Tuesday, December 27, 2011

berita buruk itu menyentap hati saya..menusuk sedalam-dalamnya..

sebelum lunch dapat msg dari suamiku..katanya nak tolong saudara angkat barang bini dia..saya tanya semula, dah cerai ke?sbb ada cerita2 tentang masalah perkahwinan mereka sebelum ini..suamiku balas, dah confirm pisah, 12hb lepas...

innalillahiwainnailaihirojiun..

terus air mata saya mengalir..ntah kenapa, sayarasa sedih sgt sbb berlaku penceraian itu..lantas saya balas msg suami...

innalillahiwainnailaihirojiun..putus kasih macamlaah putus jantung.mati.nauzubillahiminzalik..ya allah, jauhkanlah yanti dan shahrul dari penceraian yg Kau laknati..amin..

semacam satu perasaan yg halus tiba-tiba masuk dalam jiwa saya, betapa saya dapat merasakan perasaan yg dialami si isteri..saya rasa macam nak mati..saya rasa jantung berhenti berdegup..ya allah beratnya dugaan itu..

doa saya kepada mereka, sekiranya masih ada jodoh mereka, semoga allah tautkan kembali demi anak yg baru setahun itu..sekiranya tiada jodoh lagi, semoga kalian dapat bertemu dengan jodoh yg serasi dengan kalian..yg penting, anak itu, jangan diputus kasih sayang kalian.kalian masih ibu dan bapa kepada anak itu..

saya masih melengu..memang itu bukan masalah saya tapi dugaan bercerai adalah dugaan maha hebat bagi saya..noktah


syarat satu sabar.syarat dua sabar lagi.syarat tiga sabar jugak laaaaa

-husband cuti arini-

-aku keje-

-dengan semangat bangun pagi buta aku memasak untuk dia dan anak2-

-rupanya dia nak lepak rumah mak-

-aku harus sabar :)


Wednesday, December 21, 2011

allah dah selamatkan aku!





assalamualaikum dan salam sejahtera..


semalam saya ada di lcct,nak balik ke pulau pinang setelah 2 hari di langkawi, sehari di cyberjaya..huhuhu
kelmarin ada cerita yg kelakar dan penuh kesyukuran bila tiba kat lcct midnite kelmarin..



sampai dari langkawi kol 12 dan terus nak booking taxi ke bangi lanai. tanya harga tambang teksi, rm80..mahal sebab dah midnite..huhuuhu..dalam poket ada rm50 dan setelah dikorek2 beg, ada la tambahan rm 8 hehe pegi ke atm utk keluar duit, semuanya out of service..huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rasa nak menangis aje depan atm tu..


macamana aku nak balik niiiiiiiiiiiiiiiii...dok melengu depan atm n dalam hati, nak call kawanku, rasa macam menyusahkan aje. then dengan relanya, pasrah lah aku menunggu dan tidor di lcct ni until atm boleh diguna pagi nanti..



sambil2 jalan nak carik tempat teksi kot2 ada teksi yg tak perlu ditempah dulu dan cari strategik melepak..tiba2 ada terpandang satu baju polka dot yg sangat2 biasa dilihat..oOoOoOOoOit...mashi tu!!teman sekerja! mashi!!! mashi! akak nak pinjam duit!akak nak balik bangi lanai ni ehhehehhe


rupanya mashi baru turun flight dari penang dan nak balik dgn husbandnya..mashi kata, cheyant, jom mashi n husband hantar..bahaya la nak naik teksi tu....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bila dah ada jemputan tu,tak boleh la nak tolak..


alhamdulillah...syukur sangat2..allah beri petunjuk dan penolong semasa diriku ditimpa kesusahan..alhamdulillah..terima kasih ya allah...


moral of the story : sila sediakan duit yg mencukupi semasa perjalanan anda yek :p













































































Saturday, December 17, 2011

syarat 1: sabar .syarat 2: sabar. syarat 3 :sabar jugak..semuanya sabar laaaaa

suka lagi untuk saya berkongsi isi dalam buku mengurus stres : islam ada caranya. kredit kepada penulis mohamad zaini yahya dan mohd sukki othman...


sebagai panduan kita bersama...


untuk menjadi seorang yang penyabar tiada jalan pintas yang segera. sabar tidak datang dengan angan-angan.

kita tidak mungkin tiba-tiba menjadi penyabar atau tiba-tiba menjadi ikhlas.

semuanya perlu waktu, kesedaran, pembelajaran dan proses yang berterusan.

hingga akhirnya ia melekat dalam diri kita dan menjadi sebati di dalam jiwa.

seperti bernafas, kita tidak berfikir ketika kita bernafas.demikian halnya dengan sifat yang telah melekat pada diri kita.


mari kita berusaha untuk menjadi lebih sabar dalam menjalani kehidupan ini.

tiada tempat di dunia ini bagi orang yang tidak sabar. terapkan sabar dalam segala aspek kehidupan kita, ketika mencari nafkah kita sabar tidak mengambil jalan pintas dengan mengamalkan rasuah, ketika berkenderaan kita sabar , tidak memandu sesuka hati, ketika menjadi pemimpin, kita sabar tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. ketika menjadi seorang pekerja bawahan, kita sabar untuk menjalaninya dengan amanah.

ketika ditimpa masalah kita sabar mencari jalan keluar dan ketika melakukan ibadah kita sabar menentang kehendak nafsu yang sering menghalanginya.

dengan memiliki sifat sabar kita mampu menjadi peribadi yang menyenangkan dan berkarisma.

kita mampu menyelesaikan masalah dengan solusi yang tepat.


oleh itu, tidak ada salahnya kita bersikap sabar...

