Friday, November 7, 2008

pesan buat suami...

assalamualaikum dan salam sejahtera..mari kita berkongsi pesanan buat para suami..semoga dapat memberi ingatan buat para suami khasnya dan juga isteri umumnya..
wahai suami bergelar ayah...
lindungi zuriatmu dengan kasih sayang
marah berpada dengan kenakalannya
jangan hamburkan kata-kata nista
kerana kata-katamu adalah doa
yang tiada hijabnya.
wahai suami penyambung zuriat...
berilah perhatian kepada kaum kerabat
eratkan silaturrahim
bantu yang memerlukan
ziarah yang mendapat kemalangan.
wahai suami pemegang amanah
hormatilah isterimu
jangan pandang seperti lalat
berilah perhatian, sentuhan dan kasih sayang
jika ada salah dan silapnya
jangan sakiti hatinya
fikir cara terbaik membentuknya.
wahai suami pelindung kasih...
cintailah isterimu sepenuh hati
dialah ibu kepada anak-anak
penjaga harta dan rumahtangga
teman paling akrab
tempat berkongsi suka dan duka.
wahai suami tonggak keluarga...
bersoleklah untuk isteri
sucikan diri dan hati
merdukan suara
dengan madah seloka
ulangi yang isterimu suka
jangan remehkan keinginannya
jangan butakan hatimu
pada kecantikannya
pada pengorbanannya
setialah pada kalimat
'kau adalah isteriku'
petikan daripada penceramah Seminar Pemantapan Kekeluargaan, Jabatan Mufti Negeri Kedah

No comments: