Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

pengalaman buat kek kali pertama-entri basi haha






salam  semuanya..1 mei lepas cuti  Hari Pekerja kan..Cy tak kemana2..dah plan nak try buat kek coklat resepi encik fendi75 yang Cy dapat dari myresepi..semangat tau Cy sebab dah bertahun2 tak . ni Cy kongsikan ..mohon izin encik fendi75 ya..terima kasihla atas resipi kek coklat ..cubaan pertama bagi orang yg dah lama tak baking ni walaupunhangus di atas tapi dalamnya bole dimakan ehehhe Cy telah berusaha..tak buat toppingnya sebab kek hangus..next time buat lagi 

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Sunday, April 1, 2012

resepi rich choc puding, entri dah luput tarikh hahah


Cy kembali dengan aktiviti ringan2 tangan sewaktu cuti anak2 kena hfmd..resepi ni copy paste resepi kak jun .. tq ya kak jun..saja buat kot2 anak2 suka sebab mulut penuh ulcer masa tu..senang jek nak buatnya..cubalah yek..







tu tangah ammar la tu..tak sabo nak rasa..


RICH CHOC PUDING
resepi: kak Jun@myR

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
ni akak Jun tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.












Saturday, February 11, 2012

resepi bihun goreng singapore untuk anak2..sempoi!

hari cuti minggu lepas, Cy sempat buat bihun goreng singapore kat anak2..tapi yg simple aje, tak letak lada hitam.

bahan2nya
bawang merah 3 bijik
bawang putih 3 bijik
daging ayam potong kecil
fishball potong kecil
carrot
udang sayur/kecik
kiub
garam

  • mula2 rendam dulu bihun
  • pastu tumbuk bawang merah n putih
  • tumis bahan yg dah ditumbuk
  • bila dah naik bau,masuk daging ayam ,kiub dan letak air sikit
  • masukkan carrot bg lama sikit
  • masuk fishball, udang..
  • garam
  • last-bihun
Cy main campak2 aje..menjadik jugakla..first time tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :p
anak2 suka kalau ada udang n fishball..tu yg letak tu..seronok tengok anak2 makan..jom layan gambar..







sampai menjilat jari..suka mama :)


Sunday, January 29, 2012

oven ovin ovan : kite bakor ajeler!

sebelum ini Cy teringin nak beli mixer kan?so kali ini ada lagi satu hajat Cy iaitu nak beli ...tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
aduhai.bila dah ada mixer, kena la ada oven elektrik ni supaya kek boleh dibakar hehe                       sasaran Cy adalah pada bulan Mac or April..so..kumpul duit!!!ke ader sapa2 nak sponsor or hadiahkan?ehhehe
semangat membara nak memiliki gadget ini..biasalah, sebagai wanita dan ibu mesti ada kemahiran tertentu..nak buat kek yg cantik2 tu.nak suap mulut2 comel di rumah tu ehhehe...barulah suami dan anak2 bertambah sayang..haaa tu la tips keluarga bahagia..air tangan isteri dan ibu tu la menjadi pemangkin kepada kebahagiaan keluarga tau..haaaa pegang kata2 tu..
Cy masih dalam kajian , nak beli brand apa..ada yang cadang brand Zanussi or elba..
tapi Cy nak kaji butterfly..
ada yang cadangkan beli 42 liter supaya banyak biskut boleh dibakar..jimat masa..tapi ada yg kata beli kecik2 ajela..insyaallah, saya nak aim yg 42 liter ..untuk jangka panjang ..alang2 membeli..tapi bergantung kepada kedudukan kewangan yek..kalo brand elba, tengok kat senheng around 399 tuuuuuuuu..uishh..banyak yg perlu dipertimbangkan ni..nak kene kumpul duit ni..

tapi bila dah beli, jangan jadik projek gajah putih pulak yek :p

Monday, August 29, 2011

resipi lodeh mak lodeh ehehe

salam lebaran..saya nak try buat lodeh esok pagi..nak try resipi ni, dari dapur kak ummizaihadi n abang mat gebu..kredit to them for the marbeles resipi! ampun, saya c n p jek hehe

bezanya dengan amalan saya sebelum ini ialah, letak lengkuas n jintan..b4 this tak letak benda2 tu..so nak tau gak rasa macamana kan hehe..kacang buncis tu saya ganti kepada kacang panjang n saya tambah terung hehe

aduh aduh..terliur..rasanya saya makan sorang aje ni..orang utara bukan suka sangat makan lontong ni..specially suami saya haha..tak bole masuk kot..biaq p la..makan sorang2 aje pon takpe..layaaaaaaaaaaaan

BAHAN KUAH LODEH :-)
1/4 biji kobis bulat, dihiris, cuci dan toskan
15 tangkai kacang buncis, hiris serong
2 keping tauhu keras, dadu besar
70 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, didadu
1/2 biji sengkuang, hiris memanjang
1 biji lobak merah saiz sederhana, hiris memanjang
1 cekak soo hoon, kerat
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1.5 liter santan cair
400 ml pati santan
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Nasi impit secukupnya
Serunding kelapa
Sambal tumis
Telur rebus, dibelah dua


CARA MEMBUATNYA :-)

1.KUAH LODEH :-Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum, tambah 1/3 camca teh serbuk kunyit dan tumis sekejap lagi. Masukkan tempe, sengkuang dan lobak merah, kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Tambah fucuk, kobis dan kacang buncis, gaul rata, biar sayur lembut. Masukkan soo hoon, tauhu dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.