assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ini, 2 berita kematian yg kuterima..pertama..semasa memandu ke pulau, kak rosma, my teammate terima panggilan telefon daripada kawannya berkaitan seorang teman rapat mereka telah meninggal dunia pagi ini kerana kanser payudara tahap akhir..kak rosma nampak sedih dan terkilan kerana tak dapat menziarahi arwah sebelum ini disebabkan lokasi yg jauh..arwah di pahang..tapi mungkin terubat sedikit perasaan terkilannya kerana sempat utk berbicara bersama arwah menerusi panggilan telefon semasa aidilfitri..
berita kedua daripada suamiku..ma..anak asri-fadilah, nurin alaina dah meninggal dunia pagi tadi kerana demam panas..ya allah..rasanya baru aje bermain , mengagah nurin alaina..kali terakhir kami berjumpa semasa majlis berbuka puasa tempat keja suamiku..teringat lagi semasa arwah menyambut hari lahirnya yg pertama..arwah nurin alaina adalah istimewa..lahir pra matang..sehingga pemergiannya, rasanya arwah masih belum bole merangkak..hanya pandai meniarap..sedangkan bayi seusia dengannya sepatutnya sudah bole berjalan..
semoga allahyarhamah teman kak rosma dan allahyarhamah nurin alaina ditempatkan di antara orang yg beriman..ruhnya dicucuri rahmat allah..Insyaallah..al-fatihah..
begitu juga dengan allahyarham ahmad hashim bin haji muhamad..abahku..oktober ini, genap 4 tahun pemergian abah ke rahmatullah..semoga abah aman di sana bersama2 arwah mak..
kepada ibu nurin alaina..semoga tabah,setabah-tabahnya menghadapi dugaan allah ini..semoga allah memberikan fadilah kekuatan..nurin alaina adalah bidadari syurga..berbanggalah..namun begitu, allah kurniakan pengganti arwah..jagalah kandunganmu baik2 ya..
hari ini..mengingatkan aku tentang mati..alam baqa'..cukupkah amalanku?bersediakah aku?...fullstop.
No comments:
Post a Comment