Thursday, February 21, 2013

doa untuk nur farah umairah binti norryhasmela

untuk farah, anak kepada norry..sahabat yg dulunya satu pejabat..

farah..
cik ati dengar farah sedang kritikal sekarang di hospital besar pulau pinang..
cik ati dengar kawan cik ati, aunty didie kata farah tak sedar ,
doktor tebuk paru2 farah untuk keluarkan  air yang berwarna tebu..
kuman dah merebak ke organ farah, usus dan buah pinggang farah..
pernafasan farah pun xstabil lagi..

farah..
cik ati sungguh sebak bila dapat tau berita farah ni..
cik ati teringat masa cik ati bersama farah..kita bergurauan..
cik ati teringat masa cik ati melawat farah lepas operation kaki farah tu..
cik ati teringat kisah2 farah yang ditinggalkan oleh....emmm fullstop..taknak cik ati sebut derita farah tu..
cik ati tak sanggup..

farah..
cik ati berdoa kepada allah..
ya allah, aku mohon kepadaMu ya Allah,
Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mengasihani..
Dengan penuh rasa kehambaanku,
Kau sembuhkanlah Nur Farah Umairah binti Norryhasmela daripada sakitnya..
Sesungguhnya dia terlalu kecil untuk merasai derita kesakitan itu..
Ibunya masih memerlukan Farah untuk menguatkan semangat, mengharungi segala ujianMu Ya Allah..
Ya Allah, aku mohon perkenanMu Ya Allah..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Farah,
cik ati harap Allah dengar dan memakbulkan doa cik ati..
cik ati hanya mampu berdoa untuk farah..
cik ati harap farah kuat melawan sakit farah, demi ibu Farah..
she needs u sayang..
she always need u sayang..

air mata cik ati laju sangat turun..xhenti-henti..

love,


Wednesday, February 20, 2013

insyirah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam manis teman2ku..
Bermula januari 2013 ni,kami ambil keputusan untuk sekolahkan insyirah nur..yang utamanya taknak menyusahkan maktok yg sibuk dengan bisnes santannya..jadi insyirahnur bersekolah di taska yg sama dgn ammar ariff,cuma beza tempat..

Hari pertama,she was very brave..no crying at all..sampai ibu2 yg hantar anaknya kata,bagusnya budak ni hehe masuk hari kedua,dia buat hal..mungkin dah berasa ditinggalkan oleh mamanya sbb kami letak sampai petang..sampai demamlah..lepastu asyik selsema,batuk..nak ke skolah nangis,balik sekolah bukan main sebak lagi..nampak sangat menangis di sekolah..bila kita amik petang tu,mata berjuraian dgn air mata..emmmm..kesian..

Awal februari lalu kami decide utk bg insyirah seronok p sekolah dgn ambik dia jam 12..mak su tolong ambik..seminggu  ambik jam 12,alhamdulillah,p sekolah xnangis..balik sekolah kdg2 nangis sbb baru bangun tido..seminggu ambik jam 2..dan minggu ni ambik jam 5..alhamdulillah,allah bantu kami..sekarang tengah observe keadaan bila balik jam 5 ni..

Maafkan mama dan ayah insyirahnur,kami bukan sengaja nak tinggalkan insyirah tapi kami terpaksa kerana kami perlu bekerja untuk kehidupn kita sekeluarga..mama harap insyirah faham ya sayang..

Alhamdullillah,sejak sekolah ni,insyirah nur dah pandai nyanyi..asyik lagu beeeeeeelon saja hehe..baca fatihah pon dah pandai..apatah lagi ayat2 awal yasin..sejuk perut mama..semoga anak mama dapat manfaat bila di sekolah..mama doakan insyirah dapat mengharungi cabaran anak zaman moden ni yek..survive!love u sayang

Published with Blogger-droid v2.0.9