assalamualaikum dan salam sejahtera..
semasa sedang surf web susuibu.com, terjumpa la pulak cerita yang menarik ini ..mari kita baca sama2...
Cerita Ibu di Zaman Rome
Semalam saya sempat menonton sebuah kisah ala-ala zaman Rome, sambil menyusu anak yang kecil. Saya tengok tu pun sudah di penghujung cerita. Jadi tak tahu apa awalan ceritanya. Tapi babak-babak akhir kisah tersebut menceritakan bagaimana seorang ketua di negara Rome telah menangkap seorang perempuan bertaraf hamba untuk dijadikan gundik di istananya.Perempuan ini mempunyai seorang bayi yang masih kecil dan masih menyusu. Manakala suaminya yang juga hamba adalah 'gladiator'.
Dari perbualan antara hamba perempuan ini dengan ketua negara tersebut, didapati rupa-rupanya ketua negara itu amat cemburu dengan kehebatan 'gladiator' itu sehingga dia ingin memiliki apa yang 'gladiator itu miliki termasuklah isteri beliau. Apa yang menarik lagi di dalam perbualan ini, terdapat isu berkaitan penyusuan dibangkitkan.
Ketua negara itu bertanya kepada perempuan tersebut, bagaimanakah keadaan bayi perempuan tersebut. Beliau telah menyediakan ibu susuan kepada anak tersebut semata-mata kerana tidak mahu perempuan tersebut terus rapat bersama anak itu. Perempuan itu menjawab:"Saya amat sayangkan anak saya dan saya mahu terus menyusukan anak saya". Ketua negara itu marah dan membalas, "Janganlah kau masih berfikiran kolot. Perempuan yang maju tidak perlu melakukan itu semua sendiri. Keluarlah kau dari dunia kemiskinan kau".
Perempuan itu menjawab "Janganlah dipisahkan anak itu dari saya semata-mata kerana kebencian tuan terhadap suami saya."Pelbagai isu yang bermain di fikiran saya dari perbualan ringkas antara ketua negara tersebut dengan hamba perempuan itu.
Begitu murni kasih ibu terhadap anaknya sehingga berani berkata-kata tajam di hadapan seorang ketua negara yang berang semata-mata untuk mempertahankan hak anaknya, iaitu menghirup susu dari ibunya yang sejati. Inilah naluri keibuan yang asli, iaitu memberikan kasih sayang terhadap anaknya sejak dari lahir hinggalah dewasa. Kasihnya ibu tertumpah dari titisan susu yang diberikan kepada anak saban hari. Sayangnya ayah tertumpah dari titisan peluh dan jerit perih bekerja mencari rezeki untuk sekeluarga.
Seperkara lagi, saya terfikir adakah isu kekolotan dan gambaran kemiskinan antara sebab kenapa ibu-ibu tidak mahu menyusu. Mungkin kerana cerita ini berkisar di zaman kerajaan Rome, maka ketua negara tersebut hanya terfikir untuk menyediakan ibu susuan kepada anak tersebut. Barangkali, jika babak tersebut berlaku di zaman sekarang tentulah dialognya berubah kepada "aku telah menyediakan bertin-tin susu lembu untuk anak kamu, tidakkah itu memadai".
Mungkin ada di antara ibu-ibu sekarang yang berfikiran jika diberikan susu badan, maka akan dilihat seolah tidak mampu membeli susu formula yang mahal-mahal dan 'bermutu tinggi'. Jika itu benar, alangkah ruginya sang ibu dan alangkah malangnya nasib si anak. Si ibu rugi kerana terlepas peluang mengikat kasih sayang bersama anak dengan sesuatu yang tidak ternilai namun tidak perlu dibeli.
Malangnya anak kerana tidak berkesempatan menikmati hidangan teristimewa dan paling tinggi zatnya dari ibunya sendiri.Selepas selesai menonton cerita tersebut, saya terkenangkan kata-kata seorang tetamu di malam Rumah Terbuka SusuIbu.com: "Kita sebagai ibu seharusnya mempunyai rasa BANGGA kerana dapat menyusukan anak sendiri, maka dengan sendirinya segala fikiran negatif akan terhindar dari kotak fikiran".
semoga sama2 kita fahami apa yang tersurat dan tersirat..insyaAllah
3 comments:
emmm....saya masih meneruskanya secara ekslusif pada waktu malam....klu x....anak saya tidak dapat melelapkan mata.....itulah kebahagian saya..hahahhahah!!!!
hasna..for ur info,aku macamtu gak...ammar nyusu waktu malam n time aku cuti ..sempatla 6 bulan utk ekslusif susu badan..alhamdulillah..itu yg aku terdaya..insyaallah anak kedua nanti nak fully...so nak invest dengan beli pam mahal sikit hehhehe
betul tuh hasna..malam jek dpt sepenuhnya anak aku susu..kalau kat taska, just bg yg perah jek..tapi x serupa kalau direct BF...rugi rasanye masa 1st baby x BF..nyesal mak oit...
Post a Comment