assalamualaikum dan salam manis..
saja cy nak kongsikan teks MC majlis perhimpunan anggota jabatan cy..teks ni bukan yang terbaik tetapi mungkin boleh membantu :)
alhamdulillah, masih diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara majlis,namun begitu belum berkesempatan untuk ambil kursus pengacaraan..menjadi pengacara majlis ni bole dikatakan mencabar jugakla..dulu cy anggap tugas ni sekadar baca teks dengan nada yg best tapi pengacaralah yg menghidupkan majlis sebenarnya..
ok,semoga menjadi panduan..kongsilah kalau ada salah dan silap di sini ya..
TINDAKAN
|
Mengumumkan
ketibaan Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Ismail, Pengarah
Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Hadirin
sekalian dimohon untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku, Negeri Kita dan Bersatu Untuk Kebajikan.
[
selesai lagu]
Para
hadirin dipersilakan duduk.
[baca
dlm hati :) ] Bismilah.....
Yang
Berbahagia Encik Zulkifli bin Ismail , Pengarah Kebajikan
Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Yang
Berusaha Encik Shaballah bin Zainal Abidin , Timbalan Pengarah 1
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Yang
Berusaha Puan Nor Asikin binti Ibrahim, Timbalan Pengarah 2
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Ketua-Ketua
Unit, Pegawai-pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Ketua-Ketua
Institusi, Pegawai-Pegawai, Pegawai-Pegawai Kanan dan Anggota
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang yang dihormati
sekalian
Assalamualaikum
warahmatulahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Majlis
mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran para
hadirin ke Majlis Perhimpunan Anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Pulau Pinang kali pertama bagi tahun 2013 ini.
Terlebih
dahulu majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan koir PKMD
SPT yang telah menyampaikan lagu Negaraku, lagu Negeri Kita dan
Bersatu Untuk Kebajikan. Kumpulan ini telah dipimpin oleh Encik
Mohd Mahadzir bin Shaari.
|
Bagi
memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Encik Zainal Abdin bin Amin dari PKMD SPS
untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin
Amin Ya Rabbal Alamin
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik
Zainal Abdin
atas bacaan doa itu tadi.
|
Majlis
diteruskan dengan Bacaan Ikrar Kakitangan Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Bagi menyempurnakan bacaan ikrar, dijemput Encik Mohd
Rizal bin Mat Syah dari PKMD Timur Laut untuk memimpin bacaan
ikrar. Dipersilakan. Hadirin dijemput untuk berdiri.
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Rizal atas
pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.
|
Seterusnya,
majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Encik
Zulkifli bin Ismail, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau
Pinang untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin
Ismail di atas ucapan itu tadi. |
Majlis
diteruskan lagi dengan Pelancaran dan Penyerahan Kad Pengenalan
Diri Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Dijemput
Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Ismail, Pengarah Kebajikan
Masyarakat Negeri Pulau Pinang , diiringi oleh Timbalan Pengarah 1
dan 2 untuk menyempurnakan pelancaran tersebut. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Sebagai
simbolik pelancaran Kad Pengenalan Diri Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Pulau Pinang ini, dijemput Encik Shaballah bin
Zainal Abidin, Timbalan Pengarah 1 untuk menyerahkan Kad
Pengenalan Diri kepada Tuan Pengarah, Encik Zulkifli bin Ismail.
Seterusnya,
dipersilakan Tuan Pengarah untuk menyerahkan Kad Pengenalan Diri
kepada :
Wakil
Kumpulan Profesional dan Pengurusan. Dijemput :
Wakil
Kumpulan Sokongan. Dijemput
1.
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik
Zulkifli bin Ismail, di atas penyempurnaan Pelancaran dan
Penyerahan Kad Pengenalan Diri Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Pulau Pinang itu tadi.
