- kene plan biler nak masak terutamanya biler melibat crowd..
- positif n confident that u can cook
- jika anda ada kerja lain, pesan dulu kat sesapa yg berada di kawasan yang sama waktu dengannya agar tidak membuat sesuatu tanpa anda ha ha ha
Sunday, October 26, 2008
tragedi lodeh
Tuesday, October 14, 2008
rendang mak
- bawang putih -kisar
- bawang merah-kisar
- halia-tumbuk
- kunyit-tumbuk
- lengkuas-tumbuk
- cili kering-kisar
- serai-hiris nipis
- daun kunyit-hiris ni[is
- daun limau purut
- ketumbar-sangai dan tumbuk
- jintan-sangai dan tumbuk
- kerisik
- asam keping
- santan
- daging fresh
- garam
pergi tak kembali...
Sunday, October 12, 2008
ayat-ayat motivasi
di mana2 saja kita bekerja,tentu saja ader masalah yg akan kita lalui..aku tertarik dengan seorang sahabat yg sering membaca ayat2 ini ketika tension dengan perangai bosnya..jom kongsi2..kot2 anda pon hadapi situasi yg sama..
Friday, October 10, 2008
tangan yang paling indah
cerita ni saya dapati daripada emel..Sekadar mencari keinsafan. Very touching. Tak keluar air mata maknanya bukan anak mak. Lepas ni call mak masing-masing.
----------------------------------------------------------
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru.Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya.
Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..
Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.
Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya
mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...
aku : berbahagialah anda yang masih memiliki ibu
Monday, October 6, 2008
kerja kerja kerja..
kata orang,selagi tak tutup mata,kerja kerja kerja..
...arini dah mula kerja..mood pun dah kurang..nasib baik tak masuk office..hanya mesyuarat di hq dan persiapan untuk aktiviti selama 2 hari di institusi..lega..3hari tak masuk office..lega..(??)
kenapa?mungkin mood berhari raya masih lagi berjaya menandingi mood kerja..mungkin tempat kerja menjadi tempat yg tidak seronok utk bekerja?mungkin juga kerana sifat 'tak rajin' menebal?..
jawab!mood kerja mesti berusaha utk menandingi mood hari raya..mood kerja mesti menang agar aku boleh bekerja dengan sepenuh ati..lawaaaaaaan...seranggggggggggg....
jawab lagi..aku mesti menjadikan tempat kerjaku sebagai tempat yg seronok bekerja agar mood aku untuk bekerja hidup kembali..positifkan mindaku terhadap segala anggapan2 negatif di batu jemalaku supaya aku kembali terjalin utk bekerja..
jawab lagi..sifat tak rajin yang semakin tebal itu patut dikikis agar tak jadik tebal supaya aku bole bekerja dengan semangat kerja yg menebal, setebal dengan kerajinanku..malahan tebal lagik..
ape yg aku pilih? ....
Saturday, October 4, 2008
bakar sate!
arini kami plan nak bakar sate bersama2 sedare mare yg dok dekat2 ni..maklumla umah kami ni sebelah menyebelah ajer.senang nak panggil..abang kate saje la nak ilangkan kempunan kiter tak dapat makan sate time jamuan raye time raya kedua lepas..tokei sate silap tarikh huuuuuuuuhuhuhu..sedapnyerrrr...bak kate ammar..nyum nyum nyum..
sambil bakar sate,bole la sembang2..ni la salah satu cara yg kiter gunakan utk mengeratkan lagi silaturahim..nak harap time keje,mmg payah nak temu muka..ni la masa nak bertukar2 cerita,,antara mak2 sedare n anak2 sedare..
selamat hari raya aidilfitri
assalamualaikum dan salam sejahtera..
nampaknyer bulan ramadan sudah berlalu dan syawal menjelma..semoga aidilfitri kali ini disambut dengan gembira..begitu juga dengan aku..maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga..
alhamdulillah kami selamat tiba di jb petang sabtu..hiway mmg clear..
sorry to fika n pitt coz tak dapat join korang gathering kat jusco tu..dah lewat sangat nak ke sana hehe..next time,insyaallah..
raya kali ni bersama adik2 n family abang..family kakak kali ni berhari raya di terengganu..sebok la nak touch up umah tu,maklumla umah orang bujang hehehe..seb baik adikku yun sungguh rajin mengemas..
aku masak rendang daging, ketupat (segere), ayam masak merah(kak lin buat) n masak lodeh..seronok memasak,tapi tgk resepi gak la kan sbb masak ni setahun 2 kali jek keh keh keh..rasenyer kali ni masakan rendangku much much better..mmg setiap kali raya,mmg akan pulun dok ingat aper yg arwah mak masak utk rendang ni..mesti nak sama ngan mak buat hehe..teringat dulu abah dok kater,ko masak sama macam rendang arwah mak buat dulu...aduh...sob sob sob lagik...hehe
my husben with my brader2 g bazar..nampak seronok abangku itu bersama ipar duainyer..2 ari b4 raye depa jumpe ekin mawi n adik kembarnyer kat pasar borong pandan..mengamuk kak lin tengok gambo abang apis ngan ekin tu haaaahahahah...yg gambo husben ku?ahhhhh tak herannnnnnnnnn kikiki...malam raya tu ingatkan depa tak keluar, rupe2nyer depa keluar gak pagi bute tuh...ces hampeh sungguh..husben dapatler beli lelong kasut adidas murah2...katernyer penang takde macam ni heheh ikut abang ler..asal abang happy...
pagi2 raya...geram sungguh nak menggejutkan hero2 tu..mane taknyer balik kol 4 pagi..seb baik speaker kak lin mmg power,depa bangun la..itupon bukan main payah..lepas makan....g kubo mak n abah...kutaburi bunga mewangi di pusara..time jenguk kubo abah bleh la handle lagik..tapi biler turn kubo mak,tengok yun plak nangis,aku pon tak tahan ler...sob sob sob lagik ces...
'ibu...aku telah dimiliki....jauh kutinggalkan desa ini...pusaramu
kusiram..kurasakan aku direstui'
pastu lepak umah makcik di taman perling..lama dah tak jenguk achik,adik arwah abah..ni jela yg tinggal..lagik satu adik abah ader di sabak bernam..
raya kedua terpaksa balik...sob sob sob..ader jamuan raya kat kampung di penang...sorry kengkawan...tak dapat raye umah korang macam dulu2..
raya tahun lepas
hehehe...selamat hari raya..ni gambo raya tahun lepas di mana aku berpantang selepas melahirkan ammar..time ni di penang..tak balik jb..sob sob sob..
kat gambo tu ader mak,abah,tok,my husben,me,my adik ipor-tuty, bob n suriaty..n also my little ammar di pangkuan mak tok dia..nampak macam ngah menguap tu hehehe...
meriah raya kat sini..
fadhilat puasa 6 di bulan Syawal
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.Selain itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?
Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.
Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.