Showing posts with label pokok. Show all posts
Showing posts with label pokok. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

Lanskap baru bertam properties kepala batas pulau pinang

Makin menarik lanskap bertam properties..sayangnya hanya dibuat secantik ini di kawasan perumahan elit..rumah mahal2..bertam lakehome dan bertam lakeside..siap laluan untuk jogging atau beriadah..bersambung dengan vision park..yang pastinya bila pokok2 bunga kertas yg ditanam rapat2 tu menjadi,pastinya indah berseri lanskap tu.

Hello bertam properties..kalau sudi buatlah lanskap di bertam perdana 3..dah tanam pokok2 tapi di sekitar tu kalau buat macam di lakehome tu alangkah bertuahnya kami.pulak tu bertam properties boleh menang syarikat perumahan terbaik dan mesra alam hehe

#apa kes taman tanah kedaung saya?so sad..:(

Friday, February 22, 2013

tamanku nan indah hehe

assalamualaikum dan salam manis..
cy  suka tanam pokok bunga dan tak berbunga...
cy nak mencipta taman cy sendiri di tepi rumah tu..
amat menyeronokkan,jadik satu terapi pada cy..bila balik,siram pokok,tanam pokok.                                       .wahhhhh mmg enjoy..hilang stress..

setakat ni..inilah perkembangan taman cy di halaman rumahku..perancangannya nak nampak lebih rimbun..kena beli pokok lain jugak tapi buat masa ni baget akan ke cik bibah so buat masa sekarang ni maintain pokok2 ni bagi subur dan merimbun..puas hati wooo bila kita tanam lepastu hidup elok..tapi kalo hidup segan mati tak mau tu,cy usaha jugakla nak bagi hidup..

jom layan mata tengok taman cy nu :)

pokok heliconia ni baru tumbuh bunga..dah nampak merimbun aje..pokok yg kembang macam payung tu b4 this letak kat belakang rumah,kononnya nak tutup belakang la tapi tak sesuai sbb panas..pokok jadik kering..ni macam dah segar sikit..
pokok calathea yg tinggi2 tu..cy amik dr pokok di pasu besar..hmmmm..pokok asal kene serang ulat,so sebagai persediaan,cy amik anaknya dan tanam di pasu lain..pokok yg berduri tu cy biar aje mengembang..asalnya pokok kecik beli kat giant..ada 1 tu cy letak kat pasu sekali dengan pasu kecik..dia takla kembang mcm kawan dia tu..
ni pokok lidah mak mentua..ada 2 jeni,satu kaler hijau ni,satu lagi hijau kuning...mintak kat makchaq..naaaaa amik ko..banyak mak chaq bagi..bole dapat 6 pasu wihaaaaa...kalo belu tu mahal woooooo..
pokok palm kuning ini ialah pokok yang terawal cy tanam..cy baru tukar pasu,bg pasu beso supaya lagi berkembang..
tengoklah pokok2ku...indahnyaaaaa..

pokok emas yg hijau bulat tu..dah setahun dah pokok tu..dulu2 kuning,la ni dah hijau saja..yg kat pasu2 kecik tu,pokok2 keladi dr kakak iparku..semakin berkembang tapi mmg jenis comel gini kot..
kat pasu2 yg biru tu pokok2 puding,pook buluh cina kot..cy amik kat opis..tak terjaga,baik cy amik sebelum mati uhhuhu..pokok puding 3 jenis tu amik kat plkn syruz macang bubuk,masa buat program kat situ..
ni la pokok calathea yg hidup segan mati tak mahu..cy rasa banyak semut, ulat kat dalam pasu ni..ingat nak repot la..pokok keladi cantik tu dah merimbun...dah banyak cy amik,bagi kat jiran,tanam kat rumah mak mertua..masih rimbun lagi...
tu pokok bungan kemuning..beli masa ekspo..bunganya wangi..best best..kecik2 pon banyak b unga tau..
pokok butterffly n keladi ..butterfly tu macam dah nak mati pulak satu pasu..satu pasu lagi sihat alhamdulillah..
ni pokok dulu2,amik kat pakk guar perahu..pokok pandanus yg macam pandan tu beli..actually ada 2 pasu lg tapi cy letak kat tembok
ni pokok canna..kadang2 ok,kadang banyak bunga, kadang2 daunnya jadik kunig...cy tak tau kenapa..mungkin takleh panas sangat kot..
cun tak?
antara pokok yg lama..draco yg dah bertunas di bawahnya..pokok kaler purple tu kalo dicantas,pasti keluar bunga pink..very nice..yg pasu2 kecik tu adalah pokok emas yg akan membulat bila besar..cy repot dari pokok asal sepasu tu ke banyak2 pasu heheheh..untung tapi kena sabar untuk tunggu dia membesar..tapi puas woooooo/...

i love gardening!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, June 14, 2012

pokokku yg pergi..

pokok pagarku kematian..tak tau ape jadik..kali dah 3 kali kena..huwaaaaa..semut mungkin,tapi last time dah sembur racun,sarang semut tak musnah jua huhuhhu 


huhuhu pokok lavender kesayanganku..mati juak tok..sayang skali..takpe,bole tanam pokok lain..tak perlu putus asa..inilah adat tanam pokok :)..ada ahli keluarga baru dah datang ..pasti meriah :)

