Cy kembali dengan aktiviti ringan2 tangan sewaktu cuti anak2 kena hfmd..resepi ni copy paste resepi kak jun .. tq ya kak jun..saja buat kot2 anak2 suka sebab mulut penuh ulcer masa tu..senang jek nak buatnya..cubalah yek..
tu tangah ammar la tu..tak sabo nak rasa..
RICH CHOC PUDING
resepi: kak Jun@myR
Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
ni akak Jun tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
No comments:
Post a Comment