Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

buat sendiri bunga tisu untuk majlis perkahwinan atau pertunangan

.
assalamualaikum dan salam manis..cy kongsikan hasil bunga tisu yang cy buat sendiri untuk majlis perkahwinan anis bulan 12 2012..semuanya cy buat sendiri dari a to z..puas hati..tak sangka ada bakat jugak..tapi bila sesuatu tu kita suka buat,ada minat..sanggup korban masa,sakit tangan, itu ini...insyaallah pasti menjadi..dan ia juga menjimatkan :)..


bahan-bahannya..semua cy beli di atuz seberang jaya..crepe paper tu murah je..boleh dapat 10 keping rm 4.80 or 5.00..kalo kedai lain dijual dengan harga 60sen hingga 80sen..ribbon pon sama..ada beza dgn kedai biasa n atuz..padang serai lagi mahal woooo..haish..tapi kita kena ingat atuz membeli barangnya secara borong,jadi murahla..kalo kedai2 kecil tu mmgla akan jadi mahal..nak untung woo..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, February 20, 2012

keluarga baru..sukanya!

sabtu lepas Cy mintak suami Cy sponsor pokok..suami Cy setuju..p la ajak ke nursery di pongsu seribu tapi tutup pulak..haaaaaaisssssh..last2 Cy ajak ke nursery di kepala batas pulak..adoi..jalan punya jalan, Cy hanya berkenan kat pokok ni saja hahaha pokok lavender..before this Cy ada levender kaler red purple or megenta..kat nursery kanari di cherok tok kun tu takde pon..wah wahwah so Cy pon grab la 3 heheheh satu pokok rm6..sampai rumah terusla tanam .peluh merecik..puas sungguh..jom layan gambo
cantiknyyeee..


 korek lobang, bubuh tanah hitam sikit..
tanam dekat dengan pokok lavender kaler red purple tu..waaaah acun ah..harap2nya hidupla pokok Cy ni..lavender ni nak redup2..


 potong setengah..bubuh kat sebelah pokok red purple sbb belah sana tak muat cos nak bagi kosong untuk laluan..


inilah ahli keluarga baru lamanku.ehem..nanti nak tambah lagi..weeeeeeeee..tunggu yek!nak shoping kat nursery kanari bm tu, lagi banyak pilihan pokok..tunggu gaji yek hehehe ni la aktiviti yang meredakan stress Cy..sangat2 puas!
 

Wednesday, February 1, 2012

geng bawak bekal sehingga 22feb..

tengok bubur tu. inilah menu geng bekal sehingga 22 Februari di ofis..kenapa 22?sebab 23 tu gaji heheheh ..sekarang ramai yg dah paras hidung kedudukan kewangannya...
sejak kawan2 tengok saya bawak bekal, so depa pon nak bawak bekal.bermula semalam, masing2 bawak bekal dan makan bersama ehhehe kuatnya aura saya :p..

hari ini menunya ialah moi atau bubur nasi.saya bawak daun sup..yang lain2 bawak ikan bilis sikit, telur masin, lobak asin, ikan masin, sambal kicap, sup..buburnya dimasak di pantry ofis..

waaaa..amalan yg sihat telah saya wujudkan di pejabat..penjimatan duit belanja, merajinkan diri, menjadi isteri yg solehah, mengerat perhubungan kakitangan..ape lagik?macam2lah..

alhamdulillah..harapnya berterusan..

Monday, January 30, 2012

ciri-ciri isteri solehah..ahaks..amin..


comelkan makanan bekalan tu hehe..entry Cy kali ni nak share seronoknya Cy bila dapat memasak pada subuh hari dan membekalkan suami Cy dengan nasik dan lauk simple..kesian tengok suami yang selalu mis soru hahha betul ke perkataan ni? suami seringkali lambat makan..jam 3 barulah makan, kadang2 jam 4 baru makan..jarang-jarang Cy bekalkan makanan or nasi..adakalanya naget, sosej ..makanan yang segera dan simple..

masa sebelum masuk rumah sendiri, dalam hati ni selalu kata, nak masak bekal kat suami la pagi2..tapi hampes..sekarang ni Cy fikir kalau Cy masak pagi2, nanti malam tinggal masak sayur jek..jimat masa, bole rehat awal. alang2 dah masak tu, eloklah buat bekal kat suami..betul tak..suami kata, elok gak, boleh jimat. bukan apa, kadang2 orang lelaki ni tak rajin nak bawak bekal..adakalanya malu ehhehe..kalau ikut orang jepun , mereka rajin bawa bekal. kalau tak salah Cy, dipanggil bentou..kalo tengok pekerja warga asing macam bangladesh ke ape2 la, rajin sungguh bawak bekalan ke tempat kerja..

start minggu lepas Cy dah bekalkan suami..lauk simple aje hehe sardin, ikan bilis goreng n telor goreng. arini Cy buatkan ayam masak kicap..

seronok jugak macam ni..selain dapat jimatkan duit makan tengahari tu, dapatlah mengeratkan hubungan suami isteri, suami makan masakan hasil air tangan suami eh isteri daaaaa..tapi kalu suami masak ape salahnye kan..untuk bekalan isteri ehhehe hehe harapnya berpanjanganlah, istiqamah dalam menyediakan bekal untuk suami. kuat untuk bangun awal pagi..cabaran besar tuuuuuuuuu..bantal dan tilam dok gam hahaah..chaiyok!

Sunday, January 29, 2012

oven ovin ovan : kite bakor ajeler!

sebelum ini Cy teringin nak beli mixer kan?so kali ini ada lagi satu hajat Cy iaitu nak beli ...tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
aduhai.bila dah ada mixer, kena la ada oven elektrik ni supaya kek boleh dibakar hehe                       sasaran Cy adalah pada bulan Mac or April..so..kumpul duit!!!ke ader sapa2 nak sponsor or hadiahkan?ehhehe
semangat membara nak memiliki gadget ini..biasalah, sebagai wanita dan ibu mesti ada kemahiran tertentu..nak buat kek yg cantik2 tu.nak suap mulut2 comel di rumah tu ehhehe...barulah suami dan anak2 bertambah sayang..haaa tu la tips keluarga bahagia..air tangan isteri dan ibu tu la menjadi pemangkin kepada kebahagiaan keluarga tau..haaaa pegang kata2 tu..
Cy masih dalam kajian , nak beli brand apa..ada yang cadang brand Zanussi or elba..
tapi Cy nak kaji butterfly..
ada yang cadangkan beli 42 liter supaya banyak biskut boleh dibakar..jimat masa..tapi ada yg kata beli kecik2 ajela..insyaallah, saya nak aim yg 42 liter ..untuk jangka panjang ..alang2 membeli..tapi bergantung kepada kedudukan kewangan yek..kalo brand elba, tengok kat senheng around 399 tuuuuuuuu..uishh..banyak yg perlu dipertimbangkan ni..nak kene kumpul duit ni..

tapi bila dah beli, jangan jadik projek gajah putih pulak yek :p

Saturday, January 28, 2012

mixer putar alam impianku

Cy nak aim nak beli  mixer pada bulan Februari nanti..tak sabo nak buat kek laaaaaaaaa..dah bertahun tak buat kek tau..sejak mak meninggal..dulu suka buat kek ngan kakak n mak..kek sponge paling pandai! tapi sekarang hampes Cy dah tak ingat hahahha
Cy suka buat kek or biskut so pada Cy, i need this!..tak tau lagi samada nak beli hand mixer or yg siap dengan bowl skali..yang di atas tu harganya rm149..sempat ke nak kumpul duit ni?kewangan cukup ke?kalo tak sempat, Mac kot..mungkin Cy boleh mintak sponsor sikit daripada husband..
abang, sponsor bole tak?nanti hari2 mama buat kek  n biskut :p

Wednesday, January 11, 2012

gaji oh gaji


gaji oh gaji..ni la jadual pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan untuk tahun 2012 ni hehe so bulan januari ni cepatlah sikit dapat sebab sambutan chinese new year..

so mari sama2 kita tengok supaya dapat jadi panduan kita dalam merancang kewangan tahun 2012 ni yek..saya dapat jadual ni kat mak google yek hehe.tq mak google