Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

welcome april!

assalamualaikum dan salam manis..

kembali semula di sini..dah masuk bulan april..cepatnya masa berlalu..
sejak kandungan anak ke3 ni dah menganjak 9 minggu, cabaran ibu mengandung baru bermula..huhu..perut berangin sentiasa, perut asik lapar saja, kalau tak tahan sangat cy muntah jugak..perut dah nampak macam orang  mengandung 4-5 bulan pulak..perut yang asalnya tebal dan buncit ditambah lagi dengan angin kembung, besarla perut ni..so takleh nak sembunyi dengan kawan2..kena bagitau jugaklah..nampak sangat tak larat kuang kuang kuang..nak berahsia ape lagik kan..orang bole tau..

cik abang kata ni macam masa mengandungkan ammar..asyik muntah aje..dia kata insyaallah ni mesti anak lelaki..hehe..mana2 pon takpe..doakan sihat sajalah..

malas menjadik2..kalau di rumah tu asyik nak baaaaaaaaaaaaaaring saja..balik keja pon asik nak baaaaaaaring saja..rumah dah jadik macam tongkang pecah tapi kalo dahtak tahan sangat tengok rumah, tiba2 tenaga mencanak2, super rajin pulak kemas..sebab cy dah tak tahan tengok..tu yg kuatkan diri buat kerja rumah..bole pulak ek..tu maknanya kita tak bole ikutkan sangat perasaan malas tu..cy rasa macam cy terperangkap dalam 1 lagi cy yang malas..dok rasa macam nak keluar dr orang tu tapi tak bole..so jadikla malasnye..cik abang kata jangan ikut sangat malas tu, nanti anak pon malas..huhuhu..bukan ape, malas sebab feeling not well..rasa tak larat sangat..

insyaallah, cy akan cuba lawan perasaan malas tu..minggu lepas cy saja lepak rumah mak so takla asyik nak baring saja, rajinla sikit..bole la kopek kelapa 40kg..tp lepas tu mengah tak hengat ahhahahha padan muka cy..tak bole jugak buat keje berat2 sangat ek..

insyirah suka sangat usap perut dan panggil baby..cium perut dan kata sayang baby..ammar pon kadang2 dok peluk..anak2 dah boleh fikir..so rasanya anak2 bole terima adik ni..insyaallah..

doakan cy ya..cy doakan kalian semua diberkati allah..amin

Thursday, March 7, 2013

buat sendiri bunga tisu untuk majlis perkahwinan atau pertunangan

.
assalamualaikum dan salam manis..cy kongsikan hasil bunga tisu yang cy buat sendiri untuk majlis perkahwinan anis bulan 12 2012..semuanya cy buat sendiri dari a to z..puas hati..tak sangka ada bakat jugak..tapi bila sesuatu tu kita suka buat,ada minat..sanggup korban masa,sakit tangan, itu ini...insyaallah pasti menjadi..dan ia juga menjimatkan :)..


bahan-bahannya..semua cy beli di atuz seberang jaya..crepe paper tu murah je..boleh dapat 10 keping rm 4.80 or 5.00..kalo kedai lain dijual dengan harga 60sen hingga 80sen..ribbon pon sama..ada beza dgn kedai biasa n atuz..padang serai lagi mahal woooo..haish..tapi kita kena ingat atuz membeli barangnya secara borong,jadi murahla..kalo kedai2 kecil tu mmgla akan jadi mahal..nak untung woo..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, March 5, 2013

berkat berbakti kepada ibu bapa

assalamualaikum dan salammanis..
pagi-pagi tadi masa cy nak ke tempat kerja,sambil dengar sinarfm..cerita pasal rezeki..ramai yang share tentang rezeki apabila kita menjaga kebajikan ibu bapa kita..

hmmm..cy amat bersetuju tentang ini..jangan lokek untuk hulur duit kat mak bapak anda selagi mereka masih hidup..kalo macam cy ni yg keduanya dah meninggal,tak dapatla bagi mak abah merasa..tapi cara lain boleh digunakan..sedekahlah atas nama mereka..kalau mak dan abah mertua ada lagi,maka mereka juga wajib kita ambil berat..mereka juga seperti ibu dan bapa kita sendiri

apabila kita berbuat baik kepada mereka ini, insyaallah mereka akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kita bahkan rezeki kita juga akan bertambah2..cy percaya yg tu..bila anak2 kita tengok bagaimana kita menjaga abah wan dan maktok dia,insyaallah,anak2 kita juga akan menjaga kita sepertimana kita menjaga ibu bapa kita..