Monday, February 20, 2012

keluarga baru..sukanya!

sabtu lepas Cy mintak suami Cy sponsor pokok..suami Cy setuju..p la ajak ke nursery di pongsu seribu tapi tutup pulak..haaaaaaisssssh..last2 Cy ajak ke nursery di kepala batas pulak..adoi..jalan punya jalan, Cy hanya berkenan kat pokok ni saja hahaha pokok lavender..before this Cy ada levender kaler red purple or megenta..kat nursery kanari di cherok tok kun tu takde pon..wah wahwah so Cy pon grab la 3 heheheh satu pokok rm6..sampai rumah terusla tanam .peluh merecik..puas sungguh..jom layan gambo
cantiknyyeee..


 korek lobang, bubuh tanah hitam sikit..
tanam dekat dengan pokok lavender kaler red purple tu..waaaah acun ah..harap2nya hidupla pokok Cy ni..lavender ni nak redup2..


 potong setengah..bubuh kat sebelah pokok red purple sbb belah sana tak muat cos nak bagi kosong untuk laluan..


inilah ahli keluarga baru lamanku.ehem..nanti nak tambah lagi..weeeeeeeee..tunggu yek!nak shoping kat nursery kanari bm tu, lagi banyak pilihan pokok..tunggu gaji yek hehehe ni la aktiviti yang meredakan stress Cy..sangat2 puas!
 

Monday, February 13, 2012

pokok oh pokokku..hijAunya lamanku..




ok kali ni Cy kongsikan apa yg ada di lamanku hehe semangat untuk menghijaukan lamanku amatlah membuak2..release tengok pokok hidup subur..menghijau aje laman..menyegarkan..seronok bila tengok suami Cy pon rajin siram pokok..even anak2 pon selalu ingatkan siram pokok..sedikit demi sedikit, pasti penuh laman Cy ni..insyaallah.banyak lagi pokok yg tak ditanam hehhe dah ada dalam wish list heheh
kebanyakan pokok Cy beli di nursery kenari di cherok tok kun, bukit mertajam..Cy suka beli pasu2 reject..pasu yg beso2 tu dijual rm 15 jek..pasu reject murah2..yg rejectnya sebab calar,sumpik sikit..

ni pokok puding buluh ke ape ntah lupa..dia akan memblat aje bentuknya..cantik..pokok ni ada 2..pasu rm6(ingat2 lupa) pokok rm6 gak kot eh ke 12?

 ni tak tau pokok apa tapi Cy berkenan tengok warnanya..kat nursery kenari tu, depa cantas jadik bonsai..cantik...

 pasu ni rm15..pasu reject hehe Cy beli 2.tapi tak tanam pokok lagi..nak carik pokok ape yg sesuai..
 air berlinang..nak kena beli piring pasu ni..
 ni pokok puding Cy amik kat umah mak..pasu tu Cy rembat dari umah mak..depa letak kat belakang umah, tak guna pon so Cy amik la kikiki alhamdulillah..menjadik pokok ni..nak tanam 1 kat ruang pokok herba or my edible garden..
 ok ni pokok ati2..ada 2 jenis yg Cy beli kat giant sp..satu pasu rm4.99 ada banyak anak so Cy pecah2, masuk dalam botol twister yang berlambak tu..alhamdulillah menjadi..pokok ati2 ni nak tempat redup,senang idup..
 ni yg terbaru  beli..
 ni jenis lavender..punya berkenan tengok 1 rumah kat rosea tanam kat jalan masuk umah dia..very cun..so carik kat nursery kenari tu, ada pulak..setakat ni pokok ni ngah survive..bungan sudah mula nak keluar..meriahhhhhhhhh...


 ni edible gardenku hehehe sebelah porch..setakat ni pokok kunyit ni paling menjadik hehe
 anak kari tak beso2..amik kat umah mak ehehe cepatla beso nak oi..
 serai tu macam tak nak kembang..nape ntah ..haissssh takkan tanganku panas kot hehe..nampak akar pandan tu, alhamdulillah,dah mula hidup dan nak bertunas..yihaaaaaaaa
 o ni pokok kelapa..palma eh..ada 2 pokok..ni beli kat nursery di kepala batas,kak sharifah yang tanam pokok pagarku.ni la pokok pertama yg dibeli sebelum duduk kat sini..ni la penyeri rumah..mula2 letak di tiang porch..lama2 berkembang, tukar tempat lain..
 aisssssssh ni paling cantik..pokok keladi cantik dipadankan dengan pasu beso..weh pasu reject rm15 jek tu kat nursery kenari..keladi cantik ni tak ingat brapa rm..puluh ke belas2 rm gitu..diapit oleh pokok kelapa..mula2 letak kat belah pokok puding tapi dek kerana melecur kena panas, Cy tuka tempat, bagi bodyguard si palma kelapa tu..baru tak melecur..

ok thats all for now..nanti kalo ada tambahan, Cy bgtau k..i really love to see my house green :)..tunggu gaji nanti, banyak la Cy borong..since Cy dapat bela dengan baik pokok2 ni, ini bermakna Cy boleh tambah koleksi lagi la kan hehe insyaallah..nak p kerja mesti siram pokok..balik rumah mesti siram pokok..huaaa menghilangkan stres dan lelah kerja..