Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Friday, February 12, 2016

benarkah suami orang lebih berharga?

Benarkah suami orang lebih berharga?

Sekali lagi, saya menerima emel bertanyakan soalan ini. Ntah kali yang ke berapa. Emel dari para isteri yang kecewa apabila suami mereka dipikat si gadis cantik jelita. Paling menyakitkan hati mereka, si gadis hampir sebaya anak mereka sendiri. Sebelum ini, saya pernah juga menerima beberapa pengakuan gadis-gadis yang meluahkan rasa resah apabila hubungan mereka dengan suami orang mula dihidu bakal madu. Yang jelas, gadis-gadis ini tahu mereka sedang bercinta dengan suami orang dan masih tetap ingin meneruskan hubungan walau ditentang isteri kekasih malahan ahli keluarga sendiri. Membalas persoalan di dalam emel saya, ada antara gadis-gadis ini mengaku tertawan dengan suami orang kerana suami orang lebih kukuh kewangan. Bukan tu saja, mereka lebih pandai memikat, menjaga hati dan pandai melayan si gadis berbanding jejaka bujang.

Hmmm… nak salahkan siapa? Si gadis kerana menggoda suami orang? Bagaimana dengan suami orang yang juga turut melayan walau dah tahu, diri tu dah beristeri dan beranak pinak? Nak salahkan takdir? Takdir yang menentukan kami jatuh cinta? Begitu? Kalau semua nak serah pada takdir, tak payahlah nak habiskan duit rakyat banyak-banyak untuk kerajaan membina penjara atau pusat serenti. Dah takdir orang tu jadi pencuri… dah takdir si dia jadi perogol… dah takdir dia tu nak jadi penagih… semuanya takdir… takdir dan takdir… setuju??? Semua orang tahu, setiap yang berlaku adalah dengan ketentuan dan takdir-Nya yang Maha Esa. Namun, sebagai manusia, kita perlu ingat… kita disuruh berikhtiar dan berusaha. Kalau nakkan sesuatu, kita perlu berusaha. Kalau tak nak pun, kita perlu berusaha… bukan menyerah begitu sahaja.

Samalah jugak dengan kes bercinta dengan suami orang… kalau dah tau, dia tu suami orang… kenapa nak teruskan jugak. Saya bukan menentang poligami… bukan maksud saya menghalang kaum lelaki berpoligami… kalaulah suami saya nak kawin lagi pun, silakanlah tetapi kenalah tilik diri… mampukah anda… jangan kawin sebab nak ikut syariat tapi selepas tu, perangai anda lebih teruk dari makhluk berkaki empat. Mampu tu pulak, bukan mampu dari segi nafkah batin jer tetapi dari segi nafkah zahir jugak…. tanggungan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan semuanya yang bernama keperluan. Masalah yang banyak berlaku sekarang ni… sorang isteri pun tak mampu nak biayai segala keperluan, masih perlukan bantuan isteri namun masih ada hati nak beristeri lagi… konon alasan: Aku lelaki… berhak untuk ada lebih seorang isteri. Jangan cakap tentang berhak la kalau kewajipan diri pun gagal ditunaikan. Pentingkan hak sendiri, hak isteri… hak anak-anak sesenang hati ja tolak ke tepi.

Pasal kukuh ekonomi… hanya satu daripada 20 kes poligami, suami benar-benar berkemampuan daripada segi kewangan. Memanglah si gadis nampak suami orang hidup senang, kewangan stabil, punya rumah dan kereta besar… jangan tak tau, kebanyakan suami orang sekarang, mampu hidup dengan identiti mempunyai kewangan teguh adalah atas pertolongan dan bantuan isteri. Isteri mengambil alih bebanan suami melangsaikan bil-bil itu ini, membeli keperluan dapur, membantu suami menyara keluarga… malah, atas nama kasih dan sayang, setiap bulan ada saja baju atau seluar dibeli oleh isteri sebagai hadiah kepada suami. Malah, ada kes…segala pendapatan isteri diserahkan kepada suami dan suamilah orangnya yang menguruskan segala hal ehwal kewangan. Saya akui bukan semua suami orang pandai ambil kesempatan… bersyukurlah para isteri yang punya suami yang tak pandai ambil kesempatan. Namun, ramai jugak suami orang yang pandai… pandai segala hal… hingga akhirnya isteri menangis sendiri.

