Showing posts with label masalah. Show all posts
Showing posts with label masalah. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Apa yg kau cari?

Setelah membaca lebih 500 mesej di fb ini masalah wanita dalam minggu ini. Saya mengambil pengajaran di dalamnya keluhan dan keinginan seorang yang bergelar Isteri yang pernah saya tuliskan sebagai ingatan buat diri saya. Seperti kita ingin ibu dan anak perempuan kita dilayan. Seperti itu kita layan isteri yang amat kita kasihi..

Sebaik sampai rumah terus beri salam, peluk isteri. Peluk dan cium juga semua anak-anak. Peluk dengan rasa syukur dan rindu pada mereka...walaupun sebenarnya kita teramat penat dan letih...hanya Allah yang tahu dengan pelbagai masalah di tempat kerja. Pelukan itu menjadi ubat buat isteri, anak-anak dan diri kita sendiri. Buat penat dan sakit ditempat kerja hilang. Allah juga beri keberkatan rezeki bila kita berkasih sayang.

Ambil masa bertanya keadaan anak-anak. Bermain, bergurau, dan dukung mereka..tunjukkan minat atas apa yang mereka buat selagi bukan perkara haram.

Kerja isteri di rumah mencabar. Jika isteri tanya, abang penat ke? Abang buat apa di pejabat ada masalah ke? Jangan marah kerana memang sifat wanita ingin memulakan perbualan dengan soalan. Sebenarnya mereka ingin meluahkan masalah mereka. Biasanya soalan wanita ada makna disebaliknya..mereka ingin ceritakan masalah mereka....

Contoh jika isteri tanya abang nak langsir tahun ni warna apa?  Jangan jawab mudah sangat. Sebab bagi wanita masalah itu besar. Mereka dah kaji lama dah. Setahun mereka dah survey. Kita kena tunjukkan muka ambil berat walaupun sebenarnya tak faham sangat.

tu lah sayang, abang dah fikir juga..emmm....entah warna apa yer sesuai sayang rasa..

Isteri akan jawab tulah saya dah pergi banyak kedai dan survey sebenarnya warna pink atau purple saya pilih..abang rasa warna mana?

kita kena kata erm dua-dua cantik..yang pink cantik,,,yang purple cantik....mana satu yer sayang?

Tulah saya berkenan sangat warna pink ni.....jawab isteri..

Abang pun suka sangat.lawakan pink ni..

Jadi jika isteri kita cakap, abang kita nak makan kat luar ke? ke kat rumah jer...jika dia tanya 2 kali..maknanya dia nak sangat dah tu.sepanjang malam dia boleh bersedih dan tak lena tidur hanya kerana hajat  dia nak makan kat luar atau makan sesuatu itu tak dapat..

..tapi dia tetap tunjuk macam tak nak...cuma dia lebih suka bab makan, berjalan, hadiah dia...macam dia tak tahu..wanita suka 'surprise' ni...dia sanggup bagi semua termasuk kehidupannya boleh berubah jika suaminya suka ambil hatinya...senang nak didik dan dia pun akan faham kesukaan kita..

Sampai rumah terus tukar pampers anak-anak jika kotor atau mandikan anak-anak kecil. Terus tolong buang sampah...

Jika rumah bersepah atau tengok isteri tak buat apa-apa. Jangan marah...cuba buat semua kerja yang biasa mereka buat setakat kita larat. lelaki boleh buat kerja laju-laju... biasalah kadang-kadang kita ditempat kerja bila banyak sangat kerja, kita buat kerja tapi tak tahu mana nak mula dan kepala jadi beban. tapi bila ada kawan bantu, kita boleh sambung semula kerja kita...tak boleh kerja sorang-sorang. kIta rasa kita penat, tapi rupanya banyak kerja tertangguh...kita jadi kawan  buat isteri kita...

Jika anak menangis cepat-cepat bantu dukung ataupun buatkan susu atau apa yang boleh dibantu...

Kumpul ahli keluarga sekejap hidupkan amalan baca Al-Quran sekali dan baca hadis sekali. InsyaAllah rumah jadi bahagia dan tenang sangat. Dia akan sayang suaminya..Allah yang letakkan sayang itu..

Bangun awal solat tahajud dan berdoa kepada Allah.. kejut isteri perlahan-lahan. Paling tidak kejut isteri sebelum Subuh...atau jika isteri kejut cepat-cepat bangun tahajud...

Jika marah isteri , segera ke masjid atau masuk bilik lain ambil wuduk dan solat.Doa menangis pada Allah. Bila marah jangan bercakap. Ramai orang di dunia di kenali di kalangan orang baik-baik tapi di akhirat bersama orang berdosa. Kerana bila dia marah dia bercakap yang menyebabkan dia telah menceraikannya banyak kali. Rupa-rupanya bukan isterinya lagi. Bila marah diam atau tidur atau ke masjid atau berdoa.

