Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, February 12, 2016

benarkah suami orang lebih berharga?

Benarkah suami orang lebih berharga?

Sekali lagi, saya menerima emel bertanyakan soalan ini. Ntah kali yang ke berapa. Emel dari para isteri yang kecewa apabila suami mereka dipikat si gadis cantik jelita. Paling menyakitkan hati mereka, si gadis hampir sebaya anak mereka sendiri. Sebelum ini, saya pernah juga menerima beberapa pengakuan gadis-gadis yang meluahkan rasa resah apabila hubungan mereka dengan suami orang mula dihidu bakal madu. Yang jelas, gadis-gadis ini tahu mereka sedang bercinta dengan suami orang dan masih tetap ingin meneruskan hubungan walau ditentang isteri kekasih malahan ahli keluarga sendiri. Membalas persoalan di dalam emel saya, ada antara gadis-gadis ini mengaku tertawan dengan suami orang kerana suami orang lebih kukuh kewangan. Bukan tu saja, mereka lebih pandai memikat, menjaga hati dan pandai melayan si gadis berbanding jejaka bujang.

Hmmm… nak salahkan siapa? Si gadis kerana menggoda suami orang? Bagaimana dengan suami orang yang juga turut melayan walau dah tahu, diri tu dah beristeri dan beranak pinak? Nak salahkan takdir? Takdir yang menentukan kami jatuh cinta? Begitu? Kalau semua nak serah pada takdir, tak payahlah nak habiskan duit rakyat banyak-banyak untuk kerajaan membina penjara atau pusat serenti. Dah takdir orang tu jadi pencuri… dah takdir si dia jadi perogol… dah takdir dia tu nak jadi penagih… semuanya takdir… takdir dan takdir… setuju??? Semua orang tahu, setiap yang berlaku adalah dengan ketentuan dan takdir-Nya yang Maha Esa. Namun, sebagai manusia, kita perlu ingat… kita disuruh berikhtiar dan berusaha. Kalau nakkan sesuatu, kita perlu berusaha. Kalau tak nak pun, kita perlu berusaha… bukan menyerah begitu sahaja.

Samalah jugak dengan kes bercinta dengan suami orang… kalau dah tau, dia tu suami orang… kenapa nak teruskan jugak. Saya bukan menentang poligami… bukan maksud saya menghalang kaum lelaki berpoligami… kalaulah suami saya nak kawin lagi pun, silakanlah tetapi kenalah tilik diri… mampukah anda… jangan kawin sebab nak ikut syariat tapi selepas tu, perangai anda lebih teruk dari makhluk berkaki empat. Mampu tu pulak, bukan mampu dari segi nafkah batin jer tetapi dari segi nafkah zahir jugak…. tanggungan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan semuanya yang bernama keperluan. Masalah yang banyak berlaku sekarang ni… sorang isteri pun tak mampu nak biayai segala keperluan, masih perlukan bantuan isteri namun masih ada hati nak beristeri lagi… konon alasan: Aku lelaki… berhak untuk ada lebih seorang isteri. Jangan cakap tentang berhak la kalau kewajipan diri pun gagal ditunaikan. Pentingkan hak sendiri, hak isteri… hak anak-anak sesenang hati ja tolak ke tepi.

Pasal kukuh ekonomi… hanya satu daripada 20 kes poligami, suami benar-benar berkemampuan daripada segi kewangan. Memanglah si gadis nampak suami orang hidup senang, kewangan stabil, punya rumah dan kereta besar… jangan tak tau, kebanyakan suami orang sekarang, mampu hidup dengan identiti mempunyai kewangan teguh adalah atas pertolongan dan bantuan isteri. Isteri mengambil alih bebanan suami melangsaikan bil-bil itu ini, membeli keperluan dapur, membantu suami menyara keluarga… malah, atas nama kasih dan sayang, setiap bulan ada saja baju atau seluar dibeli oleh isteri sebagai hadiah kepada suami. Malah, ada kes…segala pendapatan isteri diserahkan kepada suami dan suamilah orangnya yang menguruskan segala hal ehwal kewangan. Saya akui bukan semua suami orang pandai ambil kesempatan… bersyukurlah para isteri yang punya suami yang tak pandai ambil kesempatan. Namun, ramai jugak suami orang yang pandai… pandai segala hal… hingga akhirnya isteri menangis sendiri.

