Saturday, September 12, 2009

sudahkah anda bertikam lidah atau merajuk untuk berjuang pulang ke kampung masing2 raya ini?!(bahagian 1)




















assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

masih lagi, gambar di atas sekadar gambar hiasan hehhe ammar dok main di kaki ayahnye.bukan main suka dihayun..hehehe

kembali kita ke bahagian kedua edisi entry ini..

persefahaman adalah penting dalam sesuatu perhubungan terutama perkahwinan yang diharapkan sampai ke mati,bukan utk setahun dua..bagi mewujudkan persefahaman, bagi sesetengah orang adalah mudah tapi ada juga yang mengatakan amat sukar..mengapa?bergantung kepada personaliti / persekitaran masing-masing , bukan?

persefahaman juga bole dilakon2kan bagi mendapat keamanan perhubungan sedunia..seorang suami yang hanya mengikut kata isteri, balik ke kampung isteri semasa raya (ikut topik kita pada kali ini yek) walaupun dalam hatinya meronta2 utk beraya di rumah keluarganya..semat2 tidak mahu isterinya bermasam muka atau bergaduh semasa raya.tapi sampai bila nak jadi macam ni kan..sama jugakla kalo keadaan sebaliknya dengan isteri..

tetapi kalo persefahaman ini diamalkan dengan hati yang ikhlas semata2 kerana allah dan mahukan keamanan perhubungan sedunia(hehhe), saya percaya, sesebuah perhubungan itu menjadi semakin baik dan menguntungkan kedua belah pihak..

adil, bertolak ansur dan memuaskan hati kedua belah pihak itu juga penting..itu yang perlunya perbincangan antara suami isteri yang diadakan secara telus, tidak dipenuhi emosi-emosi negatif agar tidak mempengaruhi keputusan yang dibuat lantas memuaskan hati semua pihak..

tetapi ada juga berlakunya dalam sesebuah perhubungan itu, bagi mengelakkan berlakunya bergaduhan atau perkelahian secara bersemuka,teknologi digunakan. apa lagi, sms la..bahaya jugak penggunaan sms ini kerana emosi yang nak disampaikan tidak sejajar dengan emosi sebenar..mungkin juga terdapat misinterpretation yang sudah pasti akan mewujudkan pergaduhan..tapi mungkin juga perbincangan melalui sms ini akan berhasil..

hahaha panjangnya bebelanku..

bersangkut dengan ini, kurasakan kemungkinan yang tinggi, kuakan pulang ke jb pada raya ketiga malam kerana bberapa sebab yang tidak dapat dielakkan :

i. kali ni raya turn suami
ii. keluarga suami akan mengadakan jamuan raya pada raya kedua yg ntah kenapa sukar utk suamiku korbankan kehadirannya (this i hate most!)
iii. suamiku kene keja pada raya ketiga sbb kali ni kawan2 dia ramai yg amik cuti selepas raya

beb, keputusan ini amat berat untuk kuterima kerana
i. bagiku apa guna raya ketiga untuk balik kampung..arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
ii.apa guna balik jauh2 tapi dok sekejap jek...penat beb...arggggggggggghhhhhhhhhhh...
iii.ku kesian kat adik2ku

memandangkan itu, adela cadangan kuutarakan utk pulang sendiri naik bas pada hari selasa,suami akan balik sendiri pd hari ahad memandangkan dia akan bekerja pada hari isnin...mungkin kerana serba salah(just anggapankula) suami kata balik isnin...beb, at least i have 4days in jb...

tapi orang kata, tolak ansur untuk memuaskan hati kedua pihak memang betul..walaupun kadangkala hati bukan puas sepenuhnya pon..so untuk diriku sendiri..redha dan redha dan redha dengan keputusan ini..demi rumahtangga..manusia ni mmg tak pernah puas kan.

so my dear sister, sempat ke kita berjumpa?



4 comments:

azzahh said...

tahun ni turn ko raya di penang kan.....

Tahun ni turn aku beraya di JB...so first raya mesti di jb...ikut turn beb...

isteri kena ikut suami...ko redha jer la... tapi kita kena buat plan lain la...supaya keluarga kita boleh berjumpa semuanya di pagi raya ...untuk next...next raya....
so boleh tak ko tukar turn raya jb pada tahun 2011 wakakakkaka

azzahh said...

relax la...tak kan nak balik naik bas lak...menyusahkan diri jer...bersyukurlah sbb die kata nak balik raya ke tiga ...

lagi pun memang turn die kan...mestila die nak menyertai rumah terbuka keluarganya pada raya kedua tu...soo tahun 2011...kita buat la rumah terbuka di Jb plak pada hari raya kedua ehehheheheh tak gitu puan......

azzahh said...

adat la orang ada kg..kalo boleh nak balik kg sendri...sudah la tu tak perlu gaduh2...enjoy ur hari raya there...so ...nanti i bincang ngan abg dan...mungkin balik jb hari sabtu pagi....malam sampai la...dan terus ke kg melayu...so ahad jemput le singgah BPJ serapan pagi di rumah ku..sebelum hang berangkat ke penang smula....

.:chEyaNtie:. said...

hahahha..aku biasa jek..kami takde ler sampai begaduh2..gaduh is not my husben approach..

sepatotnya bile raya turn masing2,yg pasti raya pertama mesti berada di tempat turn tersebut..raya kedua dah bole balik ke kampung lagik satu pulok la kan..tapi lani lain.terpaksa dikorbankan sbb raya ke dua malam tu ada jamuan raya,raya ketiga pulak abang keje..

halah halah turn 2011 turn penang, nak kene tengok2 jugak ni hehhe

bukan ape, kalo bole nak dok lame la kat jb..tak syok la balik sekejap aje..

bagus gak cadangan tu..bole la ko masak yang best2 hehehe ko start keje biler?isnin tu ke?kami balik ari isnin