Rajin bekerja dan jadi ketua keluarga bimbing isteri dengan agama. Dahulukan Allah dan Rasul saw lebih dari segalanya termasuk isteri, ibubapa, dan diri sendiri. Maksudnya jika perkara yang diinginkan diri, atau isteri atau ibubapa berlawanan dengan kehendak Allah dan Rasul saw kita dahulukan dan mengikut Allah dan Rasul.
Allah akan jaga keluarga kita. Hanya Allah yang boleh beri bahagia..hanya Allah.

Buat isteri pula bersyukur pada Allah atas suami yang diberikan...bila syukur Allah tambahkan nikmatnya. Bila kufur apa yang ada pun hilang. Lelaki benar-benar harapkan seorang wanita yang memahaminya, menghormatinya, mendoakannya-ebit lew

#www.keluargasunnah.com
#26mac2016 #upm #dftarsblm28feb #diskaun #awal #berkumpulan

#dapatkanbuku #segera #smgajdasbabHidayah  #smgamnjdasbabhidayah

Saturday, February 13, 2016

Mencari tabah

Hai hati...
Bersabarlah..
Bertabahlah..

Selama diuji..tidak selalunya kita dapat atasi dengan cepat..adakala kita perlukan masa yg lama untuk hadapinya..
Saat itu.,sabarlah..carilah solusi..

Fight or flight...

Saat itu, bermohonlah pd allah..

Ya allah..berilah petunjukMu..
Aku berserah kepadaMu..

Sabar ..tenang..
Fikirkan solusi..

Fight or flight..

Kawal minda..
Kawal emosi..
Jangan biarkan emosi menyelubungi mindamu..

Kuatkan hati!

Monday, February 8, 2016

Kuatkan hati

Jiwa nan rapuh.

O allah..

Kuatkan hatinya..

Amin.

Seni rumahtangga dari sudut islam~ ustaz ebit lew~

Bila ramai minta nasihat bab suami isteri. Ini nasihat saya buat saya dan kita semua. Semoga kita semua bertemu di sana syurga. Sudah tidak lama dah. Sabar sikit sahaja lagi. Kita bercinta berkahwin bersama suami isteri sehingga kita terlupa beberapa perkara...

1) Kita sangka suami atau isteri kepunyaan kita. Hakikatnya mereka bukan kita punya. Mereka Allah pinjamkan buat kita. Amanah untuk dicintai dan dipimpin atau diikuti untuk ke syurga Allah...

2) Sebab kita terlalu sayang katanya. Tetapi kita lupa yang meletakkan sayang dalam hati kita ialah Allah. Sehingga kita lupa tuhan yang memberi sayang. Tiada tuhan melainkan Allah. Hakikatnya dia sayang kita lebih dari apa yang kita tahu. Allah sayang kita.

3) Kita mahu pasangan kita mengikut cara hidup kita. Sebenarnya cara hidup yang berjaya dan bahagia ialah cara hidup Nabi saw. Itulah bahagia. Perkara selain dari itu kita bertolak ansur..

4) Kita inginkan bahagia. Kita buat pelbagai perkara tetapi terlupa Allah letak bahagia bila bawa perintah Allah dan sunnah Nabi saw.

5) Cinta ialah memberi bukan menuntut. Bila kita memberi kita pasti akan menerima. Apa yang kita tak dapat mencerminkan apa yang kita enggan beri..berlumba beri khidmat kerana Allah dan bukan harapkan balasan dari pasangan pun.

6) Syukur rahsia bahagia dalam sebuah rumahtangga. Tanpa syukur segalanya hilang. Jangan lihat apa yang kita ada. Tapi lihat siapa yang beri semua ini..kenapa di beri....

7) Menarik rahmat Allah. Rahmat, ketenangan,  bersama kita bila jaga solat awal waktu. Lelaki berjemaah. Baca Al -Quran, zikir, tahajud sama-sama, buat Talim rumah.

8) Bersama-sama berjuang di jalan Allah. Bila letak cinta pada membangunkan Islam. Melihat mata pasangan pun memberi erti berbeza. Memegang jari pun mmberi makna. Itulah cinta keranaNya..

9) Saling berdoa diwaktu malam dengan air mata buat pasangan. Itulah akhirnya di dunia tapi permulaan kehidupan syurga selamanya-ebit lew

#keluargasunnah 26 Mac 2016 Sabtu@UPM..daftar whatsup 017 3666 848/call 03 8926 7020 www.transformjiwa.com
#jemputan seminar/kursus 013255 6423
#jubah lelaki premium fb elew's design
#buku fb transform publication
www.keluargasunnah.com

Saturday, February 6, 2016

Kawal emosi

Saya jelas dgn apa yg berlaku..saya biarkan kalian berdua untuk putuskan apa yg terbaik untuk kalian.tiada apa yg perlu saya katakan lg.jiwa saya sudah hancur..awak dah pernah lalui apa yg saya lalui sekarang.awak lebih faham.kelemahan saya biarlah saya uruskan.pesan saya,bertaubatlah..patutnya.......

