Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Fathi buat hal pulak hehe

1 malam meninggalkan fathi ariff fahim bersama maksu a.k.a ibu dan wen sebab ke bangi utk menemani kawan2 ke pembentangan kik..malam tu ibu dah wassap bgtau dia xnak tido dan menangis..1 jam kemudian ibu kata dia dah tido. Alhamdulillah..mama doakan fathi baik2 aja seperti sebelum ni mama p kursus..

Pagi tadi tanya ibu, he he he..ibu kata fathi buat perangai malam tadik..hua hua hua pukui 11 tidoq...12.30 mengamok...pukui1 tidoq...pukui 2.30 mengamok blik.....pukui 3 tidoq.....4.30 mengamok...pas tu baru la tidoq elok sampai pg....

Mencari mama la tu..mencari nenen hahaha..manataknye, biasanya bangun tengok2 nenen depan mata,kali ni bangun carik nenen takda hehhe

Anak mama kuat kan..independent please sayangku hehhe fathi pasti faham nanti ..

Asal selamat susu mama

Assalamualaikum ..semalam berada di bangi,menemani rakan2 untuk membuat pembentangan kik .
Mama just bawak cooler bag,ice pack n pam saja..lupa pulak bangi lanai hotel xde peti ais. Sayang nak buang susu jadi mama p beli ais kat kedai 7e.seb baikla kedai dekat jek..nampak pulak kedai runcit,carik cooler box tp xde..yg ada bekas utk simpan mcm beras.so comel and sesuai utk letak susu hehe mama pon beli.rm8.90..
Sampai bilik,ambik ais letak dalam cooler bag dan masukkan susu.lepastu masukkan cooler bag dalam bekas biru tu,masukkan ais lagik semua skali.muat ,alhamdulillah..selamat susu mama.
pagi ni tgk dah cair,p 7e beli ais lagik.harap selamatla susu mama utk bekalan fathi esok.aminnnn

Tuesday, October 14, 2014

Fathi,Selamat ulangtahun pertama kelahiran

Fathi ariff fahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh mama ucapkan padamu..
Selamat ulangtahun pertama kelahiranmu..
Semoga allah kurniakan umur yg panjang..
Semoga allah kurniakan kesihatan yg baik..
Semoga allah kurniakan rezeki ..
Semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan mama dan ayah dunia dan akhirat.
Mama..ayah..abang ammar,kakak insyirah sayang kamu..

Monday, October 13, 2014

Tahniah ammar ariff [kisah bulan ogos]

Kisah ni dah lama..bulan ogos 2014.dah basi tapi kenangan yg perlu dikenang. Majlis anugerah kecemerlangan di sekolahnya.
ammar ariff fahim dapat nombor dua pada peperiksaan setengah tahun..alhamdulillah..tak tersangka mama,ammar ariff fahim dapat nombor 2..beza 1 ke 2 mata dengan kawan yg nombor 1..

ammar ariff fahim bukan dalam kelas darjah 1 yang pertama atau kedua..tapi keempat. Insyaallah kalau istiqamah, kekal prestasi ni, ammar ariff fahim boleh naik ke kelas yg lebih baik..

Mama teringat ammar ariff fahim kata masa dalam kereta balik sekolah..
mama..mama beruntung tau dapat anak macam abang ammar..xpayah belajar tapi dapat no.2..gahahgahahha..abang ammar oi..sebenarnya awak dah berusaha,bukannya awak xbelajar tapi istimewanya awak tu fokus dalam kelas. Tu yg cikgu dia habaq, bila dalam kelas dia xmain, tapi bila time main,dia main..ammar ariff fahim seorang yg pendiam bila dalam kelas...

ok ammar ariff fahim..mama doakan abang ammar dapat kekalkan prestasi.
mama love u so much son!

Friday, October 10, 2014

Surat cinta bawah bantal

Masih berkursus:Pagi2 lagi ayahnya hantar gambar menerusi wassap..rupa2nya bagi surat cinta kat cik su,letak bawah bantal masa ciksu tidur.

Rupanya ammar ada bagitau kat ciksu..pesan suruh beli cornflakes dan susu kotak tp cik su asyik lupa.merajukla budak ni. Ha ha ha..beli dipasaran yg terdekat,allo sayang mama,ingat iklan ke hah heheheh

Ok..dah bijak,pandai..akal banyak..baguz ammar.be a good student and son ya.may allah grant u happines,be smart!

 


Tuesday, October 7, 2014

Impian mama..

Tadi petang singgah rnr tapah,dalam perjalanan untuk berkursus di putrajaya.

Semasa di surau,saya tertarik dengan gelagat 1 keluarga yg terdiri daripada mak dan 2 orang anak yg sedang bersembahyang.

Anak2 mengikut mak bersembahyang. Apabila selesai sembahyang, saya dengar anak yg kecil,mungkin around 5 tahun..dengan pelat dia berzikir hehe so sweet.

Lantas mak berdoa,dan anak2 ikut amin. kemudian mereka bersalaman dan mak mencium anak..

