assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bacaan yang selalu kita baca dalam sembahyang tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..
Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadi di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu .
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
# artikel ini didapati daripada emel yang dititipkan oleh sahabat saya. ingin dijelaskan bahawa ini adalah perkongsian ilmu. sekiranya didapati ada tersilap di mana-mana dalam artikel ini, adalah menjadi harapan saya agar dapat ditegur dan diperbetul.
Sunday, January 4, 2009
berpuasa pada 10 Muharam - Hari Asyura
assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.
Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan".
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.
Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
Diterima taubat Nabi Adam a.s.
Dicipta Adam a.s.
Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
Selamat Musa dan pengikutnya.
Lemas Firaun.
Dilahirkan Nabi Isa a.s.
Diangkat Nabi Isa kelangit.
Diangkat Nabi Idris ke langit.
Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya
dalam kubur nanti
3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya
iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.
6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil
sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua
fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan
hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz
niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan
memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan
mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura
empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua
selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti
memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana
Allah Taala. fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali
umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
selamat berpuasa..
# petikan daripada emel - (disclaimer) sesungguhnya kita berkongsi ilmu.sekiranya ada salah dan silap di mana-mana, harap dapat diperbetulkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)