Jaga maruah awak,walauapapun terjadi,mahkotamu hanya untuk suami.wassalam.

Ayat tersebut menunjukkan dalam keadaan emosi terkawal x?

Akhlak kena jaga walau dalam keadaan emosi sangat2 parah. Itu mencerminkan attitude kita macamana.

Tu contoh mesej kawan kepada perempuan yg berselingkuh dgn suaminya.

Sadis.

Thursday, February 4, 2016

Bila syaitan mengganggu

Assalamualaikum...

Adakala kau tenang..penuh yakin utk berhadapan dgn masalah..sangat positif..

Adakala kau pasti goyah..sangat negatif..banyak perkara negatif tentang permasalahan yg kau hadapi akan berlegar2 difikiran..kau akan salahkan dirimu..tidak berdaya..kau akan jadi mudah kecewa..mungkin kau akan berperang dgn perasaan..kau jadik lemah..itulah bila syaitan mula menggoda..

Cepat2 berzikir..
Cepat2 buang pemikiran negatifmu..
Cepat2 keluar dr segala yg bertele2..
Cepat2 ambil wuduk..
Cepat2 ubah pemikiran..
Cepat2 bawa pemikiran ke matlamat dan objektif asalmu..
Cepat2 cari maklumat bagaimana kau bole dibantu untuk selesaikan masalahmu itu..
Elak terus hanyut dengan perasaan negatifmu..
Elak terus hanyut dengan melankolik..
Usir jauh2..

Kuatkan dirimu..
Teguhkan pendirianmu..
Wajakan hatimu..
Demi sebuah kebahagiaan yg kau harus pertahankan.

Berdoalah..ya allah..bantulah aku untuk mencipta bahagiaku.amin

Wednesday, February 3, 2016

Bila kau ditimpa ujian allah..

Bila allah turunkan ujian..
Kita dekatkan diri dengan allah..
Kita mohon doa kepada allah..
Solat taubatlah..
Solat tahajjudlah..
Solat hajatlah..
Zikir sebanyak2nya..

Namun jika masih lagi bertalu ujian datang..

Muhasabahlah..oh..mungkin aku xcukup dekat denganMu ya allah..
Solatlah di awal waktu..
Bersedekahlah..
Bacalah al quran..
tetapkan amalan solat taubat..solat hajat..solat tahajjud..

Tambahlah amalanmu..berdoalah tidak putus2 kepada allah bermohonlah..
Allahlah sebaik2 penolong..allahlah tempat semata2 utk kita bergantung segalanya..
Insyaallah..allah pasti tidak menghampakanmu..
Insyaallah..

Tuesday, February 2, 2016

8 cara uruskan konflik berdamai

Sangat bagus utk suami isteri ni..

Amalkan ya kawan2.

Insyaallah,xjatuh malu kalau kita mengalah.

Demi keluarga kita.

Kredit to pemilik post ini.

Sunday, January 24, 2016

Tips apabila dilanda masalah.

Salah satu tips meredakan hati yg lara dan memerlukan sokongan dari orang lain ialah dengan memeluk mak,ummi,ibu,mama anda.

Power of hugging sangat2 berkesan..pegang yg itu.

Peluk mak,katakan padanya..mak,tolong doakan anak mak ni ya..doakan supaya kuat,supaya allah permudahkan..

Kalau perlu, bagitaulah dengan mak akan masalah yg dihadapi..kalau merasakan tidak perlu,bagitau saja tidak ada apa2 yg besar mak,jangan risau..atau katakan saja, tentang kerja mak..yg penting mak tolong doakan..tolong doakan agar allah permudahkan urusan anak mak ni.

Doa adalah senjata bagi orang2 mukmin..
Doa mak sangat2 mustajab..pegang yg itu..
Lebih tuahnya anda itu sekiranya mak buat solat hajat untuk anda..dikirim doa melalui solat hajat..masyaallah beruntungnya anda!

Subhanallah..anda akan dapat merasai kesannya..

Beruntunglah bagi yg masih punya mak.bagi yg sudah tiada maknya,haishhhh..mak mertua kan ada..bagai mak sendiri bukan?atau kakaknya kan ada..sebagai pengganti maknya bukan?

Yg penting sekali..ALLAH ADALAH SEBAIK BAIK PENOLONG..bergantung sepenuhnyalah kepada Allah..berserahlah segalanya kepada Allah..

All the best ya!