Thursday, January 29, 2009

cara kurangkan bayaran loan rumah

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..
dok belek-belek file dalam pc pastu terjumpa satu panduan untuk kurangkan bayaran loan rumah..masa ni aku ngah dok sibuk cari maklumat tentang pembelian rumah di internet..so kalau dirasakan maklumat ini dapat membantu anda,cubalah ya..sesiapa yang terlibat dalam line banking or accounting should know this hehehehe


Contoh kurangkan Loan Rumah

Anda membeli sebuah rumah berharga RM150,000.00, dengan tempoh pinjaman Loan Bank 360 bulan (30 tahun) , dan katakan interest rate 6%.

• Principal bulanan dan bayaran interest = RM 899.33
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = RM 173,757.00

Menggunakan Bi-Weekly Option (Bayar 2 minggu sekali / 2 kali sebulan)

Iaitu, dengan membahagi-duakan bayaran loan bulanan RM899.33 / 2 = RM449.67.
Awal bulan bayar RM449.67 (sebelum 15hb), kemudian baki RM449.67 dibayar pada hujung bulan.

• Bayaran Bi-Weekly = RM449.67
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = $135,294
• Tempoh loan dikurangkan kepada 24 tahun, instead of 30 tahun.

Jumlah pertama dibawah menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bulanan (bayar macam biasa, bayar loan hanya pada hujung bulan).

Jumlah kedua menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bayaran bi-weekly (2 kali sebulan).

Perbandingan:-
Monthly payment Bi-weekly
Tahun 1 RM148,157 vs. RM147,198 (Perbezaan M959)
Tahun 2 RM146,202 vs. RM144,224 (Perbezaan RM1978)
Tahun 3 RM144,126 vs. RM141,066 (Perbezaan RM3060)
Tahun 4 RM141,922 vs. RM137,715 (Perbezaan RM4207)
Tahun 5 RM139,581 vs. RM134,157 (Perbezaan RM5424)
Tahun 6 RM137,097 vs. RM130,380 (Perbezaan RM6717)
Tahun 7 RM134,459 vs. RM126,371 (Penjimatan RM8088 to date)

Penjimatan berlaku setiap tahun kerana anda telah membayar lebih (13th month) dengan kaedah ini. Maka bila perkiraan interest dilakukan oleh bank, interest akan berkurangan kerana anda dah bayar lebih.

ATAU

Cara Lain Untuk Kurangkan Loan Rumah Anda - Bayar lebih sedikit jumlah ansuran bulanan

Jika:
a.) Anda tak larat ke bank 2 kali sebulan, dan tak cukup masa...
b.) Direct-debit bank anda tak benarkan bayaran dibahagi 2 macam tu...
c.) Bank anda tak benarkan bayaran beransuran macam tu.

MAKA anda boleh:
Dengan menggunakan contoh yang sama (interest 6%, loan RM150,000):

CONTOH:
Bayaran ansuran bulanan loan rumah anda = RM899.33

Bahagikan nilai tersebut dengan 12 = RM899.33 / 12 = RM75

MAKA, setiap bulan anda bayar RM899.33 + RM75 = RM974.33 atau RM975.

Dan tempoh loan 30 tahun akan berkurang kepada 24 tahun.
Bila anda berbuat sedemikian, tempoh loan dan interest anda akan berkurangan dengan tersendiri. Ini kerana anda dah bayar loan lebih sebulan (13th month) setiap tahun.

Kalau tak percaya, pergi kira sendiri dgn calculator kat website ni:
http://www.reduce-my-mortgage.com/calculate.htm

Mengikut contoh diatas, kalau ada wang lebih, setiap bulan bayar terus RM1000, dan anda akan jimat lagi banyak, dan tempoh loan dapat dikurangkan lagi.


selamat mencuba!

12 comments:

Anonymous said...

eh..boleh ker..kalau aku bayar 2 kali rasanya tak leh la sbb aku masuk duit melalui buku bank.....bank akan sedut duit tu sebulan sekali jer.....arrrrwalau aku masuk 2 ..3 kali pun

Anonymous said...

kalau bayar kereta bleh tak wat gitu....ngeh3x

.:chEyaNtie:. said...

kan dari time aku dapat info tu aku ader bg kat ko n even u paste kat ur site..aaa..kurang dapat dipastikan..cube ler hehehehe

Anonymous said...

tu la pasal ...n3 tu dah jadi page belakang sangat malas plak nak gi balik situ

Anonymous said...

Salam cheyanti dkk...
sy tertarik entry "cara kurangkan byrn loan umah" nih. tp sy muskil camne ia boleh kurangkan tempoh pembayaran ?? boleh tulun hurai coz sy x bp phm... mlm td wat kira2 rase cam same jek...

afya said...

salam.. aku mmga da study kes ni.. bayaran by weekly... tapi persoalannya.. pernah buatsimulation sebenar dgn bank.. aku ada bincang dgn pengawai bank.. dia xmenggalakkan buat demikian.. xikut perjanjian... tapi aku ada buat lain simulation dan lihat penyata pinjaman... pinjaman konvesional secara asasnya pengiraan asas faedahnya mengikut bulanan.. sebagai contoh kadar faedah 6% setahun bermakna 0.5% sebulan... bank telah mengira termasuk faedah setiap bulan.. pengiraan ini terlalu komplek... kalau rajin leh cari software dalam internet... pendapat aku.. untuk mengurangkan faedah bank yg dikenakan atas kita... secara mudah.. kita bayar lebih seperti yg disyorkan oleh bank.. sebagai contoh jika ansuran sebanyak rm500. kita bayar lebih... kita bayar rm700... lebihan rm200 tersebut akan mengurangkan pinjaman asas. (pricipal)secara displin kita bayar lebih daripada ansuran yg disyorkan pinjaman asas semakin kecil... secara langsung faedah semakin kecil... jadi... pinjaman kita cepat selesai daripada tempuh sepatutnya.. menguntungkan kita... andai kita xmampu byr lebih kita bayar seperti yg disyorkan... so xde masalah...

afya said...

boleh hubungi saya.. hantar email
maxxim8@gmail.com baru leh jumpa...

Anonymous said...

banyak duit..boleh la bayar lebih..bagi yg tak mampu nak bayar lebih? baik guna transactional loan jer..

Tudung labuh said...

Boleh buat kat loan kereta ke?

Tudung labuh said...

Boleh buat kat loan kereta ke?

Dusuntua said...

Boleh cuba ni

Anonymous said...

Saya ada baca pasal kaedah ni, tapi syaratnya janya untuk pinjaman yang ada Flexi Pay saja.
Bukan utk semua loan ruman.