Wednesday, October 12, 2011

nak pindah tempat kerja?pindah tempat tinggal?



sahabat saya akan bertukar tempat kerja dan naik pangkat minggu depan..ke putrajayalah nampaknya..saya tumpang gembira.bila salah seorang kawan kami bertanyakan tips dia nampak tenang bila dapat pindah dari penang ke putrajaya,nak kena angkut family bagai,...dikongsikan tipsnya kepada kami..mari kongsi sama2.. mintak izin PCY yek..ilmu yg bermanfaat perlu dikongsi supaya memberi manfaat kepada orang lain :)

PCY, semoga bertambah produktif di tempat baru dan beroleh kepuasan bekerja..saya doakan semoga PCY maju jaya dan persahabatan kita tetap on ehhehe jom kita kongsi tips berpindah randah bertukar tempat kerja n tempat tinggal ni..


1. Kena tanam dalam diri bahawa kehidupan ini adalah terus ke depan, ianya tidak akan kembali ke belakang.


2. Jangan terlalu berfikir kesan-akibat, setiap perkara harus dicuba terlebih dahulu... dan percayalah bahawa.. tidak semestinya kita dpt apa yg kita inginkan,tidak semua yg kita inginkan adalah terbaik untuk kita, cuma beruntunglah kita sekiranya dapat apa yng kita inginkan, dpt melaksanakan amanahnya dan menghasilkan penghasilan yang positif, kita merancang, Allah juga merancang dan yakinlah bahawa perancangan Allah dan takdir yg dianugerahkan adalah terbaik untuk kita.

3. Bina penerimaan diri dan sesuaikan dengan sesuasana yg baru...

4. Setiap pengalaman yg dilalui dan setiap makluman daripada org lain smd melalui perhubungan x formal, ceramah & sebagainya proseslah penerimaan secara positif dan simpanlah bawah minda sedar... insyaallah ianya akan dicanai dan diekspresikan melalui minda separa sedar dan sedar... peganglah kata2 kita akan dapat, seperti mana yg kita fikirkan, persepsikan dll. Amalan ini akan memudahkan kita untuk diterima dan menerima suasana baru, kawan2 baru, rakan2 baru dan segala yg baru.... kan benda baru tu sesuatu yg seronok diperolehi....

5. Walau apa-apa sekalipun kita mesti membuat perancangan dan persediaan.... contohnya banyak tempat yg saya tinggal.. passion saya ialah nak duduk rumah sendiri... saya tetap beli rumah walaupun saya tahu saya mungkin akan pindah lagi... jadi pilih rumah yg sesuai dgn kemampuan dan pastinya beri keutamaan kepada nilai pasaran akan datang.. maknanya pastikan pilih lokasi yg diyakini boleh dijual balik dgn harga yg memuaskan, kira nak duduk dan melabur la, kerana pelaburan yg paling menguntungkan pada masa kini adalah pelaburan hartanah....

6. Kita bertuah berada dlm dunia kita sekarang (ppsi)... gunakan prinsip kaunseling dalam membina perhubungan... i. Hanya 2 perkara dlm hidup ini yg perlu distandardise & tetap.. iaitu hukum agama & undang2... malahan hukum agama dan undang-undang juga ada ruang ijtihad dan budibicara... bukanlah terlalu rigid... ii. Raikan keunikan dan keistimewaan manusia... terima seadanya diri sendiri dan terima seadanya org lain, jgn sekali-kali menjadikan org lain seperti kita... raikan setiap org mematuhi hukum dan undang-undang mengikut keunikan dan keistimewaan mereka. Tips untuk mudah menyesuaikan diri....

7. dan yg terakhir, setiap kali kita berpindah, rakan2 di tempat lama akan mengucapkan selamat kepada kita dan rakan-rakan tempat baru juga akan mengucapkan selamat datang kepada kita....Itukan doa... berkaaat untuk kita....

semoga menjadi sedikit panduan untuk kita semua...:)





3 comments:

azzahh said...

ingat kan hang yang kena pindah...

azzahh said...

tapi suatu hari nanti giliran hang la pulak......bersedia untuk itu...

.:chEyaNtie:. said...

mmm..yes.masanya akan tiba jugak memangku 44.penang ada kosong di jkm....or putrajaya...
kalo dpt di penang, ok gak la kan,,tapi kadang2 bosan jugak ada di jabatan yang sama jek..kalo nak ke putrajaya, kene bersedia la hehe