Showing posts with label sakit jiwa. Show all posts
Showing posts with label sakit jiwa. Show all posts

Friday, February 12, 2016

benarkah suami orang lebih berharga?

Benarkah suami orang lebih berharga?

Sekali lagi, saya menerima emel bertanyakan soalan ini. Ntah kali yang ke berapa. Emel dari para isteri yang kecewa apabila suami mereka dipikat si gadis cantik jelita. Paling menyakitkan hati mereka, si gadis hampir sebaya anak mereka sendiri. Sebelum ini, saya pernah juga menerima beberapa pengakuan gadis-gadis yang meluahkan rasa resah apabila hubungan mereka dengan suami orang mula dihidu bakal madu. Yang jelas, gadis-gadis ini tahu mereka sedang bercinta dengan suami orang dan masih tetap ingin meneruskan hubungan walau ditentang isteri kekasih malahan ahli keluarga sendiri. Membalas persoalan di dalam emel saya, ada antara gadis-gadis ini mengaku tertawan dengan suami orang kerana suami orang lebih kukuh kewangan. Bukan tu saja, mereka lebih pandai memikat, menjaga hati dan pandai melayan si gadis berbanding jejaka bujang.

Hmmm… nak salahkan siapa? Si gadis kerana menggoda suami orang? Bagaimana dengan suami orang yang juga turut melayan walau dah tahu, diri tu dah beristeri dan beranak pinak? Nak salahkan takdir? Takdir yang menentukan kami jatuh cinta? Begitu? Kalau semua nak serah pada takdir, tak payahlah nak habiskan duit rakyat banyak-banyak untuk kerajaan membina penjara atau pusat serenti. Dah takdir orang tu jadi pencuri… dah takdir si dia jadi perogol… dah takdir dia tu nak jadi penagih… semuanya takdir… takdir dan takdir… setuju??? Semua orang tahu, setiap yang berlaku adalah dengan ketentuan dan takdir-Nya yang Maha Esa. Namun, sebagai manusia, kita perlu ingat… kita disuruh berikhtiar dan berusaha. Kalau nakkan sesuatu, kita perlu berusaha. Kalau tak nak pun, kita perlu berusaha… bukan menyerah begitu sahaja.

Samalah jugak dengan kes bercinta dengan suami orang… kalau dah tau, dia tu suami orang… kenapa nak teruskan jugak. Saya bukan menentang poligami… bukan maksud saya menghalang kaum lelaki berpoligami… kalaulah suami saya nak kawin lagi pun, silakanlah tetapi kenalah tilik diri… mampukah anda… jangan kawin sebab nak ikut syariat tapi selepas tu, perangai anda lebih teruk dari makhluk berkaki empat. Mampu tu pulak, bukan mampu dari segi nafkah batin jer tetapi dari segi nafkah zahir jugak…. tanggungan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan semuanya yang bernama keperluan. Masalah yang banyak berlaku sekarang ni… sorang isteri pun tak mampu nak biayai segala keperluan, masih perlukan bantuan isteri namun masih ada hati nak beristeri lagi… konon alasan: Aku lelaki… berhak untuk ada lebih seorang isteri. Jangan cakap tentang berhak la kalau kewajipan diri pun gagal ditunaikan. Pentingkan hak sendiri, hak isteri… hak anak-anak sesenang hati ja tolak ke tepi.

Pasal kukuh ekonomi… hanya satu daripada 20 kes poligami, suami benar-benar berkemampuan daripada segi kewangan. Memanglah si gadis nampak suami orang hidup senang, kewangan stabil, punya rumah dan kereta besar… jangan tak tau, kebanyakan suami orang sekarang, mampu hidup dengan identiti mempunyai kewangan teguh adalah atas pertolongan dan bantuan isteri. Isteri mengambil alih bebanan suami melangsaikan bil-bil itu ini, membeli keperluan dapur, membantu suami menyara keluarga… malah, atas nama kasih dan sayang, setiap bulan ada saja baju atau seluar dibeli oleh isteri sebagai hadiah kepada suami. Malah, ada kes…segala pendapatan isteri diserahkan kepada suami dan suamilah orangnya yang menguruskan segala hal ehwal kewangan. Saya akui bukan semua suami orang pandai ambil kesempatan… bersyukurlah para isteri yang punya suami yang tak pandai ambil kesempatan. Namun, ramai jugak suami orang yang pandai… pandai segala hal… hingga akhirnya isteri menangis sendiri.

