Saturday, January 23, 2016

Longlai mencari arah..

Bila jadi begini,
Jadi bingung..
Ingin  pergi jauh
Tapi tidak tahu arah tuju
Fikiran jadi terhalang
Tertutup
Terblok
Tidak boleh menaakul ke mana harus dituju
Aku punya ramai kawan
Tapi tidak tahu siapa
yg bolehku menumpang
Ada juga saudara mara
Yg bolehku menumpang
Ditimbang timbang..ini maruahku..maruah dia..maruah kami..biarlah aku sendiri..
Biarlah ALLAH yg menemani..
Keranaku yakin dan pasti
ALLAH SEBAIK BAIK PENOLONG

Akhirnya
Diikut ke mana hala jalan yg dilalui
Terus ke medan yg xpasti
Sambil fikiran menerawang
Memikirkan
Di mana silap diri
Di mana puncanya terjadi
Menerawang dan menerawang
Mencipta analisis sendiri

Ahhh cukupla menganalisis
Aku penat
Aku letih
Aku berat
Semakin difikir semakin banyak disangsi..
Cukuplah.

Tiba di destinasi.
Aku hanya mampu berdoa.
Allah,KAULAH SEBAIK BAIK PENOLONGKU
Aku berlindung denganMU
Aku berserah denganMU
Aku bergantung sepenuhnya denganMU
Untuk menentu hala tujuku
Untuk menunjuk jalanku
Dalam setiap perbuatan dan pemikiran
Kerana aku yakin setiap aturanMU hanya KAU yang tahu apa yg terbaik buatku
HAMBAMU.

TERIMA KASIH ALLAH ATAS KASIH SAYANGMU.

Tuesday, January 19, 2016

Bila suami dot dot dot

Terbaca 1 blog..katanya...

Doa adalah senjata orang beriman.
Upaya apapun yang anda lakukan,sesungguhnya yang menggenggam hati suami anda adalah Allah.
Maka berdoalah kepada Allah agar dia menjadi suami yang setia,suami yang baik,suami yg soleh dan dapat menjadi imam bagi anda dan anak-anak.

Manfaatkan waktu waktu muatajab  untuk berdoa,setelah solat fardu,sepertiga malam yg terakhir,saat berbuka puasa dan sebagainya.

Thanks Saudara Muchlisin BK/ Keluargacinta.com.

Masyaallah...Alhamdulillah..Allah sentiasa mendengar doa hambaNya..

Ya,jika suamimu bermain kayu tiga..sudah mula terpikat dgn perempuan lain,audit diri,perbaiki diri dan yg penting..DOA...

Ingat,yg menggenggam hati suami adalah Allah..bermohonlah..bermohonlah..jangan putus berdoa..