Friday, December 16, 2011

bermadah bagai, klorox minda n hati tu

renungi madah ini!


lakukan kerja kerana allah

jangan diungkit walau sezarah

hati tidak berasa gundah

perasaan tidak mudah marah

segala urusan menjadi mudah

kerja tidak menjadi susah

fikiran tidak keluh kesah


buat kerja kerana allah

rezeki subahat haram menjadi darah

hak orang jangan dijarah

kuasa makhluk tidak disembah

musuh tidak mudah mengacah

kawan jangan dijadikan amah

maksiat jangan dibiar bernanah

punca masalah hendaklah dirajah

perbualan jangan ditambah perencah

kredit to buku mengurus stres : Islam ada caranya : muhammad zaini yahya dan mohd sukki othman dan almuhadisun.blogspot.com

Thursday, December 15, 2011

mai mai nak motivasi diri sikit ni..

saya nak kongsi petikan dari buku Mengurus Stres : Islam ada caranya


mohon kebenaran tuan punya buku, mohammad zaini yahya dan mohd sukki othman untuk saya kongsikan sedikit petikan dalam buku anda..sharing is caring :) terima kasih..




dunia ibarat medan pertempuran. manusia ibarat pejuang. perjuangan memerlukan keikhlasan. tanpa keikhlasan perjuangan akan sia-sia. musuh dalam perjuangan penuh muslihat. kebijaksanaan adalah senjata paling ampuh dalam peperangan. kesabaran adalah pertahanan kental dalam perjuangan. pengorbanan adalah harga paling mahal dalam perjuangan.




oleh itu jangan sia-siakan kehidupan anda. kenalilah diri anda. penuhilah ilmu di dada, rancanglah kehidupan anda dengan kebijaksanaan. hiasilah diri anda dengan kesabaran dan ketabahan. itulah pengorbanan dalam kehidupan. bebanan dan tanggungjawab bukanlah satu tekanan bagi seorang pejuang. ia adalah satu syarat dalam perjuangan.


jika anda melihat seorang yang miskin dan hidup penuh dengan dugaan, jadikanlah ia sebagai penawar dalam kehidupan anda.




jika anda melihat seorang yang kaya dan hidup dengan penuh kesenangan, percayalah apa yang diperolehinya pasti didahului dengan kesukaran dan kepayahan. itulah resepi kejayaan. ingatlah! kejayaan tidak akan diperolehi dengan angan-angan , sebaliknya dengan perjuangan.






semoga memberi motivasi dan inspirasi kepada anda dan saya, amin.




budak bijak tu dah 2 tahun dahhhhhh....



selamat hari lahir yg ke 2 insyirah nur ariff..



semoga anak mama membesar dengan sihat..



jadi anak yg mendengar nasihat mama n ayah..



bijak dan berjaya di dunia dan akhirat..



lakukan apa yg allah suruh dan tinggalkan apa yg allah larang..



semoga allah memberkatimu dan sentiasa dalam lindungan dan payungan Allah..amin



sesungguhnya mama bersyukur dan bangga dapat melahirkanmu





kredit to pinkcakebox.com for the pic

Wednesday, December 14, 2011

reset balik



saya sedang carik mood nak kerja..
pagi2 lagi dah ada semburan tak wangi..
tarik nafassss dalam dalammmmmmmmm sambil tutup mata dan programkan kepada diri supaya bangkitkan perasaan ikhlas untuk bekerja ..ikhlas..ikhlas..sebut dalam hati..saya ikhlas saya redha untuk bekerja ..saya ikhlas untuk bekerja, saya redha... sambil hembus perlahan-lahan..fuuuuuuuuuuuuuuuhhh sambil buangkan segala aura negatif..

saya bersedia untuk bekerja!

MC nak sakit ke MC ape ni?

semalam ada hari inovasi..saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi mc..MC bukan Medical Cert ya..tapi Master Ceremony yek hehe
saya seronok sebab dapat peluang sebegini..syukur...dulu masa saya awal2 di sini, tak dapat peluang sebab ada yg lebih baik dari saya ..saya anggap itu sebagai masa saya untuk membina diri saya menjadi mc yg baik sehinggala saya dapat peluang utk jadi mc..alhamdulillah....moral of the story...bersabar ya..

saya nak kongsi teks tak seberapa yg saya buat..teks ni dibuat sebelum majlis dan bila dah harinya berlangsung, macam2 perubahan berlaku..so sebagai mc, kena bersedia dengan sebarang perubahan ya..

majlis ini ada masanya formal dan separa formal..

Mohon perhatian, majlis akan dimulakan sebentar lagi.
Para hadirin adalah dipohon untuk berdiri semasa Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 2 memasuki dewan dan majlis akan dimulakan dengan lagu Negaraku,lagu Negeri Kita, lagu Bersatu Untuk Kebajikan dan lagu Malaysia Inovatif. Terima kasih
--------------------------------- $$----------------------------------------------------------
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang.

Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Kita, Lagu Bersatu Untuk Kebajikan dan Lagu Malaysia Inovatif.

(setelah lagu selesai) Para hadirin dipersilakan duduk.

Petang yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang
Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Ismail
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Para Pegawai dan seluruh Anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang yang dihormati sekalian.

Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran para hadirin ke Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicara


Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan koir Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, yang telah memimpin nyanyian lagu sebentar tadi. Kumpulan ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Rashwan bin Klawan.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 2 dan para hadirin sekalian,
Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang diadakan bagi menyahut saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar satu pembaharuan dilakukan supaya sistem penyampaian perkhidmatan dalam perkhidmatan awam adalah lebih cekap, inovatif , pantas dan berkesan.
Selain itu, sambutan tahunan ini adalah sebagai penghargaan kepada komitmen anggota kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan seiring dengan tuntutan dan ekspektasi pelanggan masakini.

Bagi memberkati Majlis kita pada petang ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput ustaz Mohd Sofian bin Abu Bakar dari Asrama Paya Terubong untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Sofian bin Abu Bakar diatas bacaan doa itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaMaka Tak lengkaplah Majlis jika tiada yang berbicara.
Dengan ini,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Ismail untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengarah di atas ucapan aluannya itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berhormat Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang di atas ucapan perasmian sebentar tadi. Dengan ucapan perasmian itu tadi maka rasmilah sudah Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011.

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis akan diteruskan dengan upacara Bacaan Ikrar. Untuk itu, majlis mempersilakan Encik Azlan bin Khamis untuk memimpin bacaan ikrar. Para hadirin diminta berdiri.
(setelah selesai)
Para hadirin dipersilakan duduk.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Azlan bin Khamis di atas pimpinan bacaan ikrar itu tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya sama-sama kita saksikan tayangan slide preview Inovasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang 2011.
(tayangan selesai)
Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang dan hadirin sekalian, pada November lepas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Inovasi peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala sukacitanya menjemput Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Ismail, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang bagi mengiringi Yang Berhormat Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan sijil penghargaan. Dipersilakan.
(bila stage telah sedia)
Pertama, Bagi Kategori Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, dijemput wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
Bagi Kategori Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah , dijemput PKMD Timur Laut
Seterusnya, bagi Kategori Pengurusan Kewangan, dijemput JKMN Pulau Pinang
Keempat : Kategori Institusi, dijemput Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti
Kelima bagi Kategori Edible Garden, dijemput Asrama Akhlak Paya Terubong
Seterusnya, bagi Kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif, dijemput PKMD SPU
Kategori Ketujuh ialah Kategori Inovasi, dijemput
PKMD SPT
PKMD SPS
PKMD BD

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang di atas penyampaian sijil penghargaan itu tadi. Seterusnya, sebagai tanda penghargaan, majlis dengan sukacitanya mempersilakan, Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Ismail untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang berhormat Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang.

Tetamu kehormat dan para hadirin yang dihormati sekalian, Majlis menjemput para hadirin untuk menjamu selera. Sambil menjamu selera, para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan daripada wakil setiap Pejabat Kebajikan, JKM Negeri dan Institusi. Majlis juga akan diselangi dengan penyampaian anugerah dan juga cabutan bertuah. Suka untuk kami maklumkan di sini bahawa para hadirin adalah juri kepada semua persembahan. Persembahan Terbaik akan dinilai melalui undian tetamu dan para hadirin diminta mengisi borang undian yang disediakan di meja masing-masing.

Beberapa saat...
Bagi menghiburkan kita semua, dipersilakan persembahan pertama daripada Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti yang akan mempersembahkan tarian bertajuk ‘..................................................’.Dipersilakan!
Begitulah tadi persembahan tarian yg mengasyikkan daripada Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti. Seterusnya, bagi persembahan kedua, kita saksikan kehebatan anggota Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut untuk mempersembahkan teater muzikal bertajuk ‘.........................................................................’ .Dipersilakan!
Hebat ya persembahan PKMDTL itu tadi. Baik, di tangan para hadirin sudah tentu ada nombor cabutan bertuah masing-masing ya. Bolehlah semak nombor bertuah anda. Untuk cabutan bertuah edisi pertama ini, dijemput Encik Junaidi bin Ayob, Penolong Pengarah Kanan Unit Ekonomi dan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang untuk membuat cabutan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Mc umumkan cabutan bertuah dan jemput pemenang.)
Terima kasih diucapkan kepada En. Junaidi di atas penyampaian hadiah cabutan bertuah itu tadi.

Para hadirin sekalian, marilah kita berhibur lagi dengan bakat-bakat terbaik rakan-rakan kita. Nampaknya kita boleh namakan sebagai Akademi Fantasia JKM Pulau Pinang ya. Kali ini, kita akan saksikan persembahan ketiga daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara, yang akan mempertaruhkan kumpulan dikir barat mereka. Dipersilakan!
Begitulah tadi persembahan dikir barat yang menarik daripada PKMDSPU..

Alert TKM2 meninggalkan majlis.

