Tuesday, January 10, 2012

resolusi kerjaya n new CY : semangat baru tuuuuuu

i would like to use CY for CheYant ehhehhe bole jadik Comel Yanti hehehe new style for this fortunate year ya..

ok..10 jan merupakan hari pertama CY bekerja dalam tahun 2012 ini. CY dah bercuti bermula awal tahun sempena kemasukan ammar ariff ke sekolah atau tadika ..sebagai persediaan dan CY anggap sebagai rehat setelah bekerja..merehatkan minda, menumpukan perhatian kepada keluarga..

so resolusi dalam setting kerjaya CY pada tahun ini apa yek..pertamanya meletakkan keikhlasan bekerja pada tingkat yang paling tinggi dan berniat kerja sebagai ibadah..semoga dengan keikhlasan bekerja dapat meningkatkan lagi kemajuan CY dalam kerjaya CY..seperti entri sam ini .

dengan ikhlasnya bekerja, dapat memupuk semangat cintakan kerjaya dan seterusnya meningkatkan minat dan usaha-usaha untuk meninggikan martabat kerjaya CY..kemahiran perlu ditambahnilai kerana ia amat penting dalam kerjaya CY..
CY juga akan menjadi ketua kepada beberapa orang rakan sekerja. CY harap CY dapat memimpin dengan baik dan saksama..bekerjalah bersama-sama CY dalam meningkatkan martabat kerjaya kita walaupun kita dirasakan tidak relevan lagi..ini kerana kumpulan sasar kita lebih memerlukan kita dan kita perlu buktikan bahawa kerjaya kita ini adalah relevan.

CY harap, motivasi kerja CY akan lebih mencanak-canak lagi..doakan CY yek..semoga dapat mengatur kerjaya dengan baik dan jayanya..ubah diri untuk bantu ubah orang lain..

10 jan akan bermula dengan pelbagai kerja yang perlu diselesaikan.CY perlu hadapi dengan sabar dan penuh semangat. chaiyok!



No comments: