Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

resipi sambal sotong


Ok nk share resepi sambal sotong pulak..memang panas dari dapur cy..
Bahannya..
Sotong 4 ekor dipotong dan dicuci bersih dengan garam kasar dan limau nipis
Ini Untuk bahan kisar
20 tangkai cili kering direndam dgn air panas
Sebiji bawang besar
2 biji bawang kecik
2 biji bawang putih
Sebiji bawang besar dihiris besar2
Secawan air asam jawa
Garam
Gula
Cara masak..
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak
Masukkan air asam jawa,kacau hingga sebati dan letak garam secukup rasa
Masukkan gula secukup rasa..cy letak 3 sudu sbb husband suka manis
Masukkan sotong bersama dengan bawang besar
Klu tengok sotong tak menyumbang kepada kebasahan sambal,Masukkan air sikit bagi sambal berkuah dan tak kering hehe
Agak2 sotong dah masak,tutuplah api tu..
Ada yg letak belacan jugak tau tapi cy dah kehabisan belacan pulak..
Sambal ni bermacam cara bole dimasak..ini adalah yg simple by cy tapi sedap..selamat mencuba yek
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, February 25, 2013

cuba-cubaan resipi tiramisu simple..



assalamualaikum dan salam manis teman2ku..
kali ni nak kongsi resipi basi yg saya dah cuba..tiramisu simple..mmg best..belajar dari blog cahaya cintaku. terima kasih yek..sebab berkongsi..

bahan2nya :
kek span( coklat, perisa lain pon bole kot) tapi cy guna kek coklat jenama sunshine..sedap..
250 ml whipping cream ( cy guna anchor uht)
250 gm cream cheese Philadelphia (cy tambah 50gm)
1 sudu teh esen vanilla
setengah cawan gula castor
serbuk koko van houten
sesudu serbuk nescafe
setengah cawan air

cara buatnya :
satukan whipping cream, cream cheese, esen vanilla, setengah cawan gula castor..putar sehingga sebati dan tidak berketul..

kemudian potong kek selapis mengikut besar bekas..ikut suka nak tebal mana..sediakan air bancuhan nescafe tu dalam pinggan, letak kek yang dah dipotong tu dalam pinggan berisi air nescafe tu,dan terbalikkan kek tu..toksah lama2 sbb nanti meresap banyak sgt air nescafe tu..

ataupun boleh terus renjiskan  saja air nescafe kat kek tu..

lepastu letak bahan yg dah diputar tadi..lagi banyak lagi sedap..yummy!
lepastu ayak serbuk koko..
lepastu ulang lagi step di atas hingga penuh bekas..
sejukkan dalam peti..
cy buat malam,pagi dah bole makan..
layan gambar ek..tapi biasala,i  bukan blogger masakan,ni sempoi punya heheheh
bila makan, rasa macam beli kat kedai kek aje ..marveles!

ni buat untuk kawan2 di ofis..depa pon dah jatuh cinta dgn tiramisu ni..cy pernah buat untuk makan2 di pejabat..mmg licin..hehe alhamdulillah..seronok dapat jamu kawan2 makan..

ni la rupanya..comot kikiki

cy dah try guna biskut tiramisu or ladyfinger..rm3.40 utk 12 batang di kedai kek n cafe,taman paya keladi..tapi cy rendam lama sangat so berair pulak biskut tu..tak syok...maybe lepas ni bole try lagi dgn cepat2  supaya air tak banyak serap..
cy pernah guna whipping cream mauri non diary..didapati tidak selemak guna anchor..


hei,boleh buat kek tiramisu juga tau..potong jek ikut besar kek dan buat macam biasa..im gonna try it later!

ok,bole buat bisnes ni hehehheheh..satu kemajuan dalam bidang baking cy ..alhamdulillah..

Wednesday, June 13, 2012

kek selamat hari guru untuk cikgu ammar-entri basi hehe

basi dah enteri ni hehe tapi nak kongsi juga..saya teringin nak bagi hadiah kat cikgu ammar..tmmar sempena hari guru.saya ceritakan kat ammar,mama nak buat kek untuk cikgu abang ammar.dia begitu gembira sekali..petang tu saya bakar kek dan saya tinggalkan untuk ambil ammar di sekolah dan insyirah di rumah mak.saya ke kedai kek utk beli icing..malam tu bila sampai rumah, saya tengok kek jadik jatuh ..waaaaaaaaaaaaaaaa kek tak jadik!silap saya sebab tinggalkan kek dalam oven ..waaaaaaa

saya terus adun lagi sebab tak nak hampakan ammar..alhamdulillah menjadik..awal 5 pagi saya bangun buat topping dan hias kek tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....cun tak?hehe puas hati sungguh saya..:) ..cikgu pon puji keknya sedap..:)







posing sebelah kek sebelum p sekolah



insyirah pon sibuk tengok..katanya mama buat kek epibesday tuyu hehhe

Tuesday, June 12, 2012

pengalaman buat kek kali pertama-entri basi haha






salam  semuanya..1 mei lepas cuti  Hari Pekerja kan..Cy tak kemana2..dah plan nak try buat kek coklat resepi encik fendi75 yang Cy dapat dari myresepi..semangat tau Cy sebab dah bertahun2 tak . ni Cy kongsikan ..mohon izin encik fendi75 ya..terima kasihla atas resipi kek coklat ..cubaan pertama bagi orang yg dah lama tak baking ni walaupunhangus di atas tapi dalamnya bole dimakan ehehhe Cy telah berusaha..tak buat toppingnya sebab kek hangus..next time buat lagi 

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Sunday, April 1, 2012

resepi rich choc puding, entri dah luput tarikh hahah


Cy kembali dengan aktiviti ringan2 tangan sewaktu cuti anak2 kena hfmd..resepi ni copy paste resepi kak jun .. tq ya kak jun..saja buat kot2 anak2 suka sebab mulut penuh ulcer masa tu..senang jek nak buatnya..cubalah yek..







tu tangah ammar la tu..tak sabo nak rasa..


RICH CHOC PUDING
resepi: kak Jun@myR

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
ni akak Jun tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.












Monday, January 23, 2012

ikan bawal masak percik..



yang ni resipi kakak saya  Ikan Bawal Masak Percik. sila try yek..Cy nak try nanti bila kat umah..saja post kat sini utk simpanan dan rujukan Cy hehe

Bahan-Bahan:

1 kg ikan bawal hitam
10 gm serai
40 gm belacan
10 gm lengkuas
140 gm bawang merah
60 gm bawang putih
60 gm halia
10 gm buah keras
5 gm serbuk kunyit
60 gm pes cili
60 gm cili padi
1 liter santan pekat
Daun kunyit atau daun limau purut
Garam
Gula

Cara: Gorengkan ikan bawal.

Tumis semua bahan. Masukkan santan dan biarkan hingga pekat dan mendidih.

Masukkan garam dan gula.

Tuangkan di atas ikan yang telah digoreng. Hidangkan bersama nasi putih.


Tuesday, July 26, 2011

nak buat ke apam mekar ni?

boring2, ada la jalan2 tengok blog mamaqasrina..dia buat apam mekar..ingat bakar tapi kukus rupenye..aish aish aish macam bole buat aje ni hehe..nak try jugak tapi tengok la kalo ada kesempatan kikiki...

jom sharing..tq mamaqasrina!

bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn gula halus
1 cwn aiskrim soda
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh ovelatte
2 biji telur
pewarna merah

caranya:
pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan aiskrim soda, ovalatte, soda bikarbonat dan akhir sekali tepung, kacau hingga sebati, bahagikan kepada 2 warna (ikut suka korangla nk warna apa) dan tuangkan pada paper cup, kukus hingga 10 minit..

selamat membuat yek!

Friday, July 15, 2011

recepi SPAGHETTI BOLOGNAISE

terliuq pulak nak makan spegetti..kebetulan adik seperjuangan yang baik hati, ida anggun telah mengemelkan resepi dia..wa wa wa...esok nak try la hehe


tapi banyak pulak bahannye..hehe..nak seribu daya..tak berjuta dalih kan kan kan..ok,kalau berminat, boleh try yek..nyum nyum nyum...kali ni akan memasak di iris..ada periuk baru dari langkawi weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..oh ya..nanti bole cerita pasal trip di langkawi eh...


RECIPE TO PREPARE SPAGHETTI BOLOGNAISE FOR 4 – 6 PERSON
INGREDIENTS

1.Spagetthi San Remo 250g
2.BERTOLLI Olive Oil
3.Italian Seasoning
4.Capsicum (Red /Green/ Yellow)
5.Cili Boh 70g.
6.Garlic (5 ulas)
7.Shallot (4 ulas) potong dadu
8.Onion (1 labu)
9.Red Cherry Tomato
10.Mince Beef / Chicken
11.Oyster sauce
12.Chicken Stock
13.Parmesan Cheese (optional)
14.Basil (2 helai)
15.Sedikit Daun parsley (optional)
16.Black Pepper (Ditumbuk)
17.Button Mushroom (Canned-Ayam Brand)
18.Garlic powder
19.Prego Pasta Sauce Traditional 680g


METHOD


Penyediaan Spaghetti

1.Rebus Spaghetti sehingga masak dan tosskan.
2.Masukan Spaggeti yang telah ditoss ke dalam mangkuk besar.
3.Gaulkan spaghetti dengan garlic powder dengan sebati.



Penyediaan Sos Spaghetti
1.Panaskan periuk dengan olive oil. Simply fry red cherry tomato dengan basil+black pepper+garam sampai separa lembut. Kemudian, asingkan.
2.Panaskan periuk dengan minyak masak. Tumis bawang putih+bawang merah+bawang besar (yang dipotong dadu) sehingga kekuningan. Bawang putih dilebihkan sedap utk masakan western.
3.Masukkan cili boh sehingga naik minyak.
4.Jika masak daging-masukkan daging selepas ini tetapi jika masak ayam. Ikut turutan berikutnya.
5.Masukkan Prego Pasta Sauce Traditional.
6.Masukkan Italian Seasoning 1 sudu besar. Biarkan Mendidih.
7.Masukkan Chicken Stock 2-3 sudu besar.
8.Masukkan Oyster sauce 1-2 sudu besar.
9.Apabila mendidih, masukkan capsicum+button mushroom yang dipotong dadu.
10.Rasa masakan anda. Masukkan garam secukup rasa. Elak guna gula tetapi gantikan rasa manis dengan menggunakan oyster sauce.
11.Setelah rasa sebati. Masukkan ayam cincang dan Cherry tomato yang telah digoreng tadi.
12.Masukkan Italian Seasoning 1 sudu besar lagi.
13.Pastikan ayam cincang tidak melekat. Leraikan cebisan isi ayam sentiasa sehingga masak.
14.Masukkan daun parsley (jika mahu) dan Tutup periuk masakan dan Biarkan Masakan masak sehingga sebati.
Hidangan spaghetti ini enak dimakan dengan parmesan cheese (jika mahu)