Para hadirin sekalian, mengumumkan, Yang Berhormat Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy ,Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang akan meninggalkan majlis.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Prof. Dr. di atas kesudian beliau untuk hadir dan bersama-sama anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang pada majlis ini. Semoga berjumpa lagi pada kesempatan yang lain.
Para hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian Anugerah Khidmat Terpuji. Untuk makluman para hadirin, seramai 21 anggota telah terpilih sebagai penerima anugerah ini. Bagi menyempurnakan penyampaian pertama, dijemput Timbalan Pengarah 2 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Puan Nor Asikin binti Ibrahim untuk menyampaikan anugerah.

Penerima pertama Anugerah Khidmat Terpuji ialah ..............................................................
Mc sebut nama yang dipaparkan di layar....( 1-10 orang penerima)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Timbalan Pengarah 2 di atas penyampaian tersebut.

Para hadirin sekalian,
Kita tingkatkan lagi termometer hiburan tuan-tuan dan puan-puan semua dengan menyaksikan persembahan keempat iaitu bakat lakonan daripada anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Lakonan mereka bertajuk ‘.................................................’. Dipersilakan!
Begitulah tadi persembahan daripada anggota JKMNPP. Berbakat sungguh anggota jabatan kita kan..

Kita teruskan lagi majlis dengan cabutan bertuah. Kali ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Fairus binti Bahari, Pengetua Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti untuk membuat 5 cabutan nombor bertuah. Dipersilakan.
(Mc umumkan cabutan bertuah dan jemput pemenang.)
Terima kasih diucapkan kepada Puan Fairus di atas penyampaian hadiah cabutan bertuah itu tadi.

Hadirin sekalian, sambil menjamu selera, kita kembali ke persembahan Hari Inovasi a.k.a Akademi Fantasia JKM Pulau Pinang pula. Anda akan dihiburkan dengan persembahan kelima daripada anggota Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Selatan. Persembahan ini memang sinonim dengan orang Pulau Pinang. Saksikanlah persembahan boria PKMD SPS! Dipersilakan.

Hadirin sekalian, begitulah hebatnya persembahan boria PKMDSPS itu tadi. Jangan lupa undian anda menentukan kedudukan mereka ya..Baik, hadirin sekalian, dikir barat sudah, boria pon sudah..Kini tiba masa untuk persembahan keenam, nikmati bait-bait puitis deklamasi sajak daripada anggota Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya. Dipersilakan!
Sungguh puitis sekali sajak daripada PKMD Barat Daya itu tadi..jangan lupa untuk mengundi ya!

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Khidmat Terpuji. Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Encik Shaballah bin Zainal Abidin , Timbalan Pengarah 1 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan anugerah kepada penerima. Dipersilakan.
Penerima Anugerah Khidmat Terpuji ialah ..............................................................
Mc sebut nama yang dipaparkan di layar....( 11-21 orang penerima)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Shaballah di atas penyampaian tersebut.

Hadirin yang dihormati sekalian, kini tinggal 2 lagi persembahan yang ditunggu-tunggu untuk Persembahan Hari Inovasi a.k.a Akademi Fantasi JKM Pulau Pinang ya. Tanpa membuang masa lagi, kita saksikan persembahan ketujuh daripada Asrama Paya Terubong dengan nyanyian bertajuk ‘........................................................’

Begitulah tadi persembahan nyanyian daripada Asrama Paya Terubong. Hadirin sekalian, inilah istimewanya Hari inovasi, kita dapat saksikan bakat-bakat terpendam anggota kita ya. Macam-macam bakat yang ada.

Untuk cabutan bertuah seterusnya, majlis dengan sukacita menjemput Encik Khairul Amri bin Ahmad, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut untuk membuat 5 cabutan nombor bertuah. Majlis mempersilakan.
(Mc umumkan cabutan bertuah dan jemput pemenang.)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Khairul Amri di atas penyampaian hadiah cabutan nombor bertuah itu tadi.
Kini tibalah masanya untuk persembahan terakhir Hari Inovasi a.k.a Akademi Fantasia JKM Pulau Pinang. Saksikanlah persembahan bertajuk Ceritera SPT daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah. Dipersilakan!

Wah wah wah..Hebat-hebat sungguh persembahan rakan-rakan kita ni ya. Para hadirin sekalian, itulah persembahan yang terakhir bagi Persembahan Hari Inovasi a.k.a Akademi Fantasia JKM Pulau Pinang. Maka laksanakanlah tugas anda sebagai juri untuk menentukan siapakah pemenang bagi persembahan terbaik hari ini.
Pasti sukar untuk memilih ya kerana semua persembahan hebat-hebat belaka. Sila catatkan undian anda di kertas yang disediakan dan Jawatankuasa Persembahan akan mengumpulkan undian tersebut.

Para hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan cabutan nombor bertuah. Untuk itu, majlis menjemput Puan Rozita binti Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Unit OKU untuk membuat 5 cabutan lagi. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
(Mc umumkan nombor cabutan bertuah dan jemput pemenang.)

Sementara menanti pengiraan undian , kita tenangkan diri dahulu dengan persembahan nyanyian daripada anggota kerja JKMNPP iaitu Encik Junaidi dan En. Rizal. Dipersilakan!
Begitulah tadi persembahan menarik daripada Encik Junaidi dan Encik Rizal. Sungguh berbakat sekali. Diharapkan para hadirin telah terhibur.

