Wednesday, June 29, 2011

ah,yang penting saya dapat!





pssst..tu gambar google aje hehe..


semalam beli cermin besar di kedai Amalan Utama Trading, Perda..Isnin p usaha, Selasa bawak persona mak su utk bawak balik cermin tu...


hello..cermin tu bukan 1x1 yek tapi 7x4 woooo..actually saya dah lama idam2kan cermin berbingkai ini...daripada rm350 yg diletak oleh encik pakistani tu, saya dapat tawar kepada rm200 sahaja.. iyaaaaaaaaaaaaaaah...


pastu, bila dia tengok persona, dia kata, adik, ini tadak muat punya..takpala saya hantar kasi rumah..saya tanya, harga macamana?dia kata harga kasi 250 la...pujuk punya pujuk..dia kata, takpa la adik...rm200 bole la..saya tengok muka dia nak terbako pulak,merah2...hehhehe alah kita bako ajela hehe tapi nak buat macamanekan hehehe


hmmmm...Bab penghantaran pulak, janji kol 7 or 7.30 malam...tunggu punya tunggu, tak sampai lagi..adoi..katanya driver p hantar barang tempat lain..pastu driver call, sesat, dia suruh kami tunggu kat mana2..adoi adoi..nyesal pulak rasanya..tapi takpela,kami p turut driver tu sampai la umah kami..naib baik la perkataan pertama yg keluar tu perkataan 'maaf'..surutla marah semua orang kikiki...

saya?yang penting dah dapat cermin berbingkai itu..alhamdulillah..iris semakin lengkap..yihaaaaaaaaaaaaa

Monday, June 27, 2011

sedekahkan pahala bacaan alquran kepada ibu bapa yang telah ke Rahmatullah..

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..


ah..tak usahlah nak diperkatakan pasal blog saya yg sudah banyak sawang ni...hehe tapi suka saya nak berkongsi satu maklumat kepada kawan2 semua..terutamanya mereka yang telah kehilangan ibu dan bapa..yang telah pulang ke Rahmatullah..sesiapa sahaja la yang dah pergi jauh tu..


bulan Ramadan bakal menjelang tiba ni..maka masjid2 sudah mula mengumumkan program2nya..begitu juga dengan Masjid Negeri Pulau Pinang yang akan mengadakan


' BACAAN AL-QURAN KHATAM 30 JUZUK UNTUK ARWAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAKH TAHUN 1432H/2011M'


pahala bacaan dan sedekah tu,kita hadiahkan kepada arwah...waaaa..salah satu cara utk kita berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka dah jauuuuuuuuuuuuuuuuh daripada kita kan..tapi kita sebagai anak pun mestilah baca jugak..takkan nak harap imam2 yg bacakan ;p..


jangan lupa ya renungan hadis Nabi Muhammad S.A.W...

'apabila matinya anak Adam, maka putuslah segala amalannya melainkan 3 perkara iaitu

1. sedekah dan amal jariah

2.ilmu yg memberi manfaat

3.anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya..


jadi, sedekah amal jariah bagi pihak arwah ialah RM100 bagi satu nama..


tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Sya'ban 1432/29 Julai 2011..


borang bole didapati di unit pentadbiran masjid negeri pulau pinang..04-8282212.

kalau sesiapa yg berminat, boleh tinggalkan alamat emel dan saya emelkan borang tersebut..ada surat sebenarnya tapi saya takut pulak nak hebahkan di sini,kot2 la menyalahi etika hehehhe


ahhhh..rindunya dengan mak, abah dan ramadan..

kalaulah dapat muncul dalam mimpi saya..

alangkah indahnya...

:)