Thursday, December 31, 2009

INSYIRAH NUR ARIFF


assalamualaikum dan salam sejahtera..
alhamdulillah,pada 15 disember 2009,17 hari yang lepas,saya telah selamat melahirkan INSYIRAH NUR ARIFF di Klinik Zainol, Sg.Petani jam 4.31 pagi secara normal berbantukan venthouse.huhuhu. berat INSYIRAH NUR ARIFF ialah 3kg..
nampaknya bermulalah era breastfeeding yang menyeronokkan dan mencabar..insyaallah, semoga dapatlah saya menyusukan sehingga 2thn dan seterusnya..doakan ya! semoga juga kehadiran INSYIRAH NUR ARIFF memberikan sinar kebahagiaan dan bermakna kepada kami sekeluarga, insyaallah..sesungguhnya kehadiran INSYIRAH NUR ARIFF kusambut dengan penuh kesyukuran..dan juga maka terlaksanalah azamku tahun 2009 ni untuk menambahkan cahayamata..syukur atas limpahan rezekiMu kepada kami Ya Allah..jumpa kita pada tahun 2010 ya!

Thursday, October 22, 2009

Saturday, September 12, 2009

sudahkah anda bertikam lidah atau merajuk untuk berjuang pulang ke kampung masing2 raya ini?!(bahagian 1)




















assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

masih lagi, gambar di atas sekadar gambar hiasan hehhe ammar dok main di kaki ayahnye.bukan main suka dihayun..hehehe

kembali kita ke bahagian kedua edisi entry ini..

persefahaman adalah penting dalam sesuatu perhubungan terutama perkahwinan yang diharapkan sampai ke mati,bukan utk setahun dua..bagi mewujudkan persefahaman, bagi sesetengah orang adalah mudah tapi ada juga yang mengatakan amat sukar..mengapa?bergantung kepada personaliti / persekitaran masing-masing , bukan?

persefahaman juga bole dilakon2kan bagi mendapat keamanan perhubungan sedunia..seorang suami yang hanya mengikut kata isteri, balik ke kampung isteri semasa raya (ikut topik kita pada kali ini yek) walaupun dalam hatinya meronta2 utk beraya di rumah keluarganya..semat2 tidak mahu isterinya bermasam muka atau bergaduh semasa raya.tapi sampai bila nak jadi macam ni kan..sama jugakla kalo keadaan sebaliknya dengan isteri..

tetapi kalo persefahaman ini diamalkan dengan hati yang ikhlas semata2 kerana allah dan mahukan keamanan perhubungan sedunia(hehhe), saya percaya, sesebuah perhubungan itu menjadi semakin baik dan menguntungkan kedua belah pihak..

adil, bertolak ansur dan memuaskan hati kedua belah pihak itu juga penting..itu yang perlunya perbincangan antara suami isteri yang diadakan secara telus, tidak dipenuhi emosi-emosi negatif agar tidak mempengaruhi keputusan yang dibuat lantas memuaskan hati semua pihak..

tetapi ada juga berlakunya dalam sesebuah perhubungan itu, bagi mengelakkan berlakunya bergaduhan atau perkelahian secara bersemuka,teknologi digunakan. apa lagi, sms la..bahaya jugak penggunaan sms ini kerana emosi yang nak disampaikan tidak sejajar dengan emosi sebenar..mungkin juga terdapat misinterpretation yang sudah pasti akan mewujudkan pergaduhan..tapi mungkin juga perbincangan melalui sms ini akan berhasil..

hahaha panjangnya bebelanku..

bersangkut dengan ini, kurasakan kemungkinan yang tinggi, kuakan pulang ke jb pada raya ketiga malam kerana bberapa sebab yang tidak dapat dielakkan :

i. kali ni raya turn suami
ii. keluarga suami akan mengadakan jamuan raya pada raya kedua yg ntah kenapa sukar utk suamiku korbankan kehadirannya (this i hate most!)
iii. suamiku kene keja pada raya ketiga sbb kali ni kawan2 dia ramai yg amik cuti selepas raya

beb, keputusan ini amat berat untuk kuterima kerana
i. bagiku apa guna raya ketiga untuk balik kampung..arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
ii.apa guna balik jauh2 tapi dok sekejap jek...penat beb...arggggggggggghhhhhhhhhhh...
iii.ku kesian kat adik2ku

memandangkan itu, adela cadangan kuutarakan utk pulang sendiri naik bas pada hari selasa,suami akan balik sendiri pd hari ahad memandangkan dia akan bekerja pada hari isnin...mungkin kerana serba salah(just anggapankula) suami kata balik isnin...beb, at least i have 4days in jb...

tapi orang kata, tolak ansur untuk memuaskan hati kedua pihak memang betul..walaupun kadangkala hati bukan puas sepenuhnya pon..so untuk diriku sendiri..redha dan redha dan redha dengan keputusan ini..demi rumahtangga..manusia ni mmg tak pernah puas kan.

so my dear sister, sempat ke kita berjumpa?



Tuesday, September 8, 2009

sudahkah anda bertikam lidah atau merajuk utk berjuang pulang ke kampung masing2 raya ini?!




assalamualaikum dan salam sejahtera...