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis kini diteruskan dengan penyampaian anugerah terakhir. Dengan sukacitanya majlis menjemput Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Ismail diiringi oleh Timbalan Pengarah ___ untuk menyempurnakan penyampaian anugerah seterusnya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Hadirin yang dihormati sekalian, segmen penyampaian anugerah seterusnya ini adalah penyampaian penghargaan Jasamu Dikenang kepada anggota jabatan yang telah bersara. Dipersilakan penerima pertama..............................
Tahniah kepada penerima, Sesungguhnya jasa dan pengorbanan anda terhadap Jabatan adalah terlalu bernilai dan amat-amat dihargai.
Hadirin sekalian, Anugerah berikut merupakan Anugerah Khas Pengarah di mana undiannya telah dilakukan oleh anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang menerusi Kajian Tahunan Kepuasan Bekerja tahun 2011 baru-baru ini.

Berikut diumumkan Penerima Anugerah Khas Pengarah. Sila saksikan di layar.
(mc umumkan) ( 1-6 penerima)
Penerima Anugerah Khas Pengarah pertama ialah ............................................................. Dipersilakan Encik/Puan.......................................................... naik ke pentas untuk menerima anugerah. Dipersilakan..

Hadirin sekalian pastinya tidak sabar-sabar lagi untuk acara seterusnya iaitu 3 cabutan bertuah bagi Hadiah Utama ataupun Grand Prizes. Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Pengarah untuk membuat 3 cabutan nombor. Dipersilakan.
Tahniah kepada para pemenang yang bertuah.

Hadirin sekalian, kini tibalah masanya untuk mengetahui keputusan Anugerah Persembahan Terbaik Hari Inovasi a.k.a Akademi Fantasia JKM Pulau Pinang. Hebat-hebat belaka ya persembahan tadi. Siapalah agaknya yang mendapat undian terbanyak. Diumumkan Pemenang Persembahan Terbaik jatuh kepadaaaaaaaaaa................................................

Tahniah kepada Pemenang Persembahan Terbaik Hari Inovasi a.k.a Akademi Fantasia JKM Pulau Pinang. Kepada yang tidak terpilih, janganlah berputus asa, tahun hadapan boleh mencuba lagi ya.

Hadirin sekalian, seterusnya adalah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Kaunter Terbaik. Penerima anugerah ini ialah ............................................(MC umum nama dilayar)

Majlis merakamkan ucapan tahniah kepada para penerima anugerah. Semoga anugerah yang diterima dapat meningkatkan lagi motivasi dan prestasi kerja tuan-tuan dan puan-puan pada tahun-tahun mendatang. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang di atas penyempurnaan penyampaian anugerah itu tadi. Semua penerima anugerah dijemput untuk bergambar kenangan dengan Pengarah di atas pentas.

Dengan ini maka berakhirlah sudah Majlis Sambutan Hari Inovasi peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tetamu kehormat dan para hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama bagi memeriahkan Majlis ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Sebelum mengundur diri, izinkan kami berpantun,
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Majlis hari ini jadi kenangan
Ulam pegaga tumbuh melata
Enak dimakan bersama cili
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian salam hormat dan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, December 9, 2011

uiih..dah 5 tahun dah tuuuu..





assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 ..



hari ni 9.12.2011 adalah hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami yg ke 5 tahun..alhamdulillah..syukur kepada allah di atas segalanya..saya bahagia..


2006 nikah


2007 ammar ariff lahir


2009 insyirah nur lahir (aishhhh buat list macam nak tambah lagik satu jek hehe)



dua cahayamata penyeri hidup kami..alhamdulillah..



terima kasih kepada suami saya yang selalu bersabar dengan karenah saya..bila mendengar cerita2 rakan2 lain tentang suami mereka, saya patut bersyukur dengan anugerah allah pada saya ini..saya bertuah..alhamdulillah

peraturan yang penting dalam perkahwinan ialah


1.sabar...


2.sabar..


3.sabar


4.sabar...


5. pon sabar..




hehehe...komunikasi juga penting..saling faham memahami , bantu membantu , sokong menyokong di antara satu sama lain..

abang, semoga kita dapat mengharungi segala dugaan pahit manis perkahwinan ini sehingga hujung nyawa..insyaallah..


i love u!

Sunday, November 27, 2011

salam maal hijrah



salam maal hijrah..semua orang,maafkan dosa saya yek..ampunkan saya..


semoga kehidupan pada tahun ini akan lebih baik berbanding tahun lepas..insyaallah..


kredit to www.abgteror.com

Friday, November 25, 2011

entri nak bercerai


shhhh..baca tajuk entri ni sure la korang terkejut ek heheh macam2 persepsi akan keluar dar fikiran korang..hahha..yg pasti mesti keluar soklan napa dia nak cerai dengan husband dia ni..astagfirullah..nauzubillah..

saya rasa saya patut bersedia untuk bercerai susu dengan insyirah nur..9 disember ni akan genap 2 tahunla anak saya menyusu..dah patut dah bercerai susu kan..saya tengok insyirah nur semakin gian nak nenen hehe

nak cuba untuk gather info pasal bercerai susu ni..dulu saya ada dengar, letaklah kopi ke asam jawa ke supaya anak tak nak nenen dah..tapi saya harus mula dengan latih insyirah untuk minum susu botol dulu pada waktu malam supaya dia tak tercari2 nenen mama dia time bangun tido..

saya perlu usaha untuk bercerai susu ni ..