Untuk
makluman semua anggota, Kad Pengenalan Diri ini akan diserahkan
secara berperingkat kepada tuan2 dan puan2.
|
Hadirin yang
dihormati sekalian, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang telah menerima kemasukan Pegawai baru dan pertukaran keluar. Berikut diumumkan pegawai kemasukan baru iaitu :
Majlis mengucapkan selamat datang ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan diharapkan agar puan2 dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang di sini. Berikut diumumkan pula Pegawai Pertukaran Keluar :
#Sekiranya masih awal,minta untuk perkenalkan diri |
Hadirin yang
dihormati sekalian, Sesungguhnya Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam , iaitu Yang Berbahagia Datin Rozaina binti Zainuddin, selaku Timbalan Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Berbahagia Puan Syaifena binti Zainudin , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada pagi yang berbahagia ini, kita adalah penjawat awam yang bertuah kerana telah diberi kesempatan untuk mendengar ceramah yang bertajuk Keberkesanan Peranan Majlis Bersama Jabatan Dalam Memperkasakan Perkhidmatan Awam .Inilah masanya untuk kita meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang Majlis Bersama Jabatan ini. Semoga tuan2 dan puan2 akan lebih jelas dan terbuka minda tentang peranan MBJ di jabatan kita ini. Hadirin yang dihormati sekalian, Mohon tajamkan telinga anda,fokuskan minda anda kepada penyampaian sebentar nanti. Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Puan Syaifena binti Zainudin , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyampaikan ceramahnya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Begitulah tadi penyampaian ilmu tentang Majlis Bersama Jabatan. Tuan2 dan puan2 dijemput untuk bertanyakan soalan. Dipersilakan...... Jika tiada persoalan lagi, maka saya teruskan majlis kita pada pagi ini.
Hadirin
yang dihormati sekalian,
Majlis
diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Wakil
Pekerja dan Wakil Majikan bagi Majlis Bersama Jabatan, Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang sesi 2011/2012.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin
Rozaina binti Zainuddin, Timbalan Pengarah Bahagian Saraan Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk menyempurnakan penyampaian ini
diiringi oleh Encik Zulkifli bin Ismail, Pengarah Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Dipersilakan...
Dijemput
Wakil Pekerja : Encik Mohd Aminul Husaini bin Mohd Saleh
Dijemput
Wakil Majikan : Encik Shaballah bin Zainal Abidin
Seterusnya,
sebagai tanda penghargaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Pulau Pinang kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, dijemput Tuan
Pengarah untuk menyampaikan cenderahati kepada wakil Jabatan
Perkhidmatan Awam iaitu Yang Berbahagia Datin Rozaina binti
Zainuddin.
Majlis
merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berbahagia Datin Rozaina
binti Zainuddin di atas penyampaian sijil penghargaan itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian. Dengan selesainya penyampaian itu tadi maka majlis akan direhatkan buat seketika. Yang Berbahagia Datin, Tuan2 dan Puan2..jika diperhatikan sekelilling, dewan ini telah dihias sebegitu indah. Sebenarnya ,untuk makluman Yang Berbahagia Datin, Tuan2 dan Puan2, hiasan ini adalah untuk meraikan anak-anak OKU atau Kurang Upaya yang akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Bakat Istimewa Semai Bakti Peringkat Negeri Pulau Pinang pada jam 2.00 petang ini. Yang Berbahagia Datin, Tuan2 dan Puan2 dipersilakan hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya menjemput, Yang Berbahagia Datin Rozaina binti Zainuddin , Puan Syaifena binti Zainudin , Encik Zulkifli bin Ismail diiringi oleh Timbalan Pengarah 1 dan 2,Ketua-ketua Unit, PKMD, Ketua-Ketua Institusi dan pegawai-pegawai untuk menikmati jamuan di Dewan Makan. Dipersilakan. Para anggota diminta untuk menunggu di dewan kerana Majlis akan diteruskan dengan Sesi Pembubaran keahlian Majlis Bersama Jabatan bagi Sesi 2011/2012 dan sesi Pelantikan Ahli Majlis Bersama Jabatan bagi sesi 2013/2014. # ketua2 unit dijemput untuk menghadiri sesi ini Untuk itu, dijemput Encik Mohd Aminulhusaini bin mohd salleh untuk mengendalikan sesi. Dipersilakan. |

No comments:
Post a Comment