gambar di atas tidak berkait langsung dengan tajuk entry ini hahaha..gambar tu saje je sebagai hiasan, ammar ngah menyanyi sambil dengar lagu from henset..ammar ni bila dengar lagu, terus nyanyi ntah nahasa ape2 ntah...tengoklah gaya dia tu hehehe dah beso ammar..diam tak diam, raye ke ketiga nanti genapla 2 tahun umurnya..
kawan2..tajuk kat atas tu selalunya berkaitan dengan suami isteri yang tempat asalnya jauh macam saya, utara dan selatan ha ha ha.yang mane dekat tu, ada tak berlaku perbalahan kecil utk menetapkan kampung mana harus kita pulang utk berhari raya?..saya percaya, walaupun dah bertahun2 kawin pon masih berlaku jugak kecuali kalau dah ditetapkan giliran masing2..tetapi bila dah ditetapkan giliran pon, masih berlaku jugak gaduh2 kecik, merajuk hehhe satu keadaan yang biasa kita lihat berlaku semasa musim raya hehe
bukan apa, saya teringat perbualan saya dengan seorang kawan yang layak dipanggil ustaz..kawan saya ni orang selangor manakala isterinya orang pulau pinang..sekarang ni depa menetap di pulau pinang la, even serumah dengan mak mentuanya. macam saya laaaa..
saya tanya, macamana raya kali ni, turn mana?katanya kali ni turn beraya kat pulau pinang..kami akan balik hari raya ketiga..
waaaaaaaaaaaaa saya terkejut..hish..raya ketiga baru balik selangor?!saya pon turn sini kali ni..saya tak tau balik bile?halamak hai..saya terkenangkan diri saya..lalu saya kata...hua hua hua..dah lah duduk kat pulau pinang, napa lama sangat raya kat sini..kawan saya kata dah turn sini..raya je la..
mengenangkan perbualan itu, saya muhasabah diri saya..bagusnya kawan saya tu. raya ketiga baru balik sana..tapi saya pulak nak sangat cepat balik ke johor sekurang2nya raya kedua dah ada di johor..sebab saya rasa kalo raya ketiga, dah takde rasa raya sangat dah..hahaha.saya nak ziarah kubur arwah mak n abah di pagi raya..saya kesiankan adik2 saya.makan ape la time raya ni. saya teringin nak beraya ngan kakak saya sbb raya kedua dia dah balik ke trengganu..sob sob sob..semuanya saya fikirkan..tapi saya juga kene fikirkan perasaan suami saya jugak , ye tak..arggghhhh..saya dalam dilema..
so ape akan jadik? adakah saya akan beralah?kita tungguuuuu selepas ini hahhaha..anda bagaimana?

Monday, September 7, 2009

cerita al-quran sebagai hantaran:jadikanlah pengajaran

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

saya baru dapat emel daripada kawan saya , ogy, saya kira cerita ni berguna utk kita semua sebagai satu pengajaran dan peringatan..mari baca sama2..

Kepade mereka yg nk menghantar dan menerima hantaran alQuran....

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.
Pak imam baru sahaja sampai.“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya.
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula.
Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..”
penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and hisrelatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man byhis head. When the dead body is shrouded, that man gets in between theshroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki ituberada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supayamereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenaiketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorangdiri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukan lahtugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
'Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a lowvoice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you willhave no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.
'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him fromAl-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk..
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripadaAl-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yangdipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,before Allah, no other Intercessor will have a greater status than theQur'an, neither a Prophet nor an angel.
'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.
'Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......keranaRasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'May Allah bestow this favour on all of us._._,_.__


menjadik la rainbow marble blackmore pudding ku..


assalamualaikum dan salam sejahtera..
macamane pose yek?alhamdulillah, bagi saya , mak buyung ni, hehe alhamdulillah, takde masalah nak pose..harap berpanjanganla, insyaallah..
sabtu baru2 ni saya teringin nak makan puding rainbow yang kakak saya or pn azzahh buat dulu2..huaaaa..dahlah jauh, utara selatan, so kene la buat sendiri..kalo tak bule la order saje haaahahaha...
alhamdulillah, dapat disiapkan juga puding ini tanpa gangguan sape2..mak mentua keluar shoping bersama ammar, adik2 ipar tido..hehehe kalo tak, hai kalut la saya..bukan ape..saya ni orangnye takutkan teguran walaupun teguran or kritikan itu sebenarnyer memang bagus eheheh..
resepi puding ni macamni..
Rainbow Marble Pudding [blackmore][sumber Blackmore dari forum cari.com.my ]
Bahan2nya2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
(---tapi saya guna 1 agar2 strip yg pjg2 tu)
1350 ml air
450 gm gula pasir (saya buat 2 setengah cawan)
130 gm mentega (saya cairkan dulu)
8 biji telur bersaiz sederhana -(saya guna 6 biji jer)
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (nak warna lain pun bleh)
Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan......
ada jugak halangan2 macam takde timbang utk menimbang gula..last2 saya boh jek 2 setengah cawan gula..loyang pulak saya guna bekas aiskrim yang beso tu aje hehehe pandai2la..
bile berbuka, saya rasa bole tahan jugak la puding tu hehehe..yang penting saya dah buat suami tak percaya saya bule buat hahaha yela saya jarang buat benda2 macam ni..mak mentua saya?ntah ek hehe..adik2 ipar saya kate sedap huhuhu..tunggula nanti kalo dah dok umah sendiri , sure saya makin rajin memasak..

so kawan2..cubela yek..

Wednesday, September 2, 2009

car breakdown di tengah highway!

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..
huhuhu..nak kongsi satu pengalaman yang terjadi hari isnin lepas di bawah flyover masjid seberang jaya..
pagi tu macam biasa, perjalanan ke pejabat dengan keretaku itu..dan macam biasa kalo hari isnin, traffic memang slow la pulak..tiba di bawah fly over tu tak semena2 kurasakan lain macam la pulak keretaku itu..macam mati enjin laaaa..gerak tapi slow sangat..seb baik masa tu keadaan jalan memang tengah slow..halamaaak..kusudah gabra tapi still belagak cool lagi..
nak stat enjin semula takleh..lupa pulak, kene tuka gear dulu baru bole..stat tak bole jugak..cepat2 ku on kan hazard light..
nasib baik la keta belakang tak hentam belakang keretaku huhuhuhhu..kumatikan suis aircond dan radio..baru la bole hidupkan enjin..fuuuuhh..lega..tapi tak sampai 1 minit, enjin mati lagi!
wa wa wa..aku on balik hazard light sambil bukak tingkap n bagi signal ke keta belakang ,konon2 suruh jalan dulu la hehehehe...arghhhh memang giler la..ku tuka gear n try lagik..enjin idup lagi..tak sampai satu minit lagik, enjin mati lagik
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahaha..ku punye tensen..last2 dapat la ku susur ke bukit mertajam..n enjin macam nak mati lagi so ku parking tepi jalan..kalo ku masuk jalan baru, sure lagi haru sebab keta yang lalu situ memang ngah laju...
stat punye stat tak leh..halahai..ni la first time selama dapat lesen dari tahun 2005, kurasa pengalaman keta rosak..hhuhhuhu..call husband tak dapat..call pak mentua, katenyer nak tunggu mekanik lambat, kol 10 baru ada..kukatakan takpe, nak try contact kawan..dapat contact ila, dia mai amik ngan zaharin..seb baik keta dapat digerakkan sampai ke ofis..cheh..mengada la pulak ketaku ini..
dapat call husband, dia call mekanik area permatang pauh..depa datang ke ofis n amik keta..huhuhu soalan yang pertama, kak , biler servis...halamak kantoi!tak dapat kuingati biler husbend g sevis hahaha..last2 call husband la..citer punye citer, mekanik tu kate dia nak servis semula n wat setting computer..la ni bukan masalah beso tapi dia kate keta jenis ini kalo tak diservis akan mendatangkan masalah..hahaha..
(beb, time aku jaga kancil dulu sebelum kawin, ketaku mmg on time servis, skarang ni dah ade husband, aku mmg tak amik kesah bab servis..hahaha)
kukatekan buatla ape yang patot..so petang dia hantar balik ketaku itu ke opis..figura yang kukena bayar memangla beso n huhuhu..ku baru plan nak simpan untuk bayo kuih raye yang kutempah hahahhaha..
so beb..kesimpulannya, servisla kereta anda on time ok!!jangan harap sangat kat husband anda itu.
important thing,dont panic,kawal emosi anda kerana jika anda tidak dapat mengawal panik dan emosi, keadaan akan jadik lebih teruk dan havoc..keep cool..
alhamdulillah memang aku dapat kawal keadaan tapi bile cakap ngan bapak mentuaku, macam aku nak nangis jugak beb haaaaaaaaaaaahaha menggigil suara awwwwwwwwwwwwwwwwwwww..

