Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Miserable life

Me...

What?
Why?
Where?
Who?
When?
How?

Analyse.....

Thursday, March 7, 2013

no motive+action


hmmm sudah mula rasa malas-malas..
berat nak ke tempat kerja..
lama dah takde perasaan macam ni..
selalunya ok saja..
rasa nak tido seharian di rumah..
rasa tak nak bangun dari katil..
di mana motive+action cy ni..
waaaaah...hari ni pasti melayang..
tapi tak boleh melayang..
kena cari motive+action tu..
ada makna ni..

=motivasi : datanglah =

Tuesday, February 26, 2013

teks pengacara majlis perhimpunan anggota

assalamualaikum dan salam manis..

saja cy nak kongsikan teks MC majlis perhimpunan anggota jabatan cy..teks ni bukan yang terbaik tetapi mungkin boleh membantu :)
alhamdulillah, masih diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara majlis,namun begitu belum berkesempatan untuk ambil kursus pengacaraan..menjadi pengacara majlis ni bole dikatakan mencabar jugakla..dulu cy anggap tugas ni sekadar baca teks dengan nada yg best tapi pengacaralah yg menghidupkan majlis sebenarnya..

ok,semoga menjadi panduan..kongsilah kalau ada salah dan silap di sini ya..
TINDAKAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Ismail, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Hadirin sekalian dimohon untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Kita dan Bersatu Untuk Kebajikan.
[ selesai lagu]
Para hadirin dipersilakan duduk.
[baca dlm hati :) ] Bismilah.....

Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Ismail , Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Yang Berusaha Encik Shaballah bin Zainal Abidin , Timbalan Pengarah 1 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Yang Berusaha Puan Nor Asikin binti Ibrahim, Timbalan Pengarah 2 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Ketua-Ketua Unit, Pegawai-pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Ketua-Ketua Institusi, Pegawai-Pegawai, Pegawai-Pegawai Kanan dan Anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang yang dihormati sekalian

Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran para hadirin ke Majlis Perhimpunan Anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang kali pertama bagi tahun 2013 ini.
Terlebih dahulu majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan koir PKMD SPT yang telah menyampaikan lagu Negaraku, lagu Negeri Kita dan Bersatu Untuk Kebajikan. Kumpulan ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Mahadzir bin Shaari.


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Zainal Abdin bin Amin dari PKMD SPS untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Zainal Abdin atas bacaan doa itu tadi.


Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi menyempurnakan bacaan ikrar, dijemput Encik Mohd Rizal bin Mat Syah dari PKMD Timur Laut untuk memimpin bacaan ikrar. Dipersilakan. Hadirin dijemput untuk berdiri.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Rizal atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Ismail, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Ismail di atas ucapan itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan Pelancaran dan Penyerahan Kad Pengenalan Diri Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Dijemput Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Ismail, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang , diiringi oleh Timbalan Pengarah 1 dan 2 untuk menyempurnakan pelancaran tersebut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Sebagai simbolik pelancaran Kad Pengenalan Diri Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang ini, dijemput Encik Shaballah bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah 1 untuk menyerahkan Kad Pengenalan Diri kepada Tuan Pengarah, Encik Zulkifli bin Ismail.
Seterusnya, dipersilakan Tuan Pengarah untuk menyerahkan Kad Pengenalan Diri kepada :
Wakil Kumpulan Profesional dan Pengurusan. Dijemput :
Wakil Kumpulan Sokongan. Dijemput
1.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Ismail, di atas penyempurnaan Pelancaran dan Penyerahan Kad Pengenalan Diri Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang itu tadi.
Untuk makluman semua anggota, Kad Pengenalan Diri ini akan diserahkan secara berperingkat kepada tuan2 dan puan2.


Hadirin yang dihormati sekalian,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang telah menerima kemasukan Pegawai baru dan pertukaran keluar. Berikut diumumkan pegawai kemasukan baru iaitu :



  1. Puan Chitartany a/p Rajalingam, bertugas sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut, Gred S44
  2. Puan Siti Rahmah binti Hamzah , Penolong Pegawai Kebajikan gred S38, bertugas sebagai Ketua Unit Kanak-Kanak di JKMNPP
  3. Puan Shafawati binti Jamal, Penolong Akauntan Gred W27 yang bertugas di JKMNPP


Majlis mengucapkan selamat datang ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan diharapkan agar puan2 dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang di sini.


