Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Monday, February 8, 2016

Seni rumahtangga dari sudut islam~ ustaz ebit lew~

Bila ramai minta nasihat bab suami isteri. Ini nasihat saya buat saya dan kita semua. Semoga kita semua bertemu di sana syurga. Sudah tidak lama dah. Sabar sikit sahaja lagi. Kita bercinta berkahwin bersama suami isteri sehingga kita terlupa beberapa perkara...

1) Kita sangka suami atau isteri kepunyaan kita. Hakikatnya mereka bukan kita punya. Mereka Allah pinjamkan buat kita. Amanah untuk dicintai dan dipimpin atau diikuti untuk ke syurga Allah...

2) Sebab kita terlalu sayang katanya. Tetapi kita lupa yang meletakkan sayang dalam hati kita ialah Allah. Sehingga kita lupa tuhan yang memberi sayang. Tiada tuhan melainkan Allah. Hakikatnya dia sayang kita lebih dari apa yang kita tahu. Allah sayang kita.

3) Kita mahu pasangan kita mengikut cara hidup kita. Sebenarnya cara hidup yang berjaya dan bahagia ialah cara hidup Nabi saw. Itulah bahagia. Perkara selain dari itu kita bertolak ansur..

4) Kita inginkan bahagia. Kita buat pelbagai perkara tetapi terlupa Allah letak bahagia bila bawa perintah Allah dan sunnah Nabi saw.

5) Cinta ialah memberi bukan menuntut. Bila kita memberi kita pasti akan menerima. Apa yang kita tak dapat mencerminkan apa yang kita enggan beri..berlumba beri khidmat kerana Allah dan bukan harapkan balasan dari pasangan pun.

6) Syukur rahsia bahagia dalam sebuah rumahtangga. Tanpa syukur segalanya hilang. Jangan lihat apa yang kita ada. Tapi lihat siapa yang beri semua ini..kenapa di beri....

7) Menarik rahmat Allah. Rahmat, ketenangan,  bersama kita bila jaga solat awal waktu. Lelaki berjemaah. Baca Al -Quran, zikir, tahajud sama-sama, buat Talim rumah.

8) Bersama-sama berjuang di jalan Allah. Bila letak cinta pada membangunkan Islam. Melihat mata pasangan pun memberi erti berbeza. Memegang jari pun mmberi makna. Itulah cinta keranaNya..

9) Saling berdoa diwaktu malam dengan air mata buat pasangan. Itulah akhirnya di dunia tapi permulaan kehidupan syurga selamanya-ebit lew

#keluargasunnah 26 Mac 2016 Sabtu@UPM..daftar whatsup 017 3666 848/call 03 8926 7020 www.transformjiwa.com
#jemputan seminar/kursus 013255 6423
#jubah lelaki premium fb elew's design
#buku fb transform publication
www.keluargasunnah.com

Wednesday, October 1, 2014

Fathi dah kena demam campak kecik

~rupanya tak publish lagik entry ni~
Awal minggu bulan 9..fathi mula ada yg xkena..susah nk tdo malam..badan mcm nak panas jek..2 hari berikut mula nak panas dan keluar ruam di badan..
seingatnya hari khamis malam nampak ada ruam..jumpa doktor..katanya viral rashes..demam disebabkan rashes atau rashes disebabkan demam gitu..ingatkan dia alergik macaroni sbb b4 this dia makan tu la..makanya bermula episod demam fathi..
Sabtu dah ahad demam panas..dgn ruam tu..lagikla buat perangai..nyusu saja..makan apa pon xnak..alhamdulillah la dia nak nyusu mama..kalo x ..adoi risau giler la mama..makin susut anakku..
Hari isnin tu kenalah e.l..xkan demam macamtu nak bagi maksu jaga..kesian fathi..petang tu jumpa doktor lain.katanya measles atau campak..tapi jenis kecik2..orang tua kata campak serkam or keladi..halus jek..dia demam panas baru keluar semua..tu yg awal2 doktor lain kata viral rashes..campak belum keluar lagik..kali ni kena bg jugak antibiotik..dr safari pon serba salah..garu2 kepala dia..berat katanya nk bg antibiotik kat baby..tp nak buat mcmana..bg jugak la..lemah badan dia..kena picit2kan kaki..mmg xlarat..                                nenen tido nenen tido..
Mak mandikan fathi dgn daun semambu..lepas tu nampakla aktif sikit tp sekejap jek..aktiviti utama nenen dan tdo diselangseli dgn badmood hehe..kena layan dia saja..tak boleh buat kerja lain..tunggu tidur baru boleh buat kerja..
lepas tu dah tak berapa nak demam panas..mungkin campak dah keluar semua hingga ke kaki.kata orang tua, kalau bintik2 dah keluar kat kaki tandanya campak dah keluar abis.

