Saturday, October 16, 2010
apartment homestay di putrajaya..
Thursday, September 30, 2010
Doa kekasih
masa membelek2 kad jemputan kahwin teman pejabat, ternampak la pula doa ni..doa ni selalu la saya terbaca, ditulis oleh kawan2 saya time ngah cintan cinton zaman belajar dulu hehheh jom hayatinya..
Monday, September 6, 2010
masih ada yg perlu dijenguk di jb tu yek..
lama saya tak update..sambil mengepam, saya update sikit..
oh ya.. esok pagi kami akan bergerak ke jb..seronok hati saya..
semalam bersembang, adalah terdengar suara kata takde siapa dah kat sana(jb)..saya terasa ngan statement ni..biarpun mak dan abah saya dah takde..tapi saya masih ada adik beradik untuk dijenguk...bahkan kubur arwah mak dan abah juga harus dijenguk..jadi saya masih ada sesiapa untuk dijenguk di sana ya..anak2 saya masih boleh bermain dengan adik2 saya..
saya hanya mampu tersenyum..mungkin orang tu tak bermaksud nak sakitkan hati saya..saya diamkan saja :) yg penting saya balik kampung hehehe
Monday, August 30, 2010
jangan lupa kibarkan jalur gemilang!MERDEKA!
Thursday, August 26, 2010
diskaun kad /baucer di miki babyland kepala batas..
minggu lepas masa saya nak melawat sahabat saya akma yang baru bersalin, kami singgah ke miki babyland kepala batas untuk beli hadiah utk anaknya.
masa bayar, pekerjanya tanya, kak nak baucer tak?baucer ape?nanti saya check point akak..rupanya saya telah berbelanja sebanyak RM1600 lebih kurangla di miki babyland sejak hujung tahun lepas..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa giler banyak tuuuuu..
so saya diberi 4 kad diskaun or baucer.ada 3 jenis diskaun..utk pakaian or barang keperluan bayi or alat2 macam car seat ke babycot ke..so saya pilih baucer baju..ikutkan satu kad tu diberi 10%+20%=30%..menarik jugak beli baju raya utk kedua2 anak saya ni heehhe
tq miki..saya adalah antara penyumbang keuntungan anda..patut bagi lebih ni hehehe
perempuan India susukan anak lembunya :)
mari bermain play doh
Wednesday, August 25, 2010
petang yang gembira!-duit raya kakitangan awam
pagi yang kecewa
Monday, August 23, 2010
jom check budget balik raya ni :)
dah mula buat keputusan raya mana kali ni hehe kali ni giliran raya pertama di johor bahru..so kami plan balik 7hb ni..hmmm yg tak syok kena balik cepat, raya kedua dah balik penang..huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
so nak kena check budget balik raya..2 perkara yang penting ialah duit minyak dan tol.cara saya..
1. buka web site http://www.plus.com.my/ , cari tol fare calculator seterusnya kita dapat baget berapa jauh kilometernya..
2. so untuk perjalanan ke johor bahru daripada exit bertam
normal rate : RM 92.20
off peak rate : RM 83.00
off peak festive rate : RM 74.70
kilometer : 650.5km
so kiraan saya : tol - off peak festive rate (pergi dan balik ) RM 74.70 x 2 = RM 149.40
minyak - RM 80 (RM550km) x 5= RM 400.00
so jumlahnya : RM 549.40..so kita rounding, sediakan RM600 untuk belanja k..saya agak dah ok dah ni.saya lebihkan sikit belanja minyak ni sebab mesti banyak g jalan2 hehe saya akan mula bercuti pada 7sept seterusnya pagi tu akan mulakan perjalanan balik ke johor bahru..weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..i like!
facebook?account deactivated :)
Friday, August 20, 2010
ruh di bulan Ramadan..rindu arwah mak n abah..:(
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat allahyarham Hajah Ramlah binti Marhaban dan Haji Ahmad Hashim Haji Muhammad juga semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita"
Roh di Bulan Ramadhan
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.
