Thursday, February 21, 2013

doa untuk nur farah umairah binti norryhasmela

untuk farah, anak kepada norry..sahabat yg dulunya satu pejabat..

farah..
cik ati dengar farah sedang kritikal sekarang di hospital besar pulau pinang..
cik ati dengar kawan cik ati, aunty didie kata farah tak sedar ,
doktor tebuk paru2 farah untuk keluarkan  air yang berwarna tebu..
kuman dah merebak ke organ farah, usus dan buah pinggang farah..
pernafasan farah pun xstabil lagi..

farah..
cik ati sungguh sebak bila dapat tau berita farah ni..
cik ati teringat masa cik ati bersama farah..kita bergurauan..
cik ati teringat masa cik ati melawat farah lepas operation kaki farah tu..
cik ati teringat kisah2 farah yang ditinggalkan oleh....emmm fullstop..taknak cik ati sebut derita farah tu..
cik ati tak sanggup..

farah..
cik ati berdoa kepada allah..
ya allah, aku mohon kepadaMu ya Allah,
Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mengasihani..
Dengan penuh rasa kehambaanku,
Kau sembuhkanlah Nur Farah Umairah binti Norryhasmela daripada sakitnya..
Sesungguhnya dia terlalu kecil untuk merasai derita kesakitan itu..
Ibunya masih memerlukan Farah untuk menguatkan semangat, mengharungi segala ujianMu Ya Allah..
Ya Allah, aku mohon perkenanMu Ya Allah..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Farah,
cik ati harap Allah dengar dan memakbulkan doa cik ati..
cik ati hanya mampu berdoa untuk farah..
cik ati harap farah kuat melawan sakit farah, demi ibu Farah..
she needs u sayang..
she always need u sayang..

air mata cik ati laju sangat turun..xhenti-henti..

love,


2 comments:

Didie Redwan said...

air mata auntie Didie juga turun tidak berhenti mengenangkan keadaan farah yang kritikal tadi..sesunggihnya beliau sangat kecil untuk mengharungi segala kesakitan itu.. Ya ALLAH sembohkan la anak-anak kepada sahabatku.

.:chEyaNtie:. said...

ya didie..kita doakan farah dapat bertahan dan melepasi tahap kritikal dia..begitu juga dgn norry,doakan dia tabah..