membesarkan fathi ariff fahim, kecil2 lagik sudah kerap demam..dah sakit mata.dah demam campak..semoga membesar sebagai anak yang kuat dan tabah!

fathi ariff fahim, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepadamu anakku..aminn


Thursday, September 4, 2014

Lanskap baru bertam properties kepala batas pulau pinang

Makin menarik lanskap bertam properties..sayangnya hanya dibuat secantik ini di kawasan perumahan elit..rumah mahal2..bertam lakehome dan bertam lakeside..siap laluan untuk jogging atau beriadah..bersambung dengan vision park..yang pastinya bila pokok2 bunga kertas yg ditanam rapat2 tu menjadi,pastinya indah berseri lanskap tu.

Hello bertam properties..kalau sudi buatlah lanskap di bertam perdana 3..dah tanam pokok2 tapi di sekitar tu kalau buat macam di lakehome tu alangkah bertuahnya kami.pulak tu bertam properties boleh menang syarikat perumahan terbaik dan mesra alam hehe

#apa kes taman tanah kedaung saya?so sad..:(

Friday, May 24, 2013

Nurseriku

Assaamualaikum..salam manis.mari layan gambar terbaru nurseri cy.mulberi yg dah nk masak..limau yg berjaya survive..cy semakin kuat utk jaga nurseriku ini.kesian kat pokok2 dan rumput tu kalo xdisiram..tp cy stop dulu beli pokok..maintain yg ni dulu..

Monday, February 25, 2013

cuba-cubaan resipi tiramisu simple..



assalamualaikum dan salam manis teman2ku..
kali ni nak kongsi resipi basi yg saya dah cuba..tiramisu simple..mmg best..belajar dari blog cahaya cintaku. terima kasih yek..sebab berkongsi..

bahan2nya :
kek span( coklat, perisa lain pon bole kot) tapi cy guna kek coklat jenama sunshine..sedap..
250 ml whipping cream ( cy guna anchor uht)
250 gm cream cheese Philadelphia (cy tambah 50gm)
1 sudu teh esen vanilla
setengah cawan gula castor
serbuk koko van houten
sesudu serbuk nescafe
setengah cawan air

cara buatnya :
satukan whipping cream, cream cheese, esen vanilla, setengah cawan gula castor..putar sehingga sebati dan tidak berketul..

kemudian potong kek selapis mengikut besar bekas..ikut suka nak tebal mana..sediakan air bancuhan nescafe tu dalam pinggan, letak kek yang dah dipotong tu dalam pinggan berisi air nescafe tu,dan terbalikkan kek tu..toksah lama2 sbb nanti meresap banyak sgt air nescafe tu..

ataupun boleh terus renjiskan  saja air nescafe kat kek tu..

lepastu letak bahan yg dah diputar tadi..lagi banyak lagi sedap..yummy!
lepastu ayak serbuk koko..
lepastu ulang lagi step di atas hingga penuh bekas..
sejukkan dalam peti..
cy buat malam,pagi dah bole makan..
layan gambar ek..tapi biasala,i  bukan blogger masakan,ni sempoi punya heheheh
bila makan, rasa macam beli kat kedai kek aje ..marveles!

ni buat untuk kawan2 di ofis..depa pon dah jatuh cinta dgn tiramisu ni..cy pernah buat untuk makan2 di pejabat..mmg licin..hehe alhamdulillah..seronok dapat jamu kawan2 makan..

ni la rupanya..comot kikiki

cy dah try guna biskut tiramisu or ladyfinger..rm3.40 utk 12 batang di kedai kek n cafe,taman paya keladi..tapi cy rendam lama sangat so berair pulak biskut tu..tak syok...maybe lepas ni bole try lagi dgn cepat2  supaya air tak banyak serap..
cy pernah guna whipping cream mauri non diary..didapati tidak selemak guna anchor..


hei,boleh buat kek tiramisu juga tau..potong jek ikut besar kek dan buat macam biasa..im gonna try it later!

ok,bole buat bisnes ni hehehheheh..satu kemajuan dalam bidang baking cy ..alhamdulillah..

