Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

Bila syaitan mengganggu

Assalamualaikum...

Adakala kau tenang..penuh yakin utk berhadapan dgn masalah..sangat positif..

Adakala kau pasti goyah..sangat negatif..banyak perkara negatif tentang permasalahan yg kau hadapi akan berlegar2 difikiran..kau akan salahkan dirimu..tidak berdaya..kau akan jadi mudah kecewa..mungkin kau akan berperang dgn perasaan..kau jadik lemah..itulah bila syaitan mula menggoda..

Cepat2 berzikir..
Cepat2 buang pemikiran negatifmu..
Cepat2 keluar dr segala yg bertele2..
Cepat2 ambil wuduk..
Cepat2 ubah pemikiran..
Cepat2 bawa pemikiran ke matlamat dan objektif asalmu..
Cepat2 cari maklumat bagaimana kau bole dibantu untuk selesaikan masalahmu itu..
Elak terus hanyut dengan perasaan negatifmu..
Elak terus hanyut dengan melankolik..
Usir jauh2..

Kuatkan dirimu..
Teguhkan pendirianmu..
Wajakan hatimu..
Demi sebuah kebahagiaan yg kau harus pertahankan.

Berdoalah..ya allah..bantulah aku untuk mencipta bahagiaku.amin

Monday, October 20, 2014

Sekuat diakah aku?

Mendengar ceritanya..


Aku sendiri bisa lemah lutut..
Aku mungkin meraung sekuat hati aku..
Aku mungkin akan berjuraian air mata sederas derasnya..

Aku mungkin juga seperti tidak mahu melalui hari esok ..seperti tidak mahu membuka mata..tidak mahu bangun dari tidur..

Aku tak tahu perasaan dia..tapi bagi aku.. kesakitan itu aku rasakan bagai jarum yang mencucuk cucuk hatiku..atau pisau yg menikam nikam hatiku..ataukah pedang yang merobek robek hati..

Dugaan yg dia alami maha berat..ujian yg allah beri padanya amat berat..

Allahuakhbar..

Kepada allah sahajalah aku bermohon..

Kepada allah sahajalah aku merebahkan diri..

Kepada allah sahajalah aku merintih dan meraung..

Kepada allah sahajalah segala galanya kuserahkan..

Dia,begitulah yang akan kulakukan..

Aku doakan kau tabah, bangkitlah dia..bangunlah dia..

Cubalah berlapang dada ..memaafkan dan redha..dan sedikit demi sedikit bangkit..bangkit sebagai dia yg baru,yang kuat dan jadilah dia yang tidak bisa diganggu gugat lagi..

Ya allah,ujian itu amat berat.kumohon padamu, bantulah dia..