Tuesday, August 9, 2011

mama marah ammar


selamat berpuasa semuanya...

anak-anak ni sebenarnya very sincere dan berterus terang..bila bercakap, pasti tidak akan berfikir tentang perasaan orang lain sebab tahap pemikiran mereka tidak seperti kita lagi.

semalam semasa kami berehat-rehat di bilik sementara ayah menunggu azan Isyak dan terawih, kami bersembang anak beranak..

saya tak ingat apa yang kami bincangkan tapi yg betul-betul saya ingat ialah..

ammar : ok, tapi mama takmo marah-marah abang ammar k..
mama : eh mama selalu marah abang ammar ke?
ammar : ye la, mama selalu marah abang ammar..
mama : mama marah macamana?
ammar : (senyap)
ayah : oooo mama selalu marah abang ammar ek..ayah tak marah kan?
ammar : em..ayah tak marah abang ammar pun...

dush dush dush.....................jujur kan?

terima kasih kerana mengingatkan mama..

saya memang selalu marah dia semasa tak mendengar kata saya. asyik nak tumbuk orang aje..penangan ultraman la tu..huhuhu.. macam-macam lagi.

anak mama,memang mama marah abang ammar tapi mama marah ada sebabnya yek..

mungkin mama perlu belajar pendekatan psikologi kanak-kanak tapi oleh kerana sifat mama sendiri yang mudah sangat marah dan kurang sabar menjadikan pendekatan itu tak dilakukan..ya, kesan marah adalah jangka pendek, kanak-kanak hanya akan mendengar sekejap sahaja dan dia akan lakukan semula..

tapi mama selalu cuba dan cuba dan mama takkan putus asa untuk merubah diri mama dalam mendidikmu anak-anakku..

ada doa mengawal diri dari panas baran :

Ya Allah,
sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan air yang sejuk.
Ya Allah,
bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju putih daripada kekotoran.

Riwayat At- Tirmizi No. 3556, hasan sahih gharib

astagfirullahalazim..


2 comments:

mashi said...

tapi mama sangat2 cool control anak-anak kt taman bakti tue..hihihih..

.:chEyaNtie:. said...

eish biaq betoi..mashi,akak menggelegak dah tau ngan bdk2 tu hehe