Thursday, June 14, 2012

pokokku yg pergi..

pokok pagarku kematian..tak tau ape jadik..kali dah 3 kali kena..huwaaaaa..semut mungkin,tapi last time dah sembur racun,sarang semut tak musnah jua huhuhhu 


huhuhu pokok lavender kesayanganku..mati juak tok..sayang skali..takpe,bole tanam pokok lain..tak perlu putus asa..inilah adat tanam pokok :)..ada ahli keluarga baru dah datang ..pasti meriah :)

Sunday, February 19, 2012

tengok ammar pandai lipat baju..

assalamualaikum semua..hmmm Cy rasa stres sekarang ni.stres kerja..bagi Cy, update blog dapat kurangkan sket stres Cy tu ..Cy nak kongsikan progres ammar ariff setelah nak masuk 2 bulan bersekolah..eh tadika aje pon..petang ahad minggu lepas,semasa selesai Cy mengarahkan  eh meminta anak2 mandi hehe..Cy telah saksikan peristiwa ini yg sempat Cy rakam dalam kamera hehe..dia dah pandai lipat baju dia!jom layan gambar!
tunjuk skill lipat baju..




tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.terer tak? 
ehem,,syukur, Cygembira dengan progres anak Cy ini..agaknya masa nak mandi di tadika tu, cikgu2 ajar lipat baju dan masuk dalam beg..sekarang ni pon kalau time cuti ,bila dah tengahari tu, Cy nampak dia masuk bilik air, ooo amik air semayang rupanya, p smayang..dah pandai cerita kat kami, mama, kalau tak semayang nanti kena masuk api neraka..lepas tu dah mula nyanyi2.....letak tangan di kepala, di tangan dan dibahu..la la la la...papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta la la la la..anak itik tok wi mandi dalam kolam..la la la...10 ekor monyet duduk atas dahan, mengejek2 buaya, heeeeei tak dapat makan..heeei tak dapat makan heheheh i love it..paling mengharukan ammar  dah bole baca fatihah, sikit baca yasin..ayat awal2 tu..huuuuuuuu..sungguh menyentuh sanubari sebagai seorang mama.. 

actually Cy dapat rasakan ammar stress so Cy takkan paksa dia nak belajar ke tulis2 ke or tanya lebih2 di rumah..kalau tengok mood dia ok, baru Cy tanya pasal sekolah..Cy takmo dia stres pasal sekolah..tapi rasanya dia semakin dapat menyesuaikan diri dengan sekolah..cuma sekarang ni Cy yg kena banyak2 bersabar bila nak siapkan dia ke sekolah sbb dia akan merengek takmo ke sekolah..kena pandai2 pujuk..Cy kena belajar sabar macam husband..hehe..
anakku, mama mohon doa kepada allah supaya dipermudahkan semasa anak mama ke sekolah..tiada lagi tangisan tetapi ditukar kepada kegembiraan dan hati yg terbuka untuk ke sekolah..mama doa semoga allah berikan kesabaran kepada mama dalam mempersiapkan dirimu ke sekolah..amin.

Sunday, February 12, 2012

nak mandi kolam ..nak mandi kolam-aktiviti paling best di donia











oooppsss..seksi sikit gambar di atas hehehe 
selamat bercuti semuanya Cy ucapkan..kali ni kita layan anak2 Cy mandi kolam..mandi kolam ni adalah aktiiviti yang paling disukai anak2 Cy yek..setiap minggu, pagi ke petang mesti nak mandi kolam.pagi bangun tidr kalut nak mandi..petang bangun tido, kalut nak mandi gak..
sayangnya kolam ni dah bocor..so kalao nak pakai, kena pam..nak kena beli yg lain ni..jenuh mama nak pam anak2 oi..dulu beli kolam ni rm10 jek kat giant sp..ada sale hehe..
sambil Cy layan pokok2 Cy tu, cabut rumput ke, siram pokok ke, anak2 akan mandi..kalo Cy kemas rumah ke ape, nak mop rumah ke, paling senang bagi anak2 mandi kolam kat luar..senang nak buat keja..
seronok tengok anak2 seronok mandi..
mama bahagia :) love u guyz..