Berikut diumumkan pula Pegawai Pertukaran Keluar :
  1. Encik Khairul Amri bin Ahmad, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut Gred S44 yang bertukar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Putrajaya
  2. Puan Halimahton Saadiah binti Mat Isa, N11 JKMNPP yang bertukar ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang
Majlis mengucapkan Selamat Maju Jaya dan diharapkan agar tuan puan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang di tempat baru.



#Sekiranya masih awal,minta untuk perkenalkan diri
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sesungguhnya Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam , iaitu Yang Berbahagia Datin Rozaina binti Zainuddin, selaku Timbalan Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Yang Berbahagia Puan Syaifena binti Zainudin , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam.



Pada pagi yang berbahagia ini, kita adalah penjawat awam yang bertuah kerana telah diberi kesempatan untuk mendengar ceramah yang bertajuk Keberkesanan Peranan Majlis Bersama Jabatan Dalam Memperkasakan Perkhidmatan Awam .Inilah masanya untuk kita meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang Majlis Bersama Jabatan ini. Semoga tuan2 dan puan2 akan lebih jelas dan terbuka minda tentang peranan MBJ di jabatan kita ini.



Hadirin yang dihormati sekalian,
Mohon tajamkan telinga anda,fokuskan minda anda kepada penyampaian sebentar nanti. Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Puan Syaifena binti Zainudin , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyampaikan ceramahnya.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.



Begitulah tadi penyampaian ilmu tentang Majlis Bersama Jabatan. Tuan2 dan puan2 dijemput untuk bertanyakan soalan. Dipersilakan......



Jika tiada persoalan lagi, maka saya teruskan majlis kita pada pagi ini.



Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Syaifena binti Zainudin , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam di atas penyampaian ceramah bertajuk Keberkesanan Peranan MBJ Dalam Memperkasakan Perkhidmatan Awam itu tadi. Semoga dengan penyampaian tersebut telah dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan seterusnya membuka minda kita terhadap peranan Majlis Bersama Jabatan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Wakil Pekerja dan Wakil Majikan bagi Majlis Bersama Jabatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang sesi 2011/2012.


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Rozaina binti Zainuddin, Timbalan Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyempurnakan penyampaian ini diiringi oleh Encik Zulkifli bin Ismail, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Dipersilakan...

Dijemput Wakil Pekerja : Encik Mohd Aminul Husaini bin Mohd Saleh

Dijemput Wakil Majikan : Encik Shaballah bin Zainal Abidin

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, dijemput Tuan Pengarah untuk menyampaikan cenderahati kepada wakil Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Yang Berbahagia Datin Rozaina binti Zainuddin.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berbahagia Datin Rozaina binti Zainuddin di atas penyampaian sijil penghargaan itu tadi.



Hadirin yang dihormati sekalian.
Dengan selesainya penyampaian itu tadi maka majlis akan direhatkan buat seketika.
Yang Berbahagia Datin, Tuan2 dan Puan2..jika diperhatikan sekelilling, dewan ini telah dihias sebegitu indah. Sebenarnya ,untuk makluman Yang Berbahagia Datin, Tuan2 dan Puan2, hiasan ini adalah untuk meraikan anak-anak OKU atau Kurang Upaya yang akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Bakat Istimewa Semai Bakti Peringkat Negeri Pulau Pinang pada jam 2.00 petang ini.
Yang Berbahagia Datin, Tuan2 dan Puan2 dipersilakan hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.



Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya menjemput, Yang Berbahagia Datin Rozaina binti Zainuddin , Puan Syaifena binti Zainudin , Encik Zulkifli bin Ismail diiringi oleh Timbalan Pengarah 1 dan 2,Ketua-ketua Unit, PKMD, Ketua-Ketua Institusi dan pegawai-pegawai untuk menikmati jamuan di Dewan Makan. Dipersilakan.



Para anggota diminta untuk menunggu di dewan kerana Majlis akan diteruskan dengan Sesi Pembubaran keahlian Majlis Bersama Jabatan bagi Sesi 2011/2012 dan sesi Pelantikan Ahli Majlis Bersama Jabatan bagi sesi 2013/2014.
# ketua2 unit dijemput untuk menghadiri sesi ini
Untuk itu, dijemput Encik Mohd Aminulhusaini bin mohd salleh untuk mengendalikan sesi. Dipersilakan.

Thursday, May 3, 2012

dah 6 tahun dah ni


2 mei semalam dah genap 6 tahun CY bekerja di tempat CY kerja sekarang..
buat kerja yang macam ni..hahaha kelakar kan tapi inilah yang meningkatkan lagi keyakinan diri CY..macam2 pengalaman sepanjang kerja ni..perlu dijadikan sempadan dan pengajaran..

semoga prestasi kerja sema kin meningkat, semakin A..I need to change my style of work..macamana?nak kena kaji ni..perlu lebih bertanggungjawab terutamanya terhadap fail2..hehe..CY harap CY ikhlas sentiasa dalam bekerja..sentiasa ikhlas agar kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan dengan baik..demi kebaikan dan kesejahteraan klien..

i need to make a changes so that i can improve..:)

Wednesday, February 15, 2012

SAYA BOLEH JADIK GILA!!TAU TAK!

SAYA BOLE JADIK GILA DENGAN KERJA YANG SAYA TANGGUHKAN SEHINGGA MENYEBABKAN KERJA SAYA BERATUR!

SAYA PERLU MENUKAR DIRI SAYA..

SAYA PERLU JADI TRANSFORMER..MENTRANSFORM KAN DIRI MENJADI PENYELARAS YANG LEBIH BAIK.

UNTUK MENGELAKKAN PERKARA YG MEMALUKAN TERJADI KEPADA SAYA.

SAYA TAKNAK DIKENALI DENGAN ORANG YG SELALU KERJANYA TIDAK DAPAT DISIAPKAN ONTIME DAN PERLU DIKEJAR ATAU DIKEJAN OLEH ORANG LAIN.

SAYA TAK NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!                                               SAYA PERLU BERUBAH.SAYA MESTI BERUBAH!

SAYA TELAH MULA STRESS..SAYA HARUS CHANNEL STRESS SAYA KEPADA PERKARA YG POSITIF DI MANA SAYA PERLU SIAPKAN KERJA2 SAYA YANG TERTANGGUH DAN DITANGGUHKAN.

BOLEH ANDA APPROVE TUNTUTAN SAYA INI?





Friday, February 10, 2012

promosi percuma web motivasi-kerja.com hehe

semasa blogwalking, Cy terjumpa web motivasi kerja ni..di saat2 Cy memerlukan motivasi kerja, terjumpala web ni...anda bolehlah singgah dan amik manfaat dalam web ni...saya kongsikan di sini..


http://www.motivasi-kerja.com/


insyaallah, semoga bermanfaat untuk anda dan saya dalam meningkatkan motivasi kerja kita..



Wednesday, February 1, 2012

geng bawak bekal sehingga 22feb..

tengok bubur tu. inilah menu geng bekal sehingga 22 Februari di ofis..kenapa 22?sebab 23 tu gaji heheheh ..sekarang ramai yg dah paras hidung kedudukan kewangannya...
sejak kawan2 tengok saya bawak bekal, so depa pon nak bawak bekal.bermula semalam, masing2 bawak bekal dan makan bersama ehhehe kuatnya aura saya :p..

hari ini menunya ialah moi atau bubur nasi.saya bawak daun sup..yang lain2 bawak ikan bilis sikit, telur masin, lobak asin, ikan masin, sambal kicap, sup..buburnya dimasak di pantry ofis..

waaaa..amalan yg sihat telah saya wujudkan di pejabat..penjimatan duit belanja, merajinkan diri, menjadi isteri yg solehah, mengerat perhubungan kakitangan..ape lagik?macam2lah..

alhamdulillah..harapnya berterusan..

