Friday, August 13, 2010

hikmah berpuasa dan kelebihan ramadan..

assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ini hari ketiga berpuasa..macamana semuanya?harap dah dapat sesuaikan diri dengan perubahan waktu makan ni..ada yang gastrik, masuk angin, sakit kepala..tak mengapa..bersusah2 dahulu..bila dah terbiasa mesti ok kan hehe
saya ingin berkongsi beberapa hikmah berpuasa dan kelebihan ramadan daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus..(izinkan saya berkongsi isi buku Dato' di sini ya, terima kasih )
~ ketibaan Ramadan, umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa. kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah swt
~ dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam
~ amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan
~dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yangterdapat dalam tubuh badan manusia dapat diatasi
~ puasa itu disifatkan Rasulullah saw sebagai separuh daripada kesabaran
~orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil
~ kedatangan ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat terawih , diwajibkan zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain khususnya mereka yang daif
~ ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan
~malam Nuzul Quran (17 Ramadan ) merupakan saat penting Al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman
~terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah swt
selamat berpuasa kawan2..semoga puasa hari ini lebih baik daripada semalam :)

No comments: