Showing posts with label resolusi. Show all posts
Showing posts with label resolusi. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

no motive+action


hmmm sudah mula rasa malas-malas..
berat nak ke tempat kerja..
lama dah takde perasaan macam ni..
selalunya ok saja..
rasa nak tido seharian di rumah..
rasa tak nak bangun dari katil..
di mana motive+action cy ni..
waaaaah...hari ni pasti melayang..
tapi tak boleh melayang..
kena cari motive+action tu..
ada makna ni..

=motivasi : datanglah =

Thursday, May 3, 2012

dah 6 tahun dah ni


2 mei semalam dah genap 6 tahun CY bekerja di tempat CY kerja sekarang..
buat kerja yang macam ni..hahaha kelakar kan tapi inilah yang meningkatkan lagi keyakinan diri CY..macam2 pengalaman sepanjang kerja ni..perlu dijadikan sempadan dan pengajaran..

semoga prestasi kerja sema kin meningkat, semakin A..I need to change my style of work..macamana?nak kena kaji ni..perlu lebih bertanggungjawab terutamanya terhadap fail2..hehe..CY harap CY ikhlas sentiasa dalam bekerja..sentiasa ikhlas agar kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan dengan baik..demi kebaikan dan kesejahteraan klien..

i need to make a changes so that i can improve..:)

Wednesday, March 14, 2012

rekod tak kekal..hancoq

                                                                     ehem..rekod Cy tak dapat dikekalkan.rekod ape?rekod mengemaskini blog ini..hehe daripada 31 entri kepada 16 dalam bulan feb..ntah kenapa tak berkesempatan..banyak sgt aktiviti ke Cy ni?haisssh...ntahla..
keje banyak?anak kena hfmd?kenduri aunty?ah tak la banyak sgt tapi hmm masa untuk update blog dah berkurangan dan jugak masa untuk lamanku aaaahh kesian,lalang dah naik meninggi..
Cy sedang berkira2, adakah update blog mempengaruhi tahap kesungguhan dalam menguruskan rumah?atau tahap kesungguhan menguruskan rumah boleh mempengaruhi update blog?hahhaha
nonsensela..
tapi Cy rasa ianya ada berkait la.haha berkait dengan mood...bila rumah tak dapat dikendalikan dengan baik maka update blog akan tergendala sebab sibuk menguruskan rumah..apabila menguruskan rumah,masa untuk update blog takde..kesimpulannya, Cy perlu  maintain pengurusan rumah supaya dapat update blog hahahhahaha..
banyak alasan haih..malas kata malas aje la kikiki
kat atas tu gambo masa kenduri durian kat ofis..hehe nice pic!

Wednesday, February 15, 2012

SAYA BOLEH JADIK GILA!!TAU TAK!

SAYA BOLE JADIK GILA DENGAN KERJA YANG SAYA TANGGUHKAN SEHINGGA MENYEBABKAN KERJA SAYA BERATUR!

SAYA PERLU MENUKAR DIRI SAYA..

SAYA PERLU JADI TRANSFORMER..MENTRANSFORM KAN DIRI MENJADI PENYELARAS YANG LEBIH BAIK.

UNTUK MENGELAKKAN PERKARA YG MEMALUKAN TERJADI KEPADA SAYA.

SAYA TAKNAK DIKENALI DENGAN ORANG YG SELALU KERJANYA TIDAK DAPAT DISIAPKAN ONTIME DAN PERLU DIKEJAR ATAU DIKEJAN OLEH ORANG LAIN.

SAYA TAK NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!                                               SAYA PERLU BERUBAH.SAYA MESTI BERUBAH!

SAYA TELAH MULA STRESS..SAYA HARUS CHANNEL STRESS SAYA KEPADA PERKARA YG POSITIF DI MANA SAYA PERLU SIAPKAN KERJA2 SAYA YANG TERTANGGUH DAN DITANGGUHKAN.

BOLEH ANDA APPROVE TUNTUTAN SAYA INI?





Friday, February 10, 2012

promosi percuma web motivasi-kerja.com hehe

semasa blogwalking, Cy terjumpa web motivasi kerja ni..di saat2 Cy memerlukan motivasi kerja, terjumpala web ni...anda bolehlah singgah dan amik manfaat dalam web ni...saya kongsikan di sini..


http://www.motivasi-kerja.com/


insyaallah, semoga bermanfaat untuk anda dan saya dalam meningkatkan motivasi kerja kita..



Wednesday, February 1, 2012

geng bawak bekal sehingga 22feb..

tengok bubur tu. inilah menu geng bekal sehingga 22 Februari di ofis..kenapa 22?sebab 23 tu gaji heheheh ..sekarang ramai yg dah paras hidung kedudukan kewangannya...
sejak kawan2 tengok saya bawak bekal, so depa pon nak bawak bekal.bermula semalam, masing2 bawak bekal dan makan bersama ehhehe kuatnya aura saya :p..

hari ini menunya ialah moi atau bubur nasi.saya bawak daun sup..yang lain2 bawak ikan bilis sikit, telur masin, lobak asin, ikan masin, sambal kicap, sup..buburnya dimasak di pantry ofis..

waaaa..amalan yg sihat telah saya wujudkan di pejabat..penjimatan duit belanja, merajinkan diri, menjadi isteri yg solehah, mengerat perhubungan kakitangan..ape lagik?macam2lah..

alhamdulillah..harapnya berterusan..

Monday, January 30, 2012

ciri-ciri isteri solehah..ahaks..amin..


comelkan makanan bekalan tu hehe..entry Cy kali ni nak share seronoknya Cy bila dapat memasak pada subuh hari dan membekalkan suami Cy dengan nasik dan lauk simple..kesian tengok suami yang selalu mis soru hahha betul ke perkataan ni? suami seringkali lambat makan..jam 3 barulah makan, kadang2 jam 4 baru makan..jarang-jarang Cy bekalkan makanan or nasi..adakalanya naget, sosej ..makanan yang segera dan simple..

masa sebelum masuk rumah sendiri, dalam hati ni selalu kata, nak masak bekal kat suami la pagi2..tapi hampes..sekarang ni Cy fikir kalau Cy masak pagi2, nanti malam tinggal masak sayur jek..jimat masa, bole rehat awal. alang2 dah masak tu, eloklah buat bekal kat suami..betul tak..suami kata, elok gak, boleh jimat. bukan apa, kadang2 orang lelaki ni tak rajin nak bawak bekal..adakalanya malu ehhehe..kalau ikut orang jepun , mereka rajin bawa bekal. kalau tak salah Cy, dipanggil bentou..kalo tengok pekerja warga asing macam bangladesh ke ape2 la, rajin sungguh bawak bekalan ke tempat kerja..

start minggu lepas Cy dah bekalkan suami..lauk simple aje hehe sardin, ikan bilis goreng n telor goreng. arini Cy buatkan ayam masak kicap..

seronok jugak macam ni..selain dapat jimatkan duit makan tengahari tu, dapatlah mengeratkan hubungan suami isteri, suami makan masakan hasil air tangan suami eh isteri daaaaa..tapi kalu suami masak ape salahnye kan..untuk bekalan isteri ehhehe hehe harapnya berpanjanganlah, istiqamah dalam menyediakan bekal untuk suami. kuat untuk bangun awal pagi..cabaran besar tuuuuuuuuu..bantal dan tilam dok gam hahaah..chaiyok!

Sunday, January 29, 2012

oven ovin ovan : kite bakor ajeler!

sebelum ini Cy teringin nak beli mixer kan?so kali ini ada lagi satu hajat Cy iaitu nak beli ...tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
aduhai.bila dah ada mixer, kena la ada oven elektrik ni supaya kek boleh dibakar hehe                       sasaran Cy adalah pada bulan Mac or April..so..kumpul duit!!!ke ader sapa2 nak sponsor or hadiahkan?ehhehe
semangat membara nak memiliki gadget ini..biasalah, sebagai wanita dan ibu mesti ada kemahiran tertentu..nak buat kek yg cantik2 tu.nak suap mulut2 comel di rumah tu ehhehe...barulah suami dan anak2 bertambah sayang..haaa tu la tips keluarga bahagia..air tangan isteri dan ibu tu la menjadi pemangkin kepada kebahagiaan keluarga tau..haaaa pegang kata2 tu..
Cy masih dalam kajian , nak beli brand apa..ada yang cadang brand Zanussi or elba..
tapi Cy nak kaji butterfly..
ada yang cadangkan beli 42 liter supaya banyak biskut boleh dibakar..jimat masa..tapi ada yg kata beli kecik2 ajela..insyaallah, saya nak aim yg 42 liter ..untuk jangka panjang ..alang2 membeli..tapi bergantung kepada kedudukan kewangan yek..kalo brand elba, tengok kat senheng around 399 tuuuuuuuu..uishh..banyak yg perlu dipertimbangkan ni..nak kene kumpul duit ni..

tapi bila dah beli, jangan jadik projek gajah putih pulak yek :p

Saturday, January 28, 2012

mixer putar alam impianku

Cy nak aim nak beli  mixer pada bulan Februari nanti..tak sabo nak buat kek laaaaaaaaa..dah bertahun tak buat kek tau..sejak mak meninggal..dulu suka buat kek ngan kakak n mak..kek sponge paling pandai! tapi sekarang hampes Cy dah tak ingat hahahha
Cy suka buat kek or biskut so pada Cy, i need this!..tak tau lagi samada nak beli hand mixer or yg siap dengan bowl skali..yang di atas tu harganya rm149..sempat ke nak kumpul duit ni?kewangan cukup ke?kalo tak sempat, Mac kot..mungkin Cy boleh mintak sponsor sikit daripada husband..
abang, sponsor bole tak?nanti hari2 mama buat kek  n biskut :p

Friday, January 27, 2012

rumah manis rumah home sweet home


aduhai..bila rumah bersih dan teratur..(psst ni bukan rumah Cy tau. pinjam kat google)

terasa seperti berada dalam taman indah ini tau..

kalau rumah bersepah bagai tak hengat!(pssst pinjam gambo kat google yek.jangan mara daaaa )

terasa nak menjerit, tarik rambut aje...waaa tensen beb!
















macamtu lah perasaan Cy bila situasi2 tersebut berlaku..rumah mesti bersih dan kemas!tapi masa dan kesempatan tu kadang2 kurang , menjadikan Cy tak sempat nak kemas..sampai rumah dah malam, tak sempat nak sapu2..ngantuk, baaaaaaaam tido...bangun pagi pulak liat sangat ..huhu..

so Cy perlu usaha untuk memastikan rumah sentiasa bersih. bagi Cy pengurusan masa amat penting. so lepas ambil ammar di sekolah, terus ke rumah mak dan terus balik..no more lepak2 lagi..selalunya Cy lepak..kol 8 malam baru balik..tengok tv dulu haha..kalau Cy balik at least jam 7, 710-715 dah boleh sampai rumah dan siram pokok..balik tu dah boleh masak2..kalau tak makan kat rumah tu, tak duduk kat meja  makan tu, anak2 selalu tanya kenapa tak makan kat rumah ehhehe..sibuklah mereka nak makan sama2 kat meja makan tu.
kalo balik lewat, jam 8 baru nak masak, jam 9 baru makan, jam 10 tido, memang harus gemok la Cy ni macam sekarang huhuh. huh! gaya hidup yg tak sihat!

so kalau balik awal, Cy bolehlah masak sambil2 basuh baju ke lipat baju ke..waaaa tak bole tengok baju bersepah dan menimbon dalam bakul..rimasss..sapu sampah ke, mop lantai ke..huhuhu

bole ke?selalunya bila sampai rumah, nak baring2, rileks aje ngan anak2 heehhe Cy perlu berkorban la..sapa lagi nak buat..Cy jugak kan..so pandai2 buat priority okeh..mana yg boleh dibuat seminggu sekali, buatlah...mana yg bole dibuat 2 or 3 kali seminggu macam basuh baju ke..jangan sampai menimbun baru nak basuh, nanti nak melipatnye satu hal lagi.karang menimbon aje dalam bakul tu ..haaaisshhh..harus dielakkan..
buatlah..buatlah apa yg terdaya..cubalah buang mim alif lam sin tu..yg pasti, pastikan bilik tidur anda kemas sebelum pergi kerja. dapur mesti dibersihkan selepas masak. sinki perlu kosong selepas makan. xmo tinggal2 pinggan kotor okeh..hehe pesanan utk diri sendiri.

Cy tak selesa kalo orang datang rumah, tengok rumah Cy bersepah..last time masa mak, abah, adik2 datang singgah sekejap nak amik kami di rumah untuk ke lumut, mak siap masuk sampai ke dapur..tuuuuuuuu diaaaaaaaaaaaaa...seb baik dapur clear cuma..jeng jeng jeng..kain ku yg tak berlipat menimbun kat dalam bakul! time masuk bilikku sebab ammar tido, seb baik bilik kemas bole tahan la...huaaaaaaaaaaaa..abah pulak meronda tengok sekeliling rumah, seb baik baru siap tanam pokok, rumput panjang sikit la hahahaha
no no no..i wannabe perfect.tapi kalo dah tak sempat, tak larat, nak buat macamana kan..

masa bersama suami dan anak2 juga perlu kualitinya. so sebelum anak tidur, main2la dulu ngan anak2.baru kemas rumah
cubalah..insyallah boleh..nanti orang kata,,...haaaa amik ko, ni baru anak 2..kalo dah 6 macamana? heheehhe demi suami dan anak-anak, pasti boleh..chaiyok!

Monday, January 23, 2012

semangat pencetus tenaga baru!!





ehem..jumaat lepas Cy organised satu program simple awal tahun sebagai mengisi peluang untuk memberi semangat dan membuka lembaran baru bagi ofis Cy..
terima kasih kepada bos unit Cy yg sudi datang walaupun sedang cuti belajar..cuba tengok gambar kat atas tu..yg itu adalah resolusi 2012 bagi kawan2 Cy..memula nak sedia board aje pastu bos Cy kate u cari ranting then gantung kat ranting tu...lepas ni boleh buat hiasan di pejabat..adoi mana nak carik ranting bos..
hari khamis Cy ke rumah mak, Cy nampak ranting pokok rambutan yg dah kering, depa baru pangkas..so jadikla pokok resolusi kami..hahhaaaha pasu tu amik yg kat opis, pokok mati hhehe amacam kreatif tak?

u all boleh buat jugak..senang aje..mintak staf review semula kerjaya di tahun 2011..kemudian buat satu resolusi baru terhadap kerjaya mereka untuk tahun 2012..Cy sediakan gunting, tali halus or benang kait tu, magic color or crayon, kertas warna warni di mana Cy beli yg besar dan dipotong kepada 8 bahagian...ala macam manila kad tu tapi pilih kaler yg menarik..mintak mereka buat dalam apa2 bentuk seperti buah, bunga, daun tapi yg jadiknya macam2 heheh so jangan bantutkan idea dan kreativiti mereka..
oh ya, anda juga bole gunakan untuk student anda yek..hehe
selamat mencuba!



Tuesday, January 10, 2012

resolusi kerjaya n new CY : semangat baru tuuuuuu

i would like to use CY for CheYant ehhehhe bole jadik Comel Yanti hehehe new style for this fortunate year ya..

ok..10 jan merupakan hari pertama CY bekerja dalam tahun 2012 ini. CY dah bercuti bermula awal tahun sempena kemasukan ammar ariff ke sekolah atau tadika ..sebagai persediaan dan CY anggap sebagai rehat setelah bekerja..merehatkan minda, menumpukan perhatian kepada keluarga..

so resolusi dalam setting kerjaya CY pada tahun ini apa yek..pertamanya meletakkan keikhlasan bekerja pada tingkat yang paling tinggi dan berniat kerja sebagai ibadah..semoga dengan keikhlasan bekerja dapat meningkatkan lagi kemajuan CY dalam kerjaya CY..seperti entri sam ini .

dengan ikhlasnya bekerja, dapat memupuk semangat cintakan kerjaya dan seterusnya meningkatkan minat dan usaha-usaha untuk meninggikan martabat kerjaya CY..kemahiran perlu ditambahnilai kerana ia amat penting dalam kerjaya CY..
CY juga akan menjadi ketua kepada beberapa orang rakan sekerja. CY harap CY dapat memimpin dengan baik dan saksama..bekerjalah bersama-sama CY dalam meningkatkan martabat kerjaya kita walaupun kita dirasakan tidak relevan lagi..ini kerana kumpulan sasar kita lebih memerlukan kita dan kita perlu buktikan bahawa kerjaya kita ini adalah relevan.

CY harap, motivasi kerja CY akan lebih mencanak-canak lagi..doakan CY yek..semoga dapat mengatur kerjaya dengan baik dan jayanya..ubah diri untuk bantu ubah orang lain..

10 jan akan bermula dengan pelbagai kerja yang perlu diselesaikan.CY perlu hadapi dengan sabar dan penuh semangat. chaiyok!