insyirah nur 8 bulan
Thursday, August 19, 2010
perkahwinan MJ dan Ain..
jom kongsikan gambar semasa majlis perkahwinan kawan saya, MJ dan Ain di Perak..bulan 6 kot..lama dah hehe..jauh jugak kami mengembara..barulah kali pertama saya sampai di pekan Sg. Siput hehhe..ronda sekejap di istana..tapi tak nampak pulak YM Raja Nazrin hehe
Wednesday, August 18, 2010
Jom check pasal Zakat Fitrah !
ehem ehem..baru2 ini saya pernah mengingatkan kepada suami saya..abang, bayar zakat fitrah awal2..lebih elok,takut lupa..
saya pernah sekali membayar sendiri zakat fitrah saya semasa tahun 2006.masa tu saya dah bekerja dan belum berkahwin..rasa sangat2 bersyukur dan laaaaaaaaaaaaaaaaaaaain sangat perasaannya. maklumlah selalunya arwah abah yang bayar..sekarang dah jadi tanggungan suami, jadi suami yang bayar..tahun ini tahun pertama suami akan bayar bagi 4 orang, alhamdulillah
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan sempena berakhirnya Ramadan mengikut syarat2 yang ditentukan.
Syarat wajibnya :
1.Islam
2.Merdeka
3.Mempunyai harta lebih daripada keperluan untuk diri dan tanggungan pada hari raya dan malamnya.
Waktu dan hukum membayar zakat fitrah adalah seperti berikut :
1.Dibolehkan – dari awal Ramadan sehingga hari akhir Ramadan
2.Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan
3.Afdal – selepas solat subuh sehingga mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
4.Haram – selepas Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Lafaz Bagi Zakat Fitrah
1.Bagi diri sendiri – Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala
2.Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan -'Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala
3.Bagi pihak - 'Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi …...................... pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala
zakat ini lah nak bantu saudara kita yang memerlukannya untuk berhari raya...:)..
tq kerana menyelamatkan saya, Needa Couture
IkaN jEPUn Yg StreSS
Mungkin tuan sudah tahu dan pernah dengar kisah ini. Tapi tidak mengapalah, jika dah tahu, anggaplah ia sebagai ulangkaji.
Orang-orang di Jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran pantai agak kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di jepun untuk pergi lebih jauh lagi ke kawasan perairan pantai dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka pulang membawa hasil tangkapan mereka.
Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut.
Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut.
Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.
Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak gemarkannya. (Fuh.. cerewet betul rakyat jepun nie)
Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai "consultant" kepada industri perikanan di jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan?
Tuan nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?
Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.
Dan Tuan nak tahu apa berlaku?
Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar.
==================
Pengajarannya
==================
Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup" , "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran2 serta tekanan2 yang wujud dalam kehidupan kita. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi "bosan" dan "biasa-biasa" sahaja.
Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan tuan lebih bertenaga dan lebih berjaya.
Tuesday, August 17, 2010
doa PErawan untuk ISteri
assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..
saya baru sahaja dapat emel ini..petua untuk isteri-isteri sentiasa perawan..
kita berkongsi ya..sekiranya ada salah dan silap, berilah teguran agar kita sentiasa membetulkan antara satu sama lain :)..
PETUA DARIPADA..
Dr. Fatimah Az-Zahra (kredit to dr.fatimah)
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa
jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga
kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Monday, August 16, 2010
18 tips bertengkar secara positif antara suami isteri :)
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
1. Jangan terlampau banyak bercakap –
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan –
3. Jangan membalas perbuatannya –
4. Jangan cuba mengubah pasangan –
5. Fokus pada masalah –
6. Jangan tinggikan suara –
7. Gunakan panggilan manja –
8. Elakkan terlalu emosional –
9. Gunakan perkataan yang baik-baik –
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur –
11. Dengar luahan isteri –
12. Jangan bergaduh di depan anak –
13. Bersabar –
14. Say NO to third party –
15. Mengalah tidak bererti kalah –
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai –
17. Luahkan –
18. Pelukan dan kemaafan –
Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
saya terlupa di mana saya ambil tetapi sekiranya tuannya jumpa, kredit kepada tuan empunya tips ini la yek..niat saya hanya untuk berkongsi hehe
Friday, August 13, 2010
selamat tinggal sahabatku yusz
buat sahabatku yusz yang akan bertukar ke tempat baru..selamat maju jaya..kenangan bersamamu walaupun singkat, tetap manis untuk dikenang..:)..seloka perpisahan ni adalah hasil nukilan yusz sendiri..
Bila sekali kita gagal
teruskan usaha untuk kemenangan
jangan diucap selamat tinggal
kerana ia satu keperitan
Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
bertemu berpisah lumrah alam
pasti jadi satu memori
teresak-esak menahan kesakitan
ambil panadol untuk menghilangkan
walau perpisahan satu keperitan
mudah2an dapat mematangkan
bertemu berpisah lumrah alam
menjadi memori kenangan silam
janganlah diri merasa kelam
kerana perpisahan hidupmu suram
menangis hiba di dalam kesayuan
mengenang nasib terbuang di perantauan
andai ditakdirkan berakhirnya pertemuan
redhalah menerima kerana itulah suratan
jalan berlenggang sigadis sunti
berbaju kebaya cantik dan seksi
patah tumbuh hilang berganti
Ida dewi Kartini pengganti diri di panjangkan umur kita berjumpa lagi
tanpa ESP..
hikmah berpuasa dan kelebihan ramadan..
Thursday, August 12, 2010
ESP memberi kesan..:
Tuesday, August 10, 2010
syaitan dah balik dah..
jom check niat puasa di bulan Ramadan..:)
ESP or energizing soy protein...
kenapa saya susah2 beli?untuk enrich my 'susuibu' dan secara tak langsung untuk kesihatan diri saya sendiri :)..cuba baca sekilas fakta esp drpd blog kak n (ni kes tak boleh copy paste hahaha) ..ok..semoga apa yg saya usahakan untuk anak saya ini akan memperolehi petunjuk, hidayah dan keberkatan allah..insyaallah
Thursday, July 29, 2010
festival nasyid negeri pulau pinang
Malam 27 julai 2010, selasa, telah berlangsung festival nasyid negeri pulau pinang di dewan budaya, usm..anjuran kerajaan negeri pulau pinang, formally by jabatan agama islam negeri pulau pinang la kan..tetamu kehormat ialah TYT dan isterinya.
well, hanya 10 kumpulan yang terdiri daripada jabatan2 kerajaan dan institusi pendidikan di pulau pinang telah berjaya ke peringkat akhir daripada 15 kumpulan pada peringkat saringan.
10 kumpulan nasyid tersebut ialah :
1. warkah islamiyyah
2. soutul shakirin
3.soutunnaim
4. soutul ihsan
5. imtiyaz
6. qurratul ain
7. ar-raes
8. Salsabila
9. ikhwah
10. humaira
semuanya mempamerkan persembahan yg menarik dan memberi saingan antara 1 sama lain..
so pemenangnya....
Wednesday, July 14, 2010
ahli keluarga baru..
balik jb sehari baru2 ni,berkesempatanlah nak jenguk kakak yg baru bersalin..dah 3 minggu jugakla kan. dapatla tengok nureen irdina bt rashdan ni...ala comel2 la budak kecik ni hehe..bila tengok2 n ingat2 balik, muka nureen irdina ni lain sikit dari kakak n abang dia time baby hehehe
anyway tahniah kepada my sis n her family.semoga gembira menerima ahli keluarga baru dan bahagia hendaknya.
nureen irdina,jadilah anak yang solehah,jagalah ibu dan ayah semasa mereka tua kelak..kasih sayang mereka terhadapmu tentunya sungguh bernilai..