Wednesday, November 23, 2011

entri terkejut tergempak yuran tadika ammar

baru dapat surat dari tadika itu..
yuran pertama kena bayar sebelum 30 november ni :

yuran pendaftaran 50
yuran tahunan 120
yuran peralatan 100
buku kerja 85
uniform 45
tshirt 28
overall 428

yuran kedua perlu dibayar sebelum akhir disember
ihtifal/sukan 80
perpustakaan 10
interactive subject kpot 40
yuran jan 2012 270
overall ni saja dah rm 400
pilihan kelas yg boleh dipilih dan perlu dibayar bulanan
-pilihan kelas art 30
-pilihan kelas tae kwon do 30
-pilihan kelas renang 170
- kelas smart learning 120

ya allah..bukan mengeluh tapi surprise..banyak jugak ongkos nak kena bayar..masuk tadika kemas aje bole tak?huhuhuu

ya allah..tunjukkanlah jalan kepadaku, kurniakanlah rezeki supaya dapat kuusahakan untuk menyekolahkan anakku ini..amin

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!(entri lambat 15 jam)

assalamualaikum dan salam sejahtera..

aish aish aish...semangat masih membara lagi ni..tahniah kepada skuad bolasepak malaysia yg berjaya memenangi emas di sukan sea indonesia semalam..

saya dan suami serta ammar setia di depan tv sambil lipat kain, sidai kain hahahha

tahniah!kalian berjaya bermain dengan tenang, berjaya mengawal tekanan tinggi yg kalian hadapi sehingga mempertahankan 1-1 sehingga masa tambahan 30 minit itu..saya tabik spring!
apabila perlu ke penalti..saya sudah merasakan seperti jangan berharap..hanya tunggu nasib sahaja la

fakri telah lepaskan peluang utk sumbat gol, kecewanya kami.. dia keletihan kot,..bila fahmi terlepas bola, kecewa jugalah kami...bila baddrol buat sepakan, dalam hati..tolongla bagi masuk..inilah maruah kamu! bila bola tu macam boleh disambut oleh penjaga gol indon,arrggggggh agak kecewa tapi tiba2 namapak terlepas dari tangan dan masuk huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa alhamdulillah!! gamat rumah kami hehehe

macam baddrol buat tiupan kat bola tu hehehe.

tahniah semua!saya tumpang bangga dengan tahap permainan yang kalian tunjukkan..
tahniah juga saya pada jurulatih, sir ong kim swee..anda ada karisma anda yg tersendiri sbg jurulatih.mmg terserlah..teruskan usaha mencorak kejayaan ke skuad negara

tahniah!saya bangga dengan usaha kalian mengharumkan nama negara..





Friday, November 18, 2011

i'm 30th! 171111





semalam hari lahir saya ke 30..alhamdulillah..umur saya sudah mencapai 30 tahun..allah panjangkan usia saya..



terima kasih atas semua ucapan dan doa dari sahabat2 dan keluarga tersayang...



saya dapat sejambak bunga ros yang cantik dr suami tercinta yg dihantar ke pejabat tapi saya takde kat pejabat ahhaha sempat mintak tlg kawan utk bawa balik hehe tq my sweet hubby!2nd time dpt surprise ni.sebelum ni time belajar dulu, ina jadik tukang beli bunga hahaha



saya dapat kek comel surprise drpd geng ukpsi semasa program prompt di lppkn kepala batas..thanks mashi, darling n zul..



saya beli kek utk disambut bersama peserta prompt yg sambut birthday bulan 11 ..amin, kak finaz, ust pian n hanif..saya amat gembira dapat menyambutnya bersama kalian..

terima kasih kak jas, kakak saya di penang ni yg paling awal menghadiahkan saya sebuah microwave..wachaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...thanks atas hadiah yg mahal itu..waduh..


saya, hubby, ammar n syirahnur makan2 di secret recipy..wah wah wah hubby belanja hehehe thanks again..!


sesungguhnya semalam mengingatkan saya tentang mati juga kerana dapat berita, anak staf timur laut telah meninggal dunia kerana terjatuh di rumah pengasuh..baru 4 bulan usianya..



walaupun bertambah usia saya tetapi mati tetap akan menjemput bila2 masa..

jadi, yanti...hiduplah hari ini seperti awak akan mati pada hari esok..dari segi private life, agama n kerja also..


alllahu allah






Monday, November 14, 2011

emo emo emo!






macam2 perasaan semalam tapi yg paling banyak ialah perasaan2 yg negatif..
yg jadik mangsa ialah ammar ariff n syirahnur la...
kesian anak2ku..huwaaaa maafkan mama..
jadik tarzan mama semalam...that was terrible.i need teori cbt..bukak buku!