Saturday, August 29, 2009

baju raye ammar!

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2ku..
salam berpuasa utk semua..macamana yek?seronok tak?hehehe sambil2 dok saje ni teringatlah nak buat entry baru huhuhu.rajin tak?hehehe

minggu lepas, semasa hari pertama berpuasa, saya, encik suami dan ammar plan ke jusco.memandangkan baju kerja yang saya beli utk encik suami sebelum ni beso sangat, so kene la tukar hehehe

saya teringat, encik suami dah gaji..apalagi, pulun la carik baju raya ammar hehehe senang kira..nanti takyah la dok letih2 nak shopping baju raya hehehe..jusco pulak ngah sale hehehe..dapatlah 2 lai tshirt, 2 lai kemeja, selai seluar jeans dan sepasang kasut..siap sudah persiapan raya untuk anak kecil ..gaji lepas ni bole digunakan untuk hal2 lain hehehehhe

oh ya, baju melayu untuk ammar, tunggu tailor encik suami bgtau samada ada kain lebih ke tak.kalo takde, kene carik juga..tahun ni tema kami ialah purple huhu..kain untuk saya dah dibeli awal2 lagi tapi tak hantar ke tailor lagi..waaaaa tailor mana la yang nak terima ni hehehe...

ok guyz..selamat berpuasa..jangan lupa persiapan raye..jangan tunggu sampai dah dekat raye..nanti parah huhuhuhuh

Thursday, August 27, 2009

tido..tido..tido..

assalamualaikum dan selamat berpuasa kawan2..

macamane dengan puasa semuanya?ada ok?hhehehe saya?hari2 balik lewat, menempuh jem di bukit mertajam ini..sampai rumah sudah tentunya lewat..paling lewat jam 7 petang baru sampai..sempat tolong2 sikit jek kat dapur..kesian mak mentuaku hehehe so kalo nak balas balik jasa mak tu, time sahur,bangunla awal sikit toong2 perhangatkan lauk2, buat air ke heheeh

satu aktiviti yang nak ku kongsi bersama kalian..kurasakan aktiviti ini juga tidak dapat lari dari kalian hahaha iaitu TIDO...

hmm..lepas sahur at least 30 minit kutido..
hmm..lunch hour at least 45minit kutido..
tido malam pulak paling awal jam 10.30....

ok ke macam ni?bile fikir2..eish8..time2 ni la patut wat ibadah, mengaji ke kan kan..tapi kalo tak tido, alamatnye ku akan mengantok la jawabnye heheheh

perlu sedaya upaya untuk mengubah tebiat ini..at least 10 minit sudah memadai la kan kan ..

kalian macamane pule hehehhe

selamat berpuasa ya..

Monday, August 24, 2009

ramadhan datang lagi..


assalamualaikum dan salam sejahtera..

ramadhan datang lagi..nampaknya setiap tahun, ramadhan memberi erti dan makna yang tersendiri terutamanya selepas saya berkahwin..

ramadhan 2007 - pertama kali sambut ramadhan sebagai seorang isteri..saya mengandungkan ammar.sempat menunaikan puasa sendirian tanpa suami di melaka hehhehe..sobsobsob..namun kenangannya adalah indah untuk dikenang..saat2 berbuka puasa dan sahur ditemani anak dalam kandungan ..akhirnya saya bersalin dalan bulan ramadhan juga.. banyak dugaan tuuuuuuu..

ramadhan 2008 - ammar berusia setahun..alhamdulillah kali ni dapat kami suami isteri menyambut ramadhan bersama..yang gerun sikit tu sebab kali pertama berpuasa bersama keluarga mentua hehe maklumla , dengan balik lewat dari ofis, tak sempat nak bantu mak memasak..nasib baik semuanya memahami..alhamdulillah..

ramadhan 2009 - tahun ketiga sebagai isteri dan ibu.. saya mengandung anak kedua..alhamdulillah..dah masuk hari ke 3, saya dapat berpuasa penuh..insyaallah, allah bagi kekuatan kepada saya dan anak yang dah 5 bulan ni..

so kawan2..rebutlah peluang untuk beribadah di bulan puasa, eratkan silaturahim dengan keluarga dan sanak saudara..tak sabar nak menunggu raye..hik hik hik

Saturday, July 25, 2009

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG DAPAT KEBENARAN DRPD ISTERINYA UTK BERKAHWIN LAGI..

assalamualaikum dan dalam sejahtera..
ni saya dapat emel daripada seorang kawan..

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG DAPAT KEBENARAN DRPD ISTERINYA UTK BERKAHWIN LAGI..

jom kongsi bersama..hehe

Memang kena baca...dalam lawak, ada kebenarannya..Alhamdullillah ade jugak makhluk Allah yang berfikiran macam nie... Amin...

