca dalam sembahyang tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadi di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu .
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

# artikel ini didapati daripada emel yang dititipkan oleh sahabat saya. ingin dijelaskan bahawa ini adalah perkongsian ilmu. sekiranya didapati ada tersilap di mana-mana dalam artikel ini, adalah menjadi harapan saya agar dapat ditegur dan diperbetul.

berpuasa pada 10 Muharam - Hari Asyura

assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan".

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.
Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.



SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:


Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
Diterima taubat Nabi Adam a.s.
Dicipta Adam a.s.
Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
Selamat Musa dan pengikutnya.
Lemas Firaun.
Dilahirkan Nabi Isa a.s.
Diangkat Nabi Isa kelangit.
Diangkat Nabi Idris ke langit.
Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.



14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya

dalam kubur nanti
3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan

memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya

iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan

mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.
6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka

sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil
sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua
fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan

hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz

niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan

memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan

mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura
empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua
selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa

nikmannasiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti

memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana

Allah Taala. fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali
umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

selamat berpuasa..

# petikan daripada emel - (disclaimer) sesungguhnya kita berkongsi ilmu.sekiranya ada salah dan silap di mana-mana, harap dapat diperbetulkan.