Monday, January 23, 2012

semangat pencetus tenaga baru!!





ehem..jumaat lepas Cy organised satu program simple awal tahun sebagai mengisi peluang untuk memberi semangat dan membuka lembaran baru bagi ofis Cy..
terima kasih kepada bos unit Cy yg sudi datang walaupun sedang cuti belajar..cuba tengok gambar kat atas tu..yg itu adalah resolusi 2012 bagi kawan2 Cy..memula nak sedia board aje pastu bos Cy kate u cari ranting then gantung kat ranting tu...lepas ni boleh buat hiasan di pejabat..adoi mana nak carik ranting bos..
hari khamis Cy ke rumah mak, Cy nampak ranting pokok rambutan yg dah kering, depa baru pangkas..so jadikla pokok resolusi kami..hahhaaaha pasu tu amik yg kat opis, pokok mati hhehe amacam kreatif tak?

u all boleh buat jugak..senang aje..mintak staf review semula kerjaya di tahun 2011..kemudian buat satu resolusi baru terhadap kerjaya mereka untuk tahun 2012..Cy sediakan gunting, tali halus or benang kait tu, magic color or crayon, kertas warna warni di mana Cy beli yg besar dan dipotong kepada 8 bahagian...ala macam manila kad tu tapi pilih kaler yg menarik..mintak mereka buat dalam apa2 bentuk seperti buah, bunga, daun tapi yg jadiknya macam2 heheh so jangan bantutkan idea dan kreativiti mereka..
oh ya, anda juga bole gunakan untuk student anda yek..hehe
selamat mencuba!



Wednesday, January 18, 2012

manfaat masa

dah pukul 2 petang. kan bagus kalau dapat manfaatkan rehat jam 1-2 petang sebaiknya.15 minit untuk tidur.15 minit untuk makan.20 minit untuk solat, 10 minit untuk bersedia seperti make up ke sembang-sembang ke tau masa tambahan untuk makan n sembang ahhaha..selamat bekerja.
CY harap CY dapat manfaatkan masa.
selamat bekerja!

Tuesday, January 10, 2012

resolusi kerjaya n new CY : semangat baru tuuuuuu

i would like to use CY for CheYant ehhehhe bole jadik Comel Yanti hehehe new style for this fortunate year ya..

ok..10 jan merupakan hari pertama CY bekerja dalam tahun 2012 ini. CY dah bercuti bermula awal tahun sempena kemasukan ammar ariff ke sekolah atau tadika ..sebagai persediaan dan CY anggap sebagai rehat setelah bekerja..merehatkan minda, menumpukan perhatian kepada keluarga..

so resolusi dalam setting kerjaya CY pada tahun ini apa yek..pertamanya meletakkan keikhlasan bekerja pada tingkat yang paling tinggi dan berniat kerja sebagai ibadah..semoga dengan keikhlasan bekerja dapat meningkatkan lagi kemajuan CY dalam kerjaya CY..seperti entri sam ini .

dengan ikhlasnya bekerja, dapat memupuk semangat cintakan kerjaya dan seterusnya meningkatkan minat dan usaha-usaha untuk meninggikan martabat kerjaya CY..kemahiran perlu ditambahnilai kerana ia amat penting dalam kerjaya CY..
CY juga akan menjadi ketua kepada beberapa orang rakan sekerja. CY harap CY dapat memimpin dengan baik dan saksama..bekerjalah bersama-sama CY dalam meningkatkan martabat kerjaya kita walaupun kita dirasakan tidak relevan lagi..ini kerana kumpulan sasar kita lebih memerlukan kita dan kita perlu buktikan bahawa kerjaya kita ini adalah relevan.

CY harap, motivasi kerja CY akan lebih mencanak-canak lagi..doakan CY yek..semoga dapat mengatur kerjaya dengan baik dan jayanya..ubah diri untuk bantu ubah orang lain..

10 jan akan bermula dengan pelbagai kerja yang perlu diselesaikan.CY perlu hadapi dengan sabar dan penuh semangat. chaiyok!