O allah..aku tak buat macamtu..aku mesti buat macamtu jugak. Aku selalu nak cepat..xajak anak2 sembahyang sama2 pon..memang diakui,perlu dilakukan bersama2 anak,tu yg paling cantik..

Tanggungjawab aku sebagai seorang mama ialah mendidik..terutamanya dr segi agama.masyaallah,besar sungguh tanggungjawab aku..aku tak terdaya..tapi aku akan cuba jugak..

Aku harus berubah demi anak2 dan keluarga kerana allah..agar keluargaku menjadi keluarga sakinah,mawaddah warahmah..aminnnn

Wednesday, October 1, 2014

Fathi dah kena demam campak kecik

~rupanya tak publish lagik entry ni~
Awal minggu bulan 9..fathi mula ada yg xkena..susah nk tdo malam..badan mcm nak panas jek..2 hari berikut mula nak panas dan keluar ruam di badan..
seingatnya hari khamis malam nampak ada ruam..jumpa doktor..katanya viral rashes..demam disebabkan rashes atau rashes disebabkan demam gitu..ingatkan dia alergik macaroni sbb b4 this dia makan tu la..makanya bermula episod demam fathi..
Sabtu dah ahad demam panas..dgn ruam tu..lagikla buat perangai..nyusu saja..makan apa pon xnak..alhamdulillah la dia nak nyusu mama..kalo x ..adoi risau giler la mama..makin susut anakku..
Hari isnin tu kenalah e.l..xkan demam macamtu nak bagi maksu jaga..kesian fathi..petang tu jumpa doktor lain.katanya measles atau campak..tapi jenis kecik2..orang tua kata campak serkam or keladi..halus jek..dia demam panas baru keluar semua..tu yg awal2 doktor lain kata viral rashes..campak belum keluar lagik..kali ni kena bg jugak antibiotik..dr safari pon serba salah..garu2 kepala dia..berat katanya nk bg antibiotik kat baby..tp nak buat mcmana..bg jugak la..lemah badan dia..kena picit2kan kaki..mmg xlarat..                                nenen tido nenen tido..
Mak mandikan fathi dgn daun semambu..lepas tu nampakla aktif sikit tp sekejap jek..aktiviti utama nenen dan tdo diselangseli dgn badmood hehe..kena layan dia saja..tak boleh buat kerja lain..tunggu tidur baru boleh buat kerja..
lepas tu dah tak berapa nak demam panas..mungkin campak dah keluar semua hingga ke kaki.kata orang tua, kalau bintik2 dah keluar kat kaki tandanya campak dah keluar abis.

membesarkan fathi ariff fahim, kecil2 lagik sudah kerap demam..dah sakit mata.dah demam campak..semoga membesar sebagai anak yang kuat dan tabah!

fathi ariff fahim, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepadamu anakku..aminn


Monday, September 22, 2014

Miserable life

Me...

What?
Why?
Where?
Who?
When?
How?

Analyse.....

Monday, November 4, 2013

Fathi ariff #bertahnik

Alhamdulillah..cerita fathi ariff lagi..

Pada 28 zulhijah 1434 bersamaan 2nov2013, kami menerima kehadiran tetamu dr melaka, wakmin a.k.a ustaz rahimin bani.kenalan sewaktu cy kerja di melaka, dianggap mcm pakcik  sendiri sampai cy panggil wak jek..biasala jawa hehe

Kebetulan wak min ada persidangan di bayview feringgi..ingatkan dah xdapat jumpa sbb encik suami xsempat nak ambil wak min berikutan bimbang sangkut jem dan xdpt ke airport on time..maklumla perayaan deepavali..terpaksa cancel utk jemput wak ke rumah..

Esok paginya wak call tp cy tgh siapkan fathi ariff..setengah jam kemudian wak msg..katanya ada di masjid seberang jaya dah.tumpang kawannya. Wak nak naik teksi ke rumah.haaa..xbest gitu suruh wak naik teksi.jadinya mintak tolong suriaty dan paksu ambik wak.

Mak p kenduri jadi bila bgtau kat mak, mak terus ke kedai kak sari,beli lauk kikiki..alhamdulillah, jam 11lebih sampai jugak wak ke pinang tunggal..seb baik ada paksu..abah..buat teman sembang..encik suami p keje..sempat wak min makan di rumah dan solat di surau depan tu..

pastu tahnik kan fathi ariff..million thanks to maksu n tuty munirah sebab berdesup ke dato kailan beli air zam zam n kurma di kedai abang zul n also jeruuuuuuk hehe sempatlah fathi ariff ditahnik..alhamdulillah..budak ni kemain lg tido sampai susah nk bgnkan..tp alhamdulillah dpt dibangunkan, geletek sama dia hehehe.. semoga fathi jadi anak yg soleh, berilmu agama yg tinggi utk bekalan di dunia dan akhirat..lembut hati tp tegas dan berpendirian tinggi..amin..