Saturday, November 12, 2011

mode ari sabtu


mode arini : lepak2 di rumah mak mentua : syirahnur demam dan tido dari pagi tadi : ammar main blok ngan cik bobob : encik suami dah mula tido

aku : melayari tenet, menyiasat pokok ape yg sesuai nak letak kat tembok umah hahahahahaha

sementara menanti nak ke kenduri kahwin anak sedara paksu kat lahaq tiang

Friday, November 11, 2011

11.11.11-ape ada pada tarikh ni




11.11.11






hai hai hai..lama tak bersiaran..






sabtu-cuti



ahad-cuti raya



isnin - cuti raya



selasa - saya cuti raya



rabu-saya cuti raya lagi



khamis- saya nak cuti raya lagi juga



jumaat- saya kerja pulak hehehe






saya bercuti di lumut, masuk pangkalan tldm, buat latihan 'bercuti' hahahha..saja nak 'bersih2.0'kan minda.tapi tak boleh bersih jugak ..minda ni menerawang mengingatkan kerja yang terhutang dgn orang...saya tak buat2 jugak...






saya ni menyusahkan orang tersebut sahaja..hari ini saya perlu siapkan kerja2 hutangan saya itu supaya saya merasa lega dan tidak terbeban lagi...banyak masa, fikiran dan perasaan2 yg saya curahkan dalam kerja hutangan itu..saya tak sanggup lagi hehe






pssstt...saya dah confirm nak buat pokok pagar di sepanjang pagar kawat rumah saya tu..nak privasi sikit..nak buat tembok, uangnya kurang hehe isnin ni depa buat huaaa..lama lagi nak membesornya..sabo sabo






ape la aku ni..tajuk tak sekufu dengan cerita blog ni kikii



Friday, November 4, 2011

PANDUAN MENDIDIK ANAK


PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”Se


By: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

mak dah order..

ahad lepas masa elektrik kat rumah mak tok ammar takde, kami sembang-sembang la..mak kata, raya nanti kita mintak kak yanti buat kuah nasi impit (lodeh la tu)..

nampaknye mak sudah order menu raya kat saya..haruslah saya membuatnya..sedap tak sedap belakang kira tapi saya rasa sedap aje hehehe..nak korek-korek semula resepi..walaupun saya rasa dah bole campak2 aje tapi takut tertinggal pulak bahan nanti time nak beli..

so saya akan rebus ketupat segera 1 pek yg ada 6 bungkus tu..masak lodeh dan kali ni saya nak try buat kuah kacang yummy yummy....nak order kat mak ,sambal ikan bilis la kikiki..sedap wooo makan dengan lodeh hehe

emm agaknya itu saja yg mak mentua saya tau nak order sebab saya jarang masak benda lain kat rumah kikikiki saya rajin buat lodeh aje heheheh

selamat hari raya aidiladha..saya nak bercuti..letih..:)

Monday, October 31, 2011

saya letih

dua hari berkampung di tm resort tanjung bungah..untuk program retreat keluarga kakitangan...

saya rasa agak letih..
semalam tertidur sampai tak sempat gosok baju keja..
saya letih minda dan fizikal..
hari ini saya pergi kerja dengan badan dan minda yang penuh (memikir perkara-perkara yang patut dan tak patut saya fikir)
saya perlu rehat..
ahhhhh...

Friday, October 28, 2011

iris dah beroperasi bermula ahad lepas yek..







psssssst..ni gambar showhouse iris tau..not my hause hehehhe



berita terbaru : keluarga saya yang empat beranak tu telah memulakan operasi di kediaman iris sejak ahad lepas yek hehehe..saya dalam penyesuaian untuk menjadi tulang belakang sebenar keluarga ini..semuanya bermula M yek..bukan Malas tapi Menguruskan pengoperasian..Memasak..Membasuh..Mengemas rumah..ape lagi M ek hehe







so pagi hantar anak ke rumah mak mentua dan terus ke pejabat..setakat ini kami on time la .harap berterusan..tahun depan nak hantar ammar ke taska pulak..mungkin yang dekat-dekat iris aje..







petang pulak saya akan amik anak-anak..huhu rasa macam jauh aje rumah mak tapi nak buat macamana kan..hidup perlu terus huhu







setakat ni setiap hari masak..yg simple2 aje...terharu dapat makan 1 keluarga..(psst sebelum ni tak sempat mcamtu) .walaupun suami lambat balik, tetap jugak kami tunggu..terharu ammar kata, mama sedapla mama masak ni..hehe..rajin jugak saya nak goreng lebihan nasik buat bekal suami dan anak-anak..(diri sendiri tak teringat pun huhu) insyallah, dengan ikhlasnya saya memasak walaupun liat nak bangun hehe







saya masih belum sempurna..suami saya, tolong bantu saya :)



Friday, October 21, 2011

ayam berempah sempoi

ada makan-makan di pejabat, diminta bawak se lauk hehe saya pilih ayam goreng menu mudah..malam tadi bila fikir-fikir, elok kalau dapat buat ayam goreng berempah tapi tengok-tengok dapur, kurang bahan, serai takde..so saya pilih resepi sempoi..teringat ayam yang selalu arwah mak goreng tu..macam ni bahannya...


lumur serbuk kunyit, sedikit kari daging, ketumbar dan jintan yang ditumbuk dan garam secukupnya kat ayam yang dah dipotong dan cuci.. gaul ..orang penang sebut..goi goi goi..lepas tu perap sat..goreng aje laaaaa


sedap..lauk pertama yang habis hehe...alhamdulillah..dengan ikhlas memasak , bangun pagi-pagi , untuk memberi sedikit juadah kepada rakan-rakan..insyaallah berkat..amin..