Rasanya, soalan yang diutarakan dah terjawab kan? Berhargakah suami orang jika yang ada pada dirinya hanyalah karektor menyusahkan insan yang pernah disayang? Saya gunakan insan pernah disayang kerana bila ada kasih yang baru, nyata sekali ianya lebih bernilai di mata suami orang tu berbanding kasih isteri sedia ada. Sebab itulah, tak boleh percaya kata-kata lelaki: kasih dibahagi sama rata. Rasulullah s.a.w sendiri mengakui sukar membahagikan kasih sama rata… anda umat akhir zaman yang tak tau kat mana nak menetap di akhirat nanti, mengaku pandai membahagi kasih sama rata? Dah la syariat Nabi ikut sekerat jalan dan buat sesuka hati … masalah tul kan? Bila cakap pasal poligami, nak ikut syariat Nabi konon, tapi solat lima waktu, suku rakaat pun tak lengkap… hmmmm

Tak mengaku kasih baru mengatasi kasih sedia ada? Tak yah borak laa… kalau anda tak suka barang baru lebih dari barang lama, mustahil anda akan beli yang baru kan… apa pun alasan anda, yang pasti, barang baru itu ada lebih keistimewaannya dari barang lama hingga membuatkan anda memilihnya. Saya tau isteri bukan barang tetapi dah ramai suami yang memperlakukan isteri seperti barang. Masa suka, diguna habis-habisan. Isterilah tempat bergantung harapan, daripada peniaga kecil dan jadi jutawan. Bila dah ada yang baru, yang lama terus disimpan dan paling tragis, dibuang ke tepi. Mulalah memberi alasan, yang baru ini mempunyai lebih keistimewaan yang bukan sekadar memenuhi empat kriteria pilihan… hmmmmm

Kepada anak-anak gadis dan wanita di luar sana yang sedang berhubungan dengan suami orang… fikir gunakan akal, bukan kata hati. Jangan mudah percaya kata-kata suami orang, konon memilih anda kerana tidak bahagia dengan isteri sedia ada. Jangan juga percaya, isteri sedia ada akan diceraikan kerana memilih anda. Jika anda tak bersedia bermadu, kenapa memilih suami orang? Fikirkan jika anda di tempat isteri suami orang itu. Paling penting, fikirkan tentang anak-anaknya yang bakal membesar. Mahukah anda, jika satu hari nanti, anak-anak terpaksa menerima perceraian ibu dan ayah mereka gara-gara si ayah berkenan dengan perempuan lain? Jangan ingat anda menang kerana berjaya meruntuhkan rumahtangga orang!! Jangan ingat anda pandai kerana berjaya memisahkan sepasang suami isteri!! Jangan berbangga diri konon anda boleh menjadi ibu yang baik untuk anak-anak tiri kerana anda belum tahu bagaimana sebenarnya menjadi ibu.
Saya tahu, anda berhak memilih dan membuat keputusan tetapi anda perlu ingat, di dalam dunia ini, bukan hanya anda tetapi masih ada insan lain yang ingin bahagia. Berwaspadalah kerana doa mereka yang teraniaya, akan dimakbulkan-Nya….

****Siaran Ogos 2006

Wednesday, February 3, 2016

Bila kau ditimpa ujian allah..

Bila allah turunkan ujian..
Kita dekatkan diri dengan allah..
Kita mohon doa kepada allah..
Solat taubatlah..
Solat tahajjudlah..
Solat hajatlah..
Zikir sebanyak2nya..

Namun jika masih lagi bertalu ujian datang..

Muhasabahlah..oh..mungkin aku xcukup dekat denganMu ya allah..
Solatlah di awal waktu..
Bersedekahlah..
Bacalah al quran..
tetapkan amalan solat taubat..solat hajat..solat tahajjud..

Tambahlah amalanmu..berdoalah tidak putus2 kepada allah bermohonlah..
Allahlah sebaik2 penolong..allahlah tempat semata2 utk kita bergantung segalanya..
Insyaallah..allah pasti tidak menghampakanmu..
Insyaallah..

Sunday, January 31, 2016

Bila gaduh besar .

Bergaduh besar dengan suami?

Rasa nak elak saja ke jumpa suami?

Rasa Xnak balik rumah pon ada ke?

Konon nak bawak diri la hihihi

Ya..kalau itu yg difikirkan salah satu jalannya utk tenangkan fikiran..mendekatkan diri dengan tuhan..teruskan saja..

Memandu ke mana2 yg ingin dituju..bila jadik macamni,xdapat nak fikir mana nak pergi padahal mudah saja kita terfikir bila kita rasional..

Oh ya..masa tu kita xrasional..tapi masih terkawal..tak sampaila nak bunuh diri ke nak gantung diri..bodoh namanya tu.. tu yg xboleh fikir nak tuju mana..

Pergi rumah kawan?susahkan kawan jek..dahla nak jaga aib kita dan suami..

Carikla hotel murah2..atau dok masjid la..atau tidur dalam kereta di tempat yg selamat..ha ha ha dok tepi tol pon ok gak..ada anak2?bawak aje la..

Letih nangis kot
Letih fikir kot
Rehatlah..kemudian bangun utk solat hajat...tahajud..taubat..ngaji..

Atau balik rumah lewat malam,sementara menunggu tu lepak la tepi tol ke tempat parking yg selamat..berzikirlah..berdoalah..menangislah semahu2nya..mohonlah pada allah..berilah petunjuk.

Takpon duduk aje rumah..senang..hihihi

Saturday, January 30, 2016

Bersedih?

Allah tetap ada menemanimu..

Berdoa dan bermohonlah kepada allah..

Berserah kepada allah segala galanya..

Bergantung kepada allah semata mata..

Berilah kekuatan..ketabahan..

Tunjukkan jalan..

Amin.

Friday, January 29, 2016

Suamimu selingkuh?

Doa ..doa  dan doa.

Ingat,allah yg menggenggam hati suamimu..

Bermohonlah pada allah agar rumahtangga anda dapat dipertahankan.

Bertabahlah.

Sunday, January 24, 2016

Tips apabila dilanda masalah.

Salah satu tips meredakan hati yg lara dan memerlukan sokongan dari orang lain ialah dengan memeluk mak,ummi,ibu,mama anda.

Power of hugging sangat2 berkesan..pegang yg itu.

Peluk mak,katakan padanya..mak,tolong doakan anak mak ni ya..doakan supaya kuat,supaya allah permudahkan..

Kalau perlu, bagitaulah dengan mak akan masalah yg dihadapi..kalau merasakan tidak perlu,bagitau saja tidak ada apa2 yg besar mak,jangan risau..atau katakan saja, tentang kerja mak..yg penting mak tolong doakan..tolong doakan agar allah permudahkan urusan anak mak ni.

Doa adalah senjata bagi orang2 mukmin..
Doa mak sangat2 mustajab..pegang yg itu..
Lebih tuahnya anda itu sekiranya mak buat solat hajat untuk anda..dikirim doa melalui solat hajat..masyaallah beruntungnya anda!

Subhanallah..anda akan dapat merasai kesannya..

Beruntunglah bagi yg masih punya mak.bagi yg sudah tiada maknya,haishhhh..mak mertua kan ada..bagai mak sendiri bukan?atau kakaknya kan ada..sebagai pengganti maknya bukan?

Yg penting sekali..ALLAH ADALAH SEBAIK BAIK PENOLONG..bergantung sepenuhnyalah kepada Allah..berserahlah segalanya kepada Allah..

All the best ya!

Monday, October 20, 2014

Sekuat diakah aku?

Mendengar ceritanya..


Aku sendiri bisa lemah lutut..
Aku mungkin meraung sekuat hati aku..
Aku mungkin akan berjuraian air mata sederas derasnya..

Aku mungkin juga seperti tidak mahu melalui hari esok ..seperti tidak mahu membuka mata..tidak mahu bangun dari tidur..

Aku tak tahu perasaan dia..tapi bagi aku.. kesakitan itu aku rasakan bagai jarum yang mencucuk cucuk hatiku..atau pisau yg menikam nikam hatiku..ataukah pedang yang merobek robek hati..

Dugaan yg dia alami maha berat..ujian yg allah beri padanya amat berat..

Allahuakhbar..

Kepada allah sahajalah aku bermohon..

Kepada allah sahajalah aku merebahkan diri..

Kepada allah sahajalah aku merintih dan meraung..

Kepada allah sahajalah segala galanya kuserahkan..

Dia,begitulah yang akan kulakukan..

Aku doakan kau tabah, bangkitlah dia..bangunlah dia..

Cubalah berlapang dada ..memaafkan dan redha..dan sedikit demi sedikit bangkit..bangkit sebagai dia yg baru,yang kuat dan jadilah dia yang tidak bisa diganggu gugat lagi..

Ya allah,ujian itu amat berat.kumohon padamu, bantulah dia..