Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

buat sendiri bunga tisu untuk majlis perkahwinan atau pertunangan

.
assalamualaikum dan salam manis..cy kongsikan hasil bunga tisu yang cy buat sendiri untuk majlis perkahwinan anis bulan 12 2012..semuanya cy buat sendiri dari a to z..puas hati..tak sangka ada bakat jugak..tapi bila sesuatu tu kita suka buat,ada minat..sanggup korban masa,sakit tangan, itu ini...insyaallah pasti menjadi..dan ia juga menjimatkan :)..


bahan-bahannya..semua cy beli di atuz seberang jaya..crepe paper tu murah je..boleh dapat 10 keping rm 4.80 or 5.00..kalo kedai lain dijual dengan harga 60sen hingga 80sen..ribbon pon sama..ada beza dgn kedai biasa n atuz..padang serai lagi mahal woooo..haish..tapi kita kena ingat atuz membeli barangnya secara borong,jadi murahla..kalo kedai2 kecil tu mmgla akan jadi mahal..nak untung woo..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, March 5, 2013

berkat berbakti kepada ibu bapa

assalamualaikum dan salammanis..
pagi-pagi tadi masa cy nak ke tempat kerja,sambil dengar sinarfm..cerita pasal rezeki..ramai yang share tentang rezeki apabila kita menjaga kebajikan ibu bapa kita..

hmmm..cy amat bersetuju tentang ini..jangan lokek untuk hulur duit kat mak bapak anda selagi mereka masih hidup..kalo macam cy ni yg keduanya dah meninggal,tak dapatla bagi mak abah merasa..tapi cara lain boleh digunakan..sedekahlah atas nama mereka..kalau mak dan abah mertua ada lagi,maka mereka juga wajib kita ambil berat..mereka juga seperti ibu dan bapa kita sendiri

apabila kita berbuat baik kepada mereka ini, insyaallah mereka akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kita bahkan rezeki kita juga akan bertambah2..cy percaya yg tu..bila anak2 kita tengok bagaimana kita menjaga abah wan dan maktok dia,insyaallah,anak2 kita juga akan menjaga kita sepertimana kita menjaga ibu bapa kita..



Monday, February 20, 2012

keluarga baru..sukanya!

sabtu lepas Cy mintak suami Cy sponsor pokok..suami Cy setuju..p la ajak ke nursery di pongsu seribu tapi tutup pulak..haaaaaaisssssh..last2 Cy ajak ke nursery di kepala batas pulak..adoi..jalan punya jalan, Cy hanya berkenan kat pokok ni saja hahaha pokok lavender..before this Cy ada levender kaler red purple or megenta..kat nursery kanari di cherok tok kun tu takde pon..wah wahwah so Cy pon grab la 3 heheheh satu pokok rm6..sampai rumah terusla tanam .peluh merecik..puas sungguh..jom layan gambo
cantiknyyeee..


 korek lobang, bubuh tanah hitam sikit..
tanam dekat dengan pokok lavender kaler red purple tu..waaaah acun ah..harap2nya hidupla pokok Cy ni..lavender ni nak redup2..


 potong setengah..bubuh kat sebelah pokok red purple sbb belah sana tak muat cos nak bagi kosong untuk laluan..


inilah ahli keluarga baru lamanku.ehem..nanti nak tambah lagi..weeeeeeeee..tunggu yek!nak shoping kat nursery kanari bm tu, lagi banyak pilihan pokok..tunggu gaji yek hehehe ni la aktiviti yang meredakan stress Cy..sangat2 puas!
 

Wednesday, February 1, 2012

geng bawak bekal sehingga 22feb..

tengok bubur tu. inilah menu geng bekal sehingga 22 Februari di ofis..kenapa 22?sebab 23 tu gaji heheheh ..sekarang ramai yg dah paras hidung kedudukan kewangannya...
sejak kawan2 tengok saya bawak bekal, so depa pon nak bawak bekal.bermula semalam, masing2 bawak bekal dan makan bersama ehhehe kuatnya aura saya :p..

hari ini menunya ialah moi atau bubur nasi.saya bawak daun sup..yang lain2 bawak ikan bilis sikit, telur masin, lobak asin, ikan masin, sambal kicap, sup..buburnya dimasak di pantry ofis..

waaaa..amalan yg sihat telah saya wujudkan di pejabat..penjimatan duit belanja, merajinkan diri, menjadi isteri yg solehah, mengerat perhubungan kakitangan..ape lagik?macam2lah..

alhamdulillah..harapnya berterusan..

Monday, January 30, 2012

ciri-ciri isteri solehah..ahaks..amin..


comelkan makanan bekalan tu hehe..entry Cy kali ni nak share seronoknya Cy bila dapat memasak pada subuh hari dan membekalkan suami Cy dengan nasik dan lauk simple..kesian tengok suami yang selalu mis soru hahha betul ke perkataan ni? suami seringkali lambat makan..jam 3 barulah makan, kadang2 jam 4 baru makan..jarang-jarang Cy bekalkan makanan or nasi..adakalanya naget, sosej ..makanan yang segera dan simple..

masa sebelum masuk rumah sendiri, dalam hati ni selalu kata, nak masak bekal kat suami la pagi2..tapi hampes..sekarang ni Cy fikir kalau Cy masak pagi2, nanti malam tinggal masak sayur jek..jimat masa, bole rehat awal. alang2 dah masak tu, eloklah buat bekal kat suami..betul tak..suami kata, elok gak, boleh jimat. bukan apa, kadang2 orang lelaki ni tak rajin nak bawak bekal..adakalanya malu ehhehe..kalau ikut orang jepun , mereka rajin bawa bekal. kalau tak salah Cy, dipanggil bentou..kalo tengok pekerja warga asing macam bangladesh ke ape2 la, rajin sungguh bawak bekalan ke tempat kerja..

start minggu lepas Cy dah bekalkan suami..lauk simple aje hehe sardin, ikan bilis goreng n telor goreng. arini Cy buatkan ayam masak kicap..

seronok jugak macam ni..selain dapat jimatkan duit makan tengahari tu, dapatlah mengeratkan hubungan suami isteri, suami makan masakan hasil air tangan suami eh isteri daaaaa..tapi kalu suami masak ape salahnye kan..untuk bekalan isteri ehhehe hehe harapnya berpanjanganlah, istiqamah dalam menyediakan bekal untuk suami. kuat untuk bangun awal pagi..cabaran besar tuuuuuuuuu..bantal dan tilam dok gam hahaah..chaiyok!

Saturday, January 14, 2012

terbang lagik duit gue..

Aish aish.januari januari..bulan keluar duit banyak ek hahaha

bulan januari tahun lepas kereta CY kena langgar, kemik sampai sekarang CY tak baiki pon..huhu gunakan duit utk belanja lain pulak..

januari tahun ni..cermin sisi kereta CY pulak retak, masa husband CY memandu untuk hantar syirahnur ke rumah mak, ada kereta terlebih masuk lorong sbb nak potong motor..


kali ni pulak cermin mata CY patah bahagian hidungnya..huwaaaaaaaaaaaa..tenshen gue..CY mmg rajin sangat membetulkan sendiri cermin mata CY yg rasanya tak stabil dan memeningkan kepala..(gatal tangan) aduh aduh..last2 pakai jugak walau ada satu aje..semalam ke kedai cermin mata, pilih yang jenis alternatif tu n bahagian idung tu tak perlu nak adjust2..i hope jangka hayat dia lama hahhaa....waaaaaaaaaaa duit lagiks..

malang tak berbau, hati2 la ya..