Monday, June 27, 2011

sedekahkan pahala bacaan alquran kepada ibu bapa yang telah ke Rahmatullah..

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..


ah..tak usahlah nak diperkatakan pasal blog saya yg sudah banyak sawang ni...hehe tapi suka saya nak berkongsi satu maklumat kepada kawan2 semua..terutamanya mereka yang telah kehilangan ibu dan bapa..yang telah pulang ke Rahmatullah..sesiapa sahaja la yang dah pergi jauh tu..


bulan Ramadan bakal menjelang tiba ni..maka masjid2 sudah mula mengumumkan program2nya..begitu juga dengan Masjid Negeri Pulau Pinang yang akan mengadakan


' BACAAN AL-QURAN KHATAM 30 JUZUK UNTUK ARWAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAKH TAHUN 1432H/2011M'


pahala bacaan dan sedekah tu,kita hadiahkan kepada arwah...waaaa..salah satu cara utk kita berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka dah jauuuuuuuuuuuuuuuuh daripada kita kan..tapi kita sebagai anak pun mestilah baca jugak..takkan nak harap imam2 yg bacakan ;p..


jangan lupa ya renungan hadis Nabi Muhammad S.A.W...

'apabila matinya anak Adam, maka putuslah segala amalannya melainkan 3 perkara iaitu

1. sedekah dan amal jariah

2.ilmu yg memberi manfaat

3.anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya..


jadi, sedekah amal jariah bagi pihak arwah ialah RM100 bagi satu nama..


tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Sya'ban 1432/29 Julai 2011..


borang bole didapati di unit pentadbiran masjid negeri pulau pinang..04-8282212.

kalau sesiapa yg berminat, boleh tinggalkan alamat emel dan saya emelkan borang tersebut..ada surat sebenarnya tapi saya takut pulak nak hebahkan di sini,kot2 la menyalahi etika hehehhe


ahhhh..rindunya dengan mak, abah dan ramadan..

kalaulah dapat muncul dalam mimpi saya..

alangkah indahnya...

:)


Tuesday, April 5, 2011

iris semakin sempurna..

assalamualaikum dan salam sejahtera!


wah wah wah ..berkurun lama tak berblog..


hari ini saya bersiaran langsung daripada port dickson..hotel yg cantik sangat di sini..


opss...cerita lain lah..


alhamdulillah, rumah baru kami (tak lah baru pun hehe) dah semakin lengkap dan sempurna..perancangannya nak masuk rumah bulan ni tapi mungkin tangguh lagi sebab mak n abah mertua akan menunaikan umrah bulan ni..


hampir lengkap..sofa dah ada, set bilik tidur dah ada, alat2 elektronik macam peti ais, mesin basuh tv dah ada..alhamdulillah..sedikit2 kami beli barang..insyaallah, semoga allah tambah rezeki kami dan dapatlah melengkapkan lagi rumah tu..

amin amin..


pasal deco rumah?huhu biasa2 aje la..langsir dah siap cuma tak cuci lagi.tunggu sepupu suami ukur dan pasang railing..haaaai lambat lagik la nak gantung langsir..lama dah siap langsir tu,mintak tolong makcik jahit..jahit simple aje..tak buat yg ropol2 tu hehe..jimat sangat2..orang lain spend rm1k, but i just spent kurang rm400 hehe..bole la tu kan..jimat2 dulu.lebih tu bole guna untuk benda lain..


bulan 3 rumah dah dicuci sebelum bawak masuk barang..semak samun pon dah ditebas(upah orang hehe)..tapi ni dah naik semula..nak kene racun ni..


hati berbunga-bunga..

insyaallah..dunia iris akan sempurna..:)