assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.
Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan".
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.
Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
Diterima taubat Nabi Adam a.s.
Dicipta Adam a.s.
Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
Selamat Musa dan pengikutnya.
Lemas Firaun.
Dilahirkan Nabi Isa a.s.
Diangkat Nabi Isa kelangit.
Diangkat Nabi Idris ke langit.
Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya
dalam kubur nanti
3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya
iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.
6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil
sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua
fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan
hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz
niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan
memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan
mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura
empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua
selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti
memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana
Allah Taala. fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali
umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
selamat berpuasa..
# petikan daripada emel - (disclaimer) sesungguhnya kita berkongsi ilmu.sekiranya ada salah dan silap di mana-mana, harap dapat diperbetulkan.
No comments:
Post a Comment