Wednesday, October 19, 2011

cikgu cikgi cikga~tukar kerjaya?





semalam semasa saya blog walking, nak cari info pasal lanskap, pokok-pokok yang boleh ditanam kat laman sekangkang kera saya tu..saya terjumpa satu blog cikgu ni yang menarik..









alamak saya terasa macam terimbas zaman sekolah dulu, zaman jadi cikgu ganti bersalin di SK Sri Amar ( tu yg nama anak pertama saya ammar muarhkakaka) dan juga cita-cita asal saya yang nak jadik cikgu..sebenarnya saya mmg nak jadik cikgu..tapi bila kakak saya dah jadik cikgu, saya ubah pulak cita-cita sebab saya rasa tak yah lah ramai-ramai dalam family nak jadik cikgu kikiki (ape komen kakak saya?hehe)






tapi sekarang ni saya macam nak jadik cikgu la..tapi bukan dalam bidang kaunseling..kesian saya tengok cikgu kaunseling, terkejar-kejar .hehe mungkin cikgu bahasa Melayu?tapi sekarang ni dah ramai cikgu bahasa Melayu kan hehe kalau dalam group kerja saya, saya digelar cendekiawan sebab penggunaan bahasa saya hahaha iyolah tu..






nak ubah kerjaya?pro n kontranya?emmm..patut ke saya tinggalkan kerja sekarang ni?patut ke saya jadik cikgu?



Tuesday, October 18, 2011

mereka terkena atau dikenakan?



hmm..saya termangu-mangu apabila mendengar cerita seorang sahabat yang rupanya terkena buatan/sihir orang menjadikan dia sering sakit, demam, tidak dapat mengawal emosi, sering marah-marah..


ceritanya juga dua teman sepejabatnya juga terkena buatan /sihir tetapi keadaan mereka lebih teruk sehingga terkena busung ..ya allah..hampir tidak percaya saya...saya tidak menyedari permasalahan ini kerana saya tidak pernah terdengar mereka sakit atau desas desus lain...kami bukan bekerja di tempat yang sama..kami berjauhan..(nauzubillahiminzalik..ya allah jauhilah teman2 sepejabatku daripada perkara terkutuk ini..)


ya allah ya allah...itu sahaja yg mampu saya katakan...saya mendoakan kepada sahabat saya itu kekuatan untuk melawan sihir tersebut..bukan sahaja dirinya bahkan keluarga juga terkena tempiasnya..saya mendoakan kepada sahabat dan keluarganya..


ya allah ya allah..

saya berdoa kepada allah supaya sahabat-sahabat saya dan keluarganya diberikan kekuatan untuk melawan sihir tersebut..


ya allah ya allah..

saya berdoa supaya sahabat-sahabat saya dan keluarganya ditunjukkan jalan untuk mencari penawar kepada sihir tersebut..


ya allah ya allah..

saya berdoa supaya mereka dan keluarga sembuh daripada sihir tersebut..


ya allah ya allah..

saya berdoa supaya allah bersihkan hati si penyihir itu daripada kekotoran...


ya allah ya allah..

saya berdoa supaya allah membukakan hati si penyihir untuk menghilangkan segala sihir-sihir tersebut daripada sahabat-sahabat saya..


ya allah..

sebagai hambaMu yang lemah...aku merayu kepadaMu ya Allah..berilah petunjuk dan hidayahMu kepada sahabat-sahabatku dan juga penyihir itu..


amin amin..

p/s...saya teringat zaman sakit mak saya sebelum meninggal dunia..kata si pengubat, mak saya terkena buatan orang..wallahualam..sekiranya benar, saya maafkan orang yang mengenakan mak saya itu..

Monday, October 17, 2011

tips 8s IDKA ~family first~

ni tips 8S yang boleh digunakan dalam keluarga saya demi memastikan kerukunan keluarga. slogan keluarga 'didahulukan, kebahagiaan diutamakan'...sorry pak najib kerana mengambil idea anda hehe


ini adalah idea baek punya kawan saya IDKA di saat2 saya menghadapi monday blues hahhahah thanks IDKA..great!good idea!Nampaknya pelancaran 8s di JKMNPP tadi benar2 lekat di minda IDKA tu hehe tahniah!

SENSITIFKAN DIRI ANDA...
SEGERAKAN KEPULANGAN DIRI KE PANGKUAN KELUARGA,
KERANA SAYANGKAN KELUARGA,
SALAM KT BANTAI BUCHUQ(hubby ku),
SENYUM,
SEMPURNAKAN APA YG LACKING,
SOPAN BILA AMMAR n SYIRAHNUR BUAT PERANGAI,
BILA DH MLM..SEGAK2KAN DIRI..HEHE...OKEYLER TUH...TIP TOP..FAMILY FIRST RIGHT GUYS..

..