Kawan wak, ust shafie, pegawai agama daerah sps sempat singgah jumpa wak di rumah tp sat saja la sbb wak dah lambat..3.30ptg paksu maksu suriaty n ammar hantar wak min ke airport.huuuui ramai btol pengiring wak eh..apapon million thanks to mr and mrs pengiring also miss pengiring..flight jam 5.30.kena awal takut bridge jem...

Thanks wak min! Jangan serik ya..datang lagik tau! Hehe

Friday, November 1, 2013

Fathi ariff#bercukur

Alhamdulillah..pada 22 zulhijah  1434 bersamaan 27 okt 2013, hari ke 15..fathi ariff dicukur rambutnya hingga botak..membuang rambut yg tumbuh masa berada dlm perut mama bagi memberi peluang rambut baru tumbuh.insyaallah rambut akan lebih halus..

Kali ni bidan kak ina yg cukurkan..fathi ariff baru bgn tido dan lapar agaknya jadi awal2 ok tp dah lama2  fathi ariff xtahan.menangis sampai mama kena susukan sambil kak ina cukur.

Hasilnya..eish eish eish xberapa nak kemasla..xpela anakku..baru nampak daki2 di kepala..kalo x cukur, daki jadi kuping2 dan bawak penyakit pulak..

Abang n kakak suka sangat tgk..makin lama makin dekat..kak syirah sampai mencangkong hahaha..

Alhamdulillah..selesai..lepasni plan utk tahnik dan akikah pulak..selesai awal2 masa lahir ni senang..manatau mama pergi dulu, tanggungjawab mama dah langsai utk bab ni..ammar dan insyirah pon dah selesai akikah..alhamdulillah.

Doa mama agar fathi ariff dikurniakan kesihatan yg baik.amin

Wednesday, October 23, 2013

Ahlan wasahlan anakku..

Alhamdulillah..setelah 38 minggu mengandungkan anakku..cy telah selamat bersalin seorang anak lelaki di wisma pakar perbidanan dr zainol sungai petani..

Tarikhnya..13 10 2013..secara caeser..first experienced..huhu nanti cerita lain k..

Nama diberi oleh encik suami..fathi ariff fahim..pembuka, kemenanganku yg bijak dan memahami..sempena kemenangan sebagai ajk pemuda bahagian sehari sebelum fathi dilahirkan..berkali2 tanya, nama dah ada ke belum sbb kali ni abang nak sangat bg nama so cy serahla pada dia..tp setiap kali tanya, katanya xdapatlg..last2 fathi..xpe, mama suka..

Fathi ariff fahim..mama doakan agar fathi menjadi seorang anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat..amin

Wednesday, April 3, 2013

welcome april!

assalamualaikum dan salam manis..

kembali semula di sini..dah masuk bulan april..cepatnya masa berlalu..
sejak kandungan anak ke3 ni dah menganjak 9 minggu, cabaran ibu mengandung baru bermula..huhu..perut berangin sentiasa, perut asik lapar saja, kalau tak tahan sangat cy muntah jugak..perut dah nampak macam orang  mengandung 4-5 bulan pulak..perut yang asalnya tebal dan buncit ditambah lagi dengan angin kembung, besarla perut ni..so takleh nak sembunyi dengan kawan2..kena bagitau jugaklah..nampak sangat tak larat kuang kuang kuang..nak berahsia ape lagik kan..orang bole tau..

cik abang kata ni macam masa mengandungkan ammar..asyik muntah aje..dia kata insyaallah ni mesti anak lelaki..hehe..mana2 pon takpe..doakan sihat sajalah..

malas menjadik2..kalau di rumah tu asyik nak baaaaaaaaaaaaaaring saja..balik keja pon asik nak baaaaaaaring saja..rumah dah jadik macam tongkang pecah tapi kalo dahtak tahan sangat tengok rumah, tiba2 tenaga mencanak2, super rajin pulak kemas..sebab cy dah tak tahan tengok..tu yg kuatkan diri buat kerja rumah..bole pulak ek..tu maknanya kita tak bole ikutkan sangat perasaan malas tu..cy rasa macam cy terperangkap dalam 1 lagi cy yang malas..dok rasa macam nak keluar dr orang tu tapi tak bole..so jadikla malasnye..cik abang kata jangan ikut sangat malas tu, nanti anak pon malas..huhuhu..bukan ape, malas sebab feeling not well..rasa tak larat sangat..

insyaallah, cy akan cuba lawan perasaan malas tu..minggu lepas cy saja lepak rumah mak so takla asyik nak baring saja, rajinla sikit..bole la kopek kelapa 40kg..tp lepas tu mengah tak hengat ahhahahha padan muka cy..tak bole jugak buat keje berat2 sangat ek..

insyirah suka sangat usap perut dan panggil baby..cium perut dan kata sayang baby..ammar pon kadang2 dok peluk..anak2 dah boleh fikir..so rasanya anak2 bole terima adik ni..insyaallah..

doakan cy ya..cy doakan kalian semua diberkati allah..amin