Monday, April 2, 2012

hantaran untuk majlis perkahwinan auntie

teringin nak menyumbangkan hantaran untuk auntie..ada lebih benda alah merah ni..so beli net n daun2 wangi atau potpouri sebagai tambahan kepada benda alah tu hhehe ni la hasilnya setelah ditambah potpori si tengah2 benda alah ni..


ni potpori yang dah diikat ngan bijik2 mcm rantai tu

potpori yang disepahkan oleh anak daraku..nak tolong mama skali..

terjumpa kapas kat kotak harta karun, so tambah sebagai aksesori..

cubaan ..naik seri kan..



tadaaaaaaaaaaaaaaaaa..siap da..kotak tu auntie yang buat sendiri tau..very creative maaaa..satu hantaran untuk auntie daripada jejari emas Cy hehe

Sunday, April 1, 2012

resepi rich choc puding, entri dah luput tarikh hahah


Cy kembali dengan aktiviti ringan2 tangan sewaktu cuti anak2 kena hfmd..resepi ni copy paste resepi kak jun .. tq ya kak jun..saja buat kot2 anak2 suka sebab mulut penuh ulcer masa tu..senang jek nak buatnya..cubalah yek..







tu tangah ammar la tu..tak sabo nak rasa..


RICH CHOC PUDING
resepi: kak Jun@myR

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
ni akak Jun tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.