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.

Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya,baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...

Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kanbanyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kandah ada experience dengan isteri pertama –bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlinganmata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ......

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.

Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .

Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bilaada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial. Wallahualam.
suami orang- LU PIKIR LA SENDIRI!!

semoga apa yang baik kita jadikan panduan, yang buruk kita jadikan sempadan yek..

Wednesday, July 22, 2009

dugaan allah- endometriosis


assalamualaikum dan salam sejahtera..

semalam teman ofis mate ke klinik zainol di sungai petani..sebelum ini dah dapat rawatan di klinik di BM..tetapi saya telah mencadangkan kepada ofismate ini untuk cuba dapatkan pandangan doktor lain pulak..jadi ofismate telah bersetuju untuk ke klinik zainol...sebenarnya klinik zainol ni tempat saya bersalinkan ammar..

lama juga menantikan ofismate saya ni mendapatkan rawatan doktor..bila dia keluar, nampaknya muka macam sedih sangat, mata dah merah..oppsss..apa yang dah jadi ni..?

dia mmg confirm ada syst tapi kali ni dia lebih takut sebab katenya dia ada dua syst, satu syst yang baik dan satu syst yang jahat iaitu endometriosis..betol ke saya eja ni hehhee..masa jumpa doktor di klinik di bm tu, doktor tak bagitau pasal ni. just diberitahu, ada syst..b4 this syst tu dah pecah, la ni tumbuh syst baru..

sian ofismate saya..sokongan harus diberikan. baru 4 bulan kawin beb, sure tengah mengharap nak anak..harap dia berfikiran positif dan dapat menerima suratan ini. syst ni bole dibuang melalui pembedahan or laparoscopy..so doktor nak dia try survey with doktor lain dulu..observatian dalam 3 bulan..no urgencies..

let her decide n hope she will be strong..seperti seteguh karang..(tajuk novel masa saya kecil2 dulu)

Monday, July 20, 2009

lain dulu,lain sekarang


assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya baru terfikir...

masa ngandung ammar : saya suka makan bubur

masa ngandung kedua : saya suka makan nasik+telur goreng+cili api+kicap

itulah makanan yang paling menyelerakan semasa di awal mengandung ni hehehe..agaknya sebab tu la orang kata saya nampak susut walaupun saya mengandung n tak berapa teruk muntah2 berbanding semasa ngandungkan ammar .

bagaimana dengan anda?



Monday, July 6, 2009

tiada lagi rambut kerintiang-kerintiangmu(kerinting daa)

assalamualaikum dan salam sejatera kawan-kawanku..

hehehe macam biasa, sebenarnya banyak cerita dan peristiwa yang berlaku minggu2 yang lepas tapi cuma tak berkesempatan nak melaporkan kepada kalian huaahahaha..

tapi tengahari ini di pejabat, kugagahkan jua untuk menjenguk blogku ini dan membuat sedikit laporan kepada kalian hehehe..jangan risau pasal integriti kerana masa ini adalah masa rehatku huhuhu..

semalam pagi, ammar ke rumak Nek..ala kat sebelah rumah Mak Tok je hehe..bila saya tengok dia balik sambil tergaru2 kepala, saya check la kepalanya tu, rupanya kuping2 kulit kepala dah start keluar.tu yang ammar dok garu2 tu..memandangkan saya ni rimas tengok rambut dia yang kerintiang(kerinting la tu) tapi dah panjang, so saya sdengan derasnya mengejutkan en. suami yang sedang lena tidur..malam tadi lambat balik sebab main futsal..yang saya geram sangat, depa ni suka sangat main jam 11malam..hish hish hish..tetapi atas dasar tidak mahu menyekat aktiviti suami, saya kata..pegi laa bang... huhuhu(ikhlas tak ikhlas tu?)

lepas en.suami bersiap, kami terus bawak ammar ke kedai Comel(bukan kedai kucing tapi kedai gunting rambut ek) ha ha ha..

masuk saja ke kedai tu, ammar dah nampak cuak dah..dia dah dapat jangka apa operasi yang mama n ayah nak jalankan kepada dia..trauma potong rambut dulu2 dah mula muncul hehehe kami main2 ngan dia, pujuk2..bila tiba turn ammar, saya duduk dan pegang ammar..bila si comel(amoi potong rambut) tu selubung badan kami untuk elak rambut2, ammar dah mula nangis huhuhu..sian anak mama..

nasib baik pakai mesin..cepat la sikit..tapi bila tiba tang atas kepala, dia nak pakai gunting pulak..ammar mula la dok tengok kiri kanan smbil sedu huhuhu..ayah kat sebelah, pegang cermin untuk alihkan perhatian ..yang si comel tu dok sibuk jugak pujuk sambil kata, mintak maaf ye adik, mintak maaf ye..hehehe kelakar la pulak..ada sekali tu dia terpandang pompuan yang tua sikit, dia terus panggil 'mak' n terdiam..(mak tu panggilan utk maktok or perempuan2 yang sebaya ngan maktoknya)..hehhe lama jugak diam tapi bila terpandang Comel je, dia sambung balik nangis huhuuhu..

akhirnya sesi pemotongan rambut telah selesai..alhamdulillah..waaaaaaa ammar dah ensen laaa..baru la saya tengok ammar ni kemas dan tak serabut hehehe..bila keluar dari kedai, ammar masih sedu2. kami bawak ammar ronda2 dulu, pastu baru dia ok kikikik...

sampai rumah jek ammar terus tunjuk kat cik Bobnya sebab rambutnya sama ngan Cik Bob, macam Navy hehehe siap laga ibu jari lagik..(celet la tu)...

alhamdulillah...nanti saya upload gambar terbaru Ammar yek..tunggu!bye..



