Wednesday, February 4, 2009

the MOM song

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

baru sahaja mendapat video yang menarik ini..semoga terhibur..hayati liriknya ya hehehehe

great song, great singer also great mom..:-)

Monday, February 2, 2009

belasungkawa : allahyarham pakcik Maskur

assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat..
pagi tadi saya terbaca blog aiebahri yg merupakan adik kepada sahabat lama saya, HARTATI MASKUR..saya fikirkan, sahabat2 yang bersekolah di SSIJB kenal pada sahabat saya ini..budak RK..pengawas..
berita yang saya terima daripada blog aie itu ialah ayah mereka, pakcik Maskur telah pulang ke Rahmatullah pada 31 Januari 2009 yang lepas...saya telah confirmkan berita ini dengan sahabat saya, azlina..
sama-samalah kita doakan agar ruh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..dan kita sedekahkan Al-Fatihah ya..
kepada tati,aie dan keluarga..takziah..semoga tabah dengan ujian allah ini..redhalah dengan pemergiannya barulah kita boleh berlapang dada..doa daripada anak2 penting sekali..tu la penghubung yang tinggal..
buat yang masih ada mak dan ayah..korang very lucky..hargailah mereka..bantulah mereka..selalulah contact kalo dok jauh..ah..dekat pon sama jugak la..call la,tanya khabar..bukan susah pon..lawat2 la,jenguk2 orang tua tu..kalo ader yang bergaduh or terkecik ati ngan parents masing2..janganlah begitu..janganlah berpanjangan..mohonla keampunan daripada mereka..jgn sampai korang tak sempat mintak ampun ngan depa..tapi saya yakin, mak dan ayah sentiasa memaafkan anaknya..walau seteruk manapun anak dia buat kat dia..
p/s : teringat semasa memandikan arwah mak..mencium dahi arwah mak dan abah untuk kali yang terakhir..semoga mak ngan abah aman di sana..org rindu sangat kat mak n abah..kalo mak n abah balik umah jb..ader adik2 aje..tapi takperla..doa org sentiasa untuk kalian..:-)