Friday, January 16, 2009

Cerita Ibu di Zaman Rome

assalamualaikum dan salam sejahtera..

semasa sedang surf web susuibu.com, terjumpa la pulak cerita yang menarik ini ..mari kita baca sama2...

Cerita Ibu di Zaman Rome


Semalam saya sempat menonton sebuah kisah ala-ala zaman Rome, sambil menyusu anak yang kecil. Saya tengok tu pun sudah di penghujung cerita. Jadi tak tahu apa awalan ceritanya. Tapi babak-babak akhir kisah tersebut menceritakan bagaimana seorang ketua di negara Rome telah menangkap seorang perempuan bertaraf hamba untuk dijadikan gundik di istananya.Perempuan ini mempunyai seorang bayi yang masih kecil dan masih menyusu. Manakala suaminya yang juga hamba adalah 'gladiator'.

Dari perbualan antara hamba perempuan ini dengan ketua negara tersebut, didapati rupa-rupanya ketua negara itu amat cemburu dengan kehebatan 'gladiator' itu sehingga dia ingin memiliki apa yang 'gladiator itu miliki termasuklah isteri beliau. Apa yang menarik lagi di dalam perbualan ini, terdapat isu berkaitan penyusuan dibangkitkan.

Ketua negara itu bertanya kepada perempuan tersebut, bagaimanakah keadaan bayi perempuan tersebut. Beliau telah menyediakan ibu susuan kepada anak tersebut semata-mata kerana tidak mahu perempuan tersebut terus rapat bersama anak itu. Perempuan itu menjawab:"Saya amat sayangkan anak saya dan saya mahu terus menyusukan anak saya". Ketua negara itu marah dan membalas, "Janganlah kau masih berfikiran kolot. Perempuan yang maju tidak perlu melakukan itu semua sendiri. Keluarlah kau dari dunia kemiskinan kau".

Perempuan itu menjawab "Janganlah dipisahkan anak itu dari saya semata-mata kerana kebencian tuan terhadap suami saya."Pelbagai isu yang bermain di fikiran saya dari perbualan ringkas antara ketua negara tersebut dengan hamba perempuan itu.

Begitu murni kasih ibu terhadap anaknya sehingga berani berkata-kata tajam di hadapan seorang ketua negara yang berang semata-mata untuk mempertahankan hak anaknya, iaitu menghirup susu dari ibunya yang sejati. Inilah naluri keibuan yang asli, iaitu memberikan kasih sayang terhadap anaknya sejak dari lahir hinggalah dewasa. Kasihnya ibu tertumpah dari titisan susu yang diberikan kepada anak saban hari. Sayangnya ayah tertumpah dari titisan peluh dan jerit perih bekerja mencari rezeki untuk sekeluarga.

Seperkara lagi, saya terfikir adakah isu kekolotan dan gambaran kemiskinan antara sebab kenapa ibu-ibu tidak mahu menyusu. Mungkin kerana cerita ini berkisar di zaman kerajaan Rome, maka ketua negara tersebut hanya terfikir untuk menyediakan ibu susuan kepada anak tersebut. Barangkali, jika babak tersebut berlaku di zaman sekarang tentulah dialognya berubah kepada "aku telah menyediakan bertin-tin susu lembu untuk anak kamu, tidakkah itu memadai".

Mungkin ada di antara ibu-ibu sekarang yang berfikiran jika diberikan susu badan, maka akan dilihat seolah tidak mampu membeli susu formula yang mahal-mahal dan 'bermutu tinggi'. Jika itu benar, alangkah ruginya sang ibu dan alangkah malangnya nasib si anak. Si ibu rugi kerana terlepas peluang mengikat kasih sayang bersama anak dengan sesuatu yang tidak ternilai namun tidak perlu dibeli.

Malangnya anak kerana tidak berkesempatan menikmati hidangan teristimewa dan paling tinggi zatnya dari ibunya sendiri.Selepas selesai menonton cerita tersebut, saya terkenangkan kata-kata seorang tetamu di malam Rumah Terbuka SusuIbu.com: "Kita sebagai ibu seharusnya mempunyai rasa BANGGA kerana dapat menyusukan anak sendiri, maka dengan sendirinya segala fikiran negatif akan terhindar dari kotak fikiran".

semoga sama2 kita fahami apa yang tersurat dan tersirat..insyaAllah

Thursday, January 15, 2009

7 lawak untuk redakan stres anda!

assalamualaikum dan salam sejahtera..
baru dapat emel daripada sahabat dari Singapura..mari kita kongsi 7 lawak yg bole releasekan tension kita semua...hihihihi

1.Cium Isteri


Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullahmereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2.Bunuh Setan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yangbetul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. 'takpe...tunggulah malam'. Esoknya si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .Si suami diam sambil mengangguk lemah.Esoknya si isteri berkata 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '. Si suami tiba - tiba marah dan berkata .......... 'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

3.Pak pandir menunjukan kepandaiannya

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, 'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,'Lembik...macam taik.'Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam taik.'Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... 'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

4.Mamak dapat anak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,
tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira
dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni? Mamak: Saya bini juga surat India mari.Ali: Apa dia cakap? Tentu good news.... Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak! Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik. Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

5..kisah 2 ekor burung.

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung. Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...?? Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000. Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam. Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.

6.Belajar bahasa English

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall
Gadis:' I'm sorry ' Pelancong:' I'm sorry, too 'Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..Gadis:' I'm sorry. three ' Pelancong: ' What are you sorry for? ' Gadis:'I'm sorry, five '

7.Kek Hari jadi...

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas,kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain.
Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


gelak beso...gelak beso..