Rasanya, soalan yang diutarakan dah terjawab kan? Berhargakah suami orang jika yang ada pada dirinya hanyalah karektor menyusahkan insan yang pernah disayang? Saya gunakan insan pernah disayang kerana bila ada kasih yang baru, nyata sekali ianya lebih bernilai di mata suami orang tu berbanding kasih isteri sedia ada. Sebab itulah, tak boleh percaya kata-kata lelaki: kasih dibahagi sama rata. Rasulullah s.a.w sendiri mengakui sukar membahagikan kasih sama rata… anda umat akhir zaman yang tak tau kat mana nak menetap di akhirat nanti, mengaku pandai membahagi kasih sama rata? Dah la syariat Nabi ikut sekerat jalan dan buat sesuka hati … masalah tul kan? Bila cakap pasal poligami, nak ikut syariat Nabi konon, tapi solat lima waktu, suku rakaat pun tak lengkap… hmmmm

Tak mengaku kasih baru mengatasi kasih sedia ada? Tak yah borak laa… kalau anda tak suka barang baru lebih dari barang lama, mustahil anda akan beli yang baru kan… apa pun alasan anda, yang pasti, barang baru itu ada lebih keistimewaannya dari barang lama hingga membuatkan anda memilihnya. Saya tau isteri bukan barang tetapi dah ramai suami yang memperlakukan isteri seperti barang. Masa suka, diguna habis-habisan. Isterilah tempat bergantung harapan, daripada peniaga kecil dan jadi jutawan. Bila dah ada yang baru, yang lama terus disimpan dan paling tragis, dibuang ke tepi. Mulalah memberi alasan, yang baru ini mempunyai lebih keistimewaan yang bukan sekadar memenuhi empat kriteria pilihan… hmmmmm

Kepada anak-anak gadis dan wanita di luar sana yang sedang berhubungan dengan suami orang… fikir gunakan akal, bukan kata hati. Jangan mudah percaya kata-kata suami orang, konon memilih anda kerana tidak bahagia dengan isteri sedia ada. Jangan juga percaya, isteri sedia ada akan diceraikan kerana memilih anda. Jika anda tak bersedia bermadu, kenapa memilih suami orang? Fikirkan jika anda di tempat isteri suami orang itu. Paling penting, fikirkan tentang anak-anaknya yang bakal membesar. Mahukah anda, jika satu hari nanti, anak-anak terpaksa menerima perceraian ibu dan ayah mereka gara-gara si ayah berkenan dengan perempuan lain? Jangan ingat anda menang kerana berjaya meruntuhkan rumahtangga orang!! Jangan ingat anda pandai kerana berjaya memisahkan sepasang suami isteri!! Jangan berbangga diri konon anda boleh menjadi ibu yang baik untuk anak-anak tiri kerana anda belum tahu bagaimana sebenarnya menjadi ibu.
Saya tahu, anda berhak memilih dan membuat keputusan tetapi anda perlu ingat, di dalam dunia ini, bukan hanya anda tetapi masih ada insan lain yang ingin bahagia. Berwaspadalah kerana doa mereka yang teraniaya, akan dimakbulkan-Nya….

****Siaran Ogos 2006

Monday, February 8, 2016

Seni rumahtangga dari sudut islam~ ustaz ebit lew~

Bila ramai minta nasihat bab suami isteri. Ini nasihat saya buat saya dan kita semua. Semoga kita semua bertemu di sana syurga. Sudah tidak lama dah. Sabar sikit sahaja lagi. Kita bercinta berkahwin bersama suami isteri sehingga kita terlupa beberapa perkara...

1) Kita sangka suami atau isteri kepunyaan kita. Hakikatnya mereka bukan kita punya. Mereka Allah pinjamkan buat kita. Amanah untuk dicintai dan dipimpin atau diikuti untuk ke syurga Allah...

2) Sebab kita terlalu sayang katanya. Tetapi kita lupa yang meletakkan sayang dalam hati kita ialah Allah. Sehingga kita lupa tuhan yang memberi sayang. Tiada tuhan melainkan Allah. Hakikatnya dia sayang kita lebih dari apa yang kita tahu. Allah sayang kita.

3) Kita mahu pasangan kita mengikut cara hidup kita. Sebenarnya cara hidup yang berjaya dan bahagia ialah cara hidup Nabi saw. Itulah bahagia. Perkara selain dari itu kita bertolak ansur..

4) Kita inginkan bahagia. Kita buat pelbagai perkara tetapi terlupa Allah letak bahagia bila bawa perintah Allah dan sunnah Nabi saw.

5) Cinta ialah memberi bukan menuntut. Bila kita memberi kita pasti akan menerima. Apa yang kita tak dapat mencerminkan apa yang kita enggan beri..berlumba beri khidmat kerana Allah dan bukan harapkan balasan dari pasangan pun.

6) Syukur rahsia bahagia dalam sebuah rumahtangga. Tanpa syukur segalanya hilang. Jangan lihat apa yang kita ada. Tapi lihat siapa yang beri semua ini..kenapa di beri....

7) Menarik rahmat Allah. Rahmat, ketenangan,  bersama kita bila jaga solat awal waktu. Lelaki berjemaah. Baca Al -Quran, zikir, tahajud sama-sama, buat Talim rumah.

8) Bersama-sama berjuang di jalan Allah. Bila letak cinta pada membangunkan Islam. Melihat mata pasangan pun memberi erti berbeza. Memegang jari pun mmberi makna. Itulah cinta keranaNya..

9) Saling berdoa diwaktu malam dengan air mata buat pasangan. Itulah akhirnya di dunia tapi permulaan kehidupan syurga selamanya-ebit lew

#keluargasunnah 26 Mac 2016 Sabtu@UPM..daftar whatsup 017 3666 848/call 03 8926 7020 www.transformjiwa.com
#jemputan seminar/kursus 013255 6423
#jubah lelaki premium fb elew's design
#buku fb transform publication
www.keluargasunnah.com