Showing posts with label anak2. Show all posts
Showing posts with label anak2. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Impian mama..

Tadi petang singgah rnr tapah,dalam perjalanan untuk berkursus di putrajaya.

Semasa di surau,saya tertarik dengan gelagat 1 keluarga yg terdiri daripada mak dan 2 orang anak yg sedang bersembahyang.

Anak2 mengikut mak bersembahyang. Apabila selesai sembahyang, saya dengar anak yg kecil,mungkin around 5 tahun..dengan pelat dia berzikir hehe so sweet.

Lantas mak berdoa,dan anak2 ikut amin. kemudian mereka bersalaman dan mak mencium anak..

O allah..aku tak buat macamtu..aku mesti buat macamtu jugak. Aku selalu nak cepat..xajak anak2 sembahyang sama2 pon..memang diakui,perlu dilakukan bersama2 anak,tu yg paling cantik..

Tanggungjawab aku sebagai seorang mama ialah mendidik..terutamanya dr segi agama.masyaallah,besar sungguh tanggungjawab aku..aku tak terdaya..tapi aku akan cuba jugak..

Aku harus berubah demi anak2 dan keluarga kerana allah..agar keluargaku menjadi keluarga sakinah,mawaddah warahmah..aminnnn

Wednesday, October 1, 2014

Fathi dah kena demam campak kecik

~rupanya tak publish lagik entry ni~
Awal minggu bulan 9..fathi mula ada yg xkena..susah nk tdo malam..badan mcm nak panas jek..2 hari berikut mula nak panas dan keluar ruam di badan..
seingatnya hari khamis malam nampak ada ruam..jumpa doktor..katanya viral rashes..demam disebabkan rashes atau rashes disebabkan demam gitu..ingatkan dia alergik macaroni sbb b4 this dia makan tu la..makanya bermula episod demam fathi..
Sabtu dah ahad demam panas..dgn ruam tu..lagikla buat perangai..nyusu saja..makan apa pon xnak..alhamdulillah la dia nak nyusu mama..kalo x ..adoi risau giler la mama..makin susut anakku..
Hari isnin tu kenalah e.l..xkan demam macamtu nak bagi maksu jaga..kesian fathi..petang tu jumpa doktor lain.katanya measles atau campak..tapi jenis kecik2..orang tua kata campak serkam or keladi..halus jek..dia demam panas baru keluar semua..tu yg awal2 doktor lain kata viral rashes..campak belum keluar lagik..kali ni kena bg jugak antibiotik..dr safari pon serba salah..garu2 kepala dia..berat katanya nk bg antibiotik kat baby..tp nak buat mcmana..bg jugak la..lemah badan dia..kena picit2kan kaki..mmg xlarat..                                nenen tido nenen tido..
Mak mandikan fathi dgn daun semambu..lepas tu nampakla aktif sikit tp sekejap jek..aktiviti utama nenen dan tdo diselangseli dgn badmood hehe..kena layan dia saja..tak boleh buat kerja lain..tunggu tidur baru boleh buat kerja..
lepas tu dah tak berapa nak demam panas..mungkin campak dah keluar semua hingga ke kaki.kata orang tua, kalau bintik2 dah keluar kat kaki tandanya campak dah keluar abis.

membesarkan fathi ariff fahim, kecil2 lagik sudah kerap demam..dah sakit mata.dah demam campak..semoga membesar sebagai anak yang kuat dan tabah!

fathi ariff fahim, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepadamu anakku..aminn


Monday, June 24, 2013

Hari sukan tadika khalifah intelek 2013

Assaamualaikum dan salam   manis sahabat2ku..kali ni berkongsi cerita hari sukan tadika khalifah intelek anak2 cy, ammar dan insyirah..
Kali kedua dan akhir bagi ammar ariff dan pertama bagi insyirah nur..ammar dan insyirah masing2 masuk 1acara saja..
Group ammar dapat no 3 manakala insyirah dapat no 1..alhamdulillah..kali ni ammar lebih berani dan seronok berbanding tahun lepas..insyirah lagilah cool hehehe
Cy bersama anak2 jek, encik suami keje pulak..
Lepas dapat hadiah, terus balik dan belanja anak2 makan kfc..

Tahun depan insyaallah insyirah sorangla sukan di tadika..ammar darjah satu..moga mereka sihat dan aktif..amin