Rasanya, soalan yang diutarakan dah terjawab kan? Berhargakah suami orang jika yang ada pada dirinya hanyalah karektor menyusahkan insan yang pernah disayang? Saya gunakan insan pernah disayang kerana bila ada kasih yang baru, nyata sekali ianya lebih bernilai di mata suami orang tu berbanding kasih isteri sedia ada. Sebab itulah, tak boleh percaya kata-kata lelaki: kasih dibahagi sama rata. Rasulullah s.a.w sendiri mengakui sukar membahagikan kasih sama rata… anda umat akhir zaman yang tak tau kat mana nak menetap di akhirat nanti, mengaku pandai membahagi kasih sama rata? Dah la syariat Nabi ikut sekerat jalan dan buat sesuka hati … masalah tul kan? Bila cakap pasal poligami, nak ikut syariat Nabi konon, tapi solat lima waktu, suku rakaat pun tak lengkap… hmmmm

Tak mengaku kasih baru mengatasi kasih sedia ada? Tak yah borak laa… kalau anda tak suka barang baru lebih dari barang lama, mustahil anda akan beli yang baru kan… apa pun alasan anda, yang pasti, barang baru itu ada lebih keistimewaannya dari barang lama hingga membuatkan anda memilihnya. Saya tau isteri bukan barang tetapi dah ramai suami yang memperlakukan isteri seperti barang. Masa suka, diguna habis-habisan. Isterilah tempat bergantung harapan, daripada peniaga kecil dan jadi jutawan. Bila dah ada yang baru, yang lama terus disimpan dan paling tragis, dibuang ke tepi. Mulalah memberi alasan, yang baru ini mempunyai lebih keistimewaan yang bukan sekadar memenuhi empat kriteria pilihan… hmmmmm

Kepada anak-anak gadis dan wanita di luar sana yang sedang berhubungan dengan suami orang… fikir gunakan akal, bukan kata hati. Jangan mudah percaya kata-kata suami orang, konon memilih anda kerana tidak bahagia dengan isteri sedia ada. Jangan juga percaya, isteri sedia ada akan diceraikan kerana memilih anda. Jika anda tak bersedia bermadu, kenapa memilih suami orang? Fikirkan jika anda di tempat isteri suami orang itu. Paling penting, fikirkan tentang anak-anaknya yang bakal membesar. Mahukah anda, jika satu hari nanti, anak-anak terpaksa menerima perceraian ibu dan ayah mereka gara-gara si ayah berkenan dengan perempuan lain? Jangan ingat anda menang kerana berjaya meruntuhkan rumahtangga orang!! Jangan ingat anda pandai kerana berjaya memisahkan sepasang suami isteri!! Jangan berbangga diri konon anda boleh menjadi ibu yang baik untuk anak-anak tiri kerana anda belum tahu bagaimana sebenarnya menjadi ibu.
Saya tahu, anda berhak memilih dan membuat keputusan tetapi anda perlu ingat, di dalam dunia ini, bukan hanya anda tetapi masih ada insan lain yang ingin bahagia. Berwaspadalah kerana doa mereka yang teraniaya, akan dimakbulkan-Nya….

****Siaran Ogos 2006

Thursday, October 16, 2014

Fathi buat hal pulak hehe

1 malam meninggalkan fathi ariff fahim bersama maksu a.k.a ibu dan wen sebab ke bangi utk menemani kawan2 ke pembentangan kik..malam tu ibu dah wassap bgtau dia xnak tido dan menangis..1 jam kemudian ibu kata dia dah tido. Alhamdulillah..mama doakan fathi baik2 aja seperti sebelum ni mama p kursus..

Pagi tadi tanya ibu, he he he..ibu kata fathi buat perangai malam tadik..hua hua hua pukui 11 tidoq...12.30 mengamok...pukui1 tidoq...pukui 2.30 mengamok blik.....pukui 3 tidoq.....4.30 mengamok...pas tu baru la tidoq elok sampai pg....

Mencari mama la tu..mencari nenen hahaha..manataknye, biasanya bangun tengok2 nenen depan mata,kali ni bangun carik nenen takda hehhe

Anak mama kuat kan..independent please sayangku hehhe fathi pasti faham nanti ..

Asal selamat susu mama

Assalamualaikum ..semalam berada di bangi,menemani rakan2 untuk membuat pembentangan kik .
Mama just bawak cooler bag,ice pack n pam saja..lupa pulak bangi lanai hotel xde peti ais. Sayang nak buang susu jadi mama p beli ais kat kedai 7e.seb baikla kedai dekat jek..nampak pulak kedai runcit,carik cooler box tp xde..yg ada bekas utk simpan mcm beras.so comel and sesuai utk letak susu hehe mama pon beli.rm8.90..
Sampai bilik,ambik ais letak dalam cooler bag dan masukkan susu.lepastu masukkan cooler bag dalam bekas biru tu,masukkan ais lagik semua skali.muat ,alhamdulillah..selamat susu mama.
pagi ni tgk dah cair,p 7e beli ais lagik.harap selamatla susu mama utk bekalan fathi esok.aminnnn

Monday, October 13, 2014

Tahniah ammar ariff [kisah bulan ogos]

Kisah ni dah lama..bulan ogos 2014.dah basi tapi kenangan yg perlu dikenang. Majlis anugerah kecemerlangan di sekolahnya.
ammar ariff fahim dapat nombor dua pada peperiksaan setengah tahun..alhamdulillah..tak tersangka mama,ammar ariff fahim dapat nombor 2..beza 1 ke 2 mata dengan kawan yg nombor 1..

ammar ariff fahim bukan dalam kelas darjah 1 yang pertama atau kedua..tapi keempat. Insyaallah kalau istiqamah, kekal prestasi ni, ammar ariff fahim boleh naik ke kelas yg lebih baik..

Mama teringat ammar ariff fahim kata masa dalam kereta balik sekolah..
mama..mama beruntung tau dapat anak macam abang ammar..xpayah belajar tapi dapat no.2..gahahgahahha..abang ammar oi..sebenarnya awak dah berusaha,bukannya awak xbelajar tapi istimewanya awak tu fokus dalam kelas. Tu yg cikgu dia habaq, bila dalam kelas dia xmain, tapi bila time main,dia main..ammar ariff fahim seorang yg pendiam bila dalam kelas...

ok ammar ariff fahim..mama doakan abang ammar dapat kekalkan prestasi.
mama love u so much son!

Thursday, October 9, 2014

Cabut gigi kali pertama

Ammar ariff fahim mengadu sakit gigi..tengok2 dah ada gigi tumbuh berlapis dgn gigi lama.sakit katanya,mama suruh goyang2kan dulu.
semalam ayah wassap,dah dicabut oleh maktok..xmenangis pon kata ayah..alhamdulillah..bagus2..kuat anak mama ni. Dah besar dah,dah 7 tahun.
Be strong bak mar!!

Tuesday, October 7, 2014

Impian mama..

Tadi petang singgah rnr tapah,dalam perjalanan untuk berkursus di putrajaya.

Semasa di surau,saya tertarik dengan gelagat 1 keluarga yg terdiri daripada mak dan 2 orang anak yg sedang bersembahyang.

Anak2 mengikut mak bersembahyang. Apabila selesai sembahyang, saya dengar anak yg kecil,mungkin around 5 tahun..dengan pelat dia berzikir hehe so sweet.

Lantas mak berdoa,dan anak2 ikut amin. kemudian mereka bersalaman dan mak mencium anak..

O allah..aku tak buat macamtu..aku mesti buat macamtu jugak. Aku selalu nak cepat..xajak anak2 sembahyang sama2 pon..memang diakui,perlu dilakukan bersama2 anak,tu yg paling cantik..

Tanggungjawab aku sebagai seorang mama ialah mendidik..terutamanya dr segi agama.masyaallah,besar sungguh tanggungjawab aku..aku tak terdaya..tapi aku akan cuba jugak..

Aku harus berubah demi anak2 dan keluarga kerana allah..agar keluargaku menjadi keluarga sakinah,mawaddah warahmah..aminnnn

Wednesday, October 1, 2014

Fathi dah kena demam campak kecik

~rupanya tak publish lagik entry ni~
Awal minggu bulan 9..fathi mula ada yg xkena..susah nk tdo malam..badan mcm nak panas jek..2 hari berikut mula nak panas dan keluar ruam di badan..
seingatnya hari khamis malam nampak ada ruam..jumpa doktor..katanya viral rashes..demam disebabkan rashes atau rashes disebabkan demam gitu..ingatkan dia alergik macaroni sbb b4 this dia makan tu la..makanya bermula episod demam fathi..
Sabtu dah ahad demam panas..dgn ruam tu..lagikla buat perangai..nyusu saja..makan apa pon xnak..alhamdulillah la dia nak nyusu mama..kalo x ..adoi risau giler la mama..makin susut anakku..
Hari isnin tu kenalah e.l..xkan demam macamtu nak bagi maksu jaga..kesian fathi..petang tu jumpa doktor lain.katanya measles atau campak..tapi jenis kecik2..orang tua kata campak serkam or keladi..halus jek..dia demam panas baru keluar semua..tu yg awal2 doktor lain kata viral rashes..campak belum keluar lagik..kali ni kena bg jugak antibiotik..dr safari pon serba salah..garu2 kepala dia..berat katanya nk bg antibiotik kat baby..tp nak buat mcmana..bg jugak la..lemah badan dia..kena picit2kan kaki..mmg xlarat..                                nenen tido nenen tido..
Mak mandikan fathi dgn daun semambu..lepas tu nampakla aktif sikit tp sekejap jek..aktiviti utama nenen dan tdo diselangseli dgn badmood hehe..kena layan dia saja..tak boleh buat kerja lain..tunggu tidur baru boleh buat kerja..
lepas tu dah tak berapa nak demam panas..mungkin campak dah keluar semua hingga ke kaki.kata orang tua, kalau bintik2 dah keluar kat kaki tandanya campak dah keluar abis.

membesarkan fathi ariff fahim, kecil2 lagik sudah kerap demam..dah sakit mata.dah demam campak..semoga membesar sebagai anak yang kuat dan tabah!

fathi ariff fahim, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepadamu anakku..aminn


Monday, September 22, 2014

Friends are forever

Kawan..
Sahabat..
Teman..
Saudara..
Keluarga.

Mereka dulu pernah mewarnai hidup saya...
suka duka..
susah senang saya di universiti dan bekerja di melaka satu masa dulu,mereka jugalah yg bersama saya.

Walaupun kini kita jauh..
sesekali bertanya khabar..
sesekali berjumpa setelah bertahun2 berpisah..
Kalian tetap di hati..
Yg dalam gambar2 tu..
Ina.ida.kakdek.kakn.ima.makibu.
Semoga allah melindungi kalian dan keluarga.aminn.

Love u all.

Welcoming new family member

Selamat datang keretaku..
Selamat berbahagia untuk berkhidmat bersama2 kami..
Semoga setiap perjalanan dilindungi allah.aminn
Mula diambil bersama husband.paksu.saya.fathi. pada 18 september 2014..

Nikmat rezeki allah bagi..


syukur


Sunday, September 14, 2014

Selamat pengantin baru!

Selamat pengantin baru..

Dak arel dan isteri..
Dak amy dan isteri..

Alhamdulillah..kalian dah bertemu jodoh dengan pilihan masing2..
Sebagai kakak,akak doakan kalian diberi kekuatan oleh allah untuk mengharungi perjalanan hidup sebagai suami isteri yg serba mencabar ni..

Kunci1 sabar
Kunci2 sabar
Kunci 3 sabar jugak

Semoga berbahagia hingga ke syurga.amin

Saturday, September 6, 2014

Selamat jalan cici a.k.a civic.u r the best!

Have to say good bye to my dear cici aka civic 2000..
perkhidmatan anda sangat2 bagus..
Start 2009 sampaila 6 september 2014..
Menjadi saksi perkembangan suka duka keluarga kami..
Accident sekali yg agak teruk masa saya balik keja di bm.
Langgar lori kecik apek..membawa perubahan warna silver ke hitam..ada sekali kat kepala batas budak lelaki bwk motor langgar cermin dan pintu sisi..ada jugak yg hihihihi atas ketidakcekapan saya atau keterlebih terror saya pandu..calar di bumper la..terseret dinding masa naik parking hotel la..org langgar kat bulatan bukit tengah la...langgar tembok tepi jalan kat tasek gelugor la..ahhhhh mcm2 la hihihi..

Macam2 kenangan..melepaskanmu amat perit bagi kami..sebak rasanya..tapi rasanya dah tiba masa untukmu pergi..6thn bersama..lg setahun jek nak abis bayar.
Tapi keta dah 14 tahun ni macam dah nk uzur..jadi kami nk cici carik owner lain yg lebih baik..

Terima kasih banyak2 kerana bersama2 dengan kami..suka dan duka kami..

'Bon boyage '
#Pengganti?sukar jugak nak berganti....

Tuesday, August 5, 2014

Doa demam panas dan sakit kait darah

Fathi ariff..
Dalam bulan 7 2014 ni dah 2 kali fathi ariff demam..awal bulan demam sebab sakit mata..1 family kecuali ayah kena..
Pertengahan bulan fathi ariff demam lagi..kata doktor tekak merah..isnin tu masa hantar fathi ariff ke rumah tok ayah..fathi ariff mcm nak panas semula..susah hati mama ..mama amik keputusan utk balik..dah 2 hari demam..demam tetap onn off sampai rabu tu mama nak keje sampai xboleh nak bersiap sebab fathi ariff nangis xhenti..jam 3pagi panas sangat badannya.mama serba salah sbb dah 2 hari e.l..dah b4 this mc seminggu..mama msg bos n bagitau kesulitan mama.alhamdulillah bos ok..siap suruh amik pokok aloe vera kat umah dia.

Senang hatila sikit..cik zaidi kawan mama wasap doa ni..sampai menangis mama baca doa ni..mohon pada allah fathi ariff cepat sembuh...baca yg rumi tu sbb faham maknanya..baca sambil letak tangan di kepala fathi ariff.baca juga bismillah 5.lepastu mama nenenkan fathi ariff sampai tertidur. Lepas tu bangun siap galak merangkak..sengih2..alhamdulillah..tengok2 dia berak mcm nak cirit..kot panas keluar yek..alhamdulillah..walaupun masih demam on off tp semakin baik..

Mama amalkan doa ni dan bismillah 5..xlekangla bismillah 5 tu..alhamdulillah..hari khamis fathi ariff beransur baik dan hari jumaat mama dah bole kerja..ramai kawan2 dah cuti raya tp mama semangat nk kerja sbb lama cuti,banyak keje tertunggak..

Semoga allah kurniakan kesihatan yang baik kepada anak mama ni..manja mama no 3 hehe..

Monday, November 4, 2013

Fathi ariff #bertahnik

Alhamdulillah..cerita fathi ariff lagi..

Pada 28 zulhijah 1434 bersamaan 2nov2013, kami menerima kehadiran tetamu dr melaka, wakmin a.k.a ustaz rahimin bani.kenalan sewaktu cy kerja di melaka, dianggap mcm pakcik  sendiri sampai cy panggil wak jek..biasala jawa hehe

Kebetulan wak min ada persidangan di bayview feringgi..ingatkan dah xdapat jumpa sbb encik suami xsempat nak ambil wak min berikutan bimbang sangkut jem dan xdpt ke airport on time..maklumla perayaan deepavali..terpaksa cancel utk jemput wak ke rumah..

Esok paginya wak call tp cy tgh siapkan fathi ariff..setengah jam kemudian wak msg..katanya ada di masjid seberang jaya dah.tumpang kawannya. Wak nak naik teksi ke rumah.haaa..xbest gitu suruh wak naik teksi.jadinya mintak tolong suriaty dan paksu ambik wak.

Mak p kenduri jadi bila bgtau kat mak, mak terus ke kedai kak sari,beli lauk kikiki..alhamdulillah, jam 11lebih sampai jugak wak ke pinang tunggal..seb baik ada paksu..abah..buat teman sembang..encik suami p keje..sempat wak min makan di rumah dan solat di surau depan tu..

pastu tahnik kan fathi ariff..million thanks to maksu n tuty munirah sebab berdesup ke dato kailan beli air zam zam n kurma di kedai abang zul n also jeruuuuuuk hehe sempatlah fathi ariff ditahnik..alhamdulillah..budak ni kemain lg tido sampai susah nk bgnkan..tp alhamdulillah dpt dibangunkan, geletek sama dia hehehe.. semoga fathi jadi anak yg soleh, berilmu agama yg tinggi utk bekalan di dunia dan akhirat..lembut hati tp tegas dan berpendirian tinggi..amin..

Kawan wak, ust shafie, pegawai agama daerah sps sempat singgah jumpa wak di rumah tp sat saja la sbb wak dah lambat..3.30ptg paksu maksu suriaty n ammar hantar wak min ke airport.huuuui ramai btol pengiring wak eh..apapon million thanks to mr and mrs pengiring also miss pengiring..flight jam 5.30.kena awal takut bridge jem...

Thanks wak min! Jangan serik ya..datang lagik tau! Hehe