Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Cabut gigi kali pertama

Ammar ariff fahim mengadu sakit gigi..tengok2 dah ada gigi tumbuh berlapis dgn gigi lama.sakit katanya,mama suruh goyang2kan dulu.
semalam ayah wassap,dah dicabut oleh maktok..xmenangis pon kata ayah..alhamdulillah..bagus2..kuat anak mama ni. Dah besar dah,dah 7 tahun.
Be strong bak mar!!

Wednesday, October 1, 2014

Fathi dah kena demam campak kecik

~rupanya tak publish lagik entry ni~
Awal minggu bulan 9..fathi mula ada yg xkena..susah nk tdo malam..badan mcm nak panas jek..2 hari berikut mula nak panas dan keluar ruam di badan..
seingatnya hari khamis malam nampak ada ruam..jumpa doktor..katanya viral rashes..demam disebabkan rashes atau rashes disebabkan demam gitu..ingatkan dia alergik macaroni sbb b4 this dia makan tu la..makanya bermula episod demam fathi..
Sabtu dah ahad demam panas..dgn ruam tu..lagikla buat perangai..nyusu saja..makan apa pon xnak..alhamdulillah la dia nak nyusu mama..kalo x ..adoi risau giler la mama..makin susut anakku..
Hari isnin tu kenalah e.l..xkan demam macamtu nak bagi maksu jaga..kesian fathi..petang tu jumpa doktor lain.katanya measles atau campak..tapi jenis kecik2..orang tua kata campak serkam or keladi..halus jek..dia demam panas baru keluar semua..tu yg awal2 doktor lain kata viral rashes..campak belum keluar lagik..kali ni kena bg jugak antibiotik..dr safari pon serba salah..garu2 kepala dia..berat katanya nk bg antibiotik kat baby..tp nak buat mcmana..bg jugak la..lemah badan dia..kena picit2kan kaki..mmg xlarat..                                nenen tido nenen tido..
Mak mandikan fathi dgn daun semambu..lepas tu nampakla aktif sikit tp sekejap jek..aktiviti utama nenen dan tdo diselangseli dgn badmood hehe..kena layan dia saja..tak boleh buat kerja lain..tunggu tidur baru boleh buat kerja..
lepas tu dah tak berapa nak demam panas..mungkin campak dah keluar semua hingga ke kaki.kata orang tua, kalau bintik2 dah keluar kat kaki tandanya campak dah keluar abis.

membesarkan fathi ariff fahim, kecil2 lagik sudah kerap demam..dah sakit mata.dah demam campak..semoga membesar sebagai anak yang kuat dan tabah!

fathi ariff fahim, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepadamu anakku..aminn


Wednesday, April 3, 2013

welcome april!

assalamualaikum dan salam manis..

kembali semula di sini..dah masuk bulan april..cepatnya masa berlalu..
sejak kandungan anak ke3 ni dah menganjak 9 minggu, cabaran ibu mengandung baru bermula..huhu..perut berangin sentiasa, perut asik lapar saja, kalau tak tahan sangat cy muntah jugak..perut dah nampak macam orang  mengandung 4-5 bulan pulak..perut yang asalnya tebal dan buncit ditambah lagi dengan angin kembung, besarla perut ni..so takleh nak sembunyi dengan kawan2..kena bagitau jugaklah..nampak sangat tak larat kuang kuang kuang..nak berahsia ape lagik kan..orang bole tau..

cik abang kata ni macam masa mengandungkan ammar..asyik muntah aje..dia kata insyaallah ni mesti anak lelaki..hehe..mana2 pon takpe..doakan sihat sajalah..

malas menjadik2..kalau di rumah tu asyik nak baaaaaaaaaaaaaaring saja..balik keja pon asik nak baaaaaaaring saja..rumah dah jadik macam tongkang pecah tapi kalo dahtak tahan sangat tengok rumah, tiba2 tenaga mencanak2, super rajin pulak kemas..sebab cy dah tak tahan tengok..tu yg kuatkan diri buat kerja rumah..bole pulak ek..tu maknanya kita tak bole ikutkan sangat perasaan malas tu..cy rasa macam cy terperangkap dalam 1 lagi cy yang malas..dok rasa macam nak keluar dr orang tu tapi tak bole..so jadikla malasnye..cik abang kata jangan ikut sangat malas tu, nanti anak pon malas..huhuhu..bukan ape, malas sebab feeling not well..rasa tak larat sangat..

insyaallah, cy akan cuba lawan perasaan malas tu..minggu lepas cy saja lepak rumah mak so takla asyik nak baring saja, rajinla sikit..bole la kopek kelapa 40kg..tp lepas tu mengah tak hengat ahhahahha padan muka cy..tak bole jugak buat keje berat2 sangat ek..

insyirah suka sangat usap perut dan panggil baby..cium perut dan kata sayang baby..ammar pon kadang2 dok peluk..anak2 dah boleh fikir..so rasanya anak2 bole terima adik ni..insyaallah..

doakan cy ya..cy doakan kalian semua diberkati allah..amin

Tuesday, March 12, 2013

cubaan makan-makan-perut-lebih-selesa

assalamualaikum dan salam manis..
alhamdulillah .. nampaknya menjadi..tapi bila jam 12 perut dah rasa lapar sangat..makan biskut dan air panas..lega sekejap..makan setengah pinggan nasik dengan lauk ..dengan air sirap panas..tidak hilang tapi kurang sedikit ketidakselesaan perut tu..minum air panas..elakkan minuman berais..penghadaman menjadi mudah..saya lebih selesa..alhamdulillah..jadi, sediakan biskut, roti, snack untuk mengelakkan lapar sangat hehe tak boleh harung jugak nasik sepinggan yek, nanti perut penuh, angin  penuh.. xselesa, tak boleh kerja, asyik nak tido pulak..

esok pasti lebih baik..insyaallah..

cubaan makan-makan-perut-lebih-selesa

assalamualaikum dan salam manis..

pagi ini :
bangun tido makan honey star + air masak..
masa memandu, makan sepeket biskut jacobs
sampai pejabat, makan sepeket biskut jacobs dan setengah roti butter gardenia tu cicah air milo..
perut taklah berangin sangat..berbeza kalo makan berat sangat macam nasik lemak..
tapi perut penuh jugak..nak kena letak minyak angin ni..
aduh tapi sampai bila bole bertahan ni huhuhu

Tuesday, February 28, 2012

ammar kena hfmd or sakit tangan kaki dan mulut-cuak jugak beb

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..dah 8 hari tak update..macam sibuk sangat la Cy ni heheh..macam takde mood pulak nak update .tapi kali ni kena update jugak.
untuk makluman anda,ammar kena hfmd atau hand foot mouth disease or sakit tangan kaki dan mulut..as his mom, macam tak percaya jek anak Cy boleh kena hfmd..dalam kepala dah terfikir sekolah dia la ni..

ahad lepas, lepas mandi pagi tu, Cy tengok tapak tangan dia ada gelembung air macam kena api tu..Cy tanya ammar,kenapa tu, dia kata ammar main api la mama, jadi macam ni la..aisshh takkan ammar main api n cucuh banyak2..pelik.. ingat takde papae la tapi hati dah tak sedap dah..Cy teringat sakit hfmd tu n terus google..confirm, sah simptom hfmd ada pada ammar.cepat2 call husband,ajak ke klinik . depa p umah mak,jumpa ibu, wan,cik bob n cik su yg br sampai dr lumut..

dr putra sahkan hfmd..doktor suruh kuarantin,tak yah ke sekolah sehingga sembuh.takut jangkit budak2 lain. nampaknya Cy kena cuti..isnin jdik MC  untuk seminar job coach di Eq-cepat2 call kawan mintak cover..selasa miting pementoran,kena present..klien beratur..have to cancelled la.




so guyz..tanda2 hfmd pada ammar mmg mudah nak kesan.sila lihat di tapak tangan, tapak kaki dan mulut anak..kat kawasan tu saja biasanya kena..sbb tu dipanggil sakit tangan, kaki dan mulut..tempat lain tu Cy tak pasti..ammar demam sikit,tak la panas sangat. ammar aktif macam biasa dan Cy assumed, virusnya tak berapa kuat menyerang..so sila pantau anak2 anda, sekiranya ada,jumpa doktor ..takde ubat khas cuma untuk demam,makan ubat demam..calamine cream untuk gelembung air tu..ubat titis kat mulut untuk kurangkan sakit mulut akibat ulser..kuarantin sekiranya disahkan hfmd.dok rumah pon takpe tapi kalau simptom teruk sangat macam sampai lelah ke sawan ke muntah2 ke,bawak la ke hospital..ammar takde simptom tu so Cy assumed dia tak teruk sgt.. kalau ada anak2 lain, asingkan.p dok umah  kenalan atau sedara terdekat..tapi kalau dah takde sapa2, asingkan dalam rumah..tp Cy jamin, jangkit punya hehehe cuci tangan bila kendalikan anak kena hfmd. selera makan mungkin berkurangan sbb sakit mulut. mainan boleh dicuci dengan clorox ya.

alhamdulillah ammar semakin baik, gelembung air nak surut n kering..sekarang ni insyirah pulak..

bila Cy call sekolah, cikgu kata takde sapa pon yg kena so Cy fikir mungkin semasa kami p shopping n makan kat luar, virus tu menyerang..takpelah,asalkan dapat detect awal,ok la..kat sarawak pon makin teruk..doktor di sini pon kata dah ada sekolah2 yg dah kena..ok,next time sambung lagi..ingat,perhatikan anak anda-jangan panik ya..


kredit to the owner of those pics ya.

Saturday, February 4, 2012

dugaan allah di kala bercuti..alhamdulillah..


kredit to owner of this pic www.dirikudrcinta.blogspot.com...pinjam yek :)

pagi tadi, syirahnur n ammar nak mandi kolam..so setelah isi air kat kolam, Cy biarkan anak2 mandi sementara Cy goreng bihun singapore..tiba2 terdengar syirahnur nangis..
dalam hati, ni mesti ammar kacau..sangkaan Cy meleset..syirahnur jatuh..licin tempat tu..
cara dia terduduk tu lain macam jek..
Cy angkat n bawak masuk rumah..telek punya telek..takde nampak macam patah tapi syirahnur tak boleh jalan..sakit katanya.
letak minyak gamat, tak berani nak urut..
petang tu balik rumah mak, ajak mak n abah p urut kat terat batu, kulim..dekat jek sebenarnye..
makcik yg urut tu kate sendi terkeluar sikit..so dia urut , tolak bagi masuk sendi tu.
.yg budak comel tu tak nangis langsung..aisssh..

kesian sungguh budak comel tu, masih lagi rasa sakit agaknya sampaikan taknak jejak kaki..
mengengsot aje huhuhu..esok awak kene jalan jugak yek anak mama..mama doakan insyirahnur cepat sembuh..tak sanggup tengok awak duduk saja..

selamat sembuh ya..amin...

Friday, February 3, 2012

gastrik:tunggang terbalik Cy dibuatnya

(gambar from google.kredit to owner)

huhu semalam Cy sakit perut gastrik..
dari pagi rasa sikit2 jek..
dah kol 11 tu tak tahan dah..
p surau sat, lepak..tapi takleh jugak..tido takleh..buat ape pon tak boleh..aduhai..
tertonggeng2 la dalam surau tu, tahan sakit..
last2 surrender, nak p klinik sebelah ofis tapi tutup pulak..
amik kunci keta, drive sendiri cari klinik..
sambil drive tu, masa sakit menyerang semula..menjerit dalam keta.
air mata pon meleleh huhuhu
sampai klinik, bg ai c..staf klinik tanya itu ini..
bila sakit menyerang semula, terus menangis..hahhahah..dia terus kata..kak masuk terus kak..
bila jumpa doktor, dia tanya kenapa sampai nangis ni..
saya sakit perut doktor..doktor pon check..
doktor tekan perut,aduh masa tu sakit menyerang lagi..mengerang sakitla Cy huhu air mata meleleh..
doktor terus kata awak gastrik ni..saya inject yek..
Cy kata ok ..
lepas inject kat belakang, doktor suruh rileks..n tidor..aish takkan nak tido..haha
Cy rileks sat pastu duduk..masa Cy bangun, doktor mai balik..
doktor tanya, awak makan apa ni..ke tak makan?
tadi pagi saya mkn nasik ayam..
awak makan sambal kot..
takde pulak doktor..
sedap tak nasik ayam tu?
aisssh doktor, sedap la..hehe
ok balik rehat kat rumah, saya bg MC 2 hari..
dalam hati ..2 hari?!teruk sgt ke?

ok, 3 perkara yg perlu awak buat :
1.2 minggu  tak boleh makan pedas, cili
2.2 minggu kene makan bubur
3. makan kunyah 44 kali hhehe

ye doktor..
Cy pulang ke ofis.rasa lega sikit..tapi mata macam nak lelap,nak baca pon jadi kembang..kesan ubat tahansakit kot,.
Cy kemas2, pulang ke rumah..
sampai rumah, makan ubat..tido 10 minit aje..setiap 1 jam datang balik..aduh..ubat tak berkesan..menangis2 Cy sambil tertonggeng2.. 
Cy cakap pada diri sendiri, awak kena tenang, kalao tak tenang, sakit pasti makin sakit...
Cy buat pernafasan..tenang dan lega..
kol 430 mandi walaupun sakit...amik ammar..sakit lagi..waaa..
sampai rumah, baru C yperasan Cy cuma makan roti kol 3 tadi..so masak bubur sikit..makan ngan kicap..
kol 615 pakcik kol mintak, nak tolong amik paklang,
untuk tak menghampakan pakcik, Cy p amik paklang n terus pulang ke umah mak...sakit juga tapi dok tahan ..
sembang ngan mak, mama tok n tok pon dok tahan sakit..
sampai ke malam masih sakit waaaaaaaa..ksian kat hubby..masak nasik sendiri huhu

hmm..Cy rasa Cy makan sambal kicap momo bawak balik dari jb..hari2 Cy makan huhu..malam sebelum tu makan ayam tandoori yang ada kuah kaler hijau tu..makin teruk la sakit..

Cy selalu sakit macam ni..tapi Cy dapat kawal..keluarkan angin, minum air panas akan jadik ok la..cuma kali ni jek Cy tak tahan n jumpa doktor..huhu ok, tolong amalkan penawar demam n sakit perut ni ya.Cy dapat dari serupomulo ..kredit to serupomulo..

Tuesday, January 24, 2012

dugaan mama di saat2 menikmati cuti ini..alhamdulillah..





 cuti-cuti ni, anak-anak Cy kurang sihat pulak..mula2 insyirah..hari sabtu insyirah bangun tidur dengan mata yang bengkak..Cy ingat dia kena gigit binatang..bila dah tengahari, kami ke giant untuk membeli barang2 rumah yang dah kehabisan, kira belanja bulananla ni..time nak bayar tu baru nampak kat sekeliling mata dah ada macam bintik-bintik..kat badan pon ada..orang kata macam sopak garam..biasanya sebab panas dalam..macam ni haa..

kat perut, telinga, muka, kelengkang semua ada..tergaru-garula anak Cy tu..kesian..Cy mandikan n letak bedak sejuk..bila malam, dah mengembang sikit dan merebak ke belakang badan..untuk elak dia tak bole tido dan kegatalan, kami bawak ke klinik..

before that Cy ke kedai spek utk amik spek yg dibaiki..adik kedai spek matahari tu tanya akak dah letak bedak sejuk?Cy kata dah..akak letak garam tak?Cy jawab eh tak tau pulak kene letak garam..bagus adik ni ..

p klinik, doktor kata ni adalah alergik dan mintak saya pastikan apa makanan yg menyebabkan insyirah alergik..katenya sopak garam tu alergik laaa..oOOoOo ok..doktor bagi ubat anti radang, ubat kurang gatal n calamine cream..semangatlah minah tu bawak ubat dia..malam tu saya lumurkan satu badan dengan calamine cream..makan ubat n dia tidur lena sampai ke pagi..kol 5 bangun ,dah mula rasa gatal..bangun pagi tengok mata masih bengkak, alergik kat badan dah hilang tapi melarat ke belakang badan..petang tu saya mandikan ngan air garam, sapu bedak sejuk campur garam..terus hilang alergik..tak tau la kesan mandi air garam or mmg dah masa nak baik..alhamdulillah..


kemudian, abangnya pulak, ammar ariff dah mula panas badan..hari ni dia tak  larat.bawak ke pantai bersih pon tak happy jek..klinik tutup, ubat spare dah abis so p beli kat farmasi..seb baik bukak!alhamdulillah..beli paracetamol 250 syrup n cool fever..sampai rumah bg makan ubat dan tidur..sesekali ammar bangun n muntah..so Cy berjaga la ni..semoga anak-anak mama cepat sihat yek..mama doakan..amin..

pssst..gambar tu amik kat google.kredit to owner of the pics!