Thursday, October 9, 2014

Cabut gigi kali pertama

Ammar ariff fahim mengadu sakit gigi..tengok2 dah ada gigi tumbuh berlapis dgn gigi lama.sakit katanya,mama suruh goyang2kan dulu.
semalam ayah wassap,dah dicabut oleh maktok..xmenangis pon kata ayah..alhamdulillah..bagus2..kuat anak mama ni. Dah besar dah,dah 7 tahun.
Be strong bak mar!!

Tuesday, October 7, 2014

Impian mama..

Tadi petang singgah rnr tapah,dalam perjalanan untuk berkursus di putrajaya.

Semasa di surau,saya tertarik dengan gelagat 1 keluarga yg terdiri daripada mak dan 2 orang anak yg sedang bersembahyang.

Anak2 mengikut mak bersembahyang. Apabila selesai sembahyang, saya dengar anak yg kecil,mungkin around 5 tahun..dengan pelat dia berzikir hehe so sweet.

Lantas mak berdoa,dan anak2 ikut amin. kemudian mereka bersalaman dan mak mencium anak..

O allah..aku tak buat macamtu..aku mesti buat macamtu jugak. Aku selalu nak cepat..xajak anak2 sembahyang sama2 pon..memang diakui,perlu dilakukan bersama2 anak,tu yg paling cantik..

Tanggungjawab aku sebagai seorang mama ialah mendidik..terutamanya dr segi agama.masyaallah,besar sungguh tanggungjawab aku..aku tak terdaya..tapi aku akan cuba jugak..

Aku harus berubah demi anak2 dan keluarga kerana allah..agar keluargaku menjadi keluarga sakinah,mawaddah warahmah..aminnnn