Wednesday, June 24, 2009

assalamualaikum dan salam sejahtera..

apa khabar para sahabatku yang dirindui..dah lama saya tak update blog kan..macam2 cerita yang berlaku dan macam2 la sebenarnya yang nak diceritakan..bila berlaku sesuatu peristiwa atau event, teringat sangatla nak update kat blog ni..tapi hehehhe..tak berkesempatan..alasan ni bole pakai tak?ehhehe

saat saya mengupdate blog ini, saya berada di hujung utara malaysia, tepi jeti langkawi tapi tak saya tak ke langkawi hehehe saya berkursus di sini..konon2nya TOT tapi sebenarnya kena buat modul..saya rasa tak banyak input yang dapat..pembuat kursus ini seharusnya memahami apakah maksud training of trainer dan dapat membezakannya dengan bengkel membina modul...argghhh..saya mengharapkan TOT ini, saya dapat modul dan ada fasilitator yang melatih saya mentadbir modul dan seterusnya saya tadbir di tempat kerja saya...hu hu hu...tak apalah..at least ada la idea yang disumbang dalam pembentukan modul ini..

tapi apa yang sedang menari2 di batu jemalaku sepanjang kursus ini ialah, kehadiran pegawai2 baru yang hebat2 belaka..specially yang freshies2..wow..saya rasa tergugat..saya terbayang2, dulu saya sebegitu agaknya, penuh bersemangat, maklumla ilmu masih fresh lagi..tapi saya sekarang dapat merasakan yang saya semakin layu..arghhhh..

tapi saya tak bole membiarkan diri ini kelayuan..saya perlu bangkit..saya perlu menganggap saya dikejar oleh freshies2 itu..saya tak bole dipintas oleh mereka kerana saya lebih senior dari mereka..saya sepatutnya lebih hebat daripada mereka..saya ada pengalaman..cuma ilmu saya perlu ditingkatkan..haaaaaaaaaaaaaaaahahhaa..bole tak berperasaan begitu?saya fikir jawapannya adalah BOLEH..demi untuk pembangunan diri saya sendiri dan saya perlukan cabaran sebegitu..

ok..stop that story...jom tengok2 ammar...

sekarang ni ammar dijaga oleh ibu mertuAku..semalam ammar begitu ceria sekali semasa saya 3g ammar..dengan flying kissnya, panggilan 'ma' nye, sebutan air dan buah ..sinar matanya, menandakan ammar sihat..

tapi tadi lepas maghrib, saya 3g ammar, apa yang saya nampak, sinar matanya tidak seperti semalam..mata seperti bengkak..rupanya ammar kena selsema..ammar, be strong n cepat baik ya nak...mama doakan..

saat ini suamiku dah bawa ammar ke klinik sbb kami takde stok ubat sebab ammar dah lama tak demam..

sabar sayang,esok pagi setelah dapat sijil, bole la mama bertolak balik ke penang..perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam lebih..bole la mama take care of ammar..

oh ya..minggu ni adalah minggu ketiga belas pregnancyku..alhamdulillah, takla muntah2 sgt, dah dapat dikawal..tapi kata kawan2 saya dah susut sikit tang atas lengan dan paha..tapi perut dah nampak besar hehhee..tapi saya dapat bezakan la yang perut ni mmg buncit dah, nampak sangat buncit..time ammar dulu, time ni masih tak nampak lagi..agaknya perutku ni mmg sedia buncit la hehehehhhe

kad merah masih lagi tak buat sebab tak berkesempatan bulan ini hehehe..tunggu next week la yek..nurse, jgn marah ek..

ok then..till we meet again..do take a good care of urself ya..bai





Saturday, May 23, 2009

nak beli ke tak ek?

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..


semoga kalian berbahagia di hujung minggu..kali ni saya cuba untuk merajinkan diri untuk mengupdate blog ku ini hehehehe..saat ini, ammar dah tido..awal tidonya hari ini..dah penat sangat agaknye, hari ni cuma pagi tadi jek tido..tu yg tido awal tu..hubby pulak ada dinner di jitra dan terus ke kl untuk tournament bowling...


masa jenguk2 blog kak nur, terbaca entry dia yang nak beli stereliser n warmer, sale di littlewhiz.com..saya mmg dok merancang nak sediakan peralatan untuk breastfeeding anak yang kedua ni..jom tengok..




RM 169.90 FROM RM 199.90

Product Descriptions :-

Sterilizer
The safe test & easier way to sterilize baby feeding bottles / accessories, feeding containers & nursery products
Easy to Clean removable structures.
Come with the plastic tong.
Suitable for any size of feeding baby bottles
Sterilizing cycle time is approximately 8 minutes with 90ml of water poured in, LCD display & sound indicating the end of the sterilizing cycle.
Your contents will remain sterile inside the sterilizer for up to 3 hours if the lid is kept shut.
AC 220 - 240V, 50/60Hz, 500W
With 1 year Warranty



Bottle Warmer ( Can Fit MAM Bottle )
Efficient PTC heating technology imported from Japan.
Suitable for different milk bottles and bottle packed food.
Energy Saving.
Comes with feeding bowl and juicer.
Temperature Control Range 40-100℃
Leep warm range:40-45℃
AC 220 - 240V, 50Hz, 100W
With 1 year Warranty

Sebenarnya saya tak memerlukan sangat steriliser tu sbb skang ni pakai rice cooker ajer hehehhe saya pentingkan warmer tu..sian kat mak nanti, lambat pulak kalo nak guna manual, rendam kat dalam air panas hehehe..so nak memudahkan mak la hehehe but since harga ni macam harga durian runtuh, macam nak beli..heheh kene discuss ngan hubby dulu ni..



lagi satu, bile tengok2, ader offer medela freestyle breastpump..pump yang menjadi idaman ku hehehe mmg berhajat nak beli utk anak kedua ni tapi stakat ni belum bole beli lagik heheheh

harganya pon kira save jugak la..RM1688.00 daripada RM1788.00. ada dua pilihan free gift ....

FREE GIFT OPTIONS :-

1) 1 BOX MEDELA 3PK BREASTMILK BOTTLES WORTH RM69.00 + 1 BOX MEDELA WASHABLE BRA PADS WORTH RM59.00 + 1PC MEDELA PURELAN 100 WORTH RM29.00 + 1 PK MEMUM MILK BAG WORTH RM39.90TOTAL SAVINGS = RM196.90OR

2) 1 BOX BUMBLE BEE 8PCS BREASTMILK BOTTLES WORTH RM38.90 + 1 PK MEMUM MILK BAG WORTH RM39.90 + 1PC BUMBLE BEE NURSING PILLOW WORTH RM76.90 + 1 BOX EARTH MAMA MILK MAID TEA WORTH RM41.90TOTAL SAVINGS = RM197.60



so ape pendapat kawan2? hehehe

Thursday, May 21, 2009

pembawakkan ke?

assalamualaikum dan salam sejahtera.



hai kawan2 yang kurindui...lama dah blog ku ini tak diupdate..entahla..adekah ini disebabkan oleh pembawakkan budak ?hehehhe (tapi dulu pon tak la rajin sangat nak update blog ) kikikikiki.



skarang ni rasa nak ngadap laptop pon macam berat aje..kalo ngadap laptop sbb ammar dah dok tunjuk2 laptop n sebut...ba ba ba..maksudnya dia nak tengok lagu alif ba ta, muslim kid songs kat you tube tu..so bukak la..kalo tak saya yang layan, mak sedara dia, cik su yang layan..



mamanya skarang ni, bile dah siap semayang maghrib, lepak depan tv , tengok berita, baring2 sampai la ngantuk..kol sepuluh naik bilik terus tido..husband kadang2 tak balik keje lagik, saya dah tido dah hehehhe..kalo ammar nak ape2, saya biar jek mak tok or cik su or mak ngah dia yang layan..tapi yang tak best skang ni ammar dah jarang nak nenen..dia asik nak ajak maktok wat susu jek..agaknye susuku dah berkurang, di dah tak puas...kalo tak, time malam just sua nenen jek tapi ada skali tu dia takleh tido, sua nenen tapi dia still meragam gak..last2 mintak tolong husband wat kan susu. haaaaaaaahahaha malam tu la first time abang wat susu selama ammar hidup ni..saya bg instruction jek dan dia buat heheheh mana taknye, slalu main sua nenen jek hehehehe..biler dah minum susu sikit, dia terus lena tido..hua hua hua..

so kawan2..adakah kemalasan ku ini berkait ngan pembawakan?ehheheheh

Monday, May 11, 2009

berita baik sempena hari ibu..



assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2ku..





selamat hari ibu semua..





ada berita yang sangat baik untuk dikongsikan dengan kalian sempena hari ibu ni..dah lama disimpan(ek eleh tak la lame sgt pon) ehehhehhe.





tekaan2 mimi, kikie, et tu adalah betul belaka..si pika siap mimpi ,member dia ni mengandung..eish essh eish sampai macam tu skali hehehhe





secara tak officialnya..saya dah pregnant hehehhe..alhamdulillah allah makbulkan doa saya..nape?tak pecaye?meh tengok test ni...





haaaaa...dah caye ke blom?ada dua line kan?maknanya positif la hehehhe...

kira2 pandai2 sendiri, insyaallah dalam tahun ni jugak..antara 23 dis or 25 dis 2009 (sbb tak dapat agak period length)

sekarang ni dah 7 minggu la..bllom rasa sgt morning sickness..cuma dah muntah2 kuning,pahit2 time gosok gigi pagi2..perut asik angin aje.yang bestnyer, bole masak nasik, bole bau tumis2..time ammar dulu..nak masak nasik tu punya la seksa,sampai kene tutup pintu dapur n tunggu sampai nasik masak n bau air nasik tu dah takde..skang ni masih ok lagi..alhamdulillah..harap2 tak seteruk time ngandungkan ammar..tapi apa yang penting kerjasama..eh bukan..apa yang penting anak sihat..demi anak mama, mama sanggup tahan apa sahaja dugaannye...semoga mama kuat..

hmm..mak mentua n family tak tau lagik..tunggu abang bukak cerita la hehehe

skang ni kene pertingkatkan amalan-amalan baik sewaktu mengandung..amal surah Yusuf dan Mariam..khatam Quran..dan kumpul duit untuk belanja aqiqah anak yang bakal lahir ni..masa ngandungkan ammar, saya kumpul sebulan RM100 so setelah 9 bulan mengandung,dapat RM900 n terus buat kenduri aqiqah ammar..biar selesai semua tanggungjawab mama..untuk kesenangan ammar kelak...alhamdulillah..semoga allah beri rezeki kepada kami..

oklah..nanti kita update my pregnancy k..heheehhe

Sunday, May 10, 2009

selamat hari ibu!


assalamualaikum dan salam sejahtera..
selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh malaysia bahkan di dunia..


























Sunday, May 3, 2009

aktiviti ku batal

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2...

seperti biasa, setiap ahad, kami 3 beranak akan jogging di kompleks sukan bertam..tetapi nampaknye pada pagi ini aktiviti tersebut terpaksa dibatalkan kerana hujan tidak berhenti sejak jam 11 malam tadi..huhuhu

saya kepingin nak makan roti planta kat kedai mamak tu...alaaaahai..

persoalan yang melekat kat kepalaku sekarang ini ialah ...kalau kepala batas hujan lebat tak henti2,adakah bukit mertajam juga akan hujan sebegini?sudah 8 jam sejak jam 11 malam tadi, maknanya ada kawasan di bm tu banjir..sekiranya banjir, ada kemungkinan pusat pemindahan dibuka..bila pusat pemindahan dibuka, saya pon kene la membukakan diri di pusat pemindahan tersebut..hehehe tetapi setakat ini takde lagi panggilan hangit..tunggu aje la k..

so, kepada pihak yang 'berkuasa' di bm atau di penang tu, sila la buat sesuatu agar kekerapan banjir ini berkurangan atau takde langsung....kesian beb..banyak kerugian ditanggung setiap kali banjir..rakyat dah pilih hangpa..so hangpa kenela bekerja untuk rakyat..bantu rakyat..ah tak payah nak banyak cerita la..lu pikir la sendiri..

Wednesday, April 29, 2009

lupe bawak pam la..

