Monday, January 23, 2012

ikan bawal masak percik..



yang ni resipi kakak saya  Ikan Bawal Masak Percik. sila try yek..Cy nak try nanti bila kat umah..saja post kat sini utk simpanan dan rujukan Cy hehe

Bahan-Bahan:

1 kg ikan bawal hitam
10 gm serai
40 gm belacan
10 gm lengkuas
140 gm bawang merah
60 gm bawang putih
60 gm halia
10 gm buah keras
5 gm serbuk kunyit
60 gm pes cili
60 gm cili padi
1 liter santan pekat
Daun kunyit atau daun limau purut
Garam
Gula

Cara: Gorengkan ikan bawal.

Tumis semua bahan. Masukkan santan dan biarkan hingga pekat dan mendidih.

Masukkan garam dan gula.

Tuangkan di atas ikan yang telah digoreng. Hidangkan bersama nasi putih.


semangat pencetus tenaga baru!!





ehem..jumaat lepas Cy organised satu program simple awal tahun sebagai mengisi peluang untuk memberi semangat dan membuka lembaran baru bagi ofis Cy..
terima kasih kepada bos unit Cy yg sudi datang walaupun sedang cuti belajar..cuba tengok gambar kat atas tu..yg itu adalah resolusi 2012 bagi kawan2 Cy..memula nak sedia board aje pastu bos Cy kate u cari ranting then gantung kat ranting tu...lepas ni boleh buat hiasan di pejabat..adoi mana nak carik ranting bos..
hari khamis Cy ke rumah mak, Cy nampak ranting pokok rambutan yg dah kering, depa baru pangkas..so jadikla pokok resolusi kami..hahhaaaha pasu tu amik yg kat opis, pokok mati hhehe amacam kreatif tak?

u all boleh buat jugak..senang aje..mintak staf review semula kerjaya di tahun 2011..kemudian buat satu resolusi baru terhadap kerjaya mereka untuk tahun 2012..Cy sediakan gunting, tali halus or benang kait tu, magic color or crayon, kertas warna warni di mana Cy beli yg besar dan dipotong kepada 8 bahagian...ala macam manila kad tu tapi pilih kaler yg menarik..mintak mereka buat dalam apa2 bentuk seperti buah, bunga, daun tapi yg jadiknya macam2 heheh so jangan bantutkan idea dan kreativiti mereka..
oh ya, anda juga bole gunakan untuk student anda yek..hehe
selamat mencuba!