Monday, April 30, 2012

perjalanan simpang pulai-cameron highland 21 april 2012









salam semua..lama dah tak update..bersawang2 hahaha


kali ni CY nak kongsi trip ke cameron highland..haaa tengokla gambar2 tu yek..perjalanan ini adalah pada waktu petang..jam 2.30 dari lumut melalui batu gajah terus ke simpang pulai dan naik ke cameron highlands..best best..melalui gunung ganang ni dah rasa sejuuuuuukk..ada jugak tanah runtuh, adoyai menyeramkan..cuba kalian tengok di salah satu gambar tu..huhu..ok next time CY tambah gambar lain okeh hehe
trip ini disertai oleh CY,husband, ammar n insyirah,maksu paksu,mak ngah tuty, ciksu n cikyun

Tuesday, January 31, 2012

entri ke 31 pada tarikh 31 januari!hebat!



wah wah wah..Cy semakin seronok updating blog..ini adalah entri ke 31 ..hari ini adalah 31 januari..maknanya  hari2 Cy update blog haha not really la..Cy buat schedule post hheehe..bagus2..harap berterusan!

kali ni nak kongsi pasal pokok pagar yg Cy jaga sekarang ni..kami rasa tak berkemampuan nak pasang tembok or pagar batu seluruh tepi rumah..beribu2 tuuuu..malah berbelas..so Cy decided tanam pokok pagar macam jiran depan rumah yg tanam pokok kelat paya warna merah..tinggi tu pagar dia hehe kene sabar la sikit utk bagi jadik pagar n menutupi ruang rumah kami..rumah tepi ni terbuka sangat, jadi kurang selesa..jalan utama, orang dok lalu lalang..no privasi..so sementara ni, tanam pokok teh ni. upah nursery kak sharifah di kepala batas. nak bubuh rumput tak mampu jugak, beribu huhu takpela next time..maybe i can try to do it myself to cut the cost.

sepatutnya Cy nak tanam ficus golden..berkenan sangat2..p kat nursery tu, macam yakin jek tu ficus golden..ah depa pon tak tau ficus golden..aduuh aduh..last2 depa tanam pokok teh kuning ni..takpela,asalkan cun jugak daunnya..alhamdulillah, sejak bulan 11 kot..lupa la hhee semakin menjadi..bagi baja organik aka baja taik burung..so pokok nila hari2 disiram..sampai husband pon semakin rajin tolong hehe..ammar pon selalu ingatkan utk siram pokok ni..rasanya 6 bulan lagik kot nak tinggi..aish sabo ajela yek..jom layan gambar..Cy bubuh baja dan siram..rumput meninggi,so minggu cuti aritu pulun merumpai ataupun cabut rumput n lalang..ni la aktiviti keluarkan peluh hehehe









Sunday, January 29, 2012

oven ovin ovan : kite bakor ajeler!

sebelum ini Cy teringin nak beli mixer kan?so kali ini ada lagi satu hajat Cy iaitu nak beli ...tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
aduhai.bila dah ada mixer, kena la ada oven elektrik ni supaya kek boleh dibakar hehe                       sasaran Cy adalah pada bulan Mac or April..so..kumpul duit!!!ke ader sapa2 nak sponsor or hadiahkan?ehhehe
semangat membara nak memiliki gadget ini..biasalah, sebagai wanita dan ibu mesti ada kemahiran tertentu..nak buat kek yg cantik2 tu.nak suap mulut2 comel di rumah tu ehhehe...barulah suami dan anak2 bertambah sayang..haaa tu la tips keluarga bahagia..air tangan isteri dan ibu tu la menjadi pemangkin kepada kebahagiaan keluarga tau..haaaa pegang kata2 tu..
Cy masih dalam kajian , nak beli brand apa..ada yang cadang brand Zanussi or elba..
tapi Cy nak kaji butterfly..
ada yang cadangkan beli 42 liter supaya banyak biskut boleh dibakar..jimat masa..tapi ada yg kata beli kecik2 ajela..insyaallah, saya nak aim yg 42 liter ..untuk jangka panjang ..alang2 membeli..tapi bergantung kepada kedudukan kewangan yek..kalo brand elba, tengok kat senheng around 399 tuuuuuuuu..uishh..banyak yg perlu dipertimbangkan ni..nak kene kumpul duit ni..

tapi bila dah beli, jangan jadik projek gajah putih pulak yek :p

Thursday, January 12, 2012

hari ini si dia dah 32tahun!



hari ini 12 januari 2012 adalah tarikh lahir suami CY..encik Shahr..malam tadi kami dah raikannya di restoran asiatica bertam..wah wah wah sehari awal yek..sebab suami CY akan ke kl esok..so diawalkan sambutannya..makan2 bersama anak2 sekali..


pssst..CY dah belikan jam tangan untuk suami CY..actually tahun 2005 CY ada hadiahkan jam yg diukir 'shahyant' ..tahun 2009 kot CY ada hadiahkan jam jugak..so sekarang ni jam2 tu dah boleh ditukar..semalam petang CY lari ke sungai petani sebab sebelum ni tengok jam kat kedai jam tu harganya berpatutan berbanding di bukit mertajam..so pagi ni CY akan letak kat dalam beg kejenya..biar surprise hehe


suamiku, selamat hari lahir..semoga diberkati allah..dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, bahagia bersama ammar ariff, insyirahnur n mama..semoga bertambah maju dalam kerjaya dan semakin matang menjadi nakhoda kami..kami amat2 menyayangimu..