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

bertemu lagi kita di entry kedua ku pada hari ini..
saya baru lepas makan..aduh aduh aduh lepas solat magrib tadi perut mmg lapar tersangatla laparnye sehingga tak tertahan laparnya heheheheh...bile dah makan...kenyangla sangat kenyangnya..alhamdulillah..allah bagi rezeki lagi..

so bagi mengisi masa yang terluang selepas kekenyangan sebelum landing di katil yang empuk dan selimut yang tebal tu serta aircond yang sepoi2 bahasa tu..singgahla sekejap di lounge untuk mengadap komputer ini...

saja nak berkongsi..saya terlupa nak bawa pam manual saya tu..aduh aduh..hari pertama tak pam...ok lagi..hari kedua, dah rasa beratnya tapi tak bengkak n sakit..memandangkan roomate telah mengeluarkan dirinya entah ke mana, saya pon memulakan operasi mengepam secara manual menggunakan tangan

..alhamdulillah..ada jugak la hasilnya..sekurang2nya tidak membengkak dan sakit..tak sabar nak tunggu ammar nenen...ni la 1st time terlupa bawak..bimbang susu akan kering..harap2 tak berlakula macamtu..ammar masih nak nenen lagi..kalau balik keja tu, sure dia tunjuk nenen, pastu hek hek hek minta amik pacifier dia..kalau takde pacifier,dia taknak nenen..hehhe tapi kalau takde jugak, terpaksa la jugak dia nenen sebab dah lapar hehehhe

oh ya..umi sufira dah cuba meneka cerita yang saya nak kongsi tu..she said i'm pregnant..hehe..what about others?cuba la teka hehehehhe

till now..babai

on course..

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

saya kini berada jauh dari pulau pinang, meninggalkan anak dan suami tercinta bagi memenuhi tuntutan atau arahan pemberi gaji saya..sudah masuk 3 hari saya berada di sini..menanti esok hari terakhir..tak sabar nak bertemu anak dan suami tersayang..tak boleh nak 3g sbb line 3g takde..

saya kini sedang berkursus di kuala lumpur..pada masa sekarang ini berada di lounge hostel yang mempunyai akses internet..nasib baik saya berseorangan di sini. tiada la orang lain yang datang mengganggu. seperti yang kalian sedia maklum, petang2 begini adalah waktu yang paling best untuk melelapkan mata setelah slot2 ceramah yang begitu mentraumakan dan memeningkan kepala di samping penceramah yang suka memberatkan kepala..katanya kalo kepala pening tu tandanya otak kita memproses dan ini adalah satu keadaan yang baik.

sudah 3 hari berada disini, hari pertama kami akhiri dengan shoping di sogo....wa wa wa..dah lama beb tak shoping kat sogo hahhaha mmg sale giler..saya dengan sakit kepala nak cari handbag at last malas nak cari dan terus naik ke bahagian kanak2 utk membeli baju untuk ammar....ces....last2 utk anak jugak yang dapat ehhehehe..mamanyer tak dapat..
hari kedua kami akhiri dengan shoping di mid valley..waaa lama beb saya dah tak berkunjung ke mid..agak2 since 2005..huhuhuhuu..miss my fren...jini, ida, ina, kak mie,nanot...kami slalu lepaskan tensen kat mid hehehe..tapi kat mid saya hanya beli panties murah rm10 hehehe tu je la...tak larat nak jalan dah..

so hari ni, kami dah tak larat dah..ada ura2 nak ke jalan tar tapi hehhe saya tak berdaya rsanya..kepala sudah berat...sebenarnya hajat di hati nak wat e-filing, bayo cukai tapi sistem sesak ..nanti la,buat kat rumah aje nanti..due date adalah esok bagi cukai perseorangan..

hmmmm....sebenarnya ada sesuatu yang saya nak kongsikan dengan kawan2..tapi saya masih belum bersedia..nanti kalau saya rasa dah sedia, saya pasti akan bgtau heheheh

ok la..jumpa lagi di lain kesempatan ...

wassalam

Thursday, April 9, 2009

DAKU KEMBALI KE ALAM SIBER INI.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



setelah sebulan aku tidak ber'blog',hari ini aku muncul setelah bermacam dugaan heehehehe.apa khabar kawan2 sekalian?harapnye doa ku di entry yang lepas agar kalian semua diberkati Allah telah termakbul, Insyaallah..



marilah sama2 kita berkongsi cerita2ku sepanjang ketiadaanku di alam siber ini ehehheh


laptop ganti cpu

alhamdulillah cpu telah digantikan dengan laptop..setelah ditimbangtara ,kami suami isteri telah bersetuju untuk membeli laptop bagi menggantikan cpu yang meletop hehhe..kami berkongsi untuk membeli laptop..dah stuju half-half tapi bila suamiku pilih laptop yang lebih dari harga budgetku,so suamiku la yang melebihkan bayaran tersebut.haaaaaaahaha..tq sayang..muah muah muah..


tapi aku merasakan masih selesa dengan cpu..ntah nape ek..tapi aku ni orangnyer slow sket nak terima sesuatu yg baru hehhe kira macam konservatif sket hhehehhe insyallah tahun depan kalo allah izinkan,aku nak beli cpu gak kikikiki..macam payah nak guna la..lagi pulak,sayang la kat monitor n keyboard lama tu..tapi tak dinafikan la mmg mudah pakai laptop mobile..tapi tang battery kong yang maleh tu hehhe

s... broadband ganti c...broadband

rupe2nya, s....broadband aku pon takleh pakai lepas cpu ku meletop..mungkin ada kaitan ngan kejadian letupan cpu itu la..agakan aku la kan..so aku buat aduan kat s....broadband tu..nang butinang kui butukui aku punya tunggu dah seminggu tak de lagi..alasan pertama, kontraktor tak dapat hubungi aku..alasan basi..ces..alasan kedua, technician g training..so takpelakan..aku sabo lagik.

pastu ada perkembangan yg baik, tech tu datang..check modem katenyer takde masalah..maybe port luar yg rosak..dia takleh tengok sbb time tu ujan..takpela kan..aku pon sabo la..hari kedua,aku ni kat komtar masa tu, dia kate nak datang kol 6..aku kater aku ni jauh nak balik, takut bridge jem, aku suruh dia datang umah je la..dia kate nak jumpe aku jugak sbb dia bawak kawan yang terer pasal ni.aku pulak merempitla..bile dah sampai umah tunggu punye tunggu depa tak sampai lagi.aku sms kat tech tu, dia kate dia tunggu aku sms dia so dia baru nak gerak dari mane ntah..kol 7.30 aku nak g smayang, dia ketok pintu n kate mmg port aku rosak tapi dia takleh baiki sebab time tu ada pasar malam..so aku still sabo lagik la..mak kan sabo orangnye..pastu esok paginye aku msg dia mintak tolong baiki port so that petang tu aku dah bole surf...adoyai aku punya sakit ati la sangat,petang aku sampai umah, modem masih takleh guna maksudnye port masih tak dibaiki..aku sungguhla hot tahap bagan..eh gaban la...so aku bgtau suamiku , aku nak tuko broadband!!!!!!!!

esok pagi2 sampai opis, aku terus call centre s...broadband tu n mintak dia cancel report aku n bgtau kat kontraktor depa tu, tak payah datang baiki lagi sebab aku dah tak berminat nak teruskan walaupun aku sangat2 berpuas hati ngan perkhidmatan s...broadband tersebut..telefonis tu try pujuk aku tapi dengan baik aku dapat tolak...waaa very rasional la aku..biasanye aku dah hot gile dah tapi aku leh control..mmg dengan rasa terhormatla..telefonis tu mmg bernasib baikla ,kalo ngan orang lain sure dah berbakul2 sampah maki hamun dia dapat...hehehhhe haaaahahhaa jap eh aku nak angkat bakul jap..hehehe

tengahari tu aku mendaftar broadband baru..:)......so alhamdulillah dah bole surf la..

keretaku

sebelum ni kan aku dah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya kan, so dah anto ke bengkel n ditukar selayang bonet tu pastu diketuk2 la sikit aksesori depan..suami kate rm500 jek..so aku membayo la rm500 uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedey giler..500 tu bole beli macam2 wei! lagik pulak, kereta ku telah melalui satu transformasi warna..suamiku menunaikan hajatnye nak kaler keta tu jadik itam..adui dui dui..sebenarnyer suamiku ni asabiyahnye dengan keluarganya amat2la kuat..skang ni kereta2 pakcik,sepupu, adik dia semua mmg kaler itam..plat kereta plak ada persamaan at least ada nombo 32 tapi plat kami jauh panggang dari api hehehe...kena kat kereta dia, kaler silver plak..dia tak syok la hehhehe so dia nak nampak sepakatla,dia spray ngan kaler itam..takperla asal suamiku puas ati walaupun aku lebih gemar kaler asalnya..lagi dabom beb..


begitulah cerita aku sepanjang ketiadaan aku di alam siber buat sementara waktu ni..nak amik gambo tapi bat kong la pulak..nanti aku upload gambo ek..

by the way..I'm back!

Tuesday, March 24, 2009

will be back soon!

assalamualaikum dan salam sejahtera..

will be back very soon with hot stories..hahahaha..tunggu!!

Wednesday, March 4, 2009

CPU MELEToP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

mohon maaf kerana sudah lama tidak muncul di alam siber ini..lantaran outstation minggu lepas dan juga CPU ku telah meletOp..aduh aduh aduh..

sayang sekali..cpu kesayanganku sejak di alam student u dulu tidak dapat diselamatkan lagi..power suppy meletup sehingga menyebabkan kerosakan pada mainboard sekaligus tidak dapat diselamatkan lagi..yang baiknya, hard disk masih boleh digunakan lagi.

so aku di dalam dilema samada hendak memperbaiki semula dengan kos rm600 or beli cpu baru as my fren said maintainance lebih tinggi bagi cpu lama yang diperbaiki, or membeli laptop baru...

hmmm..i dont think so bout buying new lap top..why?becoz kewangan tidak mengizinkan ha ha ha..so ape pendapat kalian?

about my car...alhamdulillah,we visited our car last weekend n she is fine now..but we have new project for her..tunggu dan lihat next week k hehehhe

so until then..meet u all next time..best of luck to all of u and may allah bless we all..i always pray for that..

Tuesday, February 10, 2009

bad DAY...:(

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hmmm...hari ini adalah hari yang tidak menyeronokkan bagi aku..tengok ni..


hmm..telah ditakdirkan allah peristiwa ini terjadi..disebabkan kesilapanku atau kesilapan pemandu lori kecil di hadapanku..

apapun aku bersyukur sebab tidak melibatkan kehilangan jiwa..dan aku tidak perlu keluarkan apa2 belanja kepada si apek pemandu lori itu..yang melayang adalah belanja untuk perbaiki keretaku ini..nasib baik yang di depan aku tu adalah lori kecik..kalo kereta, dah tentu duit aku melayang layang nak kene bayo pulak..

aku baru dok kira2 nak save duit masuk asb seperti yang dihuru hara kan oleh mommy lyna..(hehehe ayat baik punya)...tapi apakandaya..nasi sudah menjadi bubur...aku mmg suka makan bubur..hahaha..

so para pomen yang terer..hangpa estimate bape yang aku kene bayo ni..aku rasa enjin ok...cuma maybe kene sikit kat radiator..tak bawak bengkel lagi, husbenku pon tak bukak lagi..kang kalo bukan kang tak leh tutup kan ke naya..

sudah ketentuan allah..ada hikmah di sebaliknya..aku yakin allah nak duga aku..mungkin aku ada wat silap di mana2 dan Dia nak memperingatkan aku..mungkin juga aku dah sedikit jauh dariNya..

Ya Allah Ya Tuhanku..Aku Mohon Keampunan DariMu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah..sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah..Berilah aku Petunjuk Ke Jalan LurusMu..

Suamiku..ampunkan daku..i knew that u were frustrated walau nampak cool aje hehhehe..

Mai jenguk keta ku..


Reporter Ammar sedang meneliti kerosakan kereta tersebut dan menerangkan kepada abang adam dan tok chaq nya..mmg reporter la ammar ni sbb semua yang ada kat laman rumah tu ditariknya utk tengok keta tu..siap tunjuk2 la..tapi bila tanya sapa yang buat..dia tak tau nak tunjuk sapa sbb dia tak tau sapa yang buat ha ha ha..ammar tak tau yang mama yang buat hahahaha..




terangkat sikit..




remuk sikit sbb langgar palang besi lori apek tu
moral of the story..kita sebagai second vehicle perlu menunggu 1st vehicle bergerak terlebih dahulu dan jangan mengagak yang mereka dah bergerak.make sure betul2 1st car tu gerak..walaupun kita tengok aliran kenderaan mmg betul2 clear. apek!!!!!!!!!apesal lu tak